Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki?



Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”



“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


FITNAH VIDEO SEKS : KENAPA UAI TIDAK BUAT LAPORAN POLIS.


Sejarah mengajar kita tentang kehidupan hari ini.

Bagaimana Fitnah telah menyebabkan pembunuhan Saidina Uthman dan membawa kepada rentetan perpecahan.

dan hari ini fitnah telah menjalar dalam kalangan orang-orang Islam.


Kita di zaman fitnah, jangan mudah percaya pada sesuatu berita,
jangan mudah menyebarkan sebarangan berita yang tidak pasti akan kebenarannya.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

“Wahai Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, 
dari azab kubur, 
dari fitnah dajjal dan 
dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.


Lelah dengan dunia?
Letih mendengar gosip aka umpatan manusia?
Sakit di keji, di umpati, di caci maki?

"di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia sia mahupun yang menimbulkan dosa. Tetapi mereka mendengar ucapan sejahtera."

Al Waqiah: 25-26

Luahan Hati Isteri Dan Anak-Anak Ustaz Azhar Idrus

Nampaknya isteri-isteri dan anak Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah memberi respon tentang penyebaran video fitnah Ustaz Azhar Idrus yang menjadi bualan orang ramai.

Isteri pertama, isteri kedua dan juga anak sulung telah membuat status di laman facebook dan ada yang meluah perasaan tentang isu tersebut,

Tentunya mereka sekeluarga sentiasa menyokong Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan terkejut dengan isu video UAI tersebut.
Semoga Ustaz Azhar Idrus dan keluarga sentiasa kuat menghadapi dugaan ini. Memang melampau sungguh penyebaran video tersebut.

Apapun kita doakan semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Sangat tidak boleh diterima akal hanya kerana kewujudan video yang tidak sampai 1 minit dan dirakam dengan kualiti kamera ala potatot itu mampu membuatkan sesiapa sahaja percaya ianya adalah UAI.

Ketika ini merupakan akhir zaman di mana para pelaku maksiat akan diangkat dan para ulama' akan dijatuhkan. Beringatlah saudara semua, usah dengan video tidak sampai seminit itu mampu membenamkan diri anda sebahagian dari mereka yang fasik selagi tiada wujudnya sebarang bukti ke jalan kebenaran.







Cara pandangan manusia tidak pernah sekata.

Ada manusia membenci ulamak.
Padahal bila mati ulamak lah yg di cari.


Ada org membenci ibu ayah. Sedangkan ibu itulah melahirkannya.

Kegusaran hati adalah kerana kebodohan diri.



renungkan..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


20 GAMBAR SEKITAR MAJLIS TUNANG SHARIFAH SAKINAH



Gambar-gambar majlis pertunangan Sharifah Sakinah, 25, dengan pasangannya Aliff Adha Jamil, 26, yang berlangsung semalam di kediaman keluarga Sakinah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek. Sementara Sakinah pula telah membalas dengan tujuh dulang hantaran berupa jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Adat menyarung cincin telah sempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah. 


























Photo kredit: amirnaufalphotography



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.