Aku Cinta Kamu Kerana Allah



Quote
'Aku Cinta Kamu Kerana Allah' What  are You Understand about tis?


Quote
" Sesungguhnya saya ingin bertaaruf dengan kamu kerana Allah, semoga dengan mengenali dirimu akan mendekatkan diri saya lagi kepada Allah, .... kiranya kamu ingin bertaaruf dengan saya biarlah kerana Allah, semoga dengan mengenali saya akan mendekatkan dirimu dgn Allah."

Quote
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 



Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Bg ana la,demi cintakan ana kepada si dia,ana akan berusaha menjauhinya selagi masa belum tiba.
Sehabis upaya ana akan menjauhinya.
Pendamkan sahaja dalam hati ini.
Hanya ALLAH yg tahu. CUkup.
ini dalam skop cinta berlainan jantina..

Kalau sama jantina?
Maksudnya,persahabatan yg dibina hanyalah kerana ALLAH.
Seperti di pusat pengajian ana,
bersama-sama berkongsi ilmu,berprogram,menimbulkan sayangnya kepada mereka.
Kerana apa? Kerana sayangnya yg membuahkan hasil iaitu dapat ilmu-ilmu.
Berbuka sama2,pergi dengan kuliah sama2,pergi majlis haul sama2..sangat seronok.....

Quote
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai


Kita hidup di muka bumi ini,bernafas ats kepunyaan ALLAH,minum air kepunyaan ALLAH,makan ats rezeki ALLAH
Jd,korbankan perasaan hati yg ingin bercinta sperti org diluar sana,harapkan keredhaan ALLAH yg hakiki..
insyaALLAH,akan melimpah2lah rezeki ALLAH kurniakan kepada org2 yg sabar..



Rasulullah bersabda;
'Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."( Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)


FITRAH!
Apa rasionalnya topik ini dibincangkan? Ianya kerana rata-rata golongan manusia termasuk para dai'e pasti pernah atau akan merasai cinta, pasti pernah kecundang dengannya atau mungkin berakhir dengan bahagia dengan cinta.
Dari Anas ra. dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ( al-Bukhari 13. Muslim 



LAYAKKAH?
'Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri... sebelum mencintai Allah". Persoalannya di sini adakah kita sudah mencintai Allah? Mencintai Allah dalam erti kata sebenar ialah mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa yang Allah benci. Kita lihat kini, ramai yang sudah mencintai orang lain seawal umur darjah 5, tetapi adakah mereka mencintai Allah dan diri mereka sendiri? Jawapannya terdapat pada hubungan itu samaada ia kekal atau tidak. Cinta pada diri sendiri ialah dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu.
Firman Allah;

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya(Tuhan) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (QS. 45:23)
FAHAMI!
Perlu difahamkan di sini dengan sejelas-jelasnya bahawa cinta itu ialah pertautan dari hati ke hati dan bukan seperti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi cinta dengan 'contact' badani iaitu pergaulan bebas. Ingatlah,
"cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan." ( al-farabi)
Yang menghairankan bahawa umat islam sendiri pula yang terkinja-kinja untuk mengikut jejak langkah barat. Buktinya kes cerai, anak luar nikah dan pelbagai kancah zina. Beginilah akibat 'islamophibia'. Pesanku, 'berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jaat, buruk dan 'cacat'. Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa, begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan."


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


STOP THE GENOCIDE





they are our family
Jarak Malaysia dengan Palestin : lebih kurang 8333.33 km…. adakah kerana jarak itu menyebabkan hati kita tertutup dari mengingati mereka? kenapa kita sekadar melihat sahaja tangisan mereka? ataupon adakah kerana kita bukan saudara mereka?
mereka sedang menangis… kita boleh menari? MashaAllah…. betulkah kita ISLAM? hebat betul rancangan zionist… tanpa menggunakan peluru, hati kita tertutup dengan keindahan dunia… terus lalai bersama-sama dunia yang sementara… kalau kita seorang manusia yang bijak… kenapa tak pandai nak bandingkan 100 tahun di dunia dengan akhirat yang selamanya? andai kata bumi ini tempat yang berharga buat kita…. cuba bahagikan 100 dengan infiniti…
“sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan membarikan syurga untuk mereka” (at-Taubah : 111)
bukalah minda wahai manusia… andai kata kau membiarkan ibu atau ayah mu di tembak dan di perkosa, adakah tempatmu adalah syurga? dan andai kata kau membiarkan saudara seagamamu ditembak dan dibom…. adakah kita akan mendapat syurga-Nya?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


jgn biar luka itu terus berdarah!



apakah yang menjadikan hati ini terus membatu membiarkan luka itu terus berdarah… sungguhpun telah banyak peluru yang menembusi tubuh yang lemah itu… hurm… sungguh angkuh dan sombongnya kita!!!
terus-menerus menyokong mereka… kita makan sampai perut kita penuh dengan makanan yahudi… tak pernah pon terlintas di fikiran bahawa mereka sedang mahanan lapar dan dahaga… apa lagi yang hendak kita lakukan? support yahudi? sayang muslim? mana satu yang akan kita pilih? dah pasti kita kata kita sayang muslim… persoalannya sejauh manakah kasih sayang yang kita semaikan dalam jiwa kita ini?
everyday!!! everyday they kill muslim… shot by shot!!! peluru tu siapa yang tolong bayar? orang Islam sendiri yang bayar… STOP THAT NOW!!!! because they are crying now…..
Dimanakah kasih sayang? dimanakah cinta pada saudara kita? dimanakah hati dan akal fikiran kita? renungkanlah… kalau keluarga terdekat kita yang ditembak… bagaimanakah perasaan kita? begitulah situasi yang mereka sedang hadapi…
Ya Allah… berikanlah kami hidayahMu… Engkau tunjukkanlah kami jalan kebenaran…
Peluru yang menembusi kepala mereka itu bukanlah kerana bencinya Allah pada mereka… tapi kerana hendak melihat… bagaimanakah Islam pada hari ini…
sahabat!!! hati-hatilah ketika anda sedang ketawa… Allah Maha Melihat… luka yang berdarah itu akan menjadi saksi kekejaman!!!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Aku Cinta Kamu Kerana Allah" - What Do You Understand By The Statement?


Quote
'Aku Cinta Kamu Kerana Allah' --What Do You Understand by this statement.....?

" Sesungguhnya saya ingin bertaaruf dengan kamu kerana Allah, semoga dengan mengenali dirimu akan mendekatkan diri saya lagi kepada Allah, .... kiranya kamu ingin bertaaruf dengan saya biarlah kerana Allah, semoga dengan mengenali saya akan mendekatkan dirimu dgn Allah."



Quote
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa 


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Bg ana la,demi cintakan ana kepada si dia,ana akan berusaha menjauhinya selagi masa belum tiba.
Sehabis upaya ana akan menjauhinya.
Pendamkan sahaja dalam hati ini.
Hanya ALLAH yg tahu. CUkup. 
ini dalam skop cinta berlainan jantina..

Kalau sama jantina?
Maksudnya,persahabatan yg dibina hanyalah kerana ALLAH.
Seperti di pusat pengajian ana,
bersama-sama berkongsi ilmu,berprogram,menimbulkan sayangnya kepada mereka.
Kerana apa? Kerana sayangnya yg membuahkan hasil iaitu dapat ilmu-ilmu.
Berbuka sama2,pergi dengan kuliah sama2,pergi majlis haul sama2.. Syok~~ Xpercaya,test laa.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Quote
Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai


Kita hidup di muka bumi ini,bernafas ats kepunyaan ALLAH,minum air kepunyaan ALLAH,makan ats rezeki ALLAH
Jd,korbankan perasaan hati yg ingin bercinta sperti org diluar sana,harapkan keredhaan ALLAH yg hakiki..
insyaALLAH,akan melimpah2lah rezeki ALLAH kurniakan kepada org2 yg sabar..

Ni ana nk kongsikan..

Posted Image

Amalkan zikir ini yg insyaALLAH memudahkan jodoh kalian..
baca 40X sehari selama 40Hari..
Lakukan berterusan dan niatkan permudahkan jodoh dan supaya dengan jodoh itu dapat mendekatkan diri kita kepadaNya..
Dan hindari zina,walaupun sekecil2..
(Di'hadiah'kan oleh Mursyid Pondok Darul Atiq,Ustaz Ghazali Hasbullah pada 14/12/2010)





Terjumpa quote ni:
Loving is not how u forget, but how u forgive. Not how u listen, but how u understand.
Not what u see, but what u feel. Not how to let go, but how to hold on.









Rasulullah bersabda;
'Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."( Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)

Fitrah!
Apa rasionalnya topik ini dibincangkan? Ianya kerana rata-rata golongan manusia termasuk para dai'e pasti pernah atau akan merasai cinta, pasti pernah kecundang dengannya atau mungkin berakhir dengan bahagia dengan cinta.
Dari Anas ra. dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ( al-Bukhari 13. Muslim 45)

Layakkah?
'Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri... sebelum mencintai Allah". Persoalannya di sini adakah kita sudah mencintai Allah? Mencintai Allah dalam erti kata sebenar ialah mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa yang Allah benci. Kita lihat kini, ramai yang sudah mencintai orang lain seawal umur darjah 5, tetapi adakah mereka mencintai Allah dan diri mereka sendiri? Jawapannya terdapat pada hubungan itu samaada ia kekal atau tidak. Cinta pada diri sendiri ialah dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu.
Firman Allah;
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya(Tuhan) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (QS. 45:23)

Fahami!
Perlu difahamkan di sini dengan sejelas-jelasnya bahawa cinta itu ialah pertautan dari hati ke hati dan bukan seperti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi cinta dengan 'contact' badani iaitu pergaulan bebas. Ingatlah,
"cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan." ( al-farabi)
Yang menghairankan bahawa umat islam sendiri pula yang terkinja-kinja untuk mengikut jejak langkah barat. Buktinya kes cerai, anak luar nikah dan pelbagai kancah zina. Beginilah akibat 'islamophibia'. Pesanku, 'berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jaat, buruk dan 'cacat'. Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa, begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan."









Aku cintakan kamu.

-- Hehehhehehehehh!!!! Gler tak bess. --

Posted Image


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


saya sayang kamu....



Bismillahirrahmaanirrahiim.
Sekali bersahabat. Selamanya sahabat. Sampai tibanya akhirat. Sehingga syurga.
Sahabat, Saya sayang kamu!
Pernah saya ungkapkan padanya,
“Hei. Saya sayang kamu. Maka saya hendak kamu sentiasa dijalan-Nya. Untuk menegur kamu sekiranya tersilap arah, tak perlu saya untuk minta kebenaran darimu. Sepertimana saya sayang padamu kerana ALLAh, maka kerana ALLAh saya menegurmu.”
Pernah saya bisikkan dari jauh padanya,
“Hendak berjiran dengan kamu di syurga. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAh izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya. Boleh tak?”
Dia menjawab,
“Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik!”
Saya tepuk bahunya dari kejauhan,
“Hei, mari sini. ALLAh masih pinjamkan umur. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.”
Matanya bergenang,
“Saya sayang kamu, sahabatku!”
Saya senyum padanya dari kejauhan,
“Dan saya lebih menyayangi kamu. Ingat ni~”
Saya mendekat padanya dari kejauhan,
“Psst! Kalau saya diizinkan masuk syurga, saya nak kita melangkah ke dalamnya bersama-sama. InshaALLAh, mesti seronok kan! Tapi kalau ALLAh takdirkan neraka tempat saya. Saya minta sesuatu boleh? Kamu palingkan wajah kamu dari melihat saya pada hari itu, ya? Jangan berpaling untuk saya. Saya tak mahu kamu sedih melihat saya..”
Saya tertunduk dihadapan Yang Esa,
“Ya ALLAh, berikanlah kekuatan dan ketabahan serta kesabaran iman kepada sahabatku untuk menjalani hidupnya semasa di dunia. Jadikan dia daripada golongan hamba yang Kau redhai. Peluklah dirinya ya ALLAh dengan kehangatan kasih kepada-Mu. Ikat hatinya dengan tali agamamu! Jangan Engkau pernah biarkan dia merasa sendiri kekosongan tanpa hidayah-Mu. Dengarkanlah doa hamba yang faqir ini, ya Dzal Jalali Wal Iqram!”
Tiba-tiba tiba ‘SMS’ darinya,
“Saya rindu kamu…~”
Dan saya membiarkan rindu itu dibalas sendiri oleh ALLAh Azza Wa Jalla.
Sungguh saya sayang pada sahabat saya. Dan sungguh saya ingin sentiasa dia berada dalam pelukan Ilahi.
Hei kamu, yang merasakan saya adalah sahabat kamu,
Saya sayang pada kamu
Saya ingin bersahabat dengan kamu
Di dunia sampai akhirat
Sudikah kamu menjadi sahabat saya?
Maka genggamlah tangan saya
Saya akan pastikan genggaman ini tidak akan terbuka
Sehingga waktu ALLAh menentukan
Dan boleh tidak kita perbaharui persahabatan ini?
Biar kita sama-sama melakukan amalan yang istiqamah pada-Nya
Malah mungkin kamu lebih dariku dalam hal itu
Memperbaharui persahabatan yang satu ini
Dengan disaluti keimanan
Ya, keimanan!
Akan saya bersaksi di hadapan ALLAh SWT!
Meminta kamu dimasukkan ke dalam Jannah


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


tak seindah biasa~



Rasulullah SAW bersabda:

"Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seorang hamba, maka Allah akan memberikan siksaanNya secara lebih awal di dunia saja.." (Diriwayatkan oleh At Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik Ra diriwayatkan bahwa ia menceritakan: Rasulullah SAW bersabda:


"Sesungguhnya pahala yang besar didapatkan melalui cobaan yang besar pula. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan cobaan kepadanya. Barangsiapa yang ridha menerima cobaannya, maka ia aman menerima keridhaan Allah. Dan barangsiapa yang kecewa menerimanya, niscaya ia akan menerima kemurkaan Allah." (Diriwayatkan oleh At Tirmidzi).

Ibadat yang dilakukan ketika sakit walaupun tidak sesempurna amalan orang sihat sebenarnya setaraf dengan amalan orang sihat. Malah, jika dilakukan dengan sesabar mungkin akan menatijahkan ganjaran pahala yang lebih besar di sisi Allah berbanding ibadat yang dilakukan oleh orang yang sihat. Contohnya, bagi yang tidak mampu berpuasa boleh menggantikan dengan membayar fidyah RM2.00 satu hari didarab dengan 30 hari bermakna bayaran RM60 kepada fakir miskin boleh setanding (equivalent) dengan orang yang berpuasa 30 hari. Mudah bukan? Walaupun kelihatan seperti rugi di sisi manusia tetapi di sisi Allah ganjarannya sama sahaja.

Baru-baru ini saya menghadiri satu kuliah mengenai fiqh ibadat untuk orang-orang sakit. Selama ini saya hampir tidak pernah menghiraukan mengenai cara-cara untuk melakukan ibadah di kala sakit samada sakit yang kronik (yang tiada harapan untuk sembuh) seperti leukemia, kanser atau sakit yang bersifat sementara seperti demam atau luka di tangan yang boleh sembuh. Sebenarnya berbahagialah kepada mereka yang menderita sakit.

Kenapa saya katakan berbahagialah?

Selain dari ujian dari Allah yang menggugurkan dosa-dosa, meningkatkan darjat di sisi Allah, sakit itu adalah manifestasi kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hambanya.

Namun, tidak ramai yang berfikiran sebegini. Sakit dianggap satu malapetaka. Sakit dianggap sebagai penghalang untuk melakukan pekerjaan. Sakit sebagai sesuatu yang perlu dielakkan. Tidak hairanlah jika ramai yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan untuk keperluan vitamin dan makanan tambahan. Walaupun kita dituntut untuk menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah, namun perlu diingat bahawa penyakit boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Sakit itu tanda bahawa Allah mengingati kita dan ingin memberi peringatan kerana mungkin ada perkara-perkara maksiat yang kita lakukan tanpa kita sedari. Justeru penyakit datang lalu menggugurkan dosa-dosa mereka yang sabar menghadapinya.

Ramai yang mengganggap penyakit yang ditanggung akan membataskan seseorang dari melakukan amal ibadah fardhu seperti solat dan puasa tetapi sebenarnya pandangan ini adalah silap di sisi Islam.


Orang yang sakit lebih terbuka peluang untuk melakukan ibadah seluas-luasnya. Orang yang sakit lebih mudah untuk melakukan ibadah. Orang yang sakit diberi kelonggaran dan kemudahan seluas-luasnya oleh syarak.


Antaranya kewajipan berwuduk terangkat dengan digantikan dengan tayammum bagi mereka yang tidak mampu melakukannya kerana keuzuran. Solat fardhu boleh dilakukan dalam keadaan duduk, berbaring, dengan isyarat mata dan isyarat hati. Puasa pula boleh digantikan dengan membayar fidyah kepada orang miskin dan fakir. Maka apa lagi alasan untuk mengatakan tidak mampu melakukan ibadah di hadapan Allah kelak. Fikirkanlah…
Prinsipnya mudah sahaja iaitu selagi akal masih belum hilang maka kewajipan untuk melakukan amalan-amalan fardhu tidak pernah terangkat sama sekali, cuma diberi keringanan oleh Islam. Keringanan yang menandakan kasih sayang Allah kepada kita. Keringanan yang memberi ruang untuk hamba-hambanya melakukan ibadah seluas-luasnya tanpa alasan apa sekalipun.

Itulah tanda fleksibiliti dalam Islam. Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Islam agama yang‘aacommodative’ untuk semua manusia tanpa mengira di mana sahaja kita berada dan ruang budaya yang diamalkan. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Ustaz Azhar menceritakan pengalamannya menjadi penasihat agama untuk sebuah pusat perubatan hemodialisis di Kuala Lumpur. Hasil daripada pemerhatiannya kepada pesakit-pesakit di situ dibukukan dengan memasukkan pandangan ulama-ulama muktabar seluruh dunia serta fatwa-fatwa terkini.


Saya masih ingat psanan beliau setiap kali beliau memberi kuliah mengenai fiqh orang sakit ini iaitu:


” Orang sakitlah yang paling mudah melakukan amal ibadah. Orang sihatlah lebih susah untuk melakukan amal ibadah. Orang sakit diberi kelonggaran seluas-luasnya oleh Islam.


Maka pandangan bahawa sakit akan membataskan dan mengurangkan pahala ibadah tidak boleh diterima kerana kelonggaran yang diberikan adalah satu anugerah Allah untuk mereka yang dipilih Allah. Rebutlah kesempatan yang diberikan dan usahlah berduka lara kerana ganjaran pahala pasti menanti bagi mereka yang bersabar menghadapinya.

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


cukup sudah....


karya : Az-Zamakhsyari
Petikan : Buku La Tahzan

Berjaga malam kerana mencari ilmu
lebih nikmat bagiku daripada kekayaan
dan kepuasan yang telah ku capai
putaran roda kehidupan
telah melemparkan ke dalam kesulitan
namun itu lebih menyenangkan
sebab aku terus belajar menyelesaikan masalah
suara goresan pena diatas kertasku
lebih merdu daripada alunan lagu kesamaran
lebih indah daripada tabuhan rebana remaja puteri
sedangkan lembaran tulisanku
menebarkan butiran pasir hikmah
Wahai kalian semua
raihlah harapan dan mimpimu
seberapa pun jarak penulis dengan bukunya
Haruskah aku tetap tertidur dua bulan
sehingga mimpiku menjadi kenyataan? 

p/s: mata bengkak giler... dah 3 hari x stop ngs :oops:


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


senyum...ta perlu kata ape2.....^^


.. why should we smile ?

1. Smiling Makes Us Attractive
We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns, scowls and grimaces all push people away -- but a smile draws them in (avoid these smile aging habits to keep your smile looking great).


2. Smiling Changes Our Mood
Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.


3. Smiling Is Contagious
When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.


4. Smiling Relieves Stress
Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.

5. Smiling Boosts Your Immune System
Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. Prevent the flu and colds by smiling.
6. Smiling Lowers Your Blood Pressure
When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home. Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?
7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin
Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.
8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger
The muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day -- you'll look younger and feel better.
9. Smiling Makes You Seem Successful
Smiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.
10. Smiling Helps You Stay Positive
Try this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.