Al-fatihah...




AL -FATIHAH....



AMIN YA RABBAL ALAMIN....

Al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. 


Besok genaplah 2 tahun pemergian seorang insan yang telah ana lukakan hatinya....
but I have no reason why I remember every single fact about him...



Ya ..Allah kenapa lelaki ini....dia amat baik ya allah.... "lynn..ambil lah kalau tak mau pun..bagilah kat sapa2..jgn buat saya mcm nie.... Sehari suntuk saya menunggu... Kecewa saya...




ana terus tinggalkan dia... di perhatikan ana pergi...tanpa kata2....




sampai di rumah...ana mandi ..solat.... lalu tidur...tanpa memikirkan tentang dia.... sikit pun tidak... 

ya rabbi...

dan pada malam itu juga 

ana mula buat isthikharah...kerana.. ustaz itu betul-betul buat ana berada dalam dilema. ana tak mahu tapi apa alasan terbaik ana ya?




Istikharah punya istikharah, sehinggalah malam itu...




And it really means something to me....And I have no reason to say no to what I have seen...

subhanallah...




pagi itu ana bangun seawal mungkin...

niat ana cume satu lepas solat subuh ana nak siapkan bekal untuk ustaz..
tetiba rasa sweet plak diri yg kasar nie...
nasi lemak sambal tumis sotong kering.....
kegemaran ustaz...


"ummi..tolong ummi bagi kat ustaz nanti..."..

"awat tak bagi sendiri... "

"malaslah.... ummi bagilah...lynn nak mintak maaf ja..,bukan ada apa-apa pun.."

"betui ka tuuuu....tak dak apa-apa...''

"atas meja nie bekalnya ..ummi...rahsia oke....",


alhamdulillah..... biarlah dia tidak tahu .... 



masih Subuh 8 January 2010...


ana melihat dia kaku di atas jalanraya...dan bekal yg dibawa berterabur atas jalan... ..
ya allah... ana tergamam...seolah2 tidak percaya apa yang terjadi di hadapan mata.. ana benar-benar menyesal ketika itu...jantung ana bagai direntap-rentap kasar apabila melihat keadaan dia begitu....

ya allah...itu saja yg keluar dari mulut ana....


"sudahlah...sabarlah... allah benar-benar nak uji lynn...allah lebih sayang dia.. dah lah jangan fikirkan benda dah nak jadi..." kata ummi...lembut..


"lagipun dia sentiasa maafkan lynn..dia cerita semua kat abi..apa yg lynn dah buat kat dia..." pujuk abi..


"ummi..lynn salah pada ustaz...lynn bersalah..."


".. lynn doakanlah banyak -banyak kat arwah..mohon pada allah..hanya allah saja yg boleh tolong...hanya DIA...banyakkan bersabar..." pujuk ummi...


ummi juga turut menangis...sambil mengemaskan lagi pelukan di bahuku..........


kehidupan adalah anugerah utama ilahi...yg wajib kita syukuri dan hargai..sentiasalah beringat
apa yg kita lakukan,akan di pertanggungjawabkan pada kemudian hari...hidup hanya sekali..sekali
pergi takkan kembali.....
Ana Uhibbuka Fillah


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Still NOT Good Enough..







muhasabah..
semoga hati diselimuti ketenangan.
aamiin..

semoga air mata dapat menghapus semua dosa..
aamiin..

Aku masih punya hati..
Kau pasti tahu itu..



Cinta ini masih tersimpan..
Meski semua kini hanya..
Hanyalah fatamorgana..

Bukankah ini lebih baik?
Mencintai seseorang dalam diam. Mengaguminya tanpa ucap. Hanya aksara yang dapat mewakili semua perasaan.
Bukankah ini yang terbaik?
Menyertakan namanya dalam doa-doa, dan mengharapkan kebahagiaannya dengan doa.
Bukankah ini hal paling baik?
Ketika kita mencintai seseorang, menyimpannya dalam hati, mengagumi sekadarnya. Bukankah itu juga cinta?
Tak perlu diungkapkan berlebihan.
Ya, aku mencintainya, dan ia selalu ada dalam doa-doaku.
Jika mengungkapkannya hanya menimbulkan masalah, bukankah lebih baik aku menjaganya di hatiku?
Rabbi.. biarlah aku mencintainya dalam diam..
Biar ia berusaha sebaik mungkin dalam hidupnya tanpa ada aku yang menambah bebannya.
Biar ia tetap sebiasanya tersenyum tanpa merasakan sakit karena cinta, karena cinta tak selalu indah.
Biarlah waktunya disibukkan oleh hal-hal yang bermanfaat dan memperkaya jiwanya daripada sekedar memikirkan bagaimana menjaga perasaanku.
Rabbi.. jaga dan lindungi ia, bahagiakan ia..meski tak bersamaku..
Aamiin..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Awak Adalah Cermin Saya..




mungkin naluri wanita mmg suka kn kecntikan n fesyen...menurut sumber dari sahabat2 ana yg dah berkahwin ..kite dr tudung, baju smpi kasut kene ade cop sirim en suami eh?, baru leh pakai...so senang klu gi shoping bwk en CERMIn sekali...agaknye kalau kite ni nakal la dpt en suami yg strict ke?... 

- just imagine that...


"Adik cermin ada di belakang, nak tengok cermin tak?"

Sewaktu itu kami termasuk umi..abi...dan 2 adik ana...berada di dalam kedai pakaian..


 ana MEMANDANG dia dan berkata :

"Eh takpe, ni ada cermin", merujuk kepada dia yang duduk di depan ana...

ana mencuba dan menggayakan tudung di hadapan "cermin" yang boleh bercakap....

100x sweetkan... 

lebih berganda2 sweetnya jika dia adalah encik suami...


Ok tamat cerita ini.

>>> Nota :
Bestnya ada CERMIN yang boleh bercakap dan boleh di bawa kemana-mana..senanglah jika hendak bershopping, mesti tidak perlu bersusah mencari cermin sebab sudah ada cermin yang bergerak dan boleh bagi PENDAPAT ...
lagi... peringatan bagi yg belum berkahwin atau bakal berkahwin haruslah sentiasa ditemani mahram ye.. ^_^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


U HavE 1 Notification :)


sure it will be good for me ;P





i wud b d happiest one......

but


I'l surely miss all the benefits i'l b getting frm all d Islamic pages, and also miss sharing and benefit with my sisters worldwide!

imagine if google and yahoo is closed.... :D


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


saya ..kamu ..awak....sila sedar diri...





Namun kita sentiasa lupa...

Sedarkah kita?


Atau tidak sedar?

Hari ini, manusia amat sibuk melantik diri mereka menjadi hakim. Hakim yang tidak dipersetujui oleh Allah s.w.t. ataupun badan kehakiman di dunia. Pelik? Tetapi itu yang berlaku. 
Umat sekarang sangat suka menghakimi perbuatan orang lain. Islam atau kafir, semuanya tidak terkecuali. Paling sedih, apabila wujud golongan pemuda Islam yang sangat mudah mengkritik para ulama dan syeikh-syeikh besar, dahulu atau sekarang. Yang berkerja keras atas jalan dakwah Islamiyah.

Kalau ulama pun kita hakimi, apatah lagi kawan-kawan sekeliling...

renung2 sejenak 2 situasi benar-benar terjadi di hadapan saya hari ini....

situasi 1

“Aishah tu kan, sibuk jer nak ajak orang gi usrah. Usrah ke ape bendenya.. Tak sedar diri. Dah lah kena repeat paper tahun lepas. Nasib baik tak kena repeat year..”

“Tu laa, tak tahu malu betul. Sibuk sangat, dengan usrah la, program la, ke sana ke sini.. Study entah ke mana.. Dengan ahli bait (housemates) pun asyik bergaduh je kerja dia. Tak baik kita berlebih-lebih dalam beragama nih. Lain la kalau diri tuu dah bagus.. Nie apa...?”


**Astaghfirullah.. Betapa ceteknya kefahaman Islam yang ada pada mereka. Namun sudah pandai menjadi hakim.


situasi 2

Kalau kahwin muda. “Mudanya kawin. Hidup tak stabil lagi dah gatal nak kawin. Ko nak bagi bini ko makan pasir ke?”

Kalau tidak kahwin, pun tidak kena. Sama juga kalau lambat dapat zuriat. “Weihh.. Pesal dengan ko ni bro? Mandul ke apa? Ko tak nak Nabi mengaku umat ke?”



situasi 3

“Eh, kau tak nak sembahyang sunat ker? Ko kan alim sikit dari aku.. hehehe..”

"Ala, jumhur ulama dah setuju takde solat sunat sebelum maghrib nih, Imam Shafi’e jer yang sibuk-sibuk dengan pandangan dia nih.”
**Astaghfirullah al-‘Azim. Layakkah kita untuk mempersoalkan pandangan Imam Shafi’e?



Bahkan banyak lagi jika diperhati. Inilah dunia sekarang. Dunia yang kita hidup setiap hari. Dunia akhir zaman. Itulah kita, yang sentiasa sibuk untuk menjadi hakim dalam semua situasi dalam kehidupan.

Betapa tidak sedarnya kita bahawa kita sedang berada di bawah kehakiman Allahs.w.t. dan betapa murkanya Dia terhadap kita setiap kali kita melakukan penghakiman membuta tuli terhadap manusia lain.



Firman Allah s.w.t. dalam surah as-Shams, ayat 7-10:-


وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا“- dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),”



فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا“ - maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.”


قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا“  - sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,”


وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا“ - dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”



Sentiasalah sibuk dengan keburukan dan kekurangan diri kita sendiri supaya kita tidak akan sibuk untuk menghukum orang lain serta melihat kesalahan mereka. Sesungguhnya,orang yang sentiasa merasakan dirinya teruk dan hina akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri mereka dan merekalah orang-orang yang dekat dengan Allah....

Persoalannya, betul ke apa yang kita nampak baik itu adalah baik? 


Does he not know that Allah sees?

[Quran 96:14]


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Wahh.i cant believe this...




Elo2.status ni ta de kaitan ngan kawen ok.. cume


:)


nak share sikit nie.... tadi pagi pergi kelas sirah..kak Asyila bagitahu, jangan kedekut untuk selawat dengan nabi. Salah satu sebabnya nanti dekat akhirat, nabi akan bagi syafaat untuk kita, beratkan timbang amal kita.

Ada yang kata, yeke?

Tak percaya ye..hehehe

Daripada ‘Abdullah B. ‘Amr B. Al-Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahalaihi wasallam bersabda:Sesiapa yang berselawat kepadaku atau memohon wasilah untukku, nescaya dia berhak mendapat syafa’atku pada hari Kiamat.

Itu untuk jangka masa jauh. Untuk jangka masa dekat pulak macam mana?

Daripada ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:Aku pernah solat, di mana Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, Abu Bakr, dan ‘Umar ada bersama. Di mana ketika aku duduk, aku mulakan dengan memuji (mengagungkan) Allah ‘Azza wa Jalla, kemudian berselawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berdoa untuk diriku. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Mintalah, pasti kamu akan diberi. Mintalah, pasti kamu akan diberi.”

Psstt, ta nak ke doa kita semuanya dimakbulkan?

Renung dengan mata hati, amal dengan jasad yang diberi ;)


moga makin hari makin dekat dengan Allah swt..

 thanksss Allah~

bertahanlah dalam mengubah diri ...

Wallahu'alam :)


p/s-biasanya orang yang sedang bahagia takkan memahami orang yang terluka hatinya walaupun berkali-kali dia mengatakan dia sedang memahami kelukaan itu.

*bersabar lah.Allah sahaja pengubat luka hati yang paling mujarab* ;) ..Oh sangat tetibe.. :P


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kadang2 kite akan diuji dengan cinta yang lain..


Saya, awak , kita semua umat Islam, adalah bersaudara. Datang dari satu bapa, iaitu Nabi Adam alaihissalam.


Assalammualaikum....



Selamat malam saudara-saudaraku :)

Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).


Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

76 : 27 - 30


"Jodoh pertemuan Allah yg tentukan....jgn terlampau mengharapkan manusia yg penuh dgn sikap 'pelupa' ni."

Ingatan dari seorang ibu, adoi, menusuk kalbu. =D

Terima kasih untuk ingatan itu :)

semoga Allah mengampuni setiap dosa pada kalam yang berlebihan.. pada hati yang tidak bersih..pada amal yang tidak terlaksana dgn baik..

istighfar~

andai diletakkan sesuatu harapan pada manusia, kecewa.. maka, letakkan segalanya pada Allah swt..


Tuhan leraikanlah dunia yang mendiang di dalam hatiku. kerana di situ tidakku mampu..menghimpun dua cinta..hanya cintaMu, Allah... kuharap tumbuh dibajai bangkai dunia yang kubunuh~

doa byk2.. moga Dia pegang hati kita betul2...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Innalillahiwainna ilaihi rajiun


cinta dan rindu Allah swt.. ♥ Dia sangat baikkkk pd hambaNya

‎"khabarkanlah kepada hamba-hambaKu, bahawa Akulah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang" [15:49] 



Ana sebenarnya bertuah, dikelilingi keluarga yang sangat supportive, sahabat-sahabat yang banyak membangun jiwa ana, adinda-adinda eksotik yang sentiasa membuatkan ana tersenyum dengan keletah mereka juga teman seusrah yang tidak pernah jemu meniupkan api semangat kepada ana. Lalu mahu apa lagi ana?

"A rich man always has big libraries and small TV while a poor man always has a big TV and small library in his home"




Ana punya satu doa dan cita-cita sempena tahun baru ini. Tidak banyak. Hanya satu...

sangat mengharap bukan sekadar semangat tetapi perlu bersamanya iman dan taqwa....




*serius takut bila imagine ada jiwa-jiwa yang tercicir. apa yang akan ana jawab di hadapan Allah kelak? T_T.




Ana cemburu dengan mereka yang pergi dulu dalam husnul khatimah di awal usia. Sedang menikmati kerehatan, sedang ana masih perlu terus bertarung dengannya...kerana Kehidupan selepas kematian itu pasti..di sana tersedia ganjaran dan balasan..
Jgn jd spt org didalam surah annaba'.. Mahu menjadi tanah.supaya tidak ditanya dan dihukum..
semoga benar-benar menjadi pemudi akhirat dan mampu membentuk generasi akhirat. insyaAllah....


semoga usrah di dunia dan tetap kekal mnjadi usrah di dalam syurga iAllah..^^.

teringat sembang2 di meja makan ketika dinner, alangkah lebih indah jika dapat dinner di atas dipan-dipan empuk di bawah juntaian pokok di dalam syurga nanti kan?

uhibbukum fillah..♥

 jom kita jadi saudara yang tidak pernah lupa mendoakan saudaranya yang lain. Kerana bukankah mukmin itu bersaudara?
May Allah showers them with His mercy....

Maka..utk apakah kehidupan ini? Tentunya tuk saham akhirat..

Innalillahiwainna ilaihi rajiun...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Oh! Mama, saya mahu kahwin :p


Hari ni memang mood bait muslim habis. Huhu.

Maaflah kalau rasa nak muntah dengan status -status ana hari ini, tapi ana seronok pula tengok ramai yang menentang zina dengan cara ini, which is kahwin awal. Makin ramai yang dah sempurnakan sebahagian dari agamanya di usia muda.

Teringat cerita dan pesanan dari seorang kakak yang dah pun berkahwin masa belajar ni.

"Nak kahwin awal, tak ada masalah. Yang penting niat biar betul. Bukan sebab nafsu. Bukan sebab terikut-ikut. Biarlah sebab Allah.

Alhamdulillah setakat ini, Allah mudahkan sangat-sangat proses akak nak kahwin, dari merisik sampai sekarang. Susah sikit lah sebab berjauhan dengan suami, tapi bila sama-sama jalani hardship ni dengan redha Allah, semua jadi senang sangat. Study pun tenang, eh, senang cakap gembira lah.

Dulu, masa nak kahwin pun mama ayah akak mula-mula kurang senang, diorang cakap akak belum habis study, bakal suami pun study, jauh pula lain-lain negara. Tapi, akak cakap, tak ada masalah pun semua itu, lagi bermasalah kalau hati tak terjaga, kalau mama ayah rasa angah xbalas lagi jasa mama ayah, lepas kahwin insyaAllah, angah tetap akan teruskan study, tetap akan hadiahkan segulung ijazah untuk mama ayah, tetap akan gembirakan mama ayah dan keluarga. Lagipun kahwin ni makin dekatkan diri kita dengan Allah. Kalau betul-betul niat keranaNya.

Alhamdulillah, berkat doa semua, akak dah kahwin, memanglah ada mulut yang mengata, tapi Allah tahu niat akak tulus. Biarpun jauh dengan suami, sekali setahun je jumpa suami, tapi akak bahagia sebab PJJ kami dinauni redha Allah insyaAllah. Alah, xlama, lagi 3 tahun je. Sedang Adam Hawa pun boleh bertahan bertahun2 terpisah tanpa khabar, akak hari-hari skype, xkan tak boleh tahan."

Perkahwinan ni satu peluang da'wah. Sempurnakan sebahagian daripada iman pulak tu. Kalau
ana ada peluang, ana nak grab cepat-cepat. >____< Bolehke? heee

Sebelum pejam mata, ada sedikit mutiara kata

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

30:21

Mari berfikir dan beramal
Selamat Malam :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


*sayasangatsentap*


Menjaga pandangan = kolot ??

Amboi-amboi-amboi.. Sedapnya mulut..... 
(  ini ialah ayat post mengarut. harus diabaikan sahaja. teda pekdah org bilang  ) 


Ya Allah berilah kefahaman kepada mereka yang tidak faham..

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

24:30-31

Berani lagi nak cabar firman Allah?
Tahu takut?
Bagus. Bertaubatlah :)




..dan ada masanya..ana terlupa..
=_="dok bergambar berkepit dengan bukan mahram berduaan tak malu ke, siap upload ke mukabuku agi? dia bukan suami/isteri mung.. sian ke bakal suami/isteri mung nanti..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.