Cinta: Rumahtangga Itu Bukan Sekadar Di Waktu Muda Dan Bahagia.
NIKAH.
moga sampai syurga..
Bakri Setapa memimpin tangan isterinya yang merupakan Orang Kelainan Upaya ..
Saya masih belum mendirikan rumahtangga. Tetapi saya senang untuk belajar dengan melihat fenomena dari manusia-manusia di sekeliling.
Antara yang selalu membuatkan saya tertanya ialah, apa ya kekuatan pasangan suami isteri itu jika tiba-tiba suatu hari nanti, cinta yang mewarnai alam rumahtangga itu tiba-tiba hilang tidak muncul-muncul?
Tambah-tambah untuk pasangan yang memilih untuk berkahwin awal. Maka tempoh rumahtangga itu akan semakin panjang.
Lantaran menjadi lambakan isu penceraian hari ini adalah akibat cinta yang menjadi tunggak itu roboh lazimnya selepas tempoh bulan madu yang indah itu berlalu. Maka timbul rasa jemu, bosan, ternampak kecacatan, muncul percikan perselisihan sehingga menjadi api yang membara, pudar kecantikan pasangan sehingga kecantikan luar mencuri perhatian dan sebagainya.
Kerna rumahtangga itu bukan sentiasa tenang dan nyaman. Ribut, taufan, ombak dan gunung berapi sentiasa mencuri intai untuk menggoncang menguji. Bahkan, pasangan kita bukan robot yang statik kebaikannya dan muda selama-lamanya. Mereka tetap manusia yang punya mood turun naik, jatuh bangun sekaligus semakin dibaham usia.
Lantas apa ya kekuatan untuk menjadikan ikatan itu tidak putus-putus selamanya dengan izin Allah?
serius antara fenomena yang sangat comel ialah melihat pasangan warga emas yang masih saling setia
melengkapi kehidupan masing-masing ^^.
Cinta: Asaskannya Dengan Pasak Taqwa.
Jawapannya saya dapat daripada artikel di atas, iaitu cintailah dia (pasangan anda) dengan taqwa.
Taqwa yang akan membuatkan kita sentiasa takut untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah dengan menzalimi pasangan kita.
Taqwa yang membuatkan kita sentiasa berhati-hati menutup diri agar tidak berlaku curang kepada pasangan meski kelihatannya yang di luar lebih indah.
Taqwa yang membuatkan kita sentiasa mahu memberikan yang terbaik lantaran yakin akan ganjaran syurga di sisiNya dan bukan sekadar melihat perkahwinan sebagai tiket untuk menerima sebanyak-banyaknya.
Taqwa yang membuatkan kita teliti dalam menjaga hati pasangan meski ada ketikanya tindakannya tidak kita gemari.
Taqwa yang membuatkan kita bersungguh-sungguh menyuburkan rasa cinta kepada pasangan meski jika suatu saat itu apinya makin malap lantaran kita tahu bahawa tuntutan untuk mencintainya itu adalah ibadah.
Taqwa yang membuatkan kita mahu menjalani kehidupan sebagai seorang muslim bersamanya sepanjang hayat sehingga melangkaui dimensi iaitu bersamanya di dalam syurga Allah nanti.
Taqwa yang membuatkan kita melihat rumahtangga itu sendiri adalah sebahagian daripada kewajipan sebagai seorang muslim (yang telah berkahwin) yang perlu dilaluikan dengan penuh syukur iman sepertimana kita melaksanakan kewajipan-kewajipan lain seperti solat, puasa dan haji.
Dan bagaimanakah untuk meraih taqwa ini?
Pastilah dengan kembali kepada Allah dalam seluruh 3ubudiah kita. Sangat mustahil jika kita mahukan keyakinan dalam keadaan hubungan kita dengan Allah lemah dan kontang.
mengikut alQurtubi yang mencatatkan komentar Ibnu Abbas r.a. mengenai maksud mawaddah ialah:
"cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya" dan rahmah membawa erti "cinta itu rahmah bukan sampai menderita dan mengalami kesusahan".
membuatkan saya terfikir, adakah lelaki ini memang kasihnya susah untuk setia? sehingga ayat yang lazim kita ucapkan dalam sebuah rumahtangga iaitu mawaddah wa rahmah ditujukan untuk mereka sebenarnya? hm.
Penutup: Cinta Dan Sayang Itu Bukti Kebesaran Allah.
"Dan antara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan berpasang-pasangan bagimu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa aman kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir" (21: 30)
Telah jelas dalam titipan cinta Allah bahawa perasaan kasih dan rasa sayang itu adalah salah satu bukti kebesaran dan kehebatan kuasa Allah.
Malah Dia lah yang menciptakan pasangan-pasangan manusia, lelaki dan wanita untuk saling cenderung, saling mententeramkan serta saling melengkapi.
Itulah fitrah penciptaan.
Bermakna, fitrah rasa cinta dan kasih itu adalah SEBENARnya sebagai daya tolak untuk lebih menjadi hamba kepada Allah, Pemilik diri kita dan Pemilik dunia ini sekaligus memacakkan rasa kerdil dalam diri kita. Bukan untuk kita kotori dengan kemaksiatan kepada Allah. Apatah lagi untuk kita lihat hanya sebagai noktah pendek yang tamat dengan sebuah perkahwinan. Selesai berkahwin, maka telah memenuhi matlamat cinta.
Tidak. Bukan itu sama sekali.
Maka, mari sama-sama kita mulakan dengan sungguh-sungguh menjadi hamba Allah yang sebenar dalam ketaatan, kepatuhan, dan 3ubudiah.
Semoga Allah redha insyaAllah.
sayang itu tidak perlu seperti kopi yang menyelerakan ini. Cantik dan sedap.
Namun, selesai dicicip habis, maka habislah kopi.
nota kaki:
-satu doa saya untuk kalian:
"semoga tangan yang digenggam ketika majlis itu digenggam sungguh-sungguh untuk selamanya iAllah. ^^."
Dan minta maaf jika saya lebih gemar berkongsi kemungkinan-kemungkinan negatif yang mungkin di luar jangkauan kalian apabila kalian meminta pandangan dan perkongsian kerana tidak mahu kalian terkejut suatu hari nanti.
and much of the stories, were based on my own stories.
Semoga belum terlambat.
Angel is to special to be ask for and to value to be dreamed of. An angel is someone, he just could secretly admire her high
and will be heart-fully appreciated if soon he get it.
And, I wish if I'm an angel through his eyes.