orang orang baik, tolonglah jangan bagi anda diperbodohkan oleh orang orang jahat yang cerdik.
orang orang baik, tolonglah jadi bijak.
tolonglah.
islam perlu orang bijak. bukan orang baik sahaja.
non muslim tunjuk minat pada islam, kita alu alu. Excited, bagi galakan, bagi hadiah, siap doa, "moga Allah berikan hidayah."
Orang islam nampak macam terpesong, lari dari agama, kita caci, hina. Siap sebut, "pergilah kau. Islam tak perlu orang macam kau."
Dan bila orang murtad, kita cakap, "itulah. Tak cukup agama. Tak tahan pancaroba dunia."
Double standard apakah ini?
Allahu Allah.
melihat akidah orang lain semacam terpesong. sebab dia mempersoalkan agama.
dan yang dibuat adalah video yang dikerat kerat, dan berjemaah mengutuk, mencerca dia.
kenapalah bukan yang dianjur bersama adalah mendoakan dia? supaya Allah menemukan dia pada jalan lurus.
dan bila orang kata Islam agama menghukum, kita marah...
Allah, maafkan kami.
kurang menunjuk kasih sayangMu pada insan.
hidup di hujung hujung waktu dunia, zaman fitnah, dengan keserabutan, dengan pertelingkahan, dengan segala macam maklumat di telunjuk hari, moga Allah istiqamahkan aku dengan doa ini--
Allah.
tunjukkan aku yang benar itu benar. dan rezekikan aku kekuatan untuk mengikutinya.
dan tunjukkan aku yang bathil itu bathil. dan rezekikan aku kekuatan untuk menjauhinya.
notasiku- Ramai betul orang yang mengaku mereka bercakap atas nama Islam. Sedang yang mereka buat tidak lain adalah memberi fitnah pada Islam. Innalillahi.