kau dan aku.......




Dengar ni...

wahai lelaki, andai dirimu ingin dihormati dan dikasihi Allah Taala..hindarkanlah dirimu daripada melakukan perkara kemungkaran..kuatkan dirimu meninggalkan perkara maksiat..berdoalah semoga sentiasa kuat melawan nafsu jahat. Usah engkau merosakkan wanita dgn maksiat yg kau cipta..ingat! hari pembalasan itu pasti! 

kepada wanita, usah biarkan dirimu menjadi fitnah utk kaum adam. Peliharalah akhlakmu. sesungguhnya yg tertutup itu lebih indah daripada yg terdedah. Jgn biarkan dirimu begitu mudah tunduk kpd lelaki yg tidak pasti menjadi suamimu. Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah wanita solehah? xinginkah kau menjadi wanita terbaik hiasan duniawi?

Sesungguhnya hidayah Allah itu dtg xmengira masa, tempat dan keadaan. Seandainya terdetik di hatimu ingin berubah..cepat2lah bertindak..Jgn bohongi dirimu..Jgn engkau menafikan apa yg betul dan mengiyakan apa yg salah..fikir2kan & renung2kan..

renungan bersama..



p/s-  but same goes to us(women).. nauzubillah~jgn jdkn diri km fitnah pada lelaki, ya Allah....

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Doa Qunut Nazilah.....


Bismillahirahmanirrahim.....
Salam Ukhwah Islamiah buat semua.... .... semoga kite sama-sama mendapat kekuatan bantuan dari Allah untuk memerangi KAFIR LAKNATULLAH...
entry kali ini berkaitan Doa Qunut Nazilah.... ada  seorang  sahabat yang bertanyakan tentang doa ini...
ana amik kesempatan untuk coretkan didalam entry ana kali ini.... ALHAMDULILLAH... maaf na sahabat pd mulanya ana nak eply di INBOX tp fikir balik manfaat juga untuk sahabat yg lain yg ingin tahu seperti sahabat...kita panjangkannya di sini....insyaallah bermanfaat.. bak kata pepatah english SHARING IS CARING... 
^_^


Doa Qunut Nazilah.....
doa ini dibacakan apabila masyarakat islam di timpa kesusahan.....
doa nazilah di baca didalam solat.. juga boleh dibaca seberapa kerap yg mungkin sebagai doa.....
DOA QUNUT NAZILAH

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين





Berikut pula adalah kupasan berkaitan dalil Doa Qunut (Nazilah),

Hadis daripada Ibnu Abbas RA:
Ertinya: Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kpd Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah SAW lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah SAW berqunut nazilah. Abu hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah apabila hendak berdoa untuk kehancuran seseorang atau untuk kebaikan seseorang, beliau akan berqunut selepas rukuk.

Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja, sebagaimana hadis yang berikut:

Ertinya: “Bahawasanya Nabi SAW tidak berqunut di dalam solat subuh melainkan apabila ia mendoakan kebaikan kpd satu kaum ataupun kehancuran satu kaum. (Diriwayatkan oleh Ibnu hibban, dan Ibnu Khuzaimah)
Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat (fardhu) yang lain.

“Adalah Rasulullah SAW tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)

Kesimpulan,

Maka daripada situasi yang kita hadapi sekarang dan berpandukan kepada dalil yang telah kita lihat. Qunut nazilah adalah lebih utama (jelas akan kesahihan dalilnya dan tanpa perselisihan ulama) berbanding melakukan solat hajat. Jadi, adalah lebih utama jika kita semua seluruh masyarakat Islam di mana jua, agar bersama-sama mengamalkan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita dan mendoakan kehancuran musuh-musuh kita.

Wallahua'lam.
p/s: Yang baik dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri hamba yang dhaif juga. Mohon ditegur agar dapat dibaiki kemudian hari.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


dalam hati ada taman atau iman??




Bismillahirrahmanirrahiim..Sollu 'alannabiy..


Allahuakbar! (Haaa... nak menangis sangat, tolongggg!)
Puas dielak, ana yang ditempelak. Kedekut ilmu? Allahuakbar. Dan Allah sajalah sebagai Penolong kamu. Bukan kedekut ilmu, tapi memang tak layak (nak menghurai hadis). Ana hanya sempat mendengar hadis dari sahabat. Kadang kala agak mengerikan bila bersahabat dengan alim, dalam tak bersedia pun tetap dipaksa. Tanpa persiapan, tanpa ilmu dan bertanya dari yang ahli.

HARI INI....
Perkenalan dengan seorang hamba Allah sepanjang kembara iman banyak memberi ilmu, kesudian memberi tazkirah secara konsisten amat-amat ana hargai. Semoga Allah membalas jasamu dengan sebaik-baik pembalasan, amin! Paling menyentuh sanubari kala tazkirah yang diberikan berkaitan kesihatan dan ibadah, masya Allah memang bakal ulama’. Laju kalamullah dan hadis yang meniti bibir, ana terpaku. Sederhana orangnya namun ilmunya masya Allah! Hinggakan abi tertarik untuk mendekati peribadinya. Bagusnya dapat berinteraksi dengan pelbagai lapisan umur, dapat berdakwah. Akhlaq sendiri pun menjadi contoh. Ingin sekali mencontohi peribadi mereka yang berakhlaq mulia, tinggi ilmunya tapi merendah diri. :)


Ceria-ceriakan hatimu insya Allah keceriaannya akan terlukis pada wajah. Innallah hama’as sobirin.


al-insan fil ahsani taqwim. [At-Tiin : 4]
... manusia ialah sebaik-baik ciptaan



p/s: Yang baik dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri hamba yang dhaif juga. Mohon ditegur agar dapat dibaiki kemudian hari.

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


so .... please STOP worrying



Pencil : I'm sorry...

Eraser : For what? You didn't do anything wrong.

Pencil : I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser :  That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.


*maaf, tak ingat dah copy dari mana.. btw, nice short story -:(


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sebelum tiba saatnya lafaz sakinah..


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kedua-dua mempelai menanti dengan penuh debaran. Setelah ini, si pemuda kacak bakal menambah beban di bahu, membuktikan janji-janji setia yang ditaburkan untuk membahagiakan dan mendekorasi mahligai bersama. Si wanita cantik berseri pula kelak diserahkan penuh adab pada si jejaka, tersemat di benak agar wajib turuti segala perintah si suami yang setia. 

Sanak-saudara memenuhi ruang legar masjid, menunggu ketibaan tok kadi. Anak-anak kecil berlari-lari bermain polis entri. Ibu-ibu sibuk membetulkan tudung yang senget sana, senget sini. Para ketua keluarga bercerita penuh lawak jenaka tak kering gusi. Hanya si jejaka itu duduk, tertunduk, sesekali cuba menghangatkan tangan yang semakin dingin, gementar barangkali. Si puteri itu pula bersimpuh malu, bercampur-baur perasaan, SMS bertandang mendoakan kelancaran majlis akad nikah sebentar lagi.

Dulang hantaran tersusun rapi. Jika disusun sebaris, mahu satu saf yang bisa memuatkan 40 jemaah. Cincin pernikahan, jam tangan, kasut, pencuci sana pencuci sini, Mushaf Al-Quran beserta tafsir dan terjemahan, dengan berwarna-warni tulisan; dan bermacam-macam coklat dan buah-buahan.

Langkah bergaya tok kadi memasuki perkarangan. Disambut baik, bersalam-salaman. Duduk bersila, memanggil pengantin lelaki menghadap. Majlis bermula.

Mukaddimah disertai dengan doa puji-pujian buat Yang Maha Esa. Taklimat dan satu per satu tazkirah dihadiahkan buat sang mempelai yang bakal mendirikan rumah tangga. Sampai satu masa..

Tok Kadi : Besar Al-Quran tu. Dah pernah khatam baca belum?
Encik A : Err.. Belum ustaz.. Saya selalu baca Surah al-Fatihah dan 3 Qul je.. Yang lain, tak sempat.. heh.. =.=



Maka, merah padamlah wajah si pengantin lelaki. Menyesal tak sudah. Lantas berlegar-legar di fikirannya akan tanggungjawab mendidik si isteri agar melazimi membaca Al-Quran bersama seperti yang dinasihatkan oleh tok kadi sebentar tadi. Tidak terhenti di situ, solat pula kadang buat, kadang buat-buat tak sempat. Puasa pula selalu tak tahan lapar dan dahaga. Pening memikirkan hal tanggungjawab diri dan bakal isteri yang bakal digalas.

Jangan pernah diungkapkan kata penyesalan, kerana tiada sesalan buat manusia akan perkara yang telah berlalu. Apa yang ada, hamparan masa hadapan terbentang menunggu untuk kita mencorakkannya kembali sesuai dengan kehendak dan tuntutan syariat. Jernihkan kisah silam dengan taubat penuh penghambaan. Kerana, hanya Allah lah, Tuhan Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Penerima Taubat.

Hijrahkan diri ke arah yang lebih baik, sementara peluang dan masa yang ada, sebelum tiba masanya....

Sebelum tiba saatnya lafaz sakinah..


Sebelum tiba saatnya bertemu Allah, Tuhan Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.