GAMBAR PERKAHWINAN Ustaz Syed Abdul Kadir yang berkahwin dengan isteri keduanya Salima AF













Tahniah Ust Syed Abdul Kadir atas perkahwinan kedua dengan Salima AF.

Pesan murabbi, "kita berkahwin bkn sbb kita tgok org lain berkahwin maka kita pun nak kahwin. Tapi kerana kita jelas matlamat perkahwinan tu sendiri...ada target yg hendak dicapai dlm sesuatu perkahwinan itu.. "

Semoga Allah memberkati baitul muslim yang akan dibina.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


USTAZ KAZIM ELIAS: SAYA TERPAKSA BERHENTI BERCERAMAH.




“Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

“Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh ‘Ustaz Politik’.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.

metro

Setiap Orang Ada Medan Perjuangan,
Mungkin Sama, Mungkin jua Berbeza.

Yang Penting Kita 'Respect Each Other'
Terima Kasih dan bersyukur dengan 'medan kebaikan ' yang kita dapat.
Dan Janganlah mengecilkan ' medan kebaikan' yang orang lain buat.
Kerana Dengan menyantuni perbezaan medan perjuangan, Pasti SEMUA akan Bahagia.

p/s : ( Pengalaman ) Menjadi Anak Orang PAS bukanlah Mudah, Perlu Berdikari, Besar Hati, Lapang dada, Redha aje sokmo-sokmo. Bersenang-senang? Jauh sekali.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);

Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah-Ku),

dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul"

(Surah al-Baqarah, 2 : 186)


Di kala hidup terasa sempit dengan dugaan dan cabaran, ingat pada kata-kata Allah:

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu,

melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;

sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah"

Allah sambung agar hamba-Nya jadi bertambah tenang:

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu,

dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu.

Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri"

(Surah al-Hadid, 57 : 22 - 23)

Dulu bila para sahabat buat silap,
Turun ayat dari Allah sebagai teguran.directly.
Ada hadis dari Rasulullah saw yang berpesan.

Sekarang? Kita ada apa?

Allah kirimkan insan insan,
Yang mengingatkan kita tentang ayat Allah taala,
Yang bagitahu kita pesan Nabi saw.

Ayat itu sampai akhir zaman, hadis itu panduan sepanjang zaman.
Dan insan itu, sahabat sahabat dan saudara muslim kita,
Yang saling mengingatkan.

Peringatan itu bermanfaat untuk orang beriman.
Bukan kerana dia tak sedar silapnya, cuma terkadang dia terleka dengan hawa nafsunya,
Dan terkadang Allah menguji imannya buat seketika.

Perit di hati biar di dunia,
Akhirat nanti InsyaAllah kita bersama dalam rahmatNya.

Dua perkara yang ditinggalkan Rasulullah saw,
Sape pegang dua itu, tak akan sesat.
Al Quran dan As sunnah.

Moga dalam hidayah dan bimbingan ALLAH selalu.

notakaki- Lebih malang bila tak menyedari bahawa masing-masing saling mengisi. Kalau kita boleh perjuangkan semua benda, Allah tak hantar ramai khalifah ke dunia.

Mari buat kerja masing-masing.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TONTON FULL ONLINE MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU KE-3




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PENJELASAN BAPA NOR FAZIRA : SAYA KAHWINKAN DIA KERANA DIA TELAH DIPERKOSA,



Bukti: Saad menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh anak perempuannya di rumah mereka di Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah.

KULIM: Mereka masing-masing berusia 12 dan 19 tahun ketika disatukan seperti pasangan yang lain pada November tahun lalu.

Namun apa yang mereka impikan terhenti di tengah jalan.

Mereka kini telah bercerai ekoran dakwaan bahawa remaja lelaki itu bersama dua rakannya telah merogol remaja perempuan terbabit, empat bulan sebelum tarikh perkahwinan mereka.

Nor Fazira Saad membuat laporan polis di balai polis Kulim pada 15 Julai tahun lalu, mendakwa dia dirogol oleh dua remaja diikuti rakan mereka iaitu bakal suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias.

Bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, pada Khamis berkata ibu bapa Fahmi sentiasa datang ke rumahnya merayu supaya menarik balik laporan polis tersebut dengan mengatakan hukuman 20 tahun dengan sebatan amat keterlaluan terhadap anak mereka.


"Mereka merayu kepada saya selama lima malam berturut-turut sehingga saya membuat keputusan untuk menarik balik laporan polis tersebut enam hari kemudian ... sebagai seorang bapa, saya memahami perasaan mereka yang prihatin terhadap anak mereka itu," kata Saad.

Saad juga berkata, dia hanya bersetuju anak perempuannya itu berkahwin dengan Mohd Fahmi kerana dia telah dirogol.

"Apabila saya menarik balik laporan itu, anggota polis bertugas bertanya kepada saya sama ada saya telah dibayar untuk berbuat demikian.

"Saya bukan orang seperti itu. Ia seperti melacurkan anak perempuan saya sendiri," katanya.

Saad berkata, kedua-dua keluarga bersetuju mengatur perkahwinan selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah Kulim pada 7 November memandangkan anak perempuan saya masih dibawah umur.

Perkahwinan mereka diadakan di masjid Kampung Padang Cina, dekat rumah keluarga pengantin perempuan, 10 hari kemudian.

Saad berkata keluarga Mohd Fahmi berjanji untuk membenarkan anak perempuannya meneruskan persekolahannya, tetapi sebaliknya berlaku.

"Anak perempuan saya memberitahu niatnya untuk bercerai sekitar bulan Oktober lalu selepas dia tidak lagi tahan dengan sikap mertuanya itu," katanya.

Saad mendakwa Nor Fazira sering ditampar dan dipukul malah tidak diberi makan, menyebabkan dia terpaksa berulang-alik dari Kulim ke Padang Serai, kira-kira 20km, setiap hari untuk menghantar makanan kepadanya.

Menurutnya, Nor Fazira kini tinggal bersama saudara mereka di Kuala Lumpur.

Di bawah undang-undang Syariah Malaysia, remaja perempuan di bawah umur 16 tahun dan remaja lelaki di bawah umur 18 tahun perlu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah untuk berkahwin.

Pada 22 November tahun lalu, Saad dipetik dalam akhbar The Star sebagai berkata, dia bersetuju untuk mengahwinkan pasangan remaja itu kerana tidak mahu mereka melakukan perkara tidak elok.

Anak perempuannya berhenti sekolah selepas tamat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Mohd Fahmi kemudiannya membantu bapanya menguruskan perniagaan pengangkutan minyak sawit milik keluarga itu.

Saad berkata, dia berfikir panjang mengenai perkahwinan anak perempuannya dan tanggungjawab yang perlu dipikul selepas dia (Nor Fazira) berkahwin.

"Adalah lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan perkara yang tak elok," katanya.

Sementara itu, jurucakap ibu pejabat balai polis Kulim berkata, sesiapa saja boleh menarik balik laporan mereka.

Namun, ia mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Timbalan Pendakwa Raya.


Beliau enggan mengulas mengenai kes Nor Fazira.Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.
Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil..

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar darirumah sekiranya tidak puas hati, menurut sumber Awani.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

notakaki- Bila remaja 13 dan 20 tahun bercerai di zaman penuh mencabar ini, ia tak jadi isu buat saya. Desas desus mengatakan mereka dinikahkan sebab keluarganya sudah tak larat melihat mereka bagai belangkas. Maka dinikahkan demi mengelak maksiat berlarutan.

Tapi apabila laporan polis dibuat, bahawa anaknya 'dirogol' (kerana boleh jadi atas kerelaan, tapi mengikut undang-undang istillahnya adalah rogol kerana bawah umur) oleh lelaki yg kini telah menjadi bekas suaminya, kita termenung panjang.

Zaman mencabar buat ibu bapa dan anak-anak. Dinikah susah, dibiar pun parah. Hendak dicarikan suami yg baik untuk anak yg sedang buas, entah. Allahu


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO Sah! Dia adalah Siti Aishah - Ketua Polis Negara


slave

KLIK SINI VIDEO 

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti wanita yang ditahan sebagai hamba di London adalah seorang warga Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab.

Wanita yang berusia 69 tahun itu juga dikehendaki oleh pihak polis kerana penglibatan dalam aktiviti komunis.

Khalid memberitahu beliau telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa United Kingdom.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GAMBAR : Next year iPhone 6.



oh..cantik sangat!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ISU PELESIT PALESTIN :Ini adalah segala jawapan yang anda perlu tahu mengenai cerita sebenar kejadian ini.




berita sepenuhnya di sini
sapa la dalang yang terjemah atau 'cucuk' mak hasan buat laporan.. mama tengah stress dia main cakap je la ikut marah dia... tapi, kami tak buat laporan balas walau semua ni boleh dikatakan laporan palsu, saya cuma buat 'kaunter report' menjawap segala pertuduhan dengan bukti dan saksi..

Dibawah adalah laporan polis oleh Puan Shahrina Ahmad Sharkawi







Jihad Tidak Mudah, Penuh Ranjau dan Fitnah

`sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita..(Baqarah 2:112)

ini adalah jawapan kepada pertuduhan mengatakan Hasan melakukan kekerasan terhadap ibunya sendiri seperti yang dipaparkan dalam Harian Metro. Hasan juga bebas dari sebarang pertuduhan oleh pihak polis. Saya mohon, jangan salah tafsir masalah yang berlaku antara Hasan dan ibunya kerana ia adalah masalah dalaman, yang masih boleh dipulihkan. Saya kenal mama Hasan sejak di gaza, dia sedang dalam tekanan perasaan sejak 10 tahun lamanya iaitu sejak anak sulungnya dalam penjara. ditambah, kelmarin, genap setahun anak keduanya, mahmud syahid.. al fatihah

Mama dalam stress, orang tengah dan wartawan ambik kesempatan gunakan mama burukkan Hasan...enta apa la diterjemahkan dari apa kata-kata mama ... saya cabar Harian metro bagi saya dengar rakaman perbualan, saya sendiri akan terjemahkan sekali lagi... saya akan bacakan kat mama (jika kami dapat jumpa semula, apa yang ditulis dalam media.. mama pasti terkejut kerana dia bukan jenis pembohong, dia pasti terkejut bila baca catatan, selama 5 bulan kami balik Malaysia, tak pernah bagi apa-apa sumbangan.. dia sendiri tunjuk kat kami gambar dia serahkan dana kepada mangsa perang yang cacat annggota setelah terima duit yang kami kirim melalui Nadir Al-Nuri ... kami tak pernah salahkan mama kerana saya kenal bagaimana dia, penyayang sangat orangnya..

Jadi, kita mungkin tak biasa dengan keadaan kehidupan orang gaza yang membesar dalam suasana yang bukan macam kita. Lazim, orang sedia maklum orang Arab kasar tapi mereka juga lembut hatinya.. Mama perlu bantuan dan sokonga untuk pulihkan tekanan emosinya, jadi, sepatutnya, beri dia peluang dan ruang untuk sejukkan hati dan berbaik dengan anaknya kembali... bukan sorok mereka dan bawa lari... rumah kami sentiasa terbuka untuk mereka, malah, berhabis Hasan belanja belikan pendingin hawa dan sediakan dua bilik khas sorang satu untuk mama dan adiknya ..

malah, punca salah faham pun kecik sangat. Saya kesal dengan tindakan orang yang bawa ke media dan wartawan yang sekarang, menghalang usaha saya untuk merawat mama, usahakan adik hasan masuk universiti, dan bantu Hasan jana dana dengan berniaga. Kami tak pernah minta sedekah dan derma, kami perah tenaga buat Maqlubah berniaga sini sana.. tak nak beli tak apa... rugi la sebab orang kata, sedap sekali masakan chef Hasan Al Zahar dengan pelbagai menu Gaza..

dan kami tak rugi apa-apa jika orang tak nak terus bersama kami bantu Gaza, tapi, bagaimana dengan penderitaan dan harapan mereka melalui kami? Saya tak kisah orang caci dan maki, Allah Maha Mengetahui...

Apa yang kalian inginkan?? mama balik semula ke Gaza yang sedang diserang? akhbar anda laku keras atas fitnah dan berita yang sensasi? tahniah.... dan terima kasih kerana dengan fitnah ini, kami lebih banyak terima doa dari kawan-kawan...
itu yang lebih berharga daripada wang ringgit dan glamer... tak apa.. Allah ada...






notakaki- Jangan sedih dan khuatir jika kita dikhianati atau dicurangi kerana hidup itu luas jika pergantungan hanya kepada Allah. Terus melangkah ke hadapan mengisi perjalanan hidup.Semoga Allah berikan kita petunjuk dan kekuatan untuk melakukan kebaikan. 

"Dia (yakni Zakariyya) berkata: 'Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada-Mu, ya Tuhanku'"

(Surah Maryam, 19 : 4)

Rasa segan bila terbaca ayat ini. Kisah Nabi Zakariyya a.s. ini memotivasikan kita supaya jangan pernah putus asa dalam berdoa walau begitu lama menanti sehingga Allah mengkabulkan doa.

Akhirnya dengan kuasa Allah, Nabi Zakariyya a.s. dikurniakan anak lelaki yakni Nabi Yahya a.s. walaupun dia sudah terlalu tua.

*****

Surah Maryam, surah yang menarik dengan kisah-kisah betapa Allah Maha Berkuasa dan tiada mustahil bagi-Nya.

Hanya dengan Dia berkata 'kun (jadilah), fayakun (maka jadilah sesuatu itu)'.

Di dalamnya juga menceritakan:

# Maryam yang melahirkan Nabi Isa a.s. yang tidak berbapa (sedangkan beliau wanita suci dan taat kepada Allah)

# Maryam diperintahkan untuk menggoncang pokok kurma agar kurma jatuh ke arahnya (pokok kurma batangnya besar, macam pokok kelapa sawit)

# Nabi Isa a.s. yang dapat berkata-kata walaupun masih bayi

Selepas kisah Nabi Zakariyya a.s., Maryam, dan Isa a.s., diteruskan pula dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. yang menggunakan logik untuk mengajak ayahnya meninggalkan sembahan berhala (patung batu), katanya:

"Wahai ayahku! Mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat, dan tidak dapat menolongmu sedikitpun?"

(spot on!)

Ayat yang berikut ini menggambarkan betapa dekatnya Nabi Ibrahim a.s. dengan Allah S.W.T:

"...sesungguhnya, Dia (yakni Allah) sangat baik kepadaku..."

(adakah kita rasa Allah baik kepada kita? Allah baik terhadap kita, tapi kita masih merungut, masih degil, dan ingkar? huhu)

Banyaknya pelajaran dan motivasi daripada permulaan Surah Maryam, ayat 1 hingga 51.

Semoga Allah jadikan kita orang yang belajar dan sentiasa merasakan kebesaran-Nya.

 Allahumma ameen.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.