Diriyawatkan drpd Abu Ayyub Al Ansari ra, bahwasanya Nabi SAW bersabda: `Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan enam hari bulan Shawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa(setahun)'
Menurut huraian daripada kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq, pahala setahun itu diperolehi daripada formula berikut:
Setiap kebaikan akan diberikan ganjaran 10x lipat.
~ Jika 1 bulan, ianya akan menjadi 10 bulan.
~ Jika 6 hari puasa sunnat = 60 hari = 2 bulan.
Oleh itu, 10 BULAN + 2 BULAN = 12 BULAN = 1 tahun.
Sebagai penutupnya,
Mari teruskan diri kita dgn ‘amal dlm Ramadan agar berterusan
assalamualaikum sahabat-sahabat.. dengan nama Allah..
inshaAllah hari ini saya nak berkongsikan satu cerita tentang semut. erm, cakap pasal semut, ramai yang sudah selalu sangat dengar kisah semut bercakap dengan sulaiman dan sebagainya. surah semut pun ada dalam kitab Allah tu. cuba la semak.
cerita semut yang saya nak cerita ni pun berkisah semut dengan sulaiman juga. saya rasa tidak salah kalau cerita ini diulang-ulang untuk diambil pengajaran daripadanya. manusia macam saya ni selalu pelupa. jadi, cam tazkirah la. ye la, peringatan..
ceritanya macam ini, suatu hari nabi sulaiman jalan-jalan untuk meninjau kawasan pemerintahannya. dan tiba lah baginda di sebuah kawasan semut-semut punya rumah. nabi sulaiman pun tertarik melihat semut-semut ni bekerja. rajin bukan sekali, tapi berkali-kali rajinnya daripada manusia malas macam saya ni. jangan tiru saya.
melihat seekor semut membawa sebutir gandum. semut dulu kuat-kuat. seekor boleh angkat sebutir gandum. agaknya la.. nabi sulaiman pun tanya pada semut berkenaan,
"semut, nama kamu ape ek??"
semut pun jawab, " saya tidak ada nama la" (ni tidak terdapat dalam mana-mana buku sirah, penambahan semata-mata)
nabi sulaiman pun tanya lagi,
"erm,, semut, setahun kamu bajet-bajet makanan banyak mane?"
terkejut semut si semut tu mendengar soalan daripada si sulaiman pemerintah kerajaan itu. terpaksalah si semut tadi membuat kira-kira, ade add math sikit, prinsip akaun dan sebagainya.
setelah beberapa minit semut pn menjawab soalan yang dikira susah itu..
"kalo setahun, seperti tahun-tahun yang lepas, sebutir gandum ni dah cukup dan mungkin terlebih sikit la. tapi dalam setahun saya pasti habiskan sebutir. sebab tahun depan, comform ade la gandum lain di mana-mana kalau saya cari. jadi tidak risau.. =) "
"betol ni sebutir cukup??" tanya nabi sulaiman seakan tidak percaya. pada hal baginta tau, betol la cukup bagi semut tu.
"lorh..betol wahai nabi Allah, saya dah buat kira-kira ni. terperinci pulak tu. betol la. terlebih lagi tu", yakin semut menjwab. sebab si semut ni dah buat kira-kira add math, probability, chek tahun-tahun sebelum ni. dan satu yang paling penting...........
nabi sulaiman pun apabila sudah dapat jawapan, baginda pun menangkap semut tadi dan diletakkan didalam sebebuah botol. bersama-sama semut itu dengan sebutir gandum lalu dituptup dengan penutup botol. buat lubang sikit untuk udara. nanti mati pulak semut ni.
di tempat yang sama, nabi sulaiman kembali menemukan botol yang mana setahun yang lepas baginda letak dalam tu seekor semut tanpa nama dan sebutir gandum.
agak-agaknya apa yang berlaku??
nabi sulaiman pun buka la penutup botol yang telah di tebuk tu dan melihat semut tersebut. baginda pun terkejut sikit la, tapi tetap 'cool' pada riak muka baginda. baginda melihat, semut tu masih hidup. ye la, biasa la tu, udara ada, makana pun ada. tapi yang menghairankan baginda nabi sulaiman ialah.. mengapa gandum itu tidak habis dimakan oleh semut itu. ada separuh lagi. baginda pun tanyalah pada semut tu,
"wahai semut, kamu kata tahun lepas, sebutir gandum tu cukup-cukup malah terlebih sikit untuk setahun saja dan kamu kata kamu pasti habiskan sebutir setahun. tapi ni mengapa masih ada separuh?? adakah kamu tipu aku tahun lepas mase aku tanya pada kamu? sila jawab~"
semut itu pun menjawab dengan penuh tenang, "begini wahai nabi Allah yang Allah bagi kamu mukjizat boleh bercakap dengan kami, semut-semut dan binatang-binatang lain,, sebelum-sebelum ni, semasa saya bebas diluar sana, untuk setahun, sebutir beras, eh,, gandum ni memang saya habiskan la dan memang cukup-cukup saja. ini kerana diluar sana saya yakin dengan rezeki Allah, saya pasti akan habiskan sebanyak sebutir untuk setahun dan saya sangat yakin, tahun berikutnya pasti ada lagi rezeki yang Allah akan bagi, cukup untuk setahun. jadi, saya sikit pun tidak risau...
tapi apabila kamu kurung saya dalam balang ni. saya jadi tidak bebas. dan saya dibawah pengawasan kamu. jadi, saya tidak boleh la nak sama macam saya bebas dulu untuk bermewah-mewah menghabiskan sebutir gandum yang kamu beri ini. sebabnya, mana la tahu, kamu terlupa nak datang sini semula untuk buka tutup botol itu dan bebaskan saya, sedang saya dah habiskan bekalan yang kamu beri. pastinya saya akan mati kebukuran. saya pun makan separuh saja, dan separuh lagi saya simpan sebagai langkah berjaga-jaga,"
panjang lebar jawapan semut itu didengari teliti oleh nabi sulaiman. baginda sangat kagum dengan semut itu. ye la, betapa yakinnya si semut itu pada Allah dan tidak langsung mengharap pada yang selain Allah. yakinnya semut ini bahawa tugasan rezeki itu adalah milik Allah dan Allah itu maha pemurah. manakala selain Allah tidak punya hak pun pada rezeki Allah dan mereka itu selalu pelupa.
ya Allah, hebatnya makhluk ciptaan Mu, malu rasanya kalau nak dibandingkan diri hina ni dengan semut tu. semut tu sangat yakin pada Allah dn hanya mengharap pada Allah, sedang diri ini selalu mengharap selain Allah. rajin, teliti dan syukurnya semut itu pada segala nikmat yang diberi Allah, sedang diri ini selalu kufur nikmat dan jarang sekali nak bersyukur.. ya Allah, ampunilah kami hambanya selalu alpa dan leka ini.
akhir kata, maaf salah silap. dan sila beri tunjuk ajar.. (",)
Assalamualaikum wbt.. mungkin antum sekalian pernah mendengar kisah yang masyhur ini. Ambillah teladan disebalik kisah ini nescaya antum dapat merasa bahawa setiap manusia ada kelebihan masing-masing dan jangan sesekali merasa kita yang lebih hebat..
Kisah Musa dan Khidir dirakamkan oleh Al-Qur'an dalam Surah Al-Kahfi ayat 65-82.
Ringkasan hikmah dari kisah tersebut:-
Setibanya mereka di tempat yang dituju, mereka melihat seorang hamba Allah yang berjubah putih bersih. Nabi Musa pun mengucapkan salam kepadanya. Khidir menjawab salamnya dan bertanya: “Dari mana datangnya kesejahteraan di bumi yang tidak mempunyai kesejahteraan?
Siapakah kamu? Jawab Musa, “Aku adalah Musa.”
Khidir bertanya lagi: “Musa dari Bani Isra’il?”
Nabi Musa menjawab: “Ya. Aku datang menemui tuan supaya tuan dapat mengajarkan sebahagian ilmu dan kebijaksanaan yang telah diajarkan kepada tuan.”
Khidir menegaskan: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-samaku.” (Surah Al-Kahfi : 67)
“Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah sebahagian daripada ilmu kurniaan dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak kuketahuinya.”
Nabi Musa berkata: "Insya Allah Tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang Tuan dalam sesuatu urusan pun." (Surah Al Kahfi : 69 )
Dia (Khidir) selanjutnya mengingatkan: "Jika kamu mengikutiku maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.: Surah Al Kahfi : 70)
Perjalanan Khidir dan Musa.
Demikianlah seterusnya Musa mengikuti Khidir dan terjadilah beberapa peristiwa yang menguji diri Musa yang telah berjanji bahawa baginda tidak akan bertanya sebab sesuatu tindakan diambil oleh Nabi Khidir. Setiap tindakan Nabi Khidir A.S. itu dianggap aneh dan membuat Nabi Musa terperanjat.
Kejadian yang pertama adalah saat Nabi Khidir menghancurkan perahu yang ditumpangi mereka bersama. Nabi Musa tidak kuasa untuk menahan hatinya untuk bertanya kepada Nabi Khidir. Nabi Khidir memperingatkan janji Nabi Musa, dan akhirnya Nabi Musa meminta maaf kerana kelancangannya mengingkari janjinya untuk tidak bertanya terhadap setiap tindakan Nabi Khidir.
Selanjutnya setelah mereka sampai di suatu daratan, Nabi Khidir membunuh seorang anak yang sedang bermain dengan kawan-kawannnya. Peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi Khidir tersebut membuat Nabi Musa bertindak untuk menanyakan hal tersebut kepada Nabi Khidir. Nabi Khidir kembali mengingatkan janji Nabi Musa, dan beliau diberi kesempatan terakhir untuk tidak bertanya-tanya terhadap segala sesuatu yang dilakukan oleh Nabi Khidir, jika masih bertanya lagi maka Nabi Musa harus rela atau pergi untuk tidak mengikuti perjalanan bersama Nabi Khidir.
Selanjutnya mereka melanjutkan perjalanan hingga sampai disuatu wilayah perumahan. Mereka kelelahan dan hendak meminta bantuan kepada penduduk sekitar. Namun sikap penduduk sekitar tidak bersahabat dan tidak mahu menerima kehadiran mereka, hal ini membuat Nabi Musa berasa kesal terhadap penduduk itu. Setelah dikecewakan oleh penduduk, Nabi Khidir malah menyuruh Nabi Musa untuk bersama-samanya memperbaiki tembok suatu rumah yang rosak di daerah tersebut. Nabi Musa bertindak kembali untuk bertanya terhadap sikap Nabi Khidir ini yang menyuruh membantu memperbaiki tembok rumah setelah penduduk menzalimi mereka. Akhirnya Nabi Khidir menegaskan pada Nabi Musa bahawa beliau tidak dapat menerima Nabi Musa untuk menjadi muridnya dan Nabi Musa tidak diperkenankan untuk terus melanjutkan perjalanannya bersama dengan Nabi Khidir.
Selanjutnya Nabi Khidir menjelaskan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat Nabi Musa bertanya.
-Kejadian pertama adalah Nabi Khidir menghancurkan perahu yang mereka tumpangi kerana perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu tinggallah seorang raja yang suka merampas perahu milik rakyatnya.
-Kejadian yang kedua, Nabi Khidir menjelaskan bahawa beliau membunuh seorang anak kerana kedua-dua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi dewasa dapat mendorong bapa dan ibunya menjadi orang yang sesat dan kufur. Kematian anak ini digantikan dengan anak yang soleh dan lebih mengasihi kedua ibu bapanya hingga ke anak cucunya.
-Kejadian yang ketiga (terakhir), Nabi Khidir menjelaskan bahawa rumah yang dinding diperbaiki itu adalah milik dua orang adik-beradik yatim yang tinggal di kota tersebut. Didalam rumah tersebut tersimpan harta benda yang ditujukan untuk mereka berdua. Ayah kedua-dua adik-beradik ini telah meninggal dunia dan merupakan seorang yang soleh. Jika tembok rumah tersebut runtuh, maka harta yang tersimpan tersebut akan ditemui oleh orang-orang di kota itu yang sebahagian besar masih menyembah berhala, sedangkan kedua adik-beradik tersebut masih cukup kecil untuk mengelola peninggalan harta ayahnya. Dipercayai tempat tersebut berada di negeri Antakya, Turki.
Akhirnya Nabi Musa A.S sedar hikmah dari setiap perbuatan yang telah dikerjakan Nabi Khidir. Akhirnya mengerti pula Nabi Musa dan berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang soleh yang dapat mengajarkan kepadanya ilmu yang tidak dapat dituntut atau dipelajari iaitu ilmu ladunni. Ilmu ini diberikan oleh Allah SWT kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Nabi Khidir yang bertindak sebagai seorang guru banyak memberikan nasihat dan menyampaikan ilmu seperti yang diminta oleh Nabi Musa dan Nabi Musa menerima nasihat tersebut dengan penuh rasa gembira.
Saat mereka didalam perahu yang ditumpangi, datanglah seekor burung lalu hinggap di hujung perahu itu. Burung itu meneguk air dengan paruhnya, lalu Nabi Khidir berkata: “Ilmuku dan ilmumu tidak berbanding dengan ilmu Allah, Ilmu Allah tidak akan pernah berkurang seperti air laut ini kerana diteguk sedikit airnya oleh burung ini.”
Sebelum berpisah, Khidir berpesan kepada Musa:
“Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan. Janganlah pula apabila kamu melakukan kekhilafan, berputus asa dengan kekhilafan yang telah dilakukan itu. Menangislah disebabkan kekhilafan yang kamu lakukan, wahai Ibnu `Imran.”
Hikmah kisah Khidir:
Dari kisah Khidir ini kita dapat mengambil iktibar penting. Diantaranya adalah Ilmu merupakan kurniaan Allah S.W.T, tidak ada seorang manusia pun yang boleh mengaku bahawa dirinya lebih berilmu dibanding yang lain.
Hal ini kerana adalah ilmu laduni merupakan anugerah dari Allah SWT yang diberikan kepada seseorang tanpa harus mempelajarinya.
(Ilmu Ladunni, iaitu ilmu yang dikhususkan bagi hamba-hamba Allah yang soleh dan terpilih).
Hikmah yang kedua adalah kita perlu bersabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan kebijaksanaan dari setiap peristiwa yang dialami.
Hikmah ketiga adalah setiap murid harus memelihara adab dengan gurunya. Setiap murid harus bersedia mendengar penjelasan seorang guru dari awal hingga akhir, sebelum kita bertindak diluar perintah dari guru.
Kisah Nabi Khidir ini juga menunjukan bahawa Islam memberikan kedudukan yang sangat istimewa kepada guru/mursyid.
ana tengah tension dengan soalan cepumas “Bila nak kahwin?”
“Suruh ustaz ilyas(ketika cinta bertasbih) masuk meminang. Dapat kakak mu ini cincin free dua pasang. Tapi tak nak cincin, ganti dengan emas dinar ya. Lima dinar seorang cukuplah” ayat paling sengal dipagi raya...(takpe ana maafkan)
Ingat senang ke nak kahwin?
1.nak balas jasa umi n abi dulu....
2. Saving belum ada
3. Ni alasan paling penting, CALON tak ada lagi.
Jodoh, ajal maut itu semua ditentukan tuhan. Anak juga. Itu adalah rezeki dan ketentuan.
Kita tidak boleh sewenangnya bertanyakan atau mempertikaikan nasib orang.
"Eh, kenapa dia kahwin lambat? tak laku ke? nampak cantik je, takkan takde orang nak kot..."
Soalan bila nak kahwin amat memberi tekanan pada mereka yang masih belum berkahwin. Apatah lagi jika mereka masih belum mempunyai calon.
Calon suami atau isteri bukan mudah dicari. Bukan seperti mencari biskut di Tesco. Atau memilih bunga di nurseri.
Tahukah anda apa yang bermain di fikiran mereka setiap kali ditanyakan soalan itu?
Memetik entri seorang teman tentang jawapan yang ingin sekali dinyatakan.
Kenapa lambat?
Kerana Allah Tahu masa yang terbaik untukku.
Dah Berpunya?
Sudah, kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing.
Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku
Bila?
Bila kami sudah dipertemukan, InsyaAllah jemput datang ke walimatulurusku nanti.
Tetapi realitinya, setiap kali urusan perkahwinan dibangkitkan teman-teman, pasti mereka hanya akan tersenyum dan berkata ringkas, belum lagi, insyaAllah nanti, pastinya dengan hati yang pedih.
Ada orang yang faham, dan ada juga orang yang tidak faham kerana mereka tidak mahu faham.
Golongan seperti ini harus dibiarkan sahaja.
Urusan nikah kahwin adalah urusan Allah, bukan urusan manusia.
Pada teman-teman yang mengalami keadaan ini, ana nasihatkan jangan peduli pada kata orang. Teruskan berdoa dan mencari jodoh yang baik.
Kita berkelana di bumi ini untuk mencari redha Allah, bukan redha manusia....