tiada kesudahan.......tolonglah aku menjaga hati...




Maruah seseorang adalah bergantung kepada dirinya sendiri. Dengan penuh sedar,ana ingin menegaskan bahawa ana bukanlah manusia terbaik untuk dijadikan contoh dalam hal ini,
apatah lagi untuk mengatakan bahawa ana ta terjebak dengan sebarang kesilapan ketika berbicara.

Namun, bila baru masanya akan datang manusia yang serba sempurna yang dinobatkan layak berbicara tentang adab? Berbicara di sini ana fokuskan kepada adab berbicara
antara ikhwah dan akhawat. Allah SWT menegaskan adab berbicara khususnya bagi golongan muslimat apabila berkomunikasi dengan lelaki yang bukan mahram......



"Assalamualaikum," sana.



"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.



"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.



"Fasal apa?" sini.



"Sibuk ke? sana.



"Agak," sini.



"Ok," sana.


"Allah ada," sini.



"Tahu," sana.



"Allahlah tempat mengadu," sini.


"Ya baik," sana.



"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.


Senyap. Ada tangis di situ.



"Kan bagus kalau ade di sini," sana.


"Tak bagus pun," sini.



"Kenapa?" sana.


"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.


"Bila dekat asyik nak gaduh," sana. Tergelak dalam sebak.



"Rindu sebenarnya," sini.



"Kenapa tak cakap?" sana.


"Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.




Sana senyap.






Sini senyap.






Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.

Terpulang pada pembaca untuk mentafsirnya..moga tabah hati tak berbelah bahagi, Allah lah pemilik hati ini..ameen~

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


cinta antara kita.......







Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Lirik Alyah – Kisah hati (OST – Stanza Cinta)


assalammualaikum......... apa khabar sahabat sahabiah semuanya....? harap sihat di bawah lindungan ALLAH ya....

nak cakap sikit tentang
CINTA hari nie...boleh ta..?

CINTA nie fitrah manusia....ta boleh nak tolak ta boleh nak tepis....cuma satu saje ubatnya iaitu IMAN...

tp IMAN kejap penuh ..kejap kurang....jd bagaimana nak bagi
IMAN kita sustain in FULL OF IMAN PARAMETER.....?

Cinta dan iman adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.Kedua-duanya saling berkait rapat.Tidak akan rasa manisnya iman tanpa perasaan cinta.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw: "Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah).
Dari Anas ra. dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasai manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya dia dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda: "Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai" (HR Muslim).



Cinta menurut pandangan Islam adalah suatu perkara yang dibenarkan.Islam adalah agama fitrah dan cinta itu adalah fitrah manusia.Islam tidak melarang seseorang untuk mencintai dan dicintai.Rasulullah menggalakkan kita mengucapkan cinta itu.


"Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya" (HR Abu Daud dan Tarmidzi)
Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai malah adalah sangat digalakkan kerana terdapat beberapa kelebihan melaluinya.Islam tidak menghalang cinta dan telah disediakan saluran yang halal(iaitu bernikah) di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)


"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...Amien"

p/s: Alfun Mabruk buat sahabat-sahabat yang telah dan bakal menyempurnakan separuh deen.Alhamdulillah, semoga Allah memberkati perkahwinan kalian dan semoga berkekalan hingga ke syurga.Mohon doa buat diri ini juga (ambil berkat dari teman-teman yang telah berkahwin ^_~).


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Rindu padaMU~




Semalam

Aku bertemu mengadap Mu lagi

Biarpun di malam sunyi dan sepi

Ketika hati ini gundah gulana

Memikirkan diri seakan semakin jauh

Semalam

Aku penuhi malam penuh irama sahdu

Menyatu hati mengait bicara

Walau kadang hati tersentuh

Namun kerana rindu dan cinta itu

Malam itu ku lalui dengan bunga-bunga kasih padaMu


Hari ini

Ku datang lagi

Membawa rindu sedih itu agar terus pergi

Namun menanggung rindu itu yang lebih berat

Menghadiahkan ciuman kasih Mu yang sarat

Membuat rekahan luka yang dalam akan terubat

Esok

Aku harus sedia mendepaninya

Kerana akan ada lagi kasih Mu disitu

Kerana akan ada lagi rindu dihati ini......

amin yarabbal alamin.......


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Baiti Jannati~


"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia Nya), lagi amat mengetahui". [Surah An Nur : 32]

Bismillahirrahmanirrahim..

insya Allah bagi mereka yang sedang menuju ke arah gerbang perkahwinan mahupun yang sedang merangka untuk mencari calon bagi mengisi kekosongan atau buat mereka yang tidak terasa mahu berkahwin. Ayuh, santai-santai saja :)

Lelaki yang menjaga hal ehwal agamanya akan berusaha untuk menyempurnakan diri yang tidak sempurna, berusaha menjadi yang terbaik walaupun bukan yang terbaik! Demi sebuah tanggungjawab kerana agamanya... Maka, carilah lelaki yang menjaga urusan agamanya!

Wanita yang menjaga hal ehwal agamanya akan berusaha menyempurnakan diri yang tidak sempurna, berusaha menjadi yang terbaik walaupun bukan yang terbaik! Demi amanah dari Allah dan tanggungjawab sebagai isteri. Isteri yang solehah akan sentiasa berusaha membaiki diri untuk memenangi hati suami...! Maka, carilah wanita yang menjaga urusan agamanya!

Untung pada mereka yang benar-benar memilih kerana agama! Kelak bahtera tersasar laluan dipukul ombak besar, masih tahu memegang kompas kembali ke pangkal jalan. Insya Allah.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda : "Tiga orang yang selalu diberi pertolongan Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar & seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya." [HR Thabrani]

"Kenapa kahwin?"

"Sebab nak dapat zuriat."

"Kalau kahwin, tak ada zuriat?"

"....."

Hidup ini hanya untuk Allah, semata-mata kerana Allah. Kita hanya peminjam, sang musafir di dunia yang mengumpul bekalan menuju daerah barzakh sebelum menetap di kediaman kekal di Akhirat.

p/s : Jangan lupa menyenaraikan list yang PERLU ada pada diri sebelum meletakkan list yang MESTI ada pada pasangan. :P

Wallahua'lam.

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Muslims.forever: سورة يسالقارئ فارس عباد شارك في صفحتنا هذهhttp:/...


Muslims.forever: سورة يسالقارئ فارس عباد


شارك في صفحتنا هذهhttp:/...
: "سورة يس القارئ فارس عباد شارك في صفحتنا هذه http://www.facebook.com/Muslims.forever استمع الى القرآن بصوت القارئ مشاري العفاسي الق..."

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


puasa..



2:41 AM


ASSALAMMUALAIKUM....


selamat pagi semua.... :D
 pendek je post pagi nie.... sbb ana nak mengajak diri ana dan sahabat sahabiah semua berpuasa sunat...
zaman sekarang bab sunat nie semua suka jawab mcm nie... "takpa la sunat je.."
memang betul..tp yg sunat itulah yg nak tambahkan pahala yg kurang....
ta susah pun....memang kena paksa diri sikit.... alhamdulillah...bila da jadi amalan besok...seronok  sangat berpuasa nie..


kita harus bersyukur sebab jadi umat yg istimewa di sisi ALLAH....nak cari pahala dan buat pahala cukup mudah sekali...senyum pun dah kira ibadah yg paling ringan.....dapat pahala tu....


jom kita yg jadi yg lebih baik.....kalau da baik cube untuk jadi yg terbaik....
semoga ALLAH menberkati hidup kita dunia dan akhirat.....


amin yarabbal alamin.....


p/s- walla... !  terpanjang pulak ae.... ^_^







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


“ Aku ada kerana-NYA”....



 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kerana Allah sentiasa ada diwaktu kita susah mahupun senang. Allah yg tidak putus-putus memberikan nikmat tanpa sedikit pun megurangi kekuasaanNya. Subhanallah..Allah itu Maha Hebat! Tiada yg setanding denganNya. Allah adalah tempat kita meminta..tiada yg lebih berkuasa utk menetapkan sesuatu melainkan dgn kehendakNya. Jadi, jomlah kita berdoa kpdNya disamping kita tidak mengabaikan suruhannya dan meninggalkan laranganNya. Allah itu Maha Mendengar akan rintihan hamba-hambaNya..insyaAllah..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


awak ..ini untuk awak...






Bismillahirohmaanirohim..
Alhamdulillah..Assolatu wassalam 'ala Rosululloh..
sedetik bersamamu membuat diri ini bahagia, semoga ukhwah yg terjalin akan kekal selamanya dan mendapat keridhoan yg maha pemberi kasih sayg.."




What i feel right now? speechless...ntah...sedih,bersalah..tapi apa yg penting, perlu KUAT! alwayz cool~

Entry kali ni khas ana dedicate utk salah seorang sahabat ana dunia dan akhirat...insyaAllah...

SAHABATKU...
Rasanya baru sekejap kita bersama...bersama-sama dlm suka dan duka...
Rasa ta sanggup nk lepaskan pergi, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang.. Dia mesti tahu apa yg terbaik utkmu, sahabatku...

SAHABATKU...
Tak tahu siapa yg salah..
akukah yg tidak menjalankan amanah yg aku pikul?
Ntah..mungkin  ta de siapa yg bersalah atau perlu dipersalahkan..
kerana, yakinlah kita,itulah takdir Allah..
perancangan terbaik dariNya...

SAHABATKU...
walau di mana pun dirimu berada, pastikan AL-QURAN & AS-SUNNAH sebagai pegangan hidupmu..
jadikan MARDHOTILLAH sebagai matlamat hidupmu...ingat!
jgn sesekali engkau tinggalkan jalan yg telah engkau pilih..

SAHABATKU...
perjalanan kita masih panjang..
kegagalan hari ini..bukan penghalang kejayaan hari esok..YAKIN!
inilah tarbiyah dari Allah sebagai latihan kpd pejuang agamaNya..

SAHABATKU...
ingatlah ketika engkau rasakan kehilangan, jadikan Allah sbgai tempat engkau berdamping..
namun, jangan kau lupa..sahabat2 mu masih ada di sini..
sentiasa menunggu-nunggu khabar darimu..
jangan rasa dirimu terasing,jika kami ini kau anggap sebagai shbt dunia akhirat mu..

SAHABATKU...
itulah nilai yg perlu kita pertaruhkan sebagai ganti syurga Allah Taala..
setiap org lain ujiannya..
Dia Maha mengetahui di mana titik kelemahan hamba-hambaNya..
masakan akan diuji tempat kekuatan? no challenge la ^^

SAHABATKU...
apa-apa pun yg terjadi..
engkau sahabat kami..
serahkan segala-galanya kpd Sang Pencipta..
jika segala usaha telah diusahakan..
katakan pada hati..


kita semua disatukan kerana AQIDAH..semoga pertemuan kita akan berakhir di SYURGA ALLAH TAALA...amin..

p/s~ ana yang tak luput dari ke khilafan mohon maaf pada kamu sahabat....maafkan ketidak sempurnaan jiwa ini...
tahukah kamu  jika anapun terluka? namun ana ta mau ianya berlanjutan... bialah saja ana mengalah ae...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


tangisi dulu diri kita ni....




Assalamu'alaikum warahmatullah...
Ikhwani wal ikhwati yang dirahmati Allah...

subhanallah..
indahnya jika hidayah Mu menjadi milikku..
mata ini sering mengeluarkan titisan jernih mengenang dosa silam..
hatta dosa-dosa sekarang ini...saat ini..

hati terusik di suatu malam yang hening..
tiba-tiba terkenang ummi dan abi....
apakah ana sanggup menghantar mereka ke api neraka??
nauzubillah..
pastilah tidak..
api di dunia pun kita tidak tahan..
inikan pula api di sana..

kita kata kita tidak sanggup melihat mereka bersedih..
tapi kenapa kita masih lakukannya??

wahai rakan-rakan seperjuanganku..
bangunlah kalian dari godaan dunia..
baliklah pada islam yang hakiki..
ini agama kita..

mata yang menangis takutkan azabNya...
api takkan berani jamah..

Allahu a'lam..


Iza indakum musykilah, laa takhaf is alie...;)
Moga kita bertemu kembali sahabatku...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.