BLACKOUT 505: SEDIKIT PESANAN DARI SAYA SEORANG RAKYAT MALAYSIA.



Bagi yang hadir ke perhimpunan Blackout 505 esok, sedikit pesanan dari saya seorang rakyat Malaysia

- Bawa air dan mask muka lebih. Pasti akan ada peserta yang tak bawa
- Bawa plastik sampah lebih dan bawa sampah anda serta sampah himpunan pulang ke rumah. Jangan penuhkan tong sampah sana, kerana pasti ada peserta yang kurang sivik
- Dinasihatkan jangan bawa anak kecil kerana kualiti udara dan cuaca yang tidak elok untuk anak kecil, terutamanya bayi
- Di mana-mana pun, beraturlah dengan baik.

la hawla wa la quwwata illa billah.
tiada daya dan tiada upaya kecuali Allah.

hasbunallah wa nikmal wakil. nikmal mawla wa nikmannasir.
cukuplah Allah untuk kami. Dialah sebaik baik pelindung dan Dialah sebaik baik penolong.

Selamat berhimpun. Moga selamat semuanya.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PENJELASAN SHILA HAMZAH TENTANG ISU MEMUAT NAIK GAMBAR PAKAIAN SENAMAN DI INSTAGRAM.



Penyanyi Shila Amzah menganggap tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya.

Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan.

"Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.

"Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman sosial Instagram dan berkongsi aktivitinya setiap hari.

"Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang.

"Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain," jelasnya.

Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya.



Sementara itu, diminta mengulas berkaitan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad yang dikatakan rapat dengan seorang pelakon baru berasal daripada Singapura, Elfaiza Ul Huq, Shila menganggap ia adalah perkara peribadi aktor tersebut.

"Hubungan kami sudah berakhir dan itu adalah hak dia untuk berkawan dengan siapa sahaja.

"Bagus untuk dia dan saya harap yang terbaik sahaja," katanya.

Jelas Shila, dia tidak mengikuti perkembangan aktor tersebut berikutan banyak laman web dan laman sosial yang tidak dibenarkan oleh negara tersebut.

"Banyak laman web yang diharamkan di China, jadi saya kurang ambil tahu. Kadang-kadang berita industri hiburan Malaysia pun saya tertinggal," katanya.

Namun, Shila berkata jiwanya kini lebih tenteram dan bahagia dalam menjalani kehidupan dan persekitaran kerja yang baharu.

Dalam perkembangan lain, Shila yang bercuti selama dua minggu sebelum pulang ke China akan melancarkan album terbaharunya dalam masa terdekat.

******

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

[HR Abu Dawud]

kerana dirimu begitu berharga.
sekian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO DAN GAMBAR :Dimuat naik individu tidak dikenali hampir 7,000 pengguna laman sosial Facebook berkongsi klip video ringkas detik cemas insiden penebat kilat terjatuh di Jalan Macalister.










Gambar  menunjukkan usaha untuk mencari mangsa (Lim Chin Aik). Tetapi mereka gagal untuk mencari beliau walaupun selepas menggali lubang sedalam tujuh meter. Mereka berkata dia mungkin tertimbus sedalam 10 meter.

GEORGETOWN - Hampir 7,000 pengguna laman sosial Facebook berkongsi klip video ringkas detik cemas insiden penebat kilat terjatuh di Jalan Macalister di sini Khamis lepas.

Video berdurasi 15 saat bertajuk 'Before accident at Umno building...PDRM CCTV' itu menunjukkan penebat kilat terjunam dan menghempap jalan serta mengenai beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Honda City berwarna gelap ipercayai milik, Lim Chin Aik, 44.

Video itu dimuat naik individu tidak dikenali.

Dalam kejadian angin kencang pukul 6.45 malam itu, penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan Menara Umno itu runtuh dan menghasilkan lubang sedalam lima meter.

Polis sebelum ini mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.

Kejadian itu juga meragut nyawa kelindan lori tong gas, Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Pulau Pinang selepas kepalanya cedera parah ditimpa serpihan konkrit penebat kilat itu.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbar di sini hari ini menayangkan klip video yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Macalister kepada keluarga mangsa dan media.

Antara aggota keluarga mangsa yang hadir menyaksikan klip video itu ialah ibu bapa mangsa Ang Kim Hooi@Ang Kim Looi, 70, dan Lim Tian Chor, 73.- Bernama






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sori Ayah, sebab tak belajar sungguh-sungguh , Maaf Ayah sebab tak jadi anak yang baik.


Selamat Hari Bapa!!!

“Aku berharap aku mati syahid, kerana aku ingin hidup bersama ayahku di syurga”
Kata seorang kanak-kanak yang kehilangan ayahnya..
AllahuAkbar..
Pray For Syria.

Dan kau tahu,
Apapun mimpi kehidupan yang kau inginkan,
Asal saja ia membawa hati insan kepada ArRahman
Ia boleh diterjemah jadi kenyataan.

Kau,
Dan mimpimu
Sungguh tidak sendirian.



Sori Ayah, sebab tak belajar sungguh-sungguh... Maaf Ayah tak jadi anak yang baik. Ampun Ayah sebab tak jadi saham anak solehah kepada Ayah.

Maka hargailah mereka. Selagi masa masih ada.

"Oh Ayah
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan"
-inteam-

Selamat Hari Ayah
setiap hari adalah hari untuk sentiasa ingat pada ummi dan abi, at least, 5 kali sehari dalam doa

Yok,gagahkan diri jadi saham yang baik untuk ibu bapa.

Al-Fatihah.

notahati- are we strong enough to tell our kids, 'nak, kalau mati..biar mati syahid.'


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.