Is it okay to cry?




Rasa soalan atas ini soalan paling comel dekat dunia.I got it from my close friend. Tahu tak rasa dia macam mana bila dengar soalan macam itu. Rasa macam nak peluk orang itu and cakap please cry now. Yes. On my shoulder. Dalam hidup ini, macam mana berusaha kita nak jadi positif pun, hal ini tak sesekali menghalang kita untuk menangis.


People sometimes said to me. Oh my dear Lynn, macam mana kau stay positive all the time? Macam mana kau tak ada rasa sedih?Macam tak ada masalah saja. Oh tidak. Haha. Saya pun ada ups and downs saye. Oh, bumi mana yang ditimpa hujan. Semua orang ada dugaan dia masing-masing tapi dalam bentuk yang tersendiri. Saya nangis juga because saya juga punye hari hari yang things did not go well such as:


a)Met people that I found difficult to get along with
b)Met some people treated me badly when I did nothing to them.
c)Tak dapat jawap soalan Consultant tanya depan ramai orang.
d)Oh!My English and again Oh! My Lughatul Arabiah macam entah apa-apa grammar and vocab tunggang langgang rasa macam taknak cakap langsung.
# This list can go on and on and on. Cukuplah apa disenaraikan di atas.

So balik soalan tadi. Is it okay to cry?

Yes!


Kita adalah manusia yang punya emosi. Saya ingat lagi I said to my ummi I really do not want to get angry to anyone and felt so bad when I do especially to my loved ones. Getting angry to people that I love so much can make me cry and feeling guilty for having that feelings. But my ummi said to me,Lynn, you're a human being yang punya emosi. Maka tak salah nak marah atau menangis.


Boleh sedih tapi punya syaratnya. Syaratnya macam dalam apa-apa dalam kehidupan kita, syaratnya adalah bersederhana. Kalau nak sedih boleh tapi jangan sampai menzalimi diri kita sendiri. Jangan sampai perkara-perkara routine kita, tanggungjawab kita, hak kita and hak orang lain diabaikan. Kiranya bila nak nangis, nangis.Bila time ade kelas, belajar. Bila ada meeting, focus.Bila ada groupwork, buat. Jangan sebab tengah sedih hal-hal lain kita lepas tangan. Sian orang lain. Sebab kita emo, kerja tak dapat jalan.


Letakkan semua perkara di tempatnya, insyaAllah hati kita pasti dengan izinNya berasa tenang. Saya rasa saat terbaik untuk menangis apabila kita berdoa kepada Ilahi, berdua-duaan. Mengadu apa yang kita rasa,cerita apa kita lalui secara detail seperti kita bercerita pada kawan or mak kita. Ustazah Mahya berkata, mari kita sama-sama doa sepertimana kita berada di tengah lautan, yang sangat sangat sangat helpless and perlukan pertolongan Allah. Baru pengharapan kita kepada Allah lebih.


Apa perasaan kita lepas kita bercerita kepada kawan or siapa siapa sahaja? Diaorang spend masa untuk dengar cerita kita saja rasa macam dah lega sangat, belum lagi diaorang tolong selesaikan. Apatah lagi mengadu pada Allah yang memberikan ujian and Allah jugalah yang memberikan penyelesaian. Sure lagilahkan? Tapi saying this does not mean tak payah cerita dekat orang lain langsung. Boleh saja nak cerita ^_^ tapi make sure cerita kepada orang yang betul and dipercayai.


Bila kita dah nangis betul-betul depan Allah and doa agar dikurniakan kekuatan untuk redha atas segala musibah berlaku,our heart will be at ease insyaAllah. So, bab sedih tak perlu berpanjangan. Cukuplah kita dah nangis di atas sejadah. Kesat air mata, basuh muke and go settlekan tanggungjawab ibadah umum kita yang lain. Belajar, rayau-rayau dekat ward and talk to patient. Tapi cuit! Jangan lupakan Allah and sentiasa usaha untuk resetkan niat kita.


Tujuan post ini ditulis untuk peringatan kepada diri sendiri yang selalu lalai and leka. Kita tak adalah baik sangat, tapi marilah kita bersama-sama berusaha cuba untuk jadi baik. Sampai di sini sahaja coretan saya. Sorry kalau salah cakap ke apa. Selamat pagi.


Wassalam.

Pesanan kakak kepada saya ;

"Matanglah dalam beremosi"


And that it is He who makes [one] laugh and weep [53:43]



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Suasana pilu iringi ketibaan jenazah pelajar dari Russia



 

PUTRAJAYA — Suasana pilu menyelubungi surau Al-Iman di Presint 9 di sini sebaik ketibaan jenazah pelajar Malaysia, Adzreen Dimyati, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Russia, Ahad lepas.

Anggota keluarga dan jiran serta kenalan mangsa yang mula berkumpul sejak awal lagi di surau tersebut kelihatan sayu sebaik jenazah tiba jam 12.40 malam tadi.


Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai, bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Hanisah Muhd. Shah.

Jenazah Adzreen, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kemudian terus dibawa ke surau tersebut untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini.

Manakala jenazah Hanisah, pelajar tajaan Mara, pula dibawa ke Dungun, Terengganu untuk urusan pengebumian.

Dalam kemalangan tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van lain.

Kesemua mereka adalah pelajar Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku. — BERNAMA


AL-FATIHAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah yang cintakan syurga!



Pernah dengar tentang kisah Ta'labah? 

Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita.

 Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai..."
(Sayidina Ali Karamallahu Wajhah)

selamat malam...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Cari Bloglist Bulan September!



Segmen : Cari Bloglist Bulan September! 

klik banner & join!

mangsa tag



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jom Tingkatkan Security Password Anda






ADAKAH ANDA YAKIN PASSWORD ANDA BETUL - BETUL SELAMAT ???


Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:
Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.
Menggunakan password kata yang panjang.
Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.
Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.
Bagaimana kita boleh mengetahui bahawa password kita benar-benar selamat ??



Sebenarnya ada satu alat pengukur password online yang bagus .alat ini dapat menunjukkan seberapa kuat password anda.Cara untuk menggunakanya adalah amat mudah anda hanya perlu masuk ke laman web 

ini : [http://www.passwordmeter.com/  dan masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter . Kemudian, Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password anda.Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password.Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.


Password meter ini dapat digunakan untuk memudahkan anda mengingati dan membuat password menjadi lebih kompleks. Untuk meninggkatkan lagi security password anda saya saran agar anda tidak membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai kerana ini akan memudahkan para hackers untuk meneka password anda.


Sebenarnya, untuk mendapatkan password yang secure anda tidak memerlukan perkataan yang terlalu panjang.Seperti dalam screen shot dibawah saya tidak menggunakan perkataan yang terlalu panjang dan susah untuk diingati tetapi peratus kekuatan password itu adalah 100%



(klik untuk besarkan)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Nama Yang Sering Diganggu Jin (oleh Ustaz Sharhan & Ustaz Azhar Idrus)


Antara nama-nama biasa yang dikenal pasti digunakan oleh Jin ialah seperti:-

1. Balqis
2. Kistina/Qistina
3. Najwa
4. Zakuan
5. Batrisha
6. Erisha
7. Mazda

Ustaz Sharhan juga ada beri tahu kalau dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? hehe, tidak sebenarnya, hanya tukar cara panggilan nama tersebut. Contoh jika nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa.

Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam

P/s: Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam.
Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin tersebut? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab
..
Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam. Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas.. Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. 
Wallahua’lam


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Betul Betul Rare - Kapal Titanic Ketika Dalam Pembinaan (17 Gambar)


100 tahun tragedi karam Titanic

Tarikh 14 April 1912, merupakan antara tarikh paling bersejarah dimana dunia dikejutkan dengan tragedi kapal RMS Titanic yang karam setelah berlanggar dengan aisberg dan mengorbankan kira-kira 1,500 nyawa. 100 tahun sudah berlalu, namun nama Titanic masih lagi disebut-sebut sehingga kini. Kapal yang menelan kos $7.5 juta ini mengambil masa dua tahun untuk dibina dan menggunakan 3000 orang tenaga kerja. Berikut merupakan gambar sekitar pembinaan kapal Titanic pada tahun 1909.





































sekadar pengkongsian...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Julia Perez -Ingat agama itu bahan bergurau senda ke?


Julia Perez Dah Gila - Tatu Seruan Azan Di Badan!



….dan mungkin tindakan paling tak masuk akal, Julia buat tatu di badan.

Tatu itu dapat dilihat apabila Julia memakai baju fesyen ala-ala berkemban ketika menghadiri acara DahSyat di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Isnin lalu.

Bukan main-main, tatu rangkaian huruf Arab tersebut adalah kaligrafi lafaz azan, yakni kalimat - “Hayya ‘alal Falaah”.

Ingat agama itu bahan bergurau senda ke?

Julia Perez Dah Gila - Tatu Seruan Azan Di Badan!

"..Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus..."

NAUUZUBILLAH!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Nabil Bakal Timang Anak Perempuan?


Nabil Bakal Timang Anak Perempuan?


Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Menurut sumber, Nabil memaklumkan bahawa beliau kini semakin sibuk menjalankan tugas sebagi penyampai radio di Suria FM.

Biarpun sibuk menjalankan aktiviti seni, Nabil masih tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Tambahan pula kini isterinya, Zira sedang hamil 6 bulan dan perkara ini membuatkan Nabil sering meluangkan masa bersama isterinya.

Nabil juga menyatakan bahawa bayi di dalam kandunga isterinya adalah bayi perempuan.

“Kami ada buat scan, bayi tu adalah bayi perempuan. Jadi, untuk nama dalam perut saya panggil dia ‘Pia’ ataupun ‘Sofia’ sebab nama tersebut macam senang dan sedap mulut menyebut. Tapi itu untuk nama dalam perut je. Tak tahulah kalau dah keluar nanti saya nak bagi nama lain pulak,” ujar Nabil.

Selain itu, Nabil turut menyuarakan hasrat, di mana apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata dan berada dalam keadaan pantang nanti, beliau ingin menggunakan khidmat profesional tukang urut tradisional untuk menjaga dan merawat isterinya sepanjang tempoh tersebut.

“Bila isteri saya dalam pantang nanti, saya nak gunakan khidmat profesional tukang urut tradisional. Saya nak dia jaga isteri saya sepanjang tempoh pantang 44 hari dan dia kena datang hari-hari sama ada siang ataupun malam,”katanya lagi.

Menurut Nabil, sejak berbadan dua, isterinya menjadi seorang yang suka dan rajin memasak. Namun begitu, Nabil merasa lega kerana isterinya tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan pertama ini.

Untuk perkembangan terbaru, filem lakonan Nabil berjudul “Omi VS Ponti” (Orang Minyak VS Pontianak) akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 November ini. Antara pelakon yang turut membintangi filem ini adalah Johan Raja Lawak, Sharifah Shaheera, Sharifah Amani serta Noh Hujan.

Nabil dan isterinya, Nazirah Ayub telah bernikah pada 30 September 2011 dan Majlis resepsi mereka berkonsepkan ‘Fantasy Wonderland’ telah diadakan di I-City, Shah Alam pada 2 Oktober 2011. – Yahoo!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Zyraroxx: Follower Datang Bertubi-Tubi



klik banner comel ni & join!
my followers -1333


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sayang kamu kerana Allah ♥






Bismillahirahmanirrahim

Ada seorang sahabat yang saya sayang ni, dia mintak taujihad dari saya
saya rasa saya tak layak nak bagi taujihad,
cukuplah hanya sedikit perkongsian.

"salam,
berikan ana sedikit taujihad
syukran
terutamanya dlm pengurusan masa.."



Psst: harap enti tak kisah :P

Alhamdulillah, persoalan sahabat saya ni buat saya terpandang diri sendiri
dah cukup terurus ke masa saya?

cuti raya yang panjang ni, buat saya berfikir untuk buat strategi
macam mana nak hadapi forth year as a medical student dekat sini,
yang dikatakan orang makin mencabar.

saya banyak rujuk buku dr Muhaya "How to be a good medical student"

satu hari saya berbual dengan teman seusrah

saya: kak tie, macam mana nak uruskan masa ye? nanti naik tahun empat lagi sibuk, dari tahun tiga pun dah rasa sibuk bagai. hmmm.

Kak Tie : Kalau masa solat pun tak jaga, macam mana nak uruskan waktu,

saya: adeh (terkena atas kepala sendiri) -,-

dalam hati saya, ringkas dan padat, tapi cukup pedas.fuh!!

terima kasih kak tie :) sayang kamu kerana Allah ♥

kesimpulannya, orang yang berjaya menguruskan waktu adalah orang yang menjaga solatnya,
dan saya percaya pada keberkatan masa,
kalau kita luangkan masa untuk Allah taala, untuk melaksanakan ketaatan dan kecintaan kita padaNya,
seluas2nya masa Allah boleh lapangkan untuk kita, sebab Dia Maha Berkuasa,
dan masa tu milik Allah

Orang yang study dalam masa 1 jam, boleh dapat banyak benda
tapi ada jugak orang yang study 1 jam, 1 muka surat pun takleh nak hadam.

nampak tak perbezaannya?

dan satu lagi, kalau rasa masa kita sentiasa tak cukup, cuba kita fikir, pernah tak kita curi masa orang lain?

curi masa?
yelah, pernah tak kita buat orang tertunggu-tunggu?

so, jangan jadi pencuri, nanti automatik masa kita pula dicuri. :)

dan kalau ada saudara kita, sahabat kita yang mintak pertolongan, yang kadang2 kita rasa berat nak tolong, sebab ada banyak sangat-sangat benda nak buat,
tapi sebenarnya, mungkin bila kita tolong dia, lagi mudah urusan kita (biiznillah)

barangsiapa mempermudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusannya

Apatah lagi kalau kita sibukkan diri kita dgn kerja-kerja Islam.

Allahurabbi.

Moga Allah sentiasa bagi kekuatan pada kita, bagi taufiq dan hidayah untuk kita tanam dalam diri kita 4 ciri dalam surah Al-Asr (golongan yang tak rugi )
*beriman
*beramal soleh
*saling mengingatkan dalam pkr kebenaran
*saling mengingatkan dalam pkr kesabaran

Syukran sahabat, kerana sentiasa ingatkan saya :)
ingatkan saya, kepada kebenaran,
dan ingatlah saya dalam doa.

special post utk enti ni.hihi (kalau-kalau enti baca lah)
dan of course untuk diri saya sendiri yang selalu terleka. :)


okbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh?





Kisah Nabi Nuh meskipun tidak banyak diketahui tetapi Allah SWT menyebutnya dalam Al-Quran . Dalam bahasa Arab, makna "Nuh" ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh mempunyai kisahnya yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.

Cerita Nabi Nuh a.s ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapannya. Rupa anjing bukan seperti anjing-anjing biasa . Anjing yang bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.

Nabi Nuh:"Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing biasa yang lain. Mengapa jadi begini? "

Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?" Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau?"

Nabi Nuh a.s pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahan mengkritik kejadian Tuhan. Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT .

Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT.

Tambahan :

Setelah ditegur Allah SWT mengenai keluarganya yang tidak ikut kebenaran, Nabi Nuh menangis bermunajat selama 300 tahun, kerana malu kepada Allah segan teguran itu Nabi Nuh tidak mendongak ke langit selama 40 tahun .


Rujukan :

Cerita dan Doa dari Hadis dan Al-Quran
Himpunan Cipta : Wan Jamal bin Haji Wan Mat Saman halaman 16.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Hamba apakah kita ini?



“Jika menjaga hati terlalu berat untukmu, maka jagalah lisan dan matamu terlebih dulu.”

-terkadang, kita juga terasa berat untuk menjaga lidah dari kata-kata yang pedih serta pandangan mata yang membawa penyakit hati- 

Saya berbual dengan seorang sahabat tentang kasih sayang. Juga tentang bagaimana menghargai kasih sayang yang dikurniakan. 

Kamu fikir, siapakah sebenarnya yang paling sayang kepada kamu?

Mungkin ada yang menjawab ibu, pasangan hidup, sahabat karib, dan lain-lain. Mungkin. Tetapi, jika ada yang memberikan jawapannya adalah Allah, ketahuilah bahawa jawapan kamu itu bersamaan dengan jawapan saya.

Ya, yang paling sayang kepada kita ialah Dia. Pencipta kita. Pembuat kita. Allah.
Bayangkan, kita sebagai manusia yang lemah ini pun akan sayang kepada sesuatu yag dihasilkan dengan titik peluh kita sendiri, bagaimana pula dengan Dia yang mengakui secara jelas bahawa Dialah Yang Maha Penyayang.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Perasaan Sayang Yang Makhluk Miliki Adalah Kurniaan Allah

Kita biasa melihat betapa sayangnya seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Juga perasaan sayang seorang iteri kepada suaminya. Namun, biasakah kita melihat bahawa perasaan sayang mereka ini, Allahlah yang mengurniakannya kepada mereka.

Berkenaan perkara ini, sahabat nabi, Abu Hurairah R.A. ada meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya,
"Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayangNya terbagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor ibu binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya." [riwayat Imam Muslim]

Bayangkan, betapa banyaknya kasih dan sayang yang Allah miliki. Maka betapa besarnya pula kasih sayang Allah kepada manusia kerana manusialah makhluk yag paling dikasihiNya.
Pernah suatu hari Sayyidina Umar datang menghadap Rasulullah s.a.w. dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu jika ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api?" Para sahabat menjawab: "Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya."

Begitu sekali kasihnya Allah kepada hambaNya. Tidakkah kita patut berfikir untuk menghargainya?

Menghargai Kasih Sayang Allah

Kita ini, bila kita tahu ibu bapa sayang kepada kita, kita jadi tak tergamak untuk lukakan hati mereka. Tak sampai hati hendak buat perkara yang mereka tak suka kita buat. Tetapi, kita buat juga secara sembunyi.

Namun, Allah lain. Dia tak sama dengan orang yang kita sayang. Allah, bila Dia menyuruh kita berbuat sesuatu, atau melarang kita dari melakukan sesuatu yang lain, Dia sentiasa Melihat kita. Maka, di sinilah nilaian kepada sejauh mana kita menghargai kasih dan sayang yang Allah berikan.

Adakah kita tetap buat yang Allah larang?
Atau masih tak laksanakan perkara yang Dia suruh?
Sedangkan Dia tetap melihat apapun yang kita lakukan.
Tinggalkan Dosa Kerana Hutang Kasih
Kita selalu dengar ustaz-ustaz kita pesan supaya tinggalkan maksiat kerana setiap maksiat kita itu balasannya adalah neraka Allah. Neraka pula azabnya tidak terfikir oleh otak, tidak terucap pula oleh lidah. Betapa dahsyat.
Tapi masih ramai yang tidak tinggalkan maksiat.

Jadi, selain dari ancaman azab-azab yang sangat mengerikan itu, saya ingin mengajak kita kepada menghindar maksiat dengan menginsafi bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang kasih kepada Allah. Sangat banyak. Kasih Allah kepada kita bukan sekadar semasa kita hidup, bahkan sebelum kita hidup dan selepasnya.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tatkala Allah menciptakan makhluk, Allah telah menuliskan dalam kitab catatan-Nya yang berada di sisi-Nya di atas arsy bahawa sesungguhnya kasih sayang-Ku mengalahkan murka-Ku" [riwayat Imam Muslim].

Sahabat-sahabat, tergamaknya kita membalas kasih sayang Allah dengan kemungkaran. Hamba apakah kita ini?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Education Sex Part II




Education Sex Part II sebagai sambungan yang seterusnya.klik sini. Nak tahu lebih lanjut lagi jom kita baca maklumat di bawah.

IMPLANON mula diperkenalkan kepada wanita Malaysia pada awal September 2000 sebagai kaedah implan hormon untuk kajian dan setahun kemudian kaedah ini sudah ada dalam senarai kaedah merancang keluarga Negara.

SELAMAT: Implanon dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan.



Pengalaman awal mengenai kaedah ini ialah seperti berikut:
•70 wanita berumur antara 18-40 yang berkahwin dan berhasrat merancang keluarga untuk jangka masa panjang menerima Implanon sebagai kaedah merancang keluarga.

•Wanita ini diberi bimbingan mengenai kaedah dan penerangan cara kaedah itu dipasang dan mereka hadir pada waktu yang ditetapkan doktor untuk pemasangan.

•Kesemua wanita mendapati pemasangan Implanon selamat dan tiada masalah. Pemasangan dilakukan kurang 30 saat (0.28 minit).

•Kaedah ini berkesan sebagai kaedah pencegah kehamilan. Tiada laporan kehamilan. 11 wanita yang selesai mengamalkan kaedah berjaya hamil dalam masa yang singkat. Ini menandakan Implanon tidak mengganggu tahap kesuburan bekas pengguna kaedah itu.

•Waktu pendarahan biasa dan ringan (vaginal spotting) antara 9-23 hari dan waktu kering antara 19- 37 hari. Pendarahan berlaku secara tidak tetap antara 5-21 hari. Empat wanita menolak Implanon kerana masalah pendarahan yang panjang. Wanita lain dapat terima perubahan kepada waktu haid dan tidak rasa terganggu. 88 peratus wanita akui yang mereka puas dengan Implanon

•Kesan sampingan seperti pendarahan yang berpanjangan (5.8%), kenaikan tekanan darah (13%), pening kepala yang ketara (dua kes) dan perubahan kepada laporan PAP smear (satu kes) tidak banyak dan tidak serius.

•Implanon mudah ditanggalkan dan prosedur itu hanya seminit tanpa kesan sampingan.

Rumusan daripada kajian itu ialah kaedah Implan selamat, berkesan dan diterima wanita Malaysia sebagai satu pilihan merancang keluarga melalui pendekatan hormon merancang keluarga untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya tiga tahun. Kaedah ini tidak menjejaskan kesuburan wanita dan kemungkinan wanita itu hamil boleh berlaku secepat dalam sebulan Implanon dikeluarkan daripada lengan tangannya.

Mengenai pendarahan yang berpanjangan masalah ini bukan serius dan boleh ditangani jika ia berlaku kepada mana-mana wanita yang ingin mencuba kaedah Implanon. Kata orang belum cuba belum tahu.


Memasang Implanon
IMPLANON ialah kontraseptif hormon yang mengandungi 68 mcg Etonogestrel dalam implan penghantar yang fleksibel untuk jangka panjang, iaitu untuk tiga tahun. Ia sebesar batang mancis dan ia dipasang di bawah kulit lengan tangan kiri (jika wanita itu menggunakan tangan kanan) atau sebaliknya jika wanita itu menggunakan tangan kiri.

Susuk ini mengeluarkan lebih kurang 40 mikrogram hormon progestogen-Etonorgestrel dalam 24 jam. Hormon ini:

•Menghalang ovulasi dengan cara mengawal pengeluaran hormon LH
•Meningkatkan kepekatan lendir serviks yang menghalang pergerakan dan penembusan sperma
•Mencegah kehamilan selama tiga tahun

Selepas menanggalkan implan, tahap hormon etonogestrel akan menurun secara mendadak dan tidak dapat dikesan selepas seminggu dan sebilangan besar wanita yang mengamalkannya akan mencapai ovulasi dalam masa sebulan selepas menanggalkannya.

Pemasangan Implanon perlu dilakukan oleh doktor yang menjalankan latihan untuk memasangnya. Seramai 3,518 doktor keluarga di Malaysia dan Singapura mempelajari cara pemasangan dan menanggalkan Implanon.

Kebaikan Implanon:
Implanon ialah kaedah kontraseptif yang mudah pulih untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti sebatang lidi yang kecil yang boleh dipasang dibawah kulit di bahagian lengan dekat badan anda.

Kesan Implanon Apakah kebaikannya?

•Anda terlindung dari kehamilan selama 3 tahun.
•Pengguna tidak perlu melakukan apa-apa.
•Implanon tidak mengganggu kehidupan seks anda.
•Kesuburan anda kembali dengan cepat selepas Implanon dikeluarkan.
•Cepat dan mudah untuk dipasang dan dikeluarkan

Apakah keburukannya?
Kemungkinan kecil, wanita yang menggunakan Implanon akan mengalami:-

•Waktu pendarahan yang berpanjangan dan yang tidak menentu
•Amenorrhea (tidak datang haid) jika wanita itu memberi susu badan.


Siapa yang sesuai untuk menggunakannya? Wanita yang:

•Mahukan kaedah kontrasepsi mudah, iaitu sekali dipakai tidak lagi memerlukan penjagaan atau tindakan selanjutnya.
•Inginkan alternatif selain pemandulan
•Mahu menjarakkan kelahiran anak
•Ingin menangguhkan kelahiran anak-anak
•Tidak memuaskan atau sudah tidak berpuas hati lagi dengan kaedah kontrasepsi yang digunakan.
•Tidak mempunyai toleransi atau dilarang mengambil estrogen tiruan
•Mahukan kaedah kontrasepsi yang boleh ditoleransi, berkesan dan mengembali ke kehamilan dengan mudah

Siapa yang tidak wajar menggunakan Implanon? Wanita yang:
•Mengalami gangguan tromboembolik yang aktif
•Mempunyai tumor yang memerlukan rawatan progesteron (disahkan atau disyaki)
•Menghidapi atau pernah menghidapi penyakit radang hati yang teruk dan keadaan hati belum pulih seperti normal
•Mempunyai tumor hati yang merbahaya atau tidak merbahayakan
•Disahkan atau disyaki menghidapi barah buah dada
•Disahkan atau disyaki hamil
•Mengalami pendarahan vagina yang tidak dapat didiagnosis

sumber:
http://groups.yahoo.com/group/gurumaz/message/104
Gambar dari Google



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Education Sex Part I


Apakah itu IMPLANON?
Implanon adalah salah satu kaedah merancang keluarga.

Di kawasan manakah implanon ini dipasang / dimasukkan?
Implanon ini Implanon dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan seseorang wanita.

Bagaimanakah rupa bentuk Implanon?
Rupa bentuk implanon berbentuk rod dan panjangnya dari 4 sm x 2 mm.



Bahan apakah yang terkandung didalam implanon tersebut?
Ia mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.

Adakah had untuk penggunaannya didalam tubuh badan manusia dan bolehkan ia dikeluarkan pada tubuh bila-bila masa?
Penggunaannya hanya dihadkan sehingga tiga tahun sahaja. Walaubagaimanapun untuk mengeluarkan implanon tersebut dari tubuh anda ia boleh sahaja dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.

pICture:https://hvelink.saintlukeshealthsystem.org


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"dia tu,tiap-tiap malam bangun qiamullail. subhanallah..."


Photo: Perbualan biasa kita dengar:
"dia tu,tiap2 malam bangun qiamullail. subhanallah..."

"yelah,iman dia kuat. sbb tu dia mudah bangun.."

ye ke mcm tu?
bukan ke qiamullail yg menguatkan Iman kita (biiznillah)

Jom kita usaha utk bangun.
mungkin kita jenis yg susah bangun bbnding kwn kita,tp jgn jadikan alasan.
mungkin pahala mujahadah kita lebih besar sbb kita diuji utk bangun.
Allah Maha Penyayang,kan?

cuba utk tidur awal,mgkin hari pertama terkejut awal,tp x larat lagi nk bangun,xpe.. zikir mse tu pun dah dapat pahala
tapi esok,kita tekadkan lagi azam
insyaAllah dah boleh bangun.

time ni lah pling best nak doa banyak2.

A great day begin with a good Subuh
A wonderful day begin with Qiamullail 
:)

lets fighting for this!

rindu teman2 qiam sy kat irbid hari tu

Perbualan biasa kita dengar:

"dia tu,tiap-tiap malam bangun qiamullail. subhanallah..."

"yelah,iman dia kuat. sebab tu dia mudah bangun.."

ye ke macam tu?

bukan ke qiamullail yang menguatkan Iman kita (biiznillah)

Jom kita usaha untuk bangun.
mungkin kita jenis yang susah bangun berbanding kawan kita,tapi jangan jadikan alasan.
mungkin pahala mujahadah kita lebih besar sebab kita diuji untuk bangun.
Allah Maha Penyayang,kan?

cuba untuk tidur awal,mungkin hari pertama terkejut awal,tapi tak larat lagi nak bangun, takpe.. zikir mase tu pun dah dapat pahala
tapi esok,kita tekadkan lagi azam
insyaAllah dah boleh bangun.

time ni lah paling best nak doa banyak-banyak

A great day begin with a good Subuh
A wonderful day begin with Qiamullail 
:)

lets fighting for this!


p/s-of course untuk diri saya sendiri yang selalu terleka. 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Biodata dan Kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah?







Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.





Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Biodata Penuh:





Nama :
Ustaz Azhar Bin Idrus

Tarikh Lahir:
12 Februari 1964

Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu

Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.

Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya

Isteri :

1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)

Anak :

1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
8.yang terkini ustaz menimang cahaya mata baru.

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.





Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)

Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.

Kredit untuk Greenboc. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


USTAZ AZHAR IDRUS -Soal Jawab dengan penganut Kristian di Facebook


klik untuk tumbesaran

betoi tu ustaz !
diri ini sentiasa berdoa mudahan kami juga tergolong dalam golongan mereka yang berpimpin tangan ke syurga.

Nota hati-kita nak masuk syurga sama-sama kan?
InshaAllah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SOROTAN RINGKAS BERKAITAN KEKEJAMAN DI ROHINGYA 2012


"17 year of opression.. we still have no peace.."
"my daughter is thirsty.."


The Forgotten People

Do pray for them, always. T.T 

JUN 2012
-Provokasi Buddha Theravadha dan Junta Tentera Burma menyerang penempatan Muslim Rohingya-Arakan
-Muslim Rohingya cuba untuk pertahankan diri tetapi MEDIA Junta Tentera dan pela
mpau Buddha Theravadha memalsukan fakta dan menuduh Muslimin Rohingya yang memusnakan kediaman pelampau Buddha....
-akhirnya dgn alasan tersebut, Junta Tentera Burma membunuh, merogol, membakar dan menyerang umat Islam di Rohingya dengan dibantu oleh pelampau-pelampau Buddha Theravadha dengan dorongan Sami-sami Buddha Theravadha di Rakhinee@Arakan

JULAI
-puluhan ribu umat Islam Rohingya terpaksa melarikan diri ke hutan, lautan dan sempadan Bangladesh
-sewaktu ini..media2 massa di Myanmar memutarbelitkan isu Rohingya...kita boleh lihat pelbagai video yang diUPLOAD untuk memalsukan fakta sebenar...
-semakin banyak bantuan kemanusiaan sudah diperluaskan untuk membantu Muslim Rohingya, tetapi kedatangan mereka dihalang oleh Junta Tentera Kuffar Burma...
-kebanyakan Muslimin Rohingya berada di tempat pelarian sementara di tepi pantai Rohingya-Arakan dan ada sesetengahnya sudah berjaya masuk ke Bangladesh-Wilayah Chittagong
-Sukan olimpik sudah bermula..kekejaman masih belum dihentikan oleh Rejim Thein Sein..

OGOS
-rombongan Bantuan kemanusiaan dari Turki, Malaysia, Indonesia, dll tiba di tempat kekejaman Rejim Thein Sein
-Syeikh Hasina mengarahkan Tentera Bangladesh untuk menghalau umat Islam Rohingya yang berada di sempadan Bangladesh...Syeikh Hasina menunjukkan sikap buruknya yang berhati busuk tanpa belas kasihan dengan mengatakan bhwsanya Muslimin Rohingya bukanlah tanggungjawab kami di Bangladesh..
-Aung San Suu Kyi masih berdiam diri dalam isu ini...
-Rejim Thein Sein memulakan proses untuk menjawab isu2 kekejaman di Rohingya-Arakan...Thein Sein memulakan projek untuk MENGKAMBINGHITAMKAN AHLI-AHLI POLITIK DAN SAMI-SAMI BUDDHA diatas kekejaman di Rohingya...

Surah Al Buruuj:

The people of the pit were destroyed.
with fire abounding in fuel,
while they sat around it,
and were witnessing what they did to the believers.
Against these they had no grudge except that they believed in Allah, the Most Mighty, the Most Praiseworthy,
to Whom belongs the dominion of the heavens and the earth. Allah witnesses everything.
Surely those who tormented the believing men and the believing women and then did not repent, theirs shall be the chastisement of Hell, and theirs shall be the chastisement of burning.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Susulan pelajar maut: SMS terakhir dari Moscow


DUNGUN – “Sebelum kemalangan, arwah sempat menghantar khidmat pesanan ringkas kepada saya memaklumkan dia sudah selamat tiba di Moscow.

“Namun, sebaliknya pula berlaku apabila dia menemui ajal ketika dalam perjalanan dari Moscow menuju ke universitinya.”

Demikian kata Mohd Shah @ Abdullah Salleh, 62, bapa kepada arwah Hanisah, pelajar perubatan yang maut dalam kemalangan di Rusia.

Mohd Shah ketika ditemui di rumahnya dekat sini berkata, arwah sebelum ini pulang bercuti sempena sambutan Aidilfitri dan kembali ke Moscow pada 2 September lalu, sehari sebelum tragedi menimpanya.

Mohd Shah berkata, semasa menghabiskan cutinya selama dua bulan itu, arwah yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik kelihatan begitu gembira selain amat manja dengan bapanya.

Katanya, perubahan tingkah laku anaknya itu tidak dianggap satu petanda memandangkan pelajar perubatan di universiti Nizhny itu memang suka bermanja dengan bapanya.

Mohd Shah berkata, kali terakhir dia bertemu anak bongsunya itu ketika menghantarnya untuk menaiki kapal terbang di lapangan terbang KLIA, 2 September lalu.

“Sebelum dia masuk ke bilik pelepasan, arwah beberapa kali melambai ke arah kami.

“Sebaik sampai di Moscow, dia sempat menghantar pesanan ringkas memaklumkan sudah selamat tiba, tak sangka itu berita terakhir daripadanya,” kata pesara Tenaga Nasional Berhad itu.

Ibu mangsa, Rokayah Mohd, 61, yang masih sugul dengan pemergian arwah berkata, dia mengetahui berita menimpa anak kesayangannya itu apabila didatangi seorang Pegawai Mara di rumahnya kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Dia yang baru tiba dari Kuala Lumpur selepas menghantar arwah di lapangan terbang seolah tidak percaya tragedi yang menimpa bekas pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu itu kerana mereka baru bertemu tidak sampai 48 jam lalu.

“Apabila ada pegawai Mara datang, mak cik rasa tak sedap hati dan tanya apa yang berlaku, anak saya mati kemalangan ke?

“Setelah diberitahu Hanisah maut dalam nahas, mak cik tidak percaya kerana baru sahaja kami bertemu di lapangan terbang,” katanya.

Mangsa bersama tujuh lagi yang lain dalam perjalanan menaiki sebuah van dari Moscow menuju ke bandar Nizhny sebelum van dinaiki terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Jenazah mangsa dijangka tiba di tanah air kira-kira lima hari lagi dan urusan berkenaan sedang diuruskan pihak Wisma Putra.

AL-FATIHAH 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


cara PENGHUNI NERAKA tidur!





jangan tidur cara PENGHUNI NERAKA!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Mari berkenalan






klik banner ohsem tu dan join!
orang kata..tak kenal maka tak cinta.
bila dah kenal tak semestinya bercinta kan..
hik3..

Maka gua pun akurlah dengan prosedur yang ditetapkan oleh Cik Rien
Mula-mula buat online test.
iaitu kena jawab soalan bertubi-tubi dari cik Rien.




Cik Lynn atau nama panjang sikit Cik arabikha azlynn. Nama penuh tak boleh habaq pasai nanti hangpa mintak duit raya lebih. 

umur gua sekarang *sambil kedip-kedip mate.. Ce teka!
baru nak masuk 2+6 tahun hijrah.

orang mana? 
Nak alamat, sila roger gua. Keyword dia, Bandar Raya Metropolis jerantut , Pahang. 

perangai pelik yang ada yang orang tak tahu?
 rasanya dah tahu kot.. takda rahsia..
suka tafsir kepala otak sendiri.. err pelik tak?

Blogger kesukaaan?



kenangan tak dapat dilupakan masa tecik-tecik?

Suatu hari tu gua tu mabuk ke apa entah lepas buka puasa. Kira demamlah. Siap berlakon tenyeh-tenyeh minyak cap Kapak depan abi gua. Ceh! Ingat abi nak kesian.. Kata Abi, "Hang sakit ke apa ke semua itu bukan alasan. Solat tetap solat. Solat itu perintah Allah SWT. Sakit macam mana pun kena solat. Kalau tak boleh berdiri, duduk. Dah habis solat doa dekat Allah SWT banyak-banyak." Gua buat lembik lagi depan Abi gua.(malas betul Gua nak solat masa tu..masa tu gua baru darjah 1 ) arwah Abi Gua menggunakan strategi peluk lalu mendukung Gua ke tandas untuk ambil wudhuk.(malu weh!) Dan asbab peristiwa tersebut, Gua sudah pandai bersolat cara orang sakit di usia 9 tahun. Menarikkan? 


Al-fatihah Buat Abi .. 


bila start berbelog?

lama dah..lama dah... baru nak up balik .. dulu tak aktif pun.. Ogos 2010..


ce cite sikit pasal blog dan tujuan?

wadah blog ni bermula kerana minat...dan niat pada awalnya langsung tiada kena-mengena dengan da'wah...
mula2... gua suka catat apa yang berlaku dalam kehidupan gua sehari-hari...
then..
gua rasa nak cuba improve...
masukkan elemen2 yang baik agar dapat membina jiwa guaa....
dan naqibah gua cadangkan gua supaya gua manfaatkan blog gua ni
sebagai satu wadah, satu cabang untuk gua berda'wah...
dan gua pun mengorak langkah mencubanya... (skema seyh)...
-we rise from our mistakes-

just d/load that in yer mind...

ada apa dengan Blog Rien..

menarik sebab PINK! [ ^_^ senyum dalam emo..hehehee]


sekiang-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMEN MIZZ WENN : JOM TAMBAH FOLLOWERS DIBULAN SEPTEMBER !




klik banner dan join!

TARIKH MULA : 4 SEPT 2012
TARIKH TAMAT : 6 SEPT 2012





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ustaz Azhar Idrus Bawa Ferrari (Video)


Di Youtube terdapat satu video yang dikongsi di mana kelihatan Ustaz Azhar Idrus bersama kereta Ferrari yang tidak diketahui milik siapa. Pada masa yang sama terdapat sebuah Vespa putih yang turut dirakamkan bersama.


Ustaz Azhar Idrus Bawa Ferrari (Video) | Seperti yang kita tahu, Ustaz Azhar Idrus merupakan satu fenomena pendakwah bebas yang paling diminati di Malaysia.rata-rata yang meminati beliau adalah dari kalangan orang muda yang dahagakan ilmu agama. Di atas ini merupakan satu video di mana Ustaz Azhar Idrus dilihat memandu kereta Ferrari. Jom tonton video di atas.
Tak mungkin Ustaz Azhar Idrus pujaan ramai ni jadi pelakon pulak. Lelaki yang bawa Vespa putih dalam video tu saya kurang pasti siapa. Yang pasti, bukan anak Ustaz Azhar Idrus. Buat Ustaz, UAI memang cool lah. 
Notasiku-Wah untungnya dapat pandu kereta Ferrari. Kita hendak pegang stereng pun tak pernah apatah lagi hendak masuk dalam kereta tersebut. Walaubagaimanapun seperti yang dinyatakan di atas, kita tidak mengetahui siapakah empunya kereta Ferrari tersebut. Apa yang penting,kerjasama kereta Ferrari memang Ohsem!.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Orang Jahat Mesti Untuk Orang Jahat?




..."Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, 
jalan hidup tanpa batu, 
matahari tanpa hujan, 
kebahagiaan tanpa kesedihan, 
sukses tanpa perjuangan. 

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, 
rahmat dalam ujian, 
ganjaran buat kesabaran, 
keteguhan dalam perjuangan.. 


Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?..."

p/s: selalu semangat ketika membaca tulisan ini.. :)

cam pasrah jek.. bukan sebarang pasrah.. actually ok jek ni.. emosi masih stabil.. cume perlu meluahkan ape yg ade didada nih.. sungguh menyesakkan.. biar settle siap2 soal hati 
akhirnya alhamdulillah.. ana berjaya mengharunginya dengan tabah.. tabah ke? ermm ni dah dikire tabah la.. sistem utama masih berfungsi dengan baik.. cuma sistem2 yg berkaitan dengannya agak terganggu sketla.. tapi still leh menten lagik ni.. tak ok kire okkan jek.. yang ko di okkan je.. ok? .. masa tak perlula nak cakap cepat berlalu.. dok cakap2 ni dah buang masa gak.. so yang dah lepas tu.. dijadikkan pengajaran dan baiki mane yang patut.. 
ok faing ..back to the serious topic..
Islam tidak pernah menutup ruang pengharapan untuk manusia, biar seburuk mana dia pada pandangan manusia yang lain 

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Saya fikir ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama anda dalam entri ini.

Asas kepada kefahaman seperti di atas adalah firman Allah yang berbunyi :

” (lazimnya) Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya ) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang-orang jahat kepada mereka, dan mereka itu akan beroleh keampunan dari Allah dan pengurniaan ( syurga ) yang mulia. ” [ An Nur : 26 ]



Di dalam tafsir Ibnu Kathir terdapat dua pendapat berkenaan ayat di atas. Selain daripada apa yang seringkali kita dengar dan faham, maksud ayat di atas juga adalah ‘perkataan’ atau ‘ucapan’ yang baik, untuk golongan yang baik. Manakala sebaliknya yang buruk, untuk golongan yang buruk. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Abbas.

Demikian juga dalam tafsir Mujahid dan At Thabari.

Ayat di atas turun pada peristiwa Saidatina Aishah r.a yang difitnah dengan tuduhan yang buruk. Maka Allah menyatakan, bahawa kiranya Aishah itu bukan seorang baik, mana mungkin dia akan bergelar isteri kepada kekasih agung, Muhammmad s.a.w. Bahkan dalam ayat tersebut juga Allah menjanjikan tempat untuk Aishah di dalam syurga, sebagai peneman kepada Rasulullah s.a.w.

SUDUT PANDANG

Ramai orang memahami ayat tersebut dalam konteks yang sempit dan mudah. Lalu dikatakan kepada saudaranya ; kau seorang yang tidak baik, nanti pasangan kau juga mesti seorang yang tidak baik. Dalilnya, Allah telah sebut tentang perkara tersebut dalam Al-Quran.

Persoalannya, benarkah begitu yang dimaksudkan?

” kau suka dating, couple..nanti kelak kau mesti akan dapat bini yang kaki dating, kaki couple..kaki layan laki..”

Perkataan-perkataan ini diucapkan kepada sesama mereka, beralasankan ayat Allah di atas.

Seolah, maksud sebaliknya begini.

” lainlah aku, aku tak pernah couple, kaki masjid. nanti comfirm bini aku juga kaki masjid..ahli sufi…”

Berhati-hati dalam ucapan.

Saya pernah ditegur tika sembrono mengulas tentang ayat di atas. Meskipun ia bukanlah pendapat saya sepenuhnya. Saya sekadar memetik secara berjenaka, suatu kisah yang pernah di baca dalam majalah Mastika. Dalam ruangan santai, diselitkan kisah seorang lelaki yang kaki GRO telah berkahwin dengan seorang wanita.

Selesai menjalani malam pertama, si lelaki terlanjur bertanyakan harga ( mungkin seperti lazimnya orang melanggan pelacur ). Tidak menyedari yang ditidurinya adalah isteri sendiri, maka dia bertanya ‘berapa harga?’. Sangkanya, tembelangnya sudah pecah dan isterinya pasti tahu tabiat buruknya sebelum berkahwin.

Alangkah terkejut si lelaki, apabila isterinya menjawab ( mungkin juga secara tidak sedar ) : “RM100 je bang”.

Mesej yang ingin disampaikan dalam lawak santai itu mudah. Sebabkan lelaki itu jahat sebelum berkahwin, maka dia juga mendapat pasangan yang jahat. Disebabkan suka melanggan pelacur, maka dia berkahwin dengan pelacur.

TEGURAN

Katanya, tidak adil bagi kita menghukum suatu yang belum berlaku, atau menghukum suatu kesalahan seseorang yang pernah dilakukan, dengan menutup ruang pengharapan dalam hidup orang tersebut. Mudahnya, seorang yang pernah terlanjur berzina, pasti akan dapat pasangan yang kaki zina. Seorang yang pernah bercouple, pasti akan dapat yang suka bercouple.

Siapa kita untuk menetapkan demikian?

Maka seorang yang pernah berzina atau terlanjur, tidak nampak jalan untuk berubah. ‘ Aku jahat..tak layak dapat yang baik ‘. Ini akibatnya.

Syariat datang untuk memotivasikan manusia, supaya bersemangat untuk terus hidup, biar segunung kesalahan yang pernah dilakukan. Buktinya?

Sabda Nabi s.a.w :
” Orang yang bertaubat dari dosa-dosa, seumpama orang yang tiada dosa “

Di dalam Al-Quran, bukan sahaja terdapat begitu banyak ayat Al-Quran mengajak manusia bertaubat, bahkan terdapat juga larangan berputus asa dari rahmat Allah yang Maha Luas. Firman Allah :
” Dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah “

Untuk apa semua saranan seperti ini? Tujuannya supaya manusia tidak terus ‘jatuh’ akibat kelemahannya mengekang diri dari melakukan dosa.

Tiba-tiba kita muncul.

Menjatuhkan hukuman ‘pancung’ kepada saudara kita yang terlanjur diuji dengan dosa, dengan menutup ruang pengharapan daripada hati-hati mereka.

Tidak hairan, jika sesetengah golongan ‘baik’ dipulaukan dari golongan-golongan yang dianggap ‘jahat’ hari ini. Pemahaman simplistik tentang ayat Allah di atas mungkin menjadi faktor utama.


JAHAT DAN BAIK

Apabila kita bercakap tentang term ‘jahat’ , kita harus faham apa yang dimaksudkan dengan sebuah kejahatan. Begitu juga dengan ‘baik’, apa yang dimaksudkan dengan sebuah kebaikan. Tidak adil jika ada rakan mahupun saudara kita yang terjebak dengan budaya bercouple, maka mereka kita hukum sebagai ‘jahat’.

Manakala kita yang suci bersih, tidak pernah bercouple, kita anggap sebagai ‘baik’.

Ini silap.

‘Baik’ di sisi Allah tidak sama dengan ‘baik’ di sisi kita. Betapa banyak kebaikan yang kita rasakan sebagai ‘baik’ , padahal lebih buruk dan jelik di sisi Allah. Contohnya riak, ujub dan bangga diri. Riak dengan diri sendiri yang tidak pernah tersepak melakukan dosa. Bangga diri dengan menganggap diri sendiri lebih mulia berbanding orang lain.

Maka ayuh kita berubah.


‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik’. Ini kita jadikan slogan untuk memberi motivasi supaya manusia mengejar perubahan ke arah kebaikan.

‘Lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat’. Ini kita jadikan slogan untuk mengajak mereka meninggalkan maksiat, dalam masa yang sama memberi motivasi bahawa jika anda BERUBAH dan BERTAUBAT, anda boleh melompat ke dalam kategori lelaki atau perempuan yang baik, bila-bila masa sahaja.

Ya benar. Lelaki jahat yang bertaubat, perempuan jahat yang mahu berubah, mereka umpama tiada dosa. Mereka adalah lelaki yang baik, dan mereka juga adalah perempuan yang baik.

Maka, pasangan mereka juga nanti adalah lelaki dan perempuan yang baik. Itu janji Allah.

AMARAN

Tetapi dalam masa yang sama, saya tidak menafikan keperluan kita bersikap ‘keras’ dengan sesetengah golongan yang keras hati dan terang-terang menentang kebenaran. Mereka yang hidupnya jauh dari solat, meneguk minuman keras, tinggal serumah lelaki dan perempuan, menjadi mat rempit atau minah rempit di jalanan,mahu berkahwin tetapi ENGGAN berubah, mana mungkin tiba-tiba beroleh suami yang berjubah serban, kaki masjid dan gemarkan majlis ilmu?

Tidak mungkin juga mat rempit yang terlibat dengan gejala negatif itu, tiba-tiba berkahwin dengan isteri yang ahli sufi.

Suami : ‘wa ingat malam ni wa ada game ( race ) la..lu rilek-rilek dulu..tak payah tunggu wa balik ah..’

Isteri : ‘ InsyaAllah bang..Subhanallah..Alhamdulillah,semoga Allah kurniakan kemenangan kepada abang malam ini..’

Tentu sekali tidak masuk akal. Rumahtangga akan tunggang langgang. Kerana itu, dalam soal jodoh terselit seribu satu hikmah dari Tuhan.

Sekadar memberi amaran tidak salah. Menggunakan kaedah inzar memang dibolehkan. Tetapi perlu diingat, jangan sampai di sana timbul rasa riak, atau menjadikan orang yang ditegur merasa jauh dan berputus asa dari Rahmat Tuhan.

TAKDIR
Kita bercakap tentang jodoh, bermakna kita bercakap soal takdir. Soal yang tiada siapa berhak tentukan, samada saya, anda atau mereka. Ia hak mutlak Allah. Cukuplah panduan-panduan yang diberikan menjadikan kita sentiasa berhati-hati dengan perkataan dan seruan kita. Persoalan ‘yang jahat dapat pasangan jahat, yang baik dapat pasangan baik’ kadangkala banyak menambah barah dalam masyarakat.

Andaikata, saudara kita yang ‘baik’ ditakdirkan berkahwin dengan seorang yang kemudiannya diketahui sebagai kaki botol, terlibat dengan dadah, judi dan sebagainya, maka sanggupkah kita menghukum dengan menyatakan bahawa saudara kita itu pasti dahulunya seorang yang ‘jahat’, dek kerana itulah dia berkahwin dengan pasangan yang jahat?

Tentu sekali tidak. Kerana mungkin saja ia merupakan ujian Allah kepada saudara kita tersebut, sebelum diberikan Allah hidayah kepada pasangannya yang kemudiannya berubah.

Justeru, biarkan soal takdir itu kekal sebagai kerja Allah.

Kita bukan menghukum, tugas kita adalah menyampaikan.

Kita buatlah kerja kita. Ajak manusia untuk kembali kepada syariat Allah. Kembali kepada gaya hidup Islam yang mempunyai masa depan yang cerah, dunia akhirat. Jangan sewenang-wenangnya menghukum atau mengeji sesiapa yang pernah terjebak dengan keburukan, kerana siapa tahu, mungkin hari ini dia diuji, esok lusa tiba giliran kita pula.

Kembalilah beristighfar kepada Allah.

NOTAHATI- "Tak ada siapa tahu saya dah jatuh cinta banyak kali. Tapi setiap kali itu terjadi saya tak dekatkan diri pada dia, saya dekatkan diri pada Tuhan. Sampai sekarang tak ada satu cinta pun yang Tuhan 'kabulkan'. Saya yakin yang terbaik belum tiba. Mereka baik2 tapi baik mereka bukan untuk saya"

Amiin ya Muhaimin...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.