Beginilah percakapan Di Syurga




Tahukah kamu semua bahawa amalan apakah yang akan berkekalan di dunia ini sampailah ke syurga kelak? Jawapannya amalan ziarah. Di syurga kelak tidak ada lagi solat 5 waktu, puasa, bayar zakat, naik haji, dan lain-lain lagi. So orang yang istiqamah melakukan amalan ziarah di muka bumi ini rupanya sedang melakukan amalan penduduk di syurga kelak. Heh!

Yang anak akan menziarah syurga ibu bapanya. Penduduk syurga di atas akan menziarah penduduk-penduduk yang syurga di bawahnya. Anak murid akan melawat syurga guru-gurunya. Umat ini akan menziarah syurga Nabi SAW dan para sahabat RHUM. Dan ziarah paling kool sekali adalah ziarah seorang hamba menghadap wajah Allah SWT. SUBHANALLAH!

Maka beruntunglah orang-orang yang sentiasa meningkatkan amalannya di dunia ini. Dengan satu zikir subhanallah, Allah akan menumbuhkan sebuah pohon di syurganya yang luasnya tak habis kuda Arab paling pantas pusing berlari di sekelilingnya. Punya besar!

Tak cukup dengan itu, mereka yang berulang-alik ke masjid pula Allah akan menyediakannya hidangan-hidangan menarik yang lazimnya untuk tamu-tamu agung di syurga, setiap kali dia pergi dan pulang. Fuhh!

Malah Allah akan membina untuknya mahligai bagi mereka yang menjaga 12 rakaat solat sunat rawatib dan juga mereka yang membangun masjid semata-mata kerana Allah.

Dan mereka yang mempunyai anak-anak hafiz hafizah, setiap ayat yang dihafal dan dibacakan oleh anak mereka akan meninggikan mereka dari satu darjat ke satu darjat yang lain di dalam syurga sebanding dengan hafalan mereka. Ohhhh!

Banyak lagi bhai cerita syurga. Tak habis nak cerita.

Setakat dalam rumah pakai Unifi, Astro Beyond, tiles import, lampu berlian-berlian, tilam super duper king size, rumah bertingkat-tingkat? Tak layanlah. Tambah kereta Lambo, Ferrari, Audi, Proton parking depan rumah? Tak layanlah. Ada bibik sampai 10-15 orang? Tak layan. Singgahsana buat atas bukit Jalan Duta? Lagilah tak layan.

Dekat dalam syurgalah bhai lu nak bangga-bangga dengan orang lain. Ternanti-nanti orang datang ziarah syurga kita. Nak bangga dengan bermacam-macam nikmat Allah yang dijanjikan dalam syurga kita berdasarkan amalan kita. Waktu tu dah tak ada riak-riak dah.

Bila ziarah-ziarah, tak ada dah nak sembang hal-hal dunia ni. Tak ada dah nak sembang bola sana sini. Semua sembang kebesaran Allah. Semua sembang tentang nikmat dan janji Allah. Waktu tu baru ada yang kata, "Aiseh! Rugi betul aku tak sebut subhanallah banyak-banyak kat dunia dulu. Banyak mengumpat orang saja. Nasib baik Allah ampun."

Dan pembicaraan paling best nak cerita kat anak cucu dan kawan-kawan adalah cerita-cerita usaha agama yang pernah dibuat di dunia dulu. Ada yang jumpa kawan dia lepas tu teringat dulu-dulu masuk kampung orang asli sama-sama buat dakwah. Cerita kat anak-anak dia dulu-dulu ziarah rumah ke rumah ajak orang datang masjid. Jumpa kawan lama dulu-dulu waktu zaman gelap dia kutip kita ajak buat usaha agama. Cerita dulu-dulu korban duit pergi macam-macam negara nak pergi belajar buat dakwah. Alhamdulillah!

Tapi kalau kerja saja manager dekat company besar-besar seperti tuut dan tuuut misalnya, tapi tak buat dakwah, malu juga nak cerita kat anak cucu. Pakai saja kereta besar-besar macam Audi misalnya, tapi tak buat dakwah, malu juga nak cerita kat anak cucu.

"Dulu bapak gaji riban-riban pakai kereta Passat woo!" kata bapak.

"Cehh! Ada sampai syurga ke kereta bapak? Kat syurga Aiman ada binatang tunggangan lagi best lagi tau! Sepantas kilat. Heh!" Macam tu je kena pancung seketul dengan anak.

Kesimpulannya, kumpullah cerita-cerita indah untuk dibawa sebagai modal bercerita di dalam syurga.

"Ni gua dapat hidangan ni pasal dulu gua rajin ulang-alik pi masjid. Ni gua dapat kepak ni pasal dulu gua kena potong tangan waktu berjihad. Ni gua dapat mahkota ni pasal dulu gua hantar anak gua belajar hafiz kat madrasah. Lu tak jeles ke bhai? Tu je! " (dulu dia ni mat rock)

Dalam syurga tak ada riak-riak dah...


okbai 

huhu *jariterkepitpintutadi*


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMENT:- WOULD YOU LIKE TO FOLLOW ME?





klik banner & join!
eheh! simple je segmen nie..

gua tag ,


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PALSU ! Samsung Bayar Apple Dengan 30 trak 5 sen AS $1billion khabar angin







Terbaru, Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook sendiri mengesahkan perkara tersebut adalah khabar angin.

Menurut laman web www.guardian.co.uk lagi, semua perkara tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali kerana Samsung tidak boleh menyediakan syiling sebanyak itu dalam masa yang sangat singkat.

Malah, 2,755 trak diperlukan untuk menghantar syiling berjumlah AS $1 bil ke pejabat Apple dan kemudian pulang semula dan memerlukan kos yang sangat tinggi.

Tambahan pula, di Amerika Syarikat terdapat undang-undang yang perlu dipatuhi di mana sesebuah syarikat berhak memilih dengan cara apa bayaran dibuat. Contohnya memilih bayaran dari segi cek ataupun debit.

siapa troll siapa nie.. :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Lelaki ini berjalan tanpa kepala?






nampak dia berjalan macam tak ada kepala...
tak ape...mari kita tengok dari bahagian hadapan....



:


:


:






:
kurang jelas...
tengok dengan lebih dekat lagi...
;




:




:




:
dah nampak...
cuba lagi dekat...
:




:




:




:

Jelas...ooo sakit rupanya dia terpaksa jalan menunduk..







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Segmen Jiakreatifelt: Blog aku cantik tak?"




Blog aku cantik tak?" 

cantik ke? sapa nak jawab nie.. takkan diri sendiri kot..
eheh ..malu..malu beruang lak.. *kedip-kedip mate

korang tolong jawab ye .. cantik ke idak ke ..Gua tetap sayang kat korang nie..

nak join segmen klik banner tu ye..

gua tag lu..





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


(GAMBAR) Jururawat tersilap buang bayi yang masih hidup.


SEBUAH hospital di Selatan China menggantung empat pegawai perubatannya keranamembuang seorang bayi yang baru dilahirkan secara pra matang yang disalah anggapkan sebagai sudah meninggal dunia.


Bayi malang itu dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik dan kemudiannya ditinggalkan di dalam bilik air hospital.


Selepas beberapa ketika melahirkan, Liu Dongmei berkata dia diberitahu oleh jururawat hospital bahawa bayi lelakinya telah mati semasa dilahirkan.


Bagaimana pun kesilapan itu hanya disedari selepas 30 minit kemudian apabila salah seorang saudara mendapati bahawa bayi lelaki itu masih bergerak-gerak.




Huang Lichuan, pengarah Gynecology dan Obstetrics hospital tersebut mengakui bahawa doktor dan jururawat yang terlibat telah menunjukkan sikap sambil lewa.


"Mereka (4 orang Staff) mesti bertanggung jawab" katanya seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily Jumaat lalu. Nama dan jawatan pekerja yang digantung itu bagaimana pun tidak dinyatakan.


Liu, 23 mengandung 7 bulan sewaktu dia sampai di Nanhai Red Cross Hospital pada 23 Oktober bersama suaminya, Wang Haizhang, 24. Dia dimasukkan ke wad selepas mengalami sakit perut. Tiga hari kemudian, dia diarahkan ke wad bersalin.


"Walaupun suami saya telah memberitahu doktor berulang kali di antara pukul 3 hingga 5 am, bahawa saya sudah hendak bersalin, doktor hanya tiba sewaktu beberapa minit sebelum saya bersalin" kata Liu seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily.


Apa yang berlaku pada waktu itu tidak begitu jelas. Difahamkan bahawa doktor memeriksa keadaan wanita tersebut dan terus berlalu pergi, membiarkan dua orang jururawat menguruskan kelahirannya.


Sebaik sahaja selesai melahirkan, Liu dimaklumkan bahawa bayinya telah meninggal dunia kerana ia tidak menangis. Ia kemudiannya dibungkus di dalam sebuah beg plastik kuning dan dicampakkan di bilik air berhampiran.


Bagaimanapun, adik ipar Liu, Wang Heping tiba kira-kira 30 minit kemudian dan meminta untuk melihat jasad bayi tersebut sebelum menyaksikan beg plastik tersebut bergerak-gerak.


Menyedari kesilapan mereka, kaki tangan hospital dengan segera memindahkan bayi tersebut ke unit rawatan rapi.



"Selepas bersalin, jururawat memberi tahu bahawa bayi saya adalah bayi perempuan, sebaliknya saya sebenarnya telah melahirkan bayi lelaki" kata Liu.


Tambahnya lagi "Beratnya hanya 1.9 kg dengan ketinggian 45 cm sewaktu dilahirkan, namun selepas seminggu dirawat di unit rawatan rapi keadaannya kini bertambah baik."

Sumber: China Daily



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


zaman atuk dengan nenek kita dah ada skype, twitter dengan facebook rupanya


Pic

Pic

Pic

Pic

huk aloh! baru tahu..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Dalam syurga nanti ada satu bidadari nama Ainul Mardhiah.



apa itu bidadari? saya pun tak tahu nak describe macam mana. just imagine bidadari ini macam perempuan yang super duper cantik. Tambah-tambah kalau bidadari syurga yang mana bila seseorang itu tengok, tentu dia melopong mulut ternganga untuk satu tempoh yang lama. Kadang-kadang sampai orang boleh pengsan tengok betapa cantiknya bidadari gua cakap lu... kih3..

Dalam syurga nanti ada satu bidadari nama Ainul Mardhiah yang akan menemani pemuda yang syahid di medan jihad. Dia punya cantik tak payah cakap. Gerenti habis. Memang menjadi idaman seluruh alam. Idaman setiap pemuda-pemuda yang single-mingle .

Isteri Ketua Bidadari

Itu bab pemuda yang single-mingle. Macam mana pula dengan lelaki yang dah berkahwin dan berumah tangga ? Untuk lelaki-lelaki yang dah berkahwin, nanti dalam syurga mereka akan naik taraf jadi ketua bidadari. Bayangkan bidadari pun dah cukup cantik. Ini pula isteri naik taraf jadi ketua bidadari yang sepuluh kali ganda lagi cantik dari bidadari syurga. Pehh! ohsem beb. Itupun dengan syarat suami isteri masuk syurgalah. Kalau masuk neraka, lu fikirlah sendiri.

Macam mana suami isteri dua-dua dapat masuk syurga? Untuk perkara ini kita sudah ada benchmarkuntuk kita semak adakah sudah mampu kita dapat masuk syurga dengan pasangan kita. Benchmark yang paling ulung dan agung yang kita tak boleh pertikaikan sampai bila-bila. Siapa pasangan-pasangan bertuah kali ini?


Nabi Muhammad SAW & Khadijah Rha - dua-dua masuk syurga
Nabi Nuh AS & isterinya - suami masuk syurga, isteri masuk neraka
Firaun & Asiah - suami masuk neraka, isteri masuk syurga
Abu Jahal & isterinya - dua-dua masuk neraka

Pasangan pertama dapat masuk syurga dua-dua. Kenapa? 

Sebab si laki buat dakwah, si bini pula teguh di belakang menjadi assistant setia buat si suami dalam apa jua keadaan sekalipun. Lepas Nabi SAW dapat wahyu di Gua Hiraq, peranan Khadijah Rha sangat penting. Beliaulah yang menjadi penenang Nabi SAW ketika Baginda tak keruan terkejut dengan peristiwa di Gua Hiraq. Selepas Nabi SAW ditabalkan menjadi Rasul, peranan Khadijah Rha bertambah penting dalam membantu usaha agama. Daripada seorang jutawan ulung akhirnya Khadijah Rha wafat sehelai sepinggang. Sampaikan di saat nak mati dia bertanya kepada Rasulullah SAW, jika tulang-tulangnya dapat digunakan untuk membantu agama Allah SWT, dia sanggup untuk mewakafkannya..isteri yang sanggup bekorban apa saja untuk agama. Membantu suaminya dalam apa jua keadaan. Daripada jutawan menjadi sehelai sepinggang. Maka layaklah dia menjadi ketua bidadari.

Laki Syurga, Bini Neraka
Pasangan kedua, suami saja masuk syurga. Kenapa? Sebab si suami buat dakwah, si isteri sendiri menentang usaha suaminya. isterinya ingkar dan kufur kepada Allah SWT. sister & brade! Sedangkan isteri nabi pun tak dapat masuk syurga, inikan kita bini orang biasa-biasa. Bila si suami nak buat usaha dakwah, si isteri halang. Suami nak keluar di jalan Allah SWT, si isteri tak bagi. Dah halang satu hal. Menyusahkan lagi si suami itupun satu hal. Maka endingnya, si suami sajalah dapat masuk syurga tinggalkan anak isterinya.

Laki Neraka, isteri  Syurga
Pasangan ketiga, isteri saja masuk syurga. Kenapa? Sebab si isteri beriman kepada Allah SWT sedangkan suaminya ingkar dan kufur kepada Allah SWT. Si suami tak nak taat perintah Allah SWT. Orang suruh solat kat masjid, tak nak pi. Orang suruh solat di rumah, malas. Suruh puasa, macam-macam alasan. Maka kalau si isteri saja beriman kepada Allah SWT manakala si lelaki kufur dan ingkar perintah Allah SWT, isteri sorang sajalah masuk syurga.

Laki Bini Neraka
Pasangan keempat, laki bini masuk neraka. Kenapa? 
Tak payah cerita. Semua orang pun tahu. Dua-dua ingkar dan kufur perintah Allah SWT. Mereka tahu Allah SWT itu benar. Mereka tahu Islam itu benar. Tapi sebab kedudukan, pangkat, harta, takhta, mereka kufur dengan Allah SWT. Mereka sanggup kehilangan syurga Allah SWT lebih daripada sanggup kehilangan nikmat dunia yang sementara. Malah mereka ini menentang kuat usaha dakwah Nabi SAW. Bila orang datang berdakwah, disekatnya dengan macam-macam halangan. Bila orang datang masjid, dilemparnya beg-beg keluar masjid. Bila orang datang berdakwah ke rumah, ditutupnya pintu rapat-rapat. Tak cukup dengan itu, caci-maki, kutuk hina menjadi zikir di hati. Oh oh My ALLAH! Na'uzubillah.

Peranan isteri
So, pilihlah pasangan mana untuk korang jadikan role model untuk kehidupan di akhirat sana. Ingat, jika hari ini kita seorang alim, belum tentu bini kita dapat masuk syurga dengan kita. Jadi kepada para isteri dan going to be,  korang juga kena main peranan sendiri untuk masuk syurga. Bukannya mengharap kepada suami. korang pun kena bantu suami buat usaha agama. Inilah pentingnya peranan wanita di dalam rumah. Bila si suami berjihad di luar rumah, si isteri turut berjihad di dalam rumah. Mengajar anak-anak menjadi anak soleh-solehah yang dapat mendoakan kedua ibu bapanya. Menyediakan layanan first class untuk suaminya bila pulang ke rumah. Menghidupkan rumah dengan suasana agama bila suami tiada.

Tapi kalau si isteri dah sibuk bekerja di luar rumah mengharap kat orang gaji saja, silap hari bulan orang gaji pula yang jadi ketua bidadari syurga untuk suaminya. Hoihh! Betapa ruginya si isteri yang ada orang gaji di rumah kerana tak dapat kaut pahala banyak-banyak. Kalau isteri layan suami tolong urut, tolong bancuh kopi, tolong basuh baju kat suami, pahala berketul-ketul emas dah dia dapat. Tapi kalau orang gaji yang buat, dapat putih mata sajalah. 

Jadi sekarang, pilihlah korang nak jadi isteri yang kayaknya gi mana deh? 

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Nabi SAW buat kerja apa?



"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?" (As-Saff:10)

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff:11)

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar." (As-Saff:12)

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." (As-Saff:13)


Seorang yang beribadat 300 tahun di dunia hanya mampu memperolehi seteguk minuman di akhirat kelak. Sesungguhnya kita tak mampu masuk ke syurga dengan hanya amalan kita melainkan atas rahmat Allah Taala. Bagaimana nak memperolehi rahmat Allah Taala? Dengan mengikut cara kekasihNya, Nabi Muhammad SAW. Apa yang Nabi SAW buat? Nabi buat kerja dakwahlah. Nabi SAW tak minta apa-apa. Nabi SAW wafat pun sehelai sepinggang. Oh! Khadijah RA yang asalnya hartawan juga wafat tanpa meninggalkan apa-apa. Siap kata lagi kalau tulang-tulang dia boleh diambil untuk digunakan di jalan Allah SWT, ambillah..


korang pulak macammana?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen Follow Blog kamu



klik banner & join!
my fellowers ♥ 1261

mangsa tag - awak


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Wanita Perlu Ada Ini



aku wanita..

"Merasa kekurangan menjadikan kita lebih menyantuni manusia. kerana memikirkan mungkin satu hari, ada bantuan yg perlu diminta namun bukanlah ia menjadi tujuan.

aku wanita..

Apatah lagi merasa lemah di hadapan Pencipta. Menjadikan diri lebih banyak meminta. Meminta supaya dikuatkan. Meminta supaya diteguhkan hati. Meminta supaya dipandang sebagai hamba yang Dia Redha. Lalu banyak beramal itu bukan bermakna kita kuat namun supaya dikuatkan kerana diri yg hakikatnya lemah..

aku wanita

Bila buat kerja kerana manusia, silap sikit pasti melenting. Bila letih terus merungut. Ada sahaja yang tak kena di mata dan hati.

ingin jadi solehah

Berlainan bila kerja kerana Allah. Hati tenang hadapi segalanya. Kerana yakin ada ganjaran di sisi Nya sentiasa"~

Ingatlah duhai diri~~ 
---
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik." 

Amin Yarabbal Alamin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sisters Stop Searching for a Prince.


 

As a Muslim woman, I also want a great man to marry me - the man who lowers his gaze so that I become the only woman he sees, the man who preserved his heart for me, the man whose love will make me stronger - a gift from Allah, insya-Allah. Surely, I want him to encourage me to be closer to Allah in our baitul muslim; baitul dakwah.

But sisters, 
do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' 
status? 
No.
And why do you focus on finding a righteous man (a prince of deen) only? 
Stop it. 

Don't let your imagination ruin yourself. There are many doors of Jannah so there are many ways to enter them. Don't just focus on one way (marriage). Be a righteous person first, prepare yourself. Devote yourself to Allah and when you stop searching for a prince and make Allah the King of your heart, He will help you to complete your fairy tale.

"I tell the boys and girls; Allah has already written the name of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time." - Sheikh Mamdouh

For ladies, 

remember this - don't worry if you haven't found your life partner. Be a righteous woman not just because you want to marry a righteous man. Marry a righteous man not just because you want him to go with you to Jannah. You can attain Jannah with or without marriage. Now is the time for you be the one that can lead yourself there.

Take Maryam RA as an example. She never did get married but was still a righteous woman in the eye of Allah SWT.

 He says:

"And (the example of) Mary, the daughter of 'Imran, who guarded her chastity, so we blew into (her garment) through Our Angel, and she believed in the words of her Lord and His scriptures and was the devoutly obedient."
(Surah at-Tahrim, verse 12)

NOTAHATI - Ada sesuatu yang penting perlu difokuskan :)


Selamat Hari Kemerdekaan yang Ke-55. 
Bersama kita memerdekakan fizikal dan jiwa dari sebarang kemungkaran Allah swt~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Apa Yang Lawak & Aneh Dalam Gambar Ini?





Lihat gambar ini, apa yang lawak dan aneh sangat?
Di pejabat... 


Di supermarket pula...



Di jalan raya..


Dipinggir jalan..


^_^'



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Doa untuk memudahkan kita melupakan kekasih lama.



sumber gugel

"sis! Betul ke kalau seseorang yang menyembunyikan perasaannya kepada orang yang dia suka, kalau dia mati, matinya dikira mati syahid?", pm beliau through my fb dengan bersungguh-sungguh.. (sebab ada tanda seru kat depan sis tu)

Jari-jemari saya terus secara automatik menaip-naip sambil membalas pm beliau ..


sambil online sambil mendengar siaran Perak FM di frekuensi 95.6 bagi kawasan Tronoh. Biasanya tiap-tiap hari pukul 6.30 petang saya layan jer radio Perak FM bagi ceramah agama. Best jugalah kalau layan petang-petang sambil buat esaimen nie..

Tiba-tiba ustaz dalam radio pun mengeluarkan suaranya. Diceritakanlah olehnya mengenai orang yang bercinta semata-mata kerana Allah SWT. Ceritanya seseorang yang mencintai seorang yang lain sehingga dia takut untuk berjumpa, bercakap, bermesra, berpegangan, berberni, berbertu dan bermacam-macam lagi dengan orang tersebut oleh kerana perasaan takutnya kepada Allah SWT, maka jikalau dia mati, syahid dunia untuknya. Sama macam ibu yang mati ketika melahirkan anaklah lebih kurang. Makna kata apabila dia sudah jatuh cinta sama seseorang, tetapi dia takut untuk melahirkan rasa cintanya kerana takutkan perkara maksiat yang mungkin bakal menimpa, pahala syahid dunia untuknya disebabkan matinya dalam bermujahadah memendam rasa itu. Jadi janganlah kata dia loser yer tuan-tuan dan puan-puan.

Maka selesailah ustaz tadi mengulas hadith tersebut. Tiba-tiba ana rasa macam kena pula timed tanya dengan time ustaz ni jawab. Magis betul.

Sebelum ana mengakhiri majlis, ana nak bagi satu ayat untuk buat seseorang lupa seseorang yang dia asyik-asyik teringat. Mungkin pasangan baru bercerai sebagai contoh. Atau mungkin korang asyik-asyik mimpi teringat gua bekas tunang misalnya. So kalau korang rasa-rasa asyik teringat kat gua mereka-mereka itu, korang baca ayat di bawah ini setiap kali teringat kat gua mereka-mereka itu.


وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً

Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu,
tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. (Taha : 115)


P/S: Kalau tak nampak, sila selak quran la der.


****

Tips- carilah gadis yang memakai stokin di kakinya dan di lengannya setiap masa dia berada dengan bukan mahramnya. Zaman sekarang, ramai saja orang yang bertudung, tetapi sedikit dari mereka yang bermujahadah dalam menitik beratkan soal aurat. Bagi yang belum berstokin, masih belum terlambat. Belajar-belajarlah yer.

"Ukhty! Nanti orang mengata-ngata kita sebab kita berubah drastik sangat. ..Macam mana?" soal Kiah. Kiah kiah. Saidina Umar dulu sungguh brutal orangnya sebelum memeluk Islam. Tapi akhirnya menjadi seorang Khalifah. Tak jadi masalah pon... 



ok nak maghrib dah..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


“Ada Anggapan Saya Mempersendakan Hijab” – Shila Amzah





Atas desakan peminat, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ Shila Amzah kembali mengaktifkan semula akuan Twitternya selepas mengambil keputusan untuk menutup akaun laman sosial tersebut, baru-baru ini.
Tidak menafikan timbul rasa bersalah terhadap peminat berhubung keputusan yang dibuatnya, Shila memberikan alasan kesibukkan hingga menyebabkan dia tidak sempat untuk melayan peminat di laman sosial ini.

Selain itu, Shila juga tidak menafikan keputusan yang dibuat berikutan cemuhan daripada penonton berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya yang disiarkan sempena musim perayaan ini.

“Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.

“Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang,” katanya yang akan berangkat ke Shanghai pada 31 Ogos ini bagi mewakili negara dalam pertandingan Asian Wave.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Subhanallah, 1 September bulan akan berwarna biru (Blue Moon).



Subhanallah, 1 September bulan akan berwarna biru


Fenomena alam bakal terjadi di akhir minggu ini pada hari Sabtu (1/9). Kali ini adalah perubahan warna bulan menjadi biru atau disebut Blue Moon.


Ya, pada Mei lalu warga di darataran Amerika Syarikat dapat menikmati Partial Lunar Eclipse atau Strawberry Moon. Gerhana bulan yang terbelah berwarna kemerahan itu dianggarkan baru bakal berlaku lagi pada 26 April 2013 akan datang. Kini di awal September bulan bakal menampakkan sisi birunya.


Warna biru memang bukan erti sebenarnya. Bulan pada 1 September ini akan diselimuti banyak debu angkasa, saat itu bulan akan kelihatan berwana biru jika dilihat dari bumi. Tidak hanya berwarna biru sahaja, orbit bumi tersebut juga dijangka akan tampil penuh atau purnama.


MSN melaporkan, beberapa pakar menyatakan peristiwa 'Bulan Biru' tidak dapat diramal waktu kemunculannya. Namun, para penyelidik mencatat setiap 2,7 tahun sekali anomali angkasa ini akan sentiasa muncul dan menghiasi langit.


Bulan purnama berwarna biru ini akan muncul dan boleh dinikmati kembali pada bulan Julai 2015 akan datang. Terakhir kali Blue Moon muncul pada Disember 2009 lalu. Istilah Blue Moon pertama kali digunakan pada 1542 lampau dan digunakan hingga sekarang.

wallahualam...

Sumber republika.co.id


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


LELAKI INI LEBIH BAIK DARI KESEMUA MEREKA


Sayyidina Sahal bin Saad Saidi ra berkata bahawa seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi saw lalu baginda saw bertanya pada seorang sahabat yang duduk disisi baginda saw ''Apakah pandangan kamu tentang lelaki ini''? Jawab sahabat itu'' Lelaki ini adalah dari seorang yang mulia kalau dia meminang maka selayaknya pinangannya di terima. Sekiranya dia menyokong sesiapa maka sepatutnya sokongannya di terima.'' Baginda saw hanya berdiam diri. 

Kemudian lalu pula seorang lelaki lain lalu baginda saw bertanya'' , Apa pula pendapat kamu tentang lelaki ini'' 


Sahabat itu menjawab,'' Lelaki ini hanya salah seorang dari orang-orang yang miskin dari kalangan orang islam dan memang patut kalau dia meminang pinangannya tidak di terima, jika dia memberi sokongan , sokongannya tidak diterima , jika dia berkata sesuatu, kata-katanya tidak akan di dengari.''

Lalu Rasulullah saw pun bersabda , '' Sekiranya seluruh dunia ini dipenuhi oleh orang yang sama seperti lelaki pertama , Lelaki ini masih lebih baik dari kesemua mereka.'' (BUKHARI)








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3


miss Z berceloteh

klik banner & JOIN!

Segmen tamat pada 10 SEPTEMBER 2012, JAM 2 PETANG 
Lynn Blogger dari Pulau Pinang.. Alhammdulillah setakat ni dah ada seramai 1254 followers! 
&
selamat berblogwalking dan bersegmen semua.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gua tanya ..kenapa lu pakai HIJAB?



Dengan izinNya, cuaca malam yang nyaman ini membuatkan gua khusyuk beriadah otak menulis notapengat atau panjangnya 'nota tak adalah pendek sangat' yang seterusnya. Gua takpakan ..? tapi kalau ada yng terbaca entry nie rasa tak sesuai .silalah bagitahu.ya laa..kena warm-up otak siap-siap pasal besok gua nak jumpa teman seusrah gua.. Jadi senanglah sikit input nak masuk singgah kepala otak gua bila otak gua dah berkilat. Tak adalah masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja kalau otak gua berkarat.


Selalunya bila dah masuk dalam blog gua.Gua akan layan blog-blog pilihan di kanan laman gua, ramai juga bloggers yang dah upload gambar raya kat entry blog masing-masing. Macam-macam gaya tudungkan.


Jadi para sista yang dimuliakan sekalian, kali ni gua nak tanya kenapa lu pakai hijab atau dalam bahasa penjajahnya, why do you wear the hijab?


Lalu ada seorang sista yang kool dan relaks-relaks aje mengangkat tangan dan menjawab, "Pasal agama wajibkan. Ini perintah Allah SWT. Kita sebagai seorang Islam blablablabla. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31 blablabla. Blablablabla dan bla..."


Wow! Hebat betul sista ni menjawab. Oke! 10 markah untuk ujian lisan subjek Pendidikan Agama Islam Tingkatan 1. Kemudian gua nak tanya lagi, sebab apa lu sembahyang lima waktu sehari? Lu jawab lagi itu wajib, perintah Allah SWT. Gua tanya lagi, sebab apa lu puasa di bulan Ramadhan? Jawapan sama juga. Gua tanya lagi, sebab apa lu siapkan kerja dekat pejabat? Lu jawab sebab bos suruh. Kalau tak lu tak dapat gaji. Gua tanya lagi, sebab apa lu sidai kain, buang sampah? Lu jawab pula sebab mak suruh. Kalau tak, mak murka kain tak bersidai, sampah penuh di dapur. Tanya lagi dan lagi, dan jawapan tetap sama, ini adalah perintah. Wahh! Tahniah kerana anda seorang makhluk yang taat menurut perintah.


Tapi pernahkah lu terfikir untuk memakai hijab lebih dari sekadar memenuhi tuntutan dan perintah Allah SWT? Faham tak maksud gua? Maksudnya di sini, kalau tak ada perintah wajib pakai hijab, adakah lu akan pakai hijab tersebut? Maksudnya di sini, adakah lu pakai tudung dengan seikhlas hati dan bukannya sekadar menurut perintah? Faham tak? Part ni yang susah betul nak terang. Argh!


Maksudnya di sini lagi, tak kira walau apa pun yang terjadi seperti ribut taufan melanda, gempa bumi menimpa, gunung berapi meletus hatta kereta gua bertukar menjadi kereta Ferrari misalnya, lu akan tetap memakai hijab atau menutup aurat lu seikhlas hati daripada dinikmati oleh lelaki ajnabi atau bukan muhrim kerana lu tahu betapa penting dan besarnya manfaat yang dijanjikan Allah SWT. Yes! Di sini mahu dibuktikan keikhlasan anda. Diulang, KEIKHLASAN.


Contoh serupa untuk bab solat. Adakah lu melakukan solat hanya sekadar memenuhi tuntutan Allah SWT atau lu betul-betul melakukannya kerana ingin mengharapkan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan petunjukNya dalam setiap pekerjaan yang dilakukan? Agar lu terhindar dari perbuatan keji dan mungkar? Jawab weh jawab.


"Err, gua tak surelah. Macam mana nak check sis?", bisik seorang little sis .


Macam mana nak check? Mari sama-sama kita try check apa yang kita sedang buat tatkala azan berkumandang. Adakah sedang sibuk melayari blog-blog agama, atau sedang menonton Shin Chan, atau sedang bermain bola jaring, atau sedang mandi, atau lu sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu ? Kalau lu tergolong dalam golongan yang terakhir itu, nescaya lu sudah mencapai nikmat kelazatan bersolat insyaAllah. Lu akan sentiasa ternanti-nanti azan berkumandang di surau-surau atau masjid-masjid lalu segera menunaikan solat. Bukannya masih bertangguh-tangguh menanti orang menyuruh.



Brada sista sekalian! Ini baru lima waktu. Dalam Israk Mikraj, Allah SWT perintah lima puluh waktu untuk dikerjakan. Mujur kita dapat diskaun buat lima waktu saja tapi ganjaran seumpama buat lima puluh waktu. Qhsemnya! Oh My ALLAH! Betapa Maha Pengasihnya Allah SWT dan Nabi SAW kepada kita. Itupun tak mahu bersyukur lagi. Masih lagi liat nak bersolat. Para sahabat RA dulu siap berkata (lebih kurang) kepada Nabi SAW, "Mengapa dulu kau minta diskaun wahai Rasulullah? Kalau solat lima puluh waktu sekalipun kami suka dan sanggup untuk kerjakan." Nah! Sampai begitu sekali kelazatan beribadah yang dirasai para sahabat RA. Kenapa kita tidak dapat mencontohi mereka? Kenapa? Kenapa? Jadi sekarang tanyalah diri sendiri, di tahap manakah kita dalam mengerjakan perintah Allah SWT? Adakah tahap cipan kena langgar lari? Tahap paku kena ketuk tukul? Tahap buruh kasar mogok lapar? Tahap pencinta wanita namun bukan buaya? Atau tahap pendamba kasih Allah SWT?

Hok mana satu tuh?


Okelah. Cara mudah nak check. Lu suka tak solat sunat rawatib tiap-tiap kali lepas solat fardhu? Tak cukup lagi, lu tambah pula solat sunat dhuha pagi-pagi. Malamnya pula lu bangun untuk tengok matchbola jaring. Eh silap. Bangun bersolat tahajud. Lepas tu Isnin dan Khamis lu tak miss puasa sunat. Kalau lu suka buat itu semua, insyaAllah lu dah sampai tahap bukan sekadar perintah.


Jadi sista-sista yang mulia, kita sambung semula bab hijab. Lu tahu pemakaian hijab itu perintah Allah SWT. Siap boleh keluar firman lagi kalau ada orang tanya. Tapi sayang sekali, ramai yang hanya sekadar menurut perintah tanpa mengetahui apa sebenarnya tujuan pemakaian hijab tersebut. Kerana jikalau mereka-mereka ini tahu, tentu mereka-mereka ini tidak akan memakai hijab sebegitu.


Oh sista-sista yang gua sayang kerana ALLAH. Sedar tak setiap inci tubuh lu dari hujung rambut sampai hujung kaki hanyalah untuk suami lu saja? Ya! Suami lu. Segala bentuk hiasan hanya untuk lelaki yang bergelar suami.


Jadi apa motif lu tayang kat semua orang sekarang ni? Tak faham lagi? Apa motif lu pakai tudung tapi belit-belit ketat kat leher? Apa motif lu pakai tudung tapi masih nampak sanggul di dalam? Apa motif lu pakai tudung tapi masih nampak siku lu yang hitam? Dan apa motif lu pakai tudung tapi tujuannya untuk lu tunjuk cantik dekat lelaki bukan mahram? Oh oh! Sadis.


Oke faing! Lu cantik der pasal lu pakai tudung semua elok tutup-tutup. Tapi apa motif lu pakai tudung lilit sana lilit sini kelepet sana kelepet sini tiru serupa retis blabla dan segala? Motifnya tak lain dan tak bukan hanya untuk berhias agar lu nampak cantik dipandang oleh lelaki yang bukan suami lu. Betul tak? Atau lu ada jawapan lain? Tak ada. Waktu lu kelepet tudung lu depan cermin, hati lu asyik berharap semoga ada mamat kacak akan jatuh hati dengan penampilan lu itu. Dan bila gua tengok lu anggun bergaya macam Yuna, Gua akan sedih kot, Ciss! Jadi apa motif lu pakai tudung der? Untuk menjaga aurat atau untuk mengurat?


Sesungguhnya teramatlah mulia bagi seorang gadis muda yang cantik cun-melecun memang daboom tetapi bermujahadah dengan memakai pakaian yang gelap, berhijab labuh dan berniqab sehingga tidak menampakkan langsung bentuk badan dan kecantikan rupa parasnya kerana takutkan bahaya fitnah dan peminat yang ramai yang hanya gilakan kecantikan. Oh oh! Dia bermujahadah kerana tahu betapa bernilainya harga dirinya di sisi Allah SWT dan hanya mahukan suaminya saja yang layak menjadi lelaki yang beruntung memiliki dan menatapi wajahnya. MasyaAllah. Tidak kisah langsung dengan pandangan masyarakat yang cuba mengatakan dia kolot, ingin menutup cela bahawa dia tidak cantik sebenarnya dan sebagainya kerana dia hanya mahu berhias untuk suaminya yang tercinta saja. Dia lebih mahu tatkala di sisi Allah SWT, martabatnya diangkat tinggi. Dia mahukan tempatnya sebagai ketua bidadari untuk suaminya di syurga kelak tidak dirampas oleh bidadari yang lebih cun melecun tahap bidadari.


"Uih! Susah betul nak jadi wanita muslimah zaman ni. Pakai tudung Yuna pun tak boleh. Nak solek-solek pun tak boleh. Nak kena pakai niqab saja memanjang. Lemas woh!", kedengaran suara-suara dari kumpulan perjuangan hak asasi wanita, keluarga dan masyarakat.


Oih! Kalau susah hidup zaman ni, silakan hidup zaman jahiliah saat Islam belum muncul. Gua rasa lu tak sempat nak hidup pun. Dah kena bunuh dan tanam hidup-hidup. Dijadikan bahan lacuran dan terus-terusan dipandang hina. Jadi sekarang lu fikir sejenak lu nak hidup zaman mana?


Dan sekarang lu check Facebook lu. Tengok gambar-gambar dalam album lu. Tanya balik, apa tujuan lu letak gambar-gambar lu dekat situ? Nak suruh orang kenal lu? Tak cukupkah setakat satu dua gambar saja? Atau lu nak laki-laki kacak kat luar sana tengok lu yang cantik itu dan jatuh hati dekat lu? Jadi apa yang harus dilakukan? Lu fikirlah sendiri.


"I love her the way she is. I fell in love with the qualities within, not just the physical person outside."


Jom Amar Ma'ruf Nahi Mungkar di sisi orang tersayang walau pahit nak bagitahu kepada mereka,
dan nak terima teguran pun perit. :/ kan? (ego ni)

tapi ingatlah, di syurga sana, seribu satu kemanisan menanti. :D for those who love Allah, and Rasulullah, lets spread the Islam and for those who love me ♥ tell me, what is the bad thing i have done

give me nasihah, guide me the way cause, our love towards jannah, right?

"..Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus..."

Syukran in advance ^^


notasiku-Jom Baca Quran Geng! Surah Al Kahfi


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Zaman Kepupusan lelaki?




selesai usrah ada member gua ada cakapkan  dengan gua pasal betapa beruntungnya jadi lelaki zaman sekarang. Ayat beliau lebih kurang begini, "Kami kaum lelaki nie patut bersyukur sebab Allah pilih kami duduk kat sini (masjid)."

Gua tanya balik kenapa. Lalu beliau pun menjawab dengan penuh bersemangat waja.

Lelaki akhir zaman ni dah makin pupus. Nak banding dengan nisbah populasi wanita. 


What..

Oke faing!

 Tapi cuba kira balik berapa banyak lelaki yang tinggal lepas tolak lelaki yang bukan Islam. Lepas tu tolak pula lelaki yang dekat penjara. Lepas tu tolak pula lelaki yang tak bekerja. Lepas tu tolak pula yang dah berkahwin. Lepas tu tolak pula lelaki yang merokok. Lepas tu tolak pula lelaki yang tak solat 5 waktu. Lepas tu tolak pula lelaki yang tak datang masjid.

Jadi agak-agak lu berapa kerat saja yang tinggal? Maka peluang dipilih menjadi menantu sepatutnya menjadi lebih cerah...

Nasib Masa Depan..
Bila lepak masjid susah betul nak jumpa budak-budak remaja zaman sekarang. Zaman ni masjid pun dah kurang orang. Penuh dengan orang tua-tua saja. Nanti bila sek-sek oldtaimer ni dah out, siapalah yang nak ganti ya? Nak lead baca Yassin. Nak lead baca tahlil, doa selamat. Nak Marhabban dekat rumah orang kenduri. Siapa nak bagi mandi jenazah? Siapa nak imamkan solat jenazah? Fuhh! Boleh jadi masjid tak ada orang langsung.

Dilindungi Arasy
Jadi pemuda-pemuda di luar sana. Kalau nak senang dipilih menjadi menantu, jadilah golongan minoriti ni. Nanti adalah pakcik-pakcik kat masjid tu berkenan dengan anak muda berhati waja di zaman kerosakan umat, fitnah, fasya' dan mungkar berleluasa ini. Manalah tahu pakcik ini ada simpan anak dia yang tak pernah terdedah pada pandangan umum..(ajnabi) lagi. Kan ! kan ! kan !

Dan antara golongan yang akan mendapat lindungan arasy Allah SWT di padang Mahsyar kelak adalah golongan pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid. Dan tempat paling Nabi SAW suka adalah masjid manakala tempat paling baginda benci adalah pasar. Pavilion dan KLCC tu kira macam pasarlah juga. So nak pilih masjid ke pilih KLCC? Lu fikirlah sendiri Der...


okdahdah..... 

... okbai..

assalammualaikum.. :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMENT : PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE



KLIK BANNER & JOIN!

TAHNIAH!
BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE diatas ulangtahun yang ke 2.. 
dan untuk meraikan ulagtahun yang ke-2
NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE sedang memburu seramai 222 BLOGGER BERTUAH ..
jom jadi diantara yang bertuah tu... ^__^

tarikh tamat segmen pada 31 Ogos 2012 tepat jam 12.00 am.

nak tahu hadiahnya??

untuk pemenang


1) DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Hadiah #1 dan #2 adalah tertakluk kepada availability warna

menarik kan.. jangan tunggu lagi cepat-cepat join!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UAI menjawab tentang soalan isu panggilan hangit HotFM.




* Adeh! Soalan. :))) 
huhu... korang pernah terkena tak?

ce komen setuju ke idak panggilan hangit ne..

okbai..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ratusan ribu malaikat bertasbih untuk pasangan ini......


CINTA  TERINDAH!

 

subhanallah..

Sebuah kisah Cinta Sejati, Kisah nyata yg pernah terjadi di Bumi ini...

Sekian ratusan tahun yang lalu...


.. Di malam yang sunyi, di dalam rumah sederhana yang tidak seberapa luasnya. seorang isteri tengah menunggu kepulangan suaminya. Tak biasanya si suami pulang larut malam. Si isteri bingung... hari sudah larut dan ia sudah sangat kelelahan dan mengantuk. Namun, tidak terlintas sedikitpun dalam benaknya untuk segera tidur dan terlelap di tempat tidur suaminya. Dengan setia ia ingin tetap menunggu. namun, rasa ngantuk semakin menjadi-jadi dan Si suami tercinta belum juga datang.

Tidak berapa lama kemudian....

seorang lelaki yang sangat berwibawa lagi luhur budinya tiba di rumahnya yang sederhana.

Lelaki ini adalah suami dari si wanita tersebut.

Malam ini beliau pulang lebih lambat dari biasanya, kelelahan dan penat sangat terasa.

Namun, ketika ingin mengetuk pintu.., terpikir olehnya Si isteri yang tengah terlelap tidur. ah, sungguh dia tak ingin membangunkannya.



Tanpa berfikir panjang, dia tak jadi mengetuk pintu dan seketika itu juga melebarkan serbannya di depan pintu dan berbaring diatasnya.

Dengan kelembutan hati yang tidakk ingin membangunkan isteri tercinta, Si suami lebih memilih tidur di luar rumah..

di depan pintu...

dengan udara malam yang dingin melilit...

hanya beralaskan selembar serban tipis.

Penat dan lelah seharian, dingin malam yang menggigit tulang ia hadapi..

kerana tak ingin membangunkan isteri tercinta. Subhanallah...

Dan ternyata, di dalam rumah..


dibalik pintu tempat si suami melebarkan kain serban dan berbaring diatasnya..

Si isteri masih menunggu, hingga terlelap dan bersandar di balik pintu.

Tidak terlintas sedikitpun dalam pikirinnya untuk berbaring di tempat tidur, sementara suaminya belum juga pulang.



Namun, kerana risau rasa mengantuknya tak tertahan dan tidak mendengar ketukan pintu Si suami ketika pulang, ia memutuskan tuk menunggu suaminya di depan pintu dari dalam rumahnya.



Malam itu...
tanpa saling mengetahui, sepasang suami isteri tersebut tertidur berdampingan di kedua sisi pintu rumah mereka yang sederhana. kerana kasih dan rasa hormat terhadap pasangan.. Si Isteri rela mengorbankan diri terlelap di pintu demi kesetiaan serta hormat pada suaminya dan si suami mengorbankan diri tidur di pintu demi rasa kasih dan kelembutan pada isterinya.

dan Nun jauh di langit....

ratusan ribu malaikat pun bertasbih....

menyaksikan kedua sejoli tersebut...



SUBHANALLAH WABIHAMDIH


betapa suci dan mulia rasa cinta kasih yang mereka bina

terlukis indah dalam ukiran akhlak yang begitu mempesona...

saling mengasihi, saling mencintai, saling menyayangi dan saling menghormati...



TAHUKAH ANDA... siapa mereka..?

Si suami adalah Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW.

dan

si isteri adalah Sayyidatuna Aisyah RA binti Abu Bakar As-Sidiq.



Merekalah sepasang kekasih teladan, suami isteri dambaan,

Semoga rahmat ALLAH senantiasa tercurah bagi keduanya, dan mengumpulkan jiwa kita bersama Rasulullah SAW dan Sayyidatuna Aisyah RA dalam surgaNYA kelak. Dan Semoga ALLAH SWT memberi kita taufiq dan hidayah untuk meneladani kedua manusia mulia tersebut.

Aamiin...Aamiin ya rabbal'alamiin....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kalau tak pakai telekung /mekap tak sah solat?



sweetnye!

lagi sweet!




cuma keadaan pakaian orang malaysia ni kadang yang menyebabkan 'telekung seperti perlu dipakai ketika solat'...


org malaysia yg suke bertelekung slalunye..
slama belajar kat sana , yg sy nmpk muslimah solat dgn pakaian yg mereka pakai ketika tu..asalkan tutup aurat.
mula2 rasa susah gak sbb tk biasa...lama2 ok la. lg2 masa musim salji, kalau bole nak solat dgn baju sejuk n selimut2 skali. :sedihnya:~


Orang Malaysia ni pelik sikit. Kalau kita solat dengan pakaian yang kita pakai tu...
diorang duk perhati jer..sampai la kita habis solat. Mungkin pelik kot..
Almaklum..orang lain pakai telekung..
ye dak?

Apabila pakaian yang ada tidak menepati syarat. 

contohnya bila berpakaian, ada Muslimah yang berpakaian jarang, menampakkan bentuk dan warna kuit walaupun zahirnya berpakaian...bentuk, warna kulit adalah aurat dan Rasullullah menyebut 2x tentang bagaimana golongan yang berpakaian begini dilaknat...masyaAllah...

Wanita yang berpakaian sebegini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai wanita berpakaian tetapi berbogel. Mereka bukan sahaja dilaknat oleh Allah s.w.t. tetapi juga tidak berpeluang untuk mencium bau syurga. 

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
“Akan terdapat pada akhir-akhir umatku (kaum wanita) yang berpakaian menutup badan dan telanjang (yang berpakaian nipis atau membayangkan kulit badan/bentuknya), atas kepala mereka, laknatilah mereka sesungguhnya mereka golongan yang terlaknat.

kedua, apabila baju yang dipakai ketat...aduhai....contonya jean berpotongan kaki, kebaya, atau baju2 len yang mengikut bentuk badan...adakah ni dikira menutup aurat...?

menutup aurat bukan bersifat zahir sahaja...berbaju, bertudung, berstoking di kira menutup aurat?...tak semestinya...

ada stokin yang sangtlah jarang...(bagi saya ini adalah propaganda yang mengelirukan umat Islam, kononnya kita dah menutup aurat tapi sebenarnya tidak....'

Usamah Bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Kalbi dan Rasulullah menghadiahkan pula kain tersebut kepada beliau (Usamah) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya.

Suatu hari Rasulullah bertanya Usamah, “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab, “Aku telah berikannya kepada isteriku.” Lalu Rasulullah berkata kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain tersebut tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).”

mengenai tudung pula, terutama pengguna tudung bawal (NO 1, no 2) , tudung 2 jarang, nampak leher kamu bila dilihat secara dekat (kadang2 dari jauh pun nampak)....dan tudungnya tidak labuh hingga melepasi dada...siap pusing naik ke atas kepala lagi, kadang2...bila bawa bersolat...dikira menutup aurat kah?

menutup aurat besar aspeknya...secara zahir menutup tak semstinya benar2 tertutup...check bentuk, warna dan zahirnya, nampak atau tidak...bila semua dah tertutup,tak nampak bentuk,warna kulit dan segala yang disebutkan barulah dikira menutup aurat...

telekung mengkin sebagai tambahan...jika kita nak play safe...manalah tahu aurat kita akan terbuka nanti bila bersolat, atau pakaian (kain baju kurung) terkena sesuatu yang kita was2 sama2 najis atau tak...eloklah dipakai...

jika kita yakin pakaian kita memenuhi syarat menutup aurat menurut Islam...silakan solat tanpa telekung...boleh tu...



Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis.Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. 







wudhuk dengan muka bermekap

Solat ngan muka bermekap tak salah... tapi kena ambil wudhu' dulu baru bermekap then solat. oke, yang tu ditanggung beres.
Tapi sekarang cerita pasal muka bermekap, pastu selamba badak air amik wudhu' tanpa mencuci mekap tu terlebih dahulu. kesilapan besar yang mungkin kita terlepas pandang. mungkin juga pandang sebelah mata... berat lagi kalau memang sengaja tak nak pandang...
0OOOooohhhh... kesilapan besar di situ!
Cam contoh, lipstick tu diperbuat daripada kelapa sawit, kalis air dan sah2 tak sampai air ke kulit. pastu nak kasik effect muka tulus mulus, foundation sampai setengah inci. dah sah2 air tak sampai ke kulit. begitu juga dengan maskara dan eyeliner .
Bila air tak sampai ke kulit = wudhu' tak sah >>> 
bila wudhu' tak sah = SOLAT pun TAK SAH!!! 
Masyaallah...
Semoga ada pencerahan untuk kita...
Dari tidak tahu kepada tahu...
entry saya yang lepas.. klik sini tak bawa telekung? itu bukan alasan klik sini solat tapi berkasut?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Hukum pakai barang jenama hush puppies oleh Ust Azhar Idrus



baju /kasut raya korang tahun nie ada jenama nie tak?






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cara-cara nak UP TRAFIK gaya Guwa!




sekadar hiasan


BLog lu Blog Gua.. 

Dewasa ini dalam dunia blog, keperluan mendapatkan trafik tersangatlah penting. Hal ini kerana trafik memainkan peranan penting dalam menentukan hayat sesebuah blog. Blog yang kurang trafiknya tentulah tidak kool. Mungkin di suatu hari nanti pemilik blog yang sedikit trafiknya akan frustmenonggeng lalu berhenti memblog kerana penulisannya tidak mendapat sambutan hangat. Akan tetapi jika penulis blog tersebut menulis untuk kepuasan diri sendiri, apa ada hal? Mereka akan terus tegar memblog kerana mereka memblog untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.

Peranan Trafik

Selain menentukan sesuatu penulisan mendapat sambutan, peranan trafik juga penting dalam menjana pendapatan. Hari ini ramai yang sudah bergelar jutawan melalui pelbagai skim yang ditawarkan seperti Nuffnang, adSense dan banyak lagi. Blog gua tak ada pula semua tu. So gua tak tahu-menahu sangat.


Dalam meraih trafik yang tinggi, pelbagai usaha dan cara telah difikirkan. Dengan ilmu SEO-lah, denganauto blogwalkinglah, dengan iframe backlinklah dan macam-macam lagilah trick dan teknik yang dicipta dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut. Ya! Sebab ada fikir risau trafik, kita berjaya mencipta berbagai cara dan petua bagi mendapatkan trafik yang tinggi.


Boleh kata, trafik nadi kehidupan sesebuah blog. Tanpa trafik, siapalah blog. Yer dok?

Hobi Berkhalwat

Selesai dengan mukadimah yang agak skema. Sekarang gua nak cerita pengalaman gua sepanjangoutstation di merata tempat. Gua ada satu hobi yang gua luangkan di masa lapang mahupun tidak lapang. Hobi tersebut adalah berkhalwat di masjid dan surau. Dengan kata lain, beriktikaf atau melepak. Jadi dah banyak masjid dan surau gua pernah lepak. Macam-macam gua nampak. Ada yang ramai ada yang tak. Ada yang best ada yang tak.

*Mulai sekarang gua gambarkan perkataan ‘masjid’ dan ‘surau’ sebagai ‘masjid’ saja. Malas nak taip panjang-panjang dah.

Belajar SEO

Oh! Selain bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menghidupkan amalan masjid, tujuan gua melepak-lepak di sana adalah bagi mempelajari secara langsung dan tidak langsung dengan orang tempatan tentang selok-belok usaha agama yang dijalankan di sana untuk dibawa pulang dan dipraktikkan di masjid tempat sendiri. Lebih kurang belajar ilmu SEO-lah. Yelah! Mestilah jeleskan tengok masjid orang lain penuh trafik, masjid kita ada dua tiga orang saja. So gua pun kajilah macam mana masjid tersebut boleh dapat ramai trafik. Macam kitalah jeles tengok blog orang lain ramai jemaah, blog kita tak ada jemaah yang melepak baca.

Cara Bina Trafik I

Satu benda yang gua perasan dekat masjid-masjid yang ramai trafik ini adalah kebanyakan ahli trafik mereka datang awal sebelum masuk waktu solat lalu bersolat 2 rakaat tahiyatul masjid seterusnya berdoa dan berzikir sementara menunggu bilal melaungkan azan. Bila azan dilaungkan, makin bertambah lagi trafik yang datang untuk solat berjemaah. So kesimpulan awal yang dapat gua buat, solat tahiyatul masjid ni penting dalam meningkatkan trafik sesebuah masjid. Oh! Ini bukan kajian ilmiah. Ini cuma kajian dari sudut pemerhatian. Tak ada dalil sahih yang mengesahkan.


Jadi, gua pun nak cubalah buat perkara yang sama bila gua balik ke masjid tempat gua. Sambil-sambil tu gua pun kajilah apa kesinambungannya solat tahiyatul masjid dengan trafik sesebuah masjid. Lalu gua beranggapan solat tahiyatul masjid ini adalah bertujuan memuliakan dan menghormati masjid. Memuliakan rumah Allah SWT. So bila sesuatu rumah itu mulia, tentulah ia dapat menarik orang ramai datang ke sana. Bila orang tengok masjid ni, nampak berseri-seri je. Sentiasa hidup dengan amalan. Orang pun seronok nak datang. Selain itu, jika ramai trafik yang datang awal untuk bersolat tahiyatul masjid, tentulah kebarangkalian trafik yang akan datang selepas azan berkumandang masih banyak berbaki. Jadi bukankah masjid tersebut akan penuh jemaah bila solat fardhu didirikan? Lu fikirlah sendiri.

Cara Bina Trafik II

Oh ya! Lepas solat tahiyatul masjid tu cuba berdoa minta kepada Allah SWT supaya memuliakan rumahNya ini. Minta Allah SWT menghidupkan masjid dengan amalan. Minta juga supaya Allah SWT mencampakkan hidayat dan buka hati seluruh orang kampung untuk datang solat berjemaah 5 waktu sehari di masjid ini. Minta lagi supaya Allah SWT buka hati seluruh orang kampung ini untuk mengamalkan agama dengan sempurna dalam kehidupan seharian, dapat taat perintah Allah SWT dan dapat ikut cara Nabi SAW. Minta lagi supaya Allah SWT menyatukan hati orang-orang kampung ini dengan fikir agama dan memadamkan api perselisihan yang berlaku. Minta lagi kepada Allah SWT supaya melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kampung ini dan jauhkan dari mala petaka. Minta lagi dan lagi supaya dibukakan kebaikan sesama kami orang kampung dan ditutupkan keaiban kami. Minta lagi supaya kampung ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang dengan usaha agama. Lepas tu jangan lupa amin. Cubalah! Kalau hari-hari lu orang istiqamah buat benda ni 5 kali sehari dan ajak orang buat benda yang sama, cukup 40 hari tentu berlaku magik di kampung anda dengan izin Allah SWT.

Kata Pepatah

Oh ya! Antara tanda-tanda akhir zaman adalah banyaknya orang masuk masjid tapi sikitnya orang yang mendirikan solat tahiyatul masjid. Yer dok? Kemudian kita ulang kata pepatah di awal tadi, trafik nadi kehidupan sesebuah masjid. Tanpa trafik, siapalah masjid. Oh! Masjid pula nadi kehidupan sesebuah kampung. Kalau nak tengok satu hati orang-orang di kampung tersebut, tengoklah trafiknya bagaimana. Kalau masjid mati, alamatnya kampung tersebut porak-perandalah kerana tak ada pandangan rahmat Allah SWT. Wallahu’alam. Jadi kita semua dah tahu betapa pentingnya peranan trafik kepada sesebuah masjid. Samalah dengan pentingnya trafik kepada hayat blog.

Serius Serius

Oh gua melalutlah pula. Gua bajet nak cerita macam mana nak up trafik blog kan? Jawapannya adalah gua tak tahu apa jawapannya. Manalah gua belajar ilmu SEO semua tu. Blog gua pun tak ada iklan-iklan, Nuffnang ada la. Lagipun blog gua tak ramai orang pun. Follower pun berapa kerat je. Komen pun tak seberapa nak dibanding dengan otai-otai blog lain. Yer dok? Gua tulis untuk diri sendiri je. Orang lain yang baca, dapat manfaat. So kesah apa reader ramai ke tak. Yer dok?

Cara Yang Boleh Dicuba

Oh mungkinlah lu orang boleh praktis tulis blog masa perut kosong. Dengan kata lain waktu berpuasa sunat ke. Sebab perut kosong ni menajamkan fikiran. Syaitan nak ganggu pun payah. Oh mungkin juga boleh tulis waktu pagi-pagi sebab otak pun fresh lagi. Tambah-tambah kalau lepas Subuh tu tak tidur, bapak fresh! Oh mungkin boleh juga try solat sunat 2 rakaat dulu baru tulis blog. Minta dengan Allah SWT supaya bagi ilham dapat tulis baik-baik. Moga Allah SWT pandu kita buat penulisan yang diredhai Allah SWT dan ada manfaat untuk orang lain. Kita buat kerana Allah SWT yer dok? Lepas post, istighfar banyak-banyak.


Oke. Selamat berblog. Gua pun nak cuba try tips di atas sebelum tulis blog. Nak tengok berkesan tak. Akhir kata, apa guna follower blog beratus riban kalau masjid dekat tempat sendiri pun satu saf tak sampai.... papepun rumah gua dekat sangat dgn masjid..

syukur alhamdulillah... 

* mintak perhatian ! cool sangat eyh.guna ganti nama Gua.. lu  nie?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.