Sunnah mandi wajib.





1) Terlebih dahulu membasuh kedua tangan di luar daripada bekas air. (Al-Bukhari & Muslim)

2) Kemudian membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kotoran yang ada pada badan. (Al-Bukhari & Muslim)

3) Kemudian menggosokan badan dengan pembersih/ penggosok. (Al-Bukhari & Muslim)

4) Kemudian berwuduk dengan sempurna. (Al-Bukhari)

5) Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh tiga kali. (Al-Bukhari)

6) Membasuh bahagian kanan dahulu. (Al-Bukhari)

7) Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota.

8) Bersungguh-sungguh membasuh bahagian lipatan pada tubuh seperti kedua belah telinga, lipatan-lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak. (Sekiranya dia yakin bahawa air tidak sampai ke tempat tersebut melainkan dengan berbuat demikian, maka perbuatan tersebut menjdi wajib. Bukan disunatkan lagi.)

9) Membasuh sebanyak tiga kali sebagai qias kepada wudhuk.


Rujukan kitab Fikah Mazhab Syafie


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida"




KLIK BANNER dan JOIN!

jom kenali mereka ..sponsor-sponsor hebat!

 E'S OnlineShop (21)                       - OdahoneBiz (105)  
Muhammad Saiazuan (1875)        - Lyssa_Secret (50568) 
Fiz Graphic (7680)                         - Arol Mubin (1584)  
Nur Damia                                     - Arra Ahmad (2323)   
Zinnia Z A Shop (FB)                      - IntanBerlian (1320)   
Nakira's Collection (FB)                - Qatratun Al-Khairi   
Qat_Bawal Shop (8)                       - Eza_stories   
Irwani Zulkifli                                 - Eqbal Zack (6010)   
Nurul Yui (2270)                             - Bui Junaidi (1332)   
Nur Athirah (575)                           - Puan Azizah (3852)   
- Eca_Dwinky Asha (1233)               - Ain Zulaikha (3666)   
- Puan Ummi (480)                            - EGTV.com.my (FB)    
EMTV.com.my (FB)                        - Muaz Faris  
Peyan (503)                                    - Shida sendiri (3003)
DhiyahShoppe                               GAnContest
Rahayu Izaima                              - Gula-gula Kapas (822)
Marliyana (138)                             - Rafhanah Blogshop (96)
Nurnie (14)                                     - Nurjamal83 (234)

tag mereka yang OHsem!


gud luck!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II


miss Z berceloteh

miss z berceloteh buat segmen! jom join
klik banner okeng..
Tamat segmen : 26 Jun 2012, jam 10 pagi

my follower : 635
negeri asal : Pahang Darul Makmur 

tag : pada semua yang membaca huhuhu


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segment:Nama saya superb,cantik,dan cunss kankan :D




klik banner meh join!

HADIAH?? haruslah XTRAVAGANZA!

Sertakan ID followers dan ID facebook korunk.
Id follower=2832905867606393327

Id Facebook : idididid
Sertakan details seperti di bawah

Nama penuh korunk: arabikha azlynn
Umur korunk*(Tak paksa): 22 tahun.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


segmen Giveaway jom dialog.



segmen Giveaway jom dialog...
best kan.. join klik banner k...

lengkapkan dialog di bawah mengikut kekreatifan  anda..
huhuhu...
actually ana tak pandai nak edit2 nie..
demi tuan belog nie ana cuba yep..


okeng! dah siap dialog ana..
huuu



klik gambar untuk lebih jelas..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tak Solat hidup senang. Solat tapi hidup susah. Mengapa?




Menasihati diri sendiri adalah lebih susah daripada menasihati org lain.
Mengajak org lain kpd kebaikan adalah terlebih mudah dari mengajak diri sendiri berbuat baik.
Sebab itu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berpesan kpd Saiyyiduna Mu'az supaya berdoa setiap kali lepas solat:
" Ya Allah, tolonglah aku supaya sentiasa berzikir ( mengingatiMu ) dan selalu bersyukur atas nikmatMu dan sentiasa seronok beribadah kpdMu"

................


Cuba berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak solat. Tak takut dosa ker. Jika dijawabnya malaslah, tak sempatlah namun dalam masa yang sama dalam diri dia tetap ada rasa bersalah, dia berdosa tapi iman masih ada dalam diri dia.


Namun demikian, jika dijawabnya, tak solatpun boleh hidup senang lenang, tak ada masalah pun. Jika disambung lagi, tengok orang yang solat tak pernah tinggal tapi hidup susah memanjang. Apa guna solat katanya. Itu tandanya imamnya makin goyang. Tak mustahil dia boleh tergelincir akidah. Apatahlagi jika dia anggap solat tidak wajib sudah sah gugur akidah dia. Nauzubillahi min zalik.

Banyak orang tidak solat sebab inilah. Sebab pertama dia ukur diri dia. Kedua dia ukur orang lain.

Bila dia ukur diri dia - dia tak solat tapi hidup tetap gembira. Duit senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tak ada bezanya dia solat ke tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada depan mata.

Ukuran kedua dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tu tak sesenang diapun. Naik motor buruk macam tu jugak. Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu jugak. Patutnya dia rajin solat, Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia. Tapi tak adapun. Akhir sekali ukuran jahil dia kata kalau macam tu baik tak payah solat kalau gitu.

Ramai golongan macam ni dalam masyarakat. Solat dianggap tidak bernilai. Bahkan lebih teruk anggap solat boleh menyekat rezeki. Semuanya kerana cetek ilmu agama. Ada satu kisah menarik untuk saya kongsikan. Dalam majlis agama selalu sebut kisah ni untuk teladan.

Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekorpun. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah " Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa." Allah menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.

Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas. Sama ada kita nak faham atau tidak itu jer.

Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat. Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita - puasa, zakat, sedekah tidak bernilai di sisi Allah. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pesanan buat Insan itu..







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


makcik yang sempoi!



Masih tersenyum2 teringatkan apa yg dilihat tadi.

Terserempak dgn seorang mkcik yg menunggang motorsikal, memakai topi keledar, bertudung, memakai blaus kaftan lengan pnjang (yg slalu mak2 kita pakai kt rumah tu), berKAIN BATIK dan berstokin... Beliau juga sedang menunggu anaknya di situ...

Pemandangan begini bukan sealu nk jumpa. Apa lagi di bandar-bandar.. Siapa kata susah nak berpakaian menutup aurat?


makcik oh makcik...makcik sangat sempoi~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pandang je pun dapat pahala.


Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Hanya dengan memandang empat perkara ni pun dikira ibadah. Iaitu :





Wajah Ibubapa




Al-quran


Laut


Kaabah


Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".
(Riwayat Abu Daud).


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


30 Larangan Untuk Wanita Soleha








1. Menyambung rambut palsu


2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi


3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi


4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain


5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama


6. Membuka rahsia hubungan suami isteri


7. Berpuasa sunat tanpa izin suami


8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami


9. Derhaka kepada suami


10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas


11. Mengingkari kebaikan suami


12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram


13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya


14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram


15. Menyerupai lelaki


16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami


17. Memandang aurat wanita lain


18. Keluar rumah tanpa ada keperluan


19. Masuk permandian awam


20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah


21. Meratapi kematian


22. Berhias atas meninggalnya seseorang


23. Menghantar jenazah


24. Mempercayai dukun dan peramal


25. Menyumpah anak-anak sendiri


26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim


27. Menganiaya pembantu


28. Mengganggu jiran


29. Minta cerai kerana suami sakit


30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

wallahualam...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 Kelebihan Kerana Melakukan Dosa



4 Kelebihan Kerana Melakukan Dosa


SAAD BIN HILAL BERKATA :


" Sesungguhnya bagi seorang hamba yang melakukan dosa, Allah SWT akan memberi kepadanya 4 nikmat: 


1-Rezekinya tidak akan hilang darinya.

2-Kesihatan tidak akan hilang darinya.

3-Dosa tidak akan ditunjuk kepadanya di dunia.

4-Azab Allah tidak datang cepat kepadanya.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


BELOG KENA HACKED!


assalamualaikum.. tibe-tibe lak ana kasi salam kat blog sendirik.. saje nak kasi salam arini.. selalunya masuk buat cam rumah sendiri je walaupun hakikatnya rumah sendiri pun kene gak bagi salam.. sebab bukan kita jek yang menghuninya.. ada lagi mahkluk lain.. contohnya blog ana ni selain daripada ana yang menulis ada pembacanya jugak kan? well.. diharap korang yg membacanya sihat walafiat disamping orang-orang yg tersayang..

hari ini..
apa yang ana buat harini? lepas tak tido sehari.. menunaikan amanah yang itu.. sampai terjadinya my heart doesn't goes along with my brain.. huuu.. paham ke? tak paham sudah.. biar ana jek yg paham.. lepas presentation.. qada tido.. lepas bgn tu terasa reincarnation plak.. segala kebengangan dan ketensenan hilang.. tp mula jd blur kejap.. huh.. daya ingatan semakin teruk day by day.. eh jap.. aaa betulla nama ana masih ana ingat lagik..

study..
beberape hari ni agak bz gak dengan study.. otak pun ligat berpikir sampai dah nak termuntah pun ade.. baru 1st week dah rase loye2.. ape lagi the next 6 month akan datang.. .. muntah ijau le nampaknyer.. tp takleh la ana nak set pikiran camtu.. dah nak abis dah.. . walaupun dalam jadual kelas dr pagi sampai petang senin-khamis.. still rase nak berelek2 gak.. yerlah relek itu kan perlu.. tido pun satu ibadah.. tapi belajar adalah satu amanah.. tapi sempat gak nak berbelog.. but bila nak berbelog..dan semangat nak log in...ada muka BOBOIBOY pulak dah??? hahhhh.... siap bagitahu ANDA DI HACK!!

TERUS rase cam nak demam lak.. mate dah pedih.. pale dah pening2.. kulit dan mencengkam.. membayangkan diri berada didalam petiais.. sejuk... tapi tiba-tiba rasa sesak nafas pulak... adrenalin mengalir dengan lajunya! aduhh.. gimana ini? cam penat jantung jek.. . takpelah.. i wish him all the best in his life.. huu
walaupun takdek mende yang terjadik sebenarnyer.. tapi kesannye pun dah cukup hebat..
ana tau sindrom2 ni ade penyebabnyer.. fuh.. cepat2le penyakit ni berlalu..



pesanan tuan hackers yang budiman lagi bahek hati

1st. Lain Kali Pastikan Password Awak Unik .. Cth : abc123abc123zyx..

2nd, Pastikan logout lepas login vblog..


dan ini..


^_^

keje banyak tak siap lg neh..
cuba untuk berfikiran positif setiap yg berlaku ada hikmahnya.. setiap yg ada kelebihannya tetap ada..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


No one perfect as we are not perfect too..


Ana mudah hilang rasa kagum ,hormat dan thiqah pada orang baik-baik yang ada 2 tabiat ini :


1) merokok~ 

2) suka buang sampah merata2~

* teringat masa hadir ceramah semalam di raudahtul ulum, duduk belakang seorang pakcik yang berkopiah, muka memang baik dan pandai berkata2 dan berhujah ..
(ana terdengar perbualan pakcik ini..sgt bagus dan  persuasif kata-katanya..dalam hati ana kata,"bagus pakcik ni. isu semasa 'cair' di lidahnya. kagum betul")

tapi yg membuatkan hati ana tiba-tiba FRUST, bila beliau keluarkan sebatang rokok dan menyalakannya. Then buang puntung tersebut merata-rata sahaja..

oh pakcik, kalaulah pakcik tidak melakukan itu...



=,=


kbai..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


spontaneous thursday #100



M.U.J.A.H.A.D.A.H..!!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Contest : Follow Menfollow by Kewchik Kata



salam alaik..

pepagi dah join GA kan..
tekan banner dan cepat2 join k..
........
haruslah follow memfollow blog tuan punya belog nie
nak tambahkan seramai mungkin kenalan dan readers blog ana 
nie,, moga bermanfaat ye..

ana tag jiran

gud luck!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


9 Ciri – Ciri Wanita Idaman Lelaki



 

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai SEOrang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu SEOlah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan SEOrang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain



Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Smart Blogger Award June Season by Yuyu


KLIK BANNER

.....bismillahirrahmanirrahim.....

salam alaik..

segalanya di hujung jari, kan? Nasib baik tak masyhur mana blog ana ni. Huhu.. 
ana tahu la cam ramai jugak la kan silent readers
kat blog ana ni...
(eh!ada ke?? )

.............

sebelum tu,
ana nak sangat cakap....
ana sayang kalian...
siapa yang sudi baca luahan atma ana
sampai sini... memang dia baik ^.^
jazakumullahu kahiran jazaa'a...

........

wadah blog ana ni bermula kerana minat...
dan niat pada awalnya langsung tiada kena-mengena dengan da'wah...
mula2... ana suka catat apa yang berlaku dalam kehidupan ana sehari-hari...
then..
ana rasa nak cuba improve...
masukkan elemen2 yang baik agar dapat membina jiwa ana....
dan naqibah ana cadangkan ana supaya ana manfaatkan blog ana ni
sebagai satu wadah, satu cabang untuk ana berda'wah...
dan ana pun mengorak langkah mencubanya...
~
Rasa-rasanya, itu sahaja yang ana nak coretkan .
Maaflah andainya entri ini terlalu formal ( skema itu hebat ! ) . ^____^.

Ilalliqa' wa ma'as salamah...

mereka yang ohsem!





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen Tambah Follower Blog



salam alaik!
jom tambah follower tapi rajin2kan diri berbelogwalking k!
tekan banner sudah ..JOIN!
TARIKH TUTUP: 24 Jun 2012 Pukul 6 Petang



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Siapakah Suami Anda Di Syurga Nanti?



Ada yang cakap, jika lelaki dapat bidadari, perempuan mesti dapat bidadara. Heheh.. Mungkin dia ingat istilah tu sama kes macam pramugari dan pramugara dengan mengubah huruf di belakang. Sebenarnya tiada istilah bidadara. Jadi, jika jodoh bagi kaum lelaki di syurga nanti adalah bidadari, siapa pula jodoh bagi kaum perempuan di syurga nanti?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin

Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.

Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.

Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.

Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

6. Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.

Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sayakah Follower Bertuah itu?



Sayakah Follower Bertuah itu? 
mohon bertuah lah ye... 
jari-jemari yang bertuah sila klik banner untuk join..

HADIAH UNTUK FOLLOWER BERTUAH..


 1 unit Korean Made 3-Way Foldable Bag from The Code Trading untuk 2 follower bertuah!
OHSEMM! kannn

&
GUD LUCK to ALL BLOGGERS!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


sedih ditinggalkan tuhan...???



sedih ditinggalkan tuhan...??? 

Abu Anas Madani kata
 'kalau tak mampu buat ibadat, jgn buat mksiat'... 
Nak berubah tu memang susah...
tapi at least mulakan langkah! 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


harapkan kasih sayang Tuhan, walau kita orang berdosa..



Salam Alaik...


Tepi tasik ada itik,
Dalam air nampak bayang,
Apa guna muka cantik,
Kalau hidup tak sembahyang.

~ Ustaz Azhar Idrus

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Dalam hidup ini tidak ada yang senang. Orang hidup merasai susah, sesiapa yang tidak merasai susah sebenarnya dia mati ! Apakah kamu ingin Islam dengan mudah? Berapa banyak harga yang kamu bayar? Adakah seperti Salman al Farisi? Dirantai kakinya, dipenjara dalam rumah oleh ayahnya, ditipu oleh paderi Kristian, ditipu oleh pedagang, menjadi hamba kepada Yahudi, tinggal dibawah pohon tamar dan lamaran kahwin di tolak !

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.

[al Balad 90:4]


Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. [al Baqarah 2:155]

manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [al Ankabut 29:2]

Bersusah-susahlah kerana Allah, syurga bukannya mudah diperoleh.

tuhan dah bagi banyak peluang kita ingatkan-Nya..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tolong Doakan dia


Photo: Dear Allah..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Bismillahi tawakkaltu 'alaLlahi wa la haula wa la quwwata illa biLlahil 'Aliyyil 'Adzim.."

Cuma itu yang mampu ana du'a... yang dapat ana lafazkan seusainya...

Doakan ana sihat-sihat saja, baru follow up petang tadi... Semoga kembali pulih seperti sediakala. Amin insyaallah :)


Oh...sebelum ana lupa. Sahabat-sahabat ingat tak lagi kawan ana yang peluk Islam, yang nama Saiful Islam tu. Esok , adik dia.. Jason akan operation. Jason dah peluk Islam tapi Allah uji dia dengan sakit ni. Doktor kata operation ni 50-50 saja peluang.


Dia dah pesan pada abang dia, supaya mandikan dia, tanam dia di mana. Allah..sedih sangat. Saiful diuji macam-macam, kali ini Jason pula. Sungguh, mereka sangat hebat dapat mengharung ujian keimanan ini. Moga iman mereka sentiasa kuat.


Ana harap sama-sama kita doakan dia, bagi dia sembuh supaya dia dapat belajar lagi tentang Islam. Jason dah pandai mengaji sikit-sikit. Doakan dia sembuh supaya dia dapat jadi mukmin yang sempurna. Amin.

Hebatnya jiwa orang beriman, meskipun Allah uji bertubi-tubi...

Dia tetap sabar dan tersenyum gembira.. AlaLlahi tawakkaltu..

Percaturan Allah paling sempurna…
Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang tidak kau ketahui…
La takhof wa la tahzan…
innaLLAHa ma’ana…

Bila allah sayang kamu, Allah akan mengujimu dengan dugaan.. Bila Allah uji dengan kesakitan, Allah nak kifarahkan dosa, nak kurniakan nikmat dan rahmat yang amat tinggi nilainya untuk penghidupan di akhirat ..moga cepat sembuh sahabatku ..

Hope doakan Jason. Ana pohon sangat-sangat. Tolong doakan dia. Kembalikan keceriaan seorang yang bernama Jason. Amin Ya Allah..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 Perkara sunat ketika bangun PAGI


credit to apit


Perkara sunat ketika bangun PAGI:

1.Menyapu muka dengan kedua tangan : utk mmbuang kesan tidur drpd tidur.

2.Membaca doa bangun tidur الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ 

3.Bersiwak

4.Menghirup air ke dalam hidung : krn syaitan suka duduk di bahagian atas hidung pada waktu malam.

5.Membasuh kedua-dua tangan 3 kali..


ada tambahan.. silakan ukhty wa akhi.... syukran aidhon!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ana lukakan hati dia..



salam alaik...

hari ni agak menyedeyhkan sket...

ana lukakan hati seseorang...

ana pentingkan seseorang yang zahirnya tiada di sisi

namun .....

huhu...

psychology pun dah tak boleh nak lawan...

lepas tu ALLAH pun turunkan rahmat yang pada mulanya ana tak perasan pun...

alhamduliLLAH... ALLAH permudahkan bagi ana untuk mengatasi masalah ni...

all praise be only to ALLAH....

mucho grassias for reading my babbling... por favor if it's boring...

wassalam wa ilalliqa'!!~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Nak jadi orang yang dekat dgn Rasulullah tak?




Nak jadi orang yang dekat
dgn Rasulullah tak?

Jom! Amalkan sunnah Nabi
hari ni isnin, puasa sunat ramai-ramai kan seronok.hee

Dulu sahabat berperang dalam keadaan berpuasa,
kita? Summer pun dah tak tahan..

jom bina kekuatan rohani dan jasmani
Moga Allah bagi kekuatan....

hari ni Isnin,
dan Nabi suka puasa hari Isnin dan Khamis.

Ramadhan pun dah tak lama.

Jadi, apa kata kita puasa ?
dapat pahala, dan boleh jadi latihan untuk menghadapi Ramadhan.

Selamat Berpuasa! ^^

*dan jangan lupa, sahur, banyakkan minum air, nanti dehydrated :)


orang paling bahagia
bila Allah bagi hidayah dan petunjuk

17:97


wassalam wa ilalliqa'!!~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jagalah Allah, nescaya Allah menjaga kamu


KITA ni manusia...
 
Hidup bukan hanya untuk meminta kasih, apatah lagi untuk dihargai. Tapi ianya satu kitaran. Sebanyak mana yang kita berikan, setakat itulah yg akan kita peroleh.

*Nilai di sisi Allah swt berbeza dengan nilaian dunia~ 

Memang itu yang kita perlukan. Berikanlah akhlak yg mulia buat insan di sekelilingmu kerana itu juga yang kamu inginkan dari orang lain. 

Kita ni manusia.. :D

Jangan disebabkan kepincangan hubungan kita dengan Allah swt, menyebabkan Allah tak jaga hubungan kita dengan manusia~

* Kita inginkan hubungan terbaik dengan manusia bukan nak minta populariti..

~ Kita harap dari hubungan itu yang membawa kita menuju rahmat Allah dan dari situ juga terlepas bebanan di akhirat kelak. 

~ Kita tak ingin jadi hamba yang muflis di akhirat kelak. Sibuk menanggung dosa dengan manusia, sedangkan dosa dengan Pencipta masih bertimbun~

Jagalah Allah, nescaya Allah menjaga kamu ♥ 

Kita memang kena banyak berdoa! Allahu Musta'aan...

mucho grassias for reading my babbling... por favor if it's boring...

wassalam wa ilalliqa'!!~ 




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


segmen : PAPA I LOVE U



klik banner dan join segmen !
1. Buat satu entry bertajuk "PAPA I LOVE U"
2. Letak banner di atas dan letak sekali link contest ni
3. Kemudian, sila lengkapkan slogan ini,

"PAPA/AYAH/ABAH/WALID/ABI/BAPAK SAYA ADALAH YANG TERBAIK KERANA........" 

ABI SAYA ADALAH YANG TERBAIK KERANA........beliau bukan hanya abi pada kami tapi beliau juga murabbi yang hebat pada ana dan adik beradik yang lain.... pada 21 hb mei 2012,ana melalui satu dugaan paling besar dan hebat dalam hidup ni.. innalaillahiwaiina ilahirojiun.... kehilangan orang yang tersayang.. AL-FATIHAH BUAT ABI dan pada yang masih punya bapa .. remind tis ,hari bapa kita wish setahun sekali, tapi biarlah hari-hari kita ingat bapa, dan abang-abang kita before kita buat sesuatu perkara. pelihara maruah dan aurat dgn sempurna. sebab kita nak jadi family bukan hanya di dunia, tapi sampai ke syurga..insya allah...
amin ya rabbal alamin...



Tarikh tutup : 30 JUN 2012 pada pukul 11.60pm
92 patah perkataan


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMEN : I Follow U , U Follow Me Back



klik banner untuk join!






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1st Give Away by Aliana


KLIK BANNER DAN JOIN
2 orang peserta bertuah akan mendapat
* rm 100 (tunai or topup)
* full edit blog percuma
* promote blog selama sebulan .

2 orang pemenang saguhati
* rm 5 (topup)
* edit blog 
GUD LUCK!
GA tamat pada 17 julai 2012
di tag CIK MUN


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sayang.. Jangan Tangisi Pemergiannya..



Orang yang kita sayangi meninggal, jangan menangis!

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Apabila seseorang diuji oleh Allah SWT dengan kematian salah seorang angota keluarganya. Sebaik-baiknya hendaklah redha dan tenang dengan kematian itu. Janganlah tangisi akibat kematian itu kerana mayat akan terseksa kerana tangisan keluarganya.


Rasulullah SAW bersabda :


"Sesunguhnya mayat akan diseksa kerana tangisan keluarganya atas kematiannya. Oleh itu, maka janganlah salah seorang di antara kamu(isteri-isteri Rasulullah SAW) menangisi kematian kami."
-Muttafaq 'Alaih daripada Aisyah dan Ibnu Umar-


Sabda Baginda lagi :


"Sesungguhnya mayat akan dipercik dengan air yang panas kerana tangisan keluarganya."
-ad-Dailimi di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus daripada abu bakar-


Sabda Baginda lagi :


"Sesungguhnya mayat akan diseksa kerana tangisan keluarganya. Jika ia berkata: Aduh pemberi! Aduh penolong!
-Tirmidzi daripada Abu Musa-


Sabda Baginda lagi :


"Sesungguhnya mayat akan diseksa kerana tangisan orang yang hidup"
-Ahmad daripada Abdullah bin Umar-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


segmen blogwalking dan follow



klik banner kat ataih..n join ...
tarikh tamat 30 june 2012
"SELAMAT BERBELOGWALKING N FOLLOW"


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1'st Simple GiveAway By Effa & Sakinah



saya tag dia

nak join?? klik banner


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


" 1st Giveaway By Izzah Ismail "



first klik banner ..pastikan join ye..

Ada hadiah untuk TopRefferal  promote sebanyak mungkin !! 
#Tarikh tutup : 15/09/2012 pada pukul 6.00 p.m. 
(happy bornday! izzah)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen Amazing Blogging


klik2 banner ni ..join okeng!

Hadiah untuk pemenang Segmen Ini...

10 orang daripada pemenang akan di masukkan ke dalam Amazing Blogging Group

10 orang pemenang (tak termasuk pemenang di atas) akan mendapat satu blogger card - Amazing Blogging Group 
p/s : Pemilihan pemenang akan di pilih melalui random.org

 tamat pada 23 JUNE 2012 pada pukul 5 petang..

UPDATED! bilangan pemenang di tambah.. huu klik sini


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMEN: BLOGLIST SWEET HEARTS wih AFIQAH KAMAL



klik banner ..jangan lupa join sekali ye..

tarikh tamat pada 30/06/2012

:)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.