KES LIWAT - Bapa Saiful Mohon maaf kepada Saiful Bukhari kerana khianati Anak Sendiri Dan Langgar Sumpah.


Azlan Mohd Lazim


Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu, lapor Utusan Online.

"Mohon maaf kepada anak Saiful Bukhari. Sedar saya khianati anak sendiri. Sebagai bapa tak boleh khianati anak dan langgar sumpah.

"Saya hanya takut kepada Tuhan bukan manusia. Saya sedar sendiri dan telah lakukan kesilapan besar khianati anak sendiri," katanya seperti dalam laporan langsung akhbar itu.

"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang sekeliling," katanya yang mengaku sudah insaf.

Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.

"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI (Anwar)," katanya.

Beliau juga menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR serta-merta.

Azlan pada 8 Mac lalu mengejutkan banyak pihak apabila memohon maaf kepada Anwar dan mendakwa anaknya dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab, termasuk seorang pegawai perdana menteri dalam kes Liwat II.

'Petunjuk dari solat Istikharah'

Dalam kenyataannya sebelum ini, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan anaknya dan beliau sendiri dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan peguam Zamri Idrus.

Beliau malah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul" serta berdoa agar Allah memenangkan perjuangan Anwar dan Pakatan.

Dalam sidang media hari ini, Azlan dilapor menjelaskan, tindakannya sebelum ini dibuat akibat terpengaruh dengan beberapa pihak dan tidak timbul soal ganjaran.

"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang sekeliling," katanya yang mengaku sudah insaf.

Beliau juga menegaskan, tindakannya mengadakan sidang akhbar pada hari ini atas kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh, dipengaruhi mahupun dipujuk oleh sesiapa.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

sumber


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


9 comments

1 Mei 2013 pada 4:34 PTG

ada-ada ja. kejap begini kejap begitu. tetiba nak PRU baru nak buat kenyataan :3

1 Mei 2013 pada 4:54 PTG

pulak dah..hahahaha...liwat tak liwat...orng dah boring la isu ni..

mohon encik azlan jumpa pakar sakit jiwa..makin melarat dah ni..

1 Mei 2013 pada 5:00 PTG

@Ym.Bundle serius saya sangat simpati dgn beliau (encik azlan)

1 Mei 2013 pada 5:18 PTG

benda sama je..xde modal lain dah nak cakap

1 Mei 2013 pada 8:51 PTG

Macam2 la dunia zaman la ni...

jagat
1 Mei 2013 pada 9:13 PTG

Lynn... saya dah khabar dah dalam post pasal bapa saiful dalam blog ini dahulu. Nampaknya hari ni org Anuwar yg puja dia dah pusing lain pula. Dunia dunia....

1 Mei 2013 pada 9:26 PTG

pening betul ..mane 1 betul?semuanya Allah lebih tahu.

Tanpa Nama
3 Mei 2013 pada 8:48 PG

Ayuh jumpa nujum tanya btol ker tak

Tanpa Nama
11 Mac 2014 pada 7:35 PG

No komen.. lepas ni kasi tukar lg?

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.