hati-hati kita adalah fitnah dunia....





assalammualaikum....


baru pulang dr majlis taklim.....penat tp rasa ada sesuatu yg perlu di corat-coretkan di sini...


tentang susahnya nak menjadi seorang muslimah yg baik....ya allah....Bagaikan dihempap satu benda besar..apa yg telah ditakdirkan, inilah juga akan dihadapi..bagaimana mungkin hati ini selari dengan keinginan sekiranya jiwa masih mencari-cari??? Yaa Dhoorru la tushib dhorroka wadhorro man yadhurru 'alainaa .... 
pernahkah sahabat melalui situasi yg sebegini...

Lelaki :  Awak kat mana?


Ana : nak balik umah.


Lelaki :  Ye ke. Awak tunggu saya kejap boleh? Biar saya hantar awak balik.


Ana :  Takpe lah awak, saya boleh balik dengan bas. Lagipun bas banyak.


(Terus mendesak)


Lelaki : Ke awak dengan seseorang yang lain?


Ana :  Awak, bukan kah kalu awak ambil saya kita akan berdua je dalam kereta. Dan bukankah yang berdua akan ada peneman yang ke3,syaitan.


Lelaki :  Kenapa dengan awak nie?


Ana :  Saya nak berubah ke arah yang lebih baik. Saya nak mencari cinta Allah ke dunia yang lebih abadi.


Lelaki : Baguslah. Tapi awak harus tahu, cinta yang suci pasti akan dapat menghapuskan syaitan.


Ana :   (Terdiam).


Apa maksudnya cinta yang suci pasti akan dapat menghapuskan syaitan? bukan kah cinta yang paling suci cinta pada Allah.





Maka waspadalah...wahai hati.....syaitan ta pernah mengalah......masih dicuba lagi ya allah kuatkanlah hati ini ya allah...... Yaa salaamu sallima min aafaatid dunyaa wa'adzaabil aakhirah.....

Lelaki : Boleh kita jumpa.

Ana : Boleh tapi dengan syarat ada peneman.

Lelaki : Ala sekejap je saya nak jumpa.

Ana : Walau sekejap tak salah kan kalu berteman. Buat pengetahuan awak,saya tak nak keluar dengan awak tanpa ada peneman walau sekejap.    Lebih baik saya tak keluar langsung.

Lelaki : Kenapa?Hina sangat ke saya samapai awak tak nak jumpa.

Ana : Astagfirullah, tidak pernah saya nak menghina mana-mana manusia yang begitu sempurna ciptaan Allah. Bukan kah kalu keluar berdua itu akan ada yang ke 3,syaitan.

Lelaki :(Terdiam).

Kenapa nak rasa terhina bila seorang perempuan menolak ajakan seorang lelaki ajnabi, bukankah itu adalah yang terbaik.

Sungguh ana rasa sangat sedih dengan dugaan yang mendatang. Begitu susah rupanya nak berubah ke arah yang lebih baik. Ya Allah,semoga iman Ana ini terus kekal, jagan diumbang-ambingkan ia. Benar kata Rasullulah, perempuan adalah fitnah kepada lelaki...


‘Takutlah (berhati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah dalam urusan wanita.’ [Hadis Riwayat Muslim]

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Fa inna ma'al 'usri yusra Inna ma'al 'usri yusra.....




Bismillah..
Assalamu'alaikum warohmatulloh wabarokatuh..
Salam sayg dan rindu buat sahabat2ku yg solehah
~~uhibbuki FiiLlah~~

ukhty solehah...

Kalau Tuhan hendak menarik nikmatNya..
Bila-bila sahaja DIA boleh lakukan.
Kadang-kadang kita alpa sesudah Allah bagi kesenangan
Kadang-kadang bila senang jarang sekali kita mensyukuriNya
Di waktu masalah melanda..
Tidak malu pula kita menadah tangan memohon pertolonganNya
Tidak segan pula sujud menyungkur ke bumi
Tetapi ingatlah setiap apa yang berlaku itu UjianNya
Kadang-kadang ujian itu menggoncangkan Iman
Kadang-kadang ujian itu merobekkan hati
Kadang-kadang ujian itu mendamaikan jiwa
Sesungguhnya Setelah kesulitan itu pasti ada kemudahan
Tika itu rebutlah peluang yang ada
Syukuri nikmatNya, laksanakan aturanNya, buktikan ketaqwaan
Selagi diri bergelar HambaNYA..

Saudariku,
Peringatan itu hanya bermanfaat bagi orang yang mau mengikuti peringatan dan takut pada Allah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang artinya,

“Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan takut kepada Robb Yang Maha Pemurah walau dia tidak melihat-Nya. Maka

berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.” (QS. Yasin: 11)

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kalam hati.....




Apa matlamat kamu hidup di dunia ini?

Maka dijawab "Aku mahukan hidup yang bahagia,Kerjaya yang boleh menampung keluarga,bisnes sendiri, zuriat yang baik-baik,ada kereta sendiri,rumah sendiri dan banyak lagi"

Itu yang kamu panggil matlamat? Matlamat untuk diri sendiri sahaja?
"Bukan macam tu, ada rasa juga untuk membantu yang lain-lain, tapi biarlah diri ni dapat kepuasan dulu"

Tahukah kamu tujuan apa kamu diciptakan?
"ermmmmm........" "........??"




Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahku [Adz-Dzaariyaat:56]



Iya, kamu diciptakan tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menyembah ALLAH sahaja! Sudahkah kamu menyembahnya?
"sudah, aku solat 5 waktu, aku berpuasa, aku dah zakat!"

Adakah dengan solat 5 waktu,puasa dan zakat itu, kamu sudah dikira menyembahnya? Adakah kamu faham konsep hamba itu?Seorang hamba harus menurut segala perintah tuannya.Jika tidak pasti ada akibatnya. Justeru, siapa hamba?siapa tuan kamu?
"akulah hamba, Allah itu tuan aku yang Maha Besar!"

Kamu mengaku yang Allah itu tuan kamu, berapa banyak perintah yang kamu dah ikut?
"...Hanya Allah yang mengetahui"

Berapa banyak perintah yang kamu langgari?
"...Hanya Allah yang mengetahui"

Allah memang Maha Mengetahui, cuma kamu sahaja yang belum tahu.Tahukah kamu di manakah perintah Allah?
"Al-Quran.."

Berapa banyakkah perintah Allah di dalam Al-Quran?
"ermmm..aku tidak tahu.."

Semua isi kandungan Al-Quran itulah perintah Allah.Al-Quran bukanlah cerita yang dibuat-buat.Al-Quran bukanlah hanya cerita yang dibacakan kepada anak-anak sebelum tidur. Tetapi Al-Quran itu petunjuk dan pelajaran bagi orang yang bertaqwa.




(Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.[Ali Imran:138]



Maka, sudahkah kamu ambil pelajaran daripada Al-Quran? Sudahkah kamu memahami Al-Quran itu? Kamu tidak layak mengatakan Al-Quran itu suci selagi ia tidak menyucikan kamu apatah lagi kamu belum cintainya waima berpegang kepadanya!

Justeru jadikanlah Al-Quran itu sebagai petunjuk.Fahami Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya tidak akan tersesat selama-lamanya. Jangan jadikan Al-Quran itu sebagai kitab bacaan, tetapi jadikanlah Al-Quran itu sebagai kitab amalan.

Jazakallah..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


my nephew..


sayangggg full kt anak menakan dua org ni....

Perbualan antara saia dan ank saudara, NURUL IZZAH MYSARA, budak yg sangat gemar melompat2
( darjah 1 )..


saia : Sara suka warna ape?
SARA : warna hijau..
Saia :nape suka warna hijau??
SARA: sebab sara org  PAS  ! !


Saia : masya allah.... Budak pun da pandai pilih..:) 


senyum sorang ana dengar anak menakan cakap centu... mak long dia ni pun ta minat
politik ...tetibe anak menakan sorg nie , mengingatkan ana tentang sesuatu lah.......



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


rindu nak makan nie....



Rindunya nak makan ayam shawarma :)




:)


Bahan-Bahan
isi ayam - bahagian peha
2 biji lemon  ambil jusnya 
1 suduteh mixed spices
1/4 suduteh serbuk kayu manis
1/4 cawan tairu
minyak
garam secukup rasa


Bahan Sampingan
1 biji tomato dipotong dadu / hiris
daun parsley dicincang
roti pita 
sos Shawarma*


Cara-Cara
1. Perap ayam dengan bahan2 diatas selama 4 jam atau semalaman dalam peti ais.
2. Keluarkan ayam yang telah diperap dan bakar dalam suhu yang panas selama 30 minit.
3. Balik2 kan sekali atau sehingga ayam masak.
4. Buang minyak yang berlebihan.
5. Gulung ayam tadi didalam roti pita dengan tomato, sos shawarma* dan daun parsley.


------------------------------------------------


Sos Shawarma*

Bahan-Bahan
3 ulas bawang pulih 
1 cawan tahini** 
3 cawan air 
1/2 cawan jus lemon
garam secukup rasa


Cara-Cara
1. Kisar bawang putih dan masukkan tahini**.
2. Sedikit demi sedikit masukkan air dan jus lemon.
3. Tambahkan sedikit garam secukup rasa. 


------------------------------------------------


Tahini ** - anggaran ½ cawan 

Bahan-Bahan
2 sudumakan bijan
1/2 suduteh minyak bijan
1/4 suduteh garam
1/4 cawan air masak


Cara-Cara
1. Kisar bijan sehingga halus.
2. Masukkan minyak bijan, garam dan air masak sedikit demi sedikit sehingga habis.
3. Kisar sehingga benar-benar halus.


Selamat mencuba, bismillah.... 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Akulah Da'ie itu..


Sendirian ana termenung memandang kelapa di pohonnya yang rendang. Masih kuat kelapa itu berpaut pada pohonnya. Bimbang takut jatuh. Bimbang takut terdampar ke bumi, lantas tidak dapat bersama dengan kelapa lain. Seperti juga ana semakin lama, semakin takut ketinggalan. Takut menjadi mutasaqitun.

Orang memanggil ana "daie"...

Sedangkan ana dengan gelaran-gelaran itu nyata sungguh jauh. Sangat jauh.

Benarkah seorang daie sekiranya hari-hari yang dilalui dia sering meninggalkan kewajipannya sebagai pendakwah?

Seolah terlupa. "Aku daie". Tapi ana on-off. Kalau rasa nak dakwah, ana dakwah. Kalau rasa malas, hari-hari ana kosong tanpa dakwah.

Itukah sikap seorang daie?

Sedangkan istiqamah itu karamah.



Berapa ramai orang yang ana seru pada jalan kebaikan?

Tidak perlu dikira berapa ramai yang berubah dengan seruanku. Tidak perlu.

Yang perlu aku ambil kira, usaha aku sendiri. usaha untuk berdakwah.

Zaman Rasulullah, baginda berdakwah sentiasa. Walaupun hanya dengan akhlak dan kelakuan baginda. Baginda lebih banyak mehnah dan tribulasi. Tapi baginda tsabat berdakwah.

Sedangkan aku ?

Cukup selesa, punya pelbagai kelengkapan dan teknologi, punya pelbagai wadah untuk berdakwah.

Tapi sayang, semuanya digunakan untuk kepentingan diri sendiri, bukan UMMAH.

Tanggungjawab yang terletak dibahu, seolah ringan, padahal diakhirat kelak, hitungannya cukup berat. Malah boleh membawa ke neraka.

Mengajak orang kearah kebaekan bukan tanggungjawab semata-mata, tapi ia AMANAH.

Mencegah orang dari kemungkaran bukan demi kebanggaan kita, tapi AMANAH.

Ramai orang boleh menyeru manusia pada kebaikan, tapi hanya segelintir yang mampu mencegah manusia dalam kemungkaran.

Aah, bagaimana diri sendiri mahu mencegah dari kemungkaran, sedangkan diri sendiri pun melakukan kemungkaran. (nauzubillah).



Kononnya nak jadi daie yang berani. Sekali di serang, sepuluh lagi mengundur diri.

Kononnya nak jadi daie yang istiqamah, sekali di herdik, seribu hari mendiamkan diri.

Kononnya nak jadi daie yang kreatif, sekali dakwah ditolak, sejuta hari membisukan kalam hati.



Seolah-olah tidak serius dalam urusan dakwah. Seolah-olah dakwah itu kemahuan, bukan keperluan. Seolah-olah dakwah itu bukan amanah, tapi pekerjaan. Tidak! Anda salah jika anda beranggapan begitu. Dakwah itu amanah. Dakwah itu keperluan. Dakwah itu perlu serius.


Kalau bukan kita, siapla lagi? kalau bukan di sini, dimana lagi? kalau bukan sekarang, bila lagi?

Renung-renungkanlah para daie yang berikrar dengan Tuhan. J

Selamat memperbaharui niat seorang daie. Selamat bertanggungjawab dalam menjalankan amanah sebagai seorang daie.

Anda daie. Anda daie. Anda daie.

Ya, kita daie. Kita daie. Kita daie....

Wallahu a'lam.

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


‎"ALA DOSA KECIL JE..."



AWAS dengan penyakit JE..

penyakit yg berkata...."sunat JE,

tak buat pun takpe"...."makruh JE,

apa salahnya kita buat,bukan berdosa pun"..

cuba sebut JE dlm keadaan org ygta brape nak berasa salahlah..hehe..contoh ea..ala, 
dosa kecik JE..ala,...JE,

org yg ada penyakit JE ni, jenis org yg amik mudah dlm segala hal...
dosa kecik, besar, halal, haram, sumenya dianggap small matter
~NAUZUBILLAH~

 penyakit JE nie ta dak ubat kt hospital@klinik tp ubatnya ada kat 
majlis-majlis ilmu..

insyaAllah...

klu sapa2 asa ada penyakit ini kena rawat cepat-cepat sebab lebih bahaya dari penyakit HIV

....-peringatan bersama...^_^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


takde papelah...



assalammualaikum.....

Hari ini tiada tulisan panjang. Pendek sahaja.

Ayuh kembalilah pada Islam. Berkorbanlah demi Islam. Hanya itulah misi hidup kita. Apalah sangat susah di dunia berbanding susah diakhirat.

Cakap banyak tanpa amal itu sia-sia. Amal tanpa cakap pun tidak guna. Mesti dua-dua sekali.

Kehendak diri yang tidak menurut kehendak Allah tiada faedah. Sampai bila mahu buat-buat tak faham. Sampai bila mahu buat-buat tidak tahu. SAmpai bila mahu buat-buat jahil. Sampai bila mahu berdegil dan enggan menerima hidayah Allah.

Hidup tidak lama. Esok lusa kita akan bertemu mengadapNya...





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie



Assalamualaikum...



Ana rasa ramai orang yang boleh lihat kelebihan, kehebatan, kekuatan dan senyum kita. 

Tapi, hanya sedikit yang dapat melihat kelemahan, kekurangan, ketidakmampuan dan air mata kita.

Ramai orang yang mampu ketawa dan bergembira bersama.

Tapi, hanya sedikit yang MAHU memeluk, menyeka air mata dan merasakan kesedihan yang mendalam itu....





“setiap bencana yang menimpa dibumi & yang menimpa dirimu sendiri telah tertulis dalam kitab lauh mahfuz sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah”

“Agar kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput dari kamu & tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan bangga diri”

Al-Hadid: 22&23


Banyak nikmat Allah yang membuatkan kita sombong dan bangga diri..

Kawan yang baik, ilmu yang banyak, keluarga yang bahagia, harta yang banyak, anak-anak yang soleh, penghormatan orang..

Belajar dari sejarah memang bagus. Tapi bukan hanyut dan tenggelam dalam sejarah hingga terlupa perjalanan hidup ini sedang menghampiri akhirat.

moga jumpa lagi di lain entri....^^



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


thanks to ALLAH....




Eh, dah dah azan.. hmm dah masuk waktu subuh ni. Tak laratnya nak bangun. Penat sangat. Banyak betul hal yang perlu difikir. Eh? tak boleh kena bangun.. Kan dah masuk waktu solat. Ha, lagipun ada usrah kejap lagi.

Ok, kejut orang sebelah untuk bangun dulu.

Sahabat, jom solat. 

SOLAT subuh berjamaah.

ok, sahabat, kamu nak ikut tak saya g usrah ni. Usrah dengan adik-adik.

Ok, saya nak ikut jawab sahabat.

Lepas usrah kita g beli makanan ye. katanya kembali.

ops, saya tertinggal duit untuk beli makanan. kejap, saya pergi ambil duit.
Laparlah.
. sambil mengambil beberapa keping biskut untuk melapik perut.

Sahabatnya itu sedang bersiap dan keluar..

Eh, saya nak ambil laptop lah.. untuk tazkirah. Ada video saya nak tunjuk pada adik-adik nanti.

Ambil kunci dan masuk bilik ambil laptop pula.

Turun dan berjalan ke tempat yang dijanjikan..

Eh semua orang tak sampai lagi la.. Oh takpe-takpe, mungkin mereka lewat sedikit. Bisik hati sambil menghantar satu mesej "ana dah kat tempat yang dijanjikan"

Tiba-tiba, adik usrah menalifon.. "akak, kan dah tukar.. kita janji nak buat malam?!"
oh la.. Ya Allah, ha'a la.. betul-betul ana dah hantar mesej dah tadi..

Maaf akak.. sori sangat akak..jawab si adik itu kembali.

oh takpe-takpe.. hmm betul-betul.. Ana dah reply tadi..


Subhanallah [Maha Suci Allah] dari sifat pelupa.

Masya Allah [dengan kehendak Allah] segalanya telah terjadi.

Alangkah bijaksananya Allah menjadikan sebab dan musabab untuk hambaNya mendapat pahala.

dan alangkah ruginya masa &kekalutan tadi, jika  turun bergerak dan bergegas itu bukan kerana mahukan keredhaan Allah!

Segala yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya. Andai peristiwa kecil seperti ini pun ada pengajaran. Apatah lagi peristiwa besar dalam hidup.

Iaitu peristiwa yang menyebabkan berubahnya lanskap sejarah hidup kita dan sejarah penyebaran Islam di muka bumi seperti; berubahnya tanggapan orang pada kita, hilangnya seseorang yang sangat kita kasihi dan bergantung harap, gagalnya kita dalam usaha dan target yang kita impikan selama ini dan pelbagai lagi..

"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk, dan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab api neraka" Ali-Imran 191


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


english education... ^_^



nobody can change you
until
YOU,
changes yourself !


tukar sikit ye jadi begini.

nobody can change me
until 
I change myself !


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri"  Ar-ra'd: 11

Semoga mencapai syukur yang sebenar. Insya Allah.
amin yarabbal alamin.....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


muhasabah diwi.....(untuk hati (diri) tengah sedih)



matlamatku semakin kabur,harapanku semakin hancur,persediaanku semakin terkubur..yaAllah berikanlh yg terbaik utk ku..amin..~~~

‎"jgn biarkan hati2 kalian di pagari dgn Syaitan.."..  nasihatmu akn ana jdkn bekalan dlm hidup ana..  .time kasih ... huhuhu..(T_T)
‎"klu Diam itu utk KEBAIKAN dn tidk mendatangkn KEMURKAAN Allah..yg mana kita nak pilih?"-...persoalan yg membuatkn diriku terkedu seketika..huhuhu..~~~


ANA CUBA menafikan rasa sedih itu kerana tidak mahu ia mengganggu perjalanan hidup ana yang penuh dengan tanggungjawab dan amanah.

ana juga tahu....Walau sebesar mana pun kesedihan ana, ALLAH masih ada mendengar segala rintihan ana. Siapa pun sahabat ana yang mendengar, dia tetap seorang manusia. Sahabat ana juga  tidakkan mampu membantu dalam semua urusan ana. Tapi ALLAH PASTI MAMPU. YAKIN dan PERCAYALAH.

Sedih, pasti kerana banyak sebab. Walau apa pun sebab itu, ALLAH PASTI TAHU MENGAPA ANA MENGALIRKAN AIRMATA ditempat solat. Iya rakanku. AKU PERCAYA dan YAKIN ALLAH SANGAT TAHU dan FAHAM. Yang lebih penting.. ALLAH SENTIASA berada DEKAT dengan ana dan anti untuk mendengar segala rintihan kesedihan hambaNya.

Jika ALLAH YANG MAHA MULIA, YANG SATU-SATUNYA LAYAK DISEMBAH, mendengar dan memahami kesedihan kita.. Adakah ia tidak cukup untuk mengembirakan kita? 

Umpamanya, seorang rakyat yang miskin, hina dina, tidak empunya apa-apa datang mengadu kepada perdana menteri yang jadualnya sibuk sepanjang tahun. Dan perdana menteri tersebut meluangkan masanya untuk mendengar segala aduan rakyatnya. Alangkah gembiranya rakyat tersebut. Lebih-lebih lagi jika perdana menteri telah menjanjikan suatu tindakan untuk membantu.


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa, apabila dia berdoa padaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran”

Al-Baqarah: 186


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


asif jiddan...



Assalammualaikum....Selamat malam semua penduduk dunia...

Asif jiddan

Maksudnya: MAaf sangat-sangat.....

.....Kenapa....?? Sebab ayat yang bakal ana taip dibawah..


<< luahan perasaan ana...da ta terbendung .....>>

astagfirullahalazim.....

HAti ana bagai ditumbuk-tumbuk lumat.

Airmata tidak keluar walau setitik,

walaupun terasa sedih teramat.

Sudahlah lumat, terasa terseksa sungguh mempunyai hati.

Terngiang-ngiang bisikkan iman pada hati:

Ada sesuatu tidak kena dan iman ta sedap duduk melihat perkara yang berlaku.

Ya Allah aku tidak pernah meredhai perkara itu...

Apakah di namakan ukhuwah,

jika kita membiar kan kawan kita melakukan maksiat kpd Allah?

Di manakah tanggungjawab kita sebagai seorang Islam?

Adakah ukhuwah...

jika kita mengajak kawan-kawan kita bersama-sama melakukan maksiat??
Cuba renung-renung kan..

Jadi, maaf sangat-sangat itu adalah kemaafan kepada yang bakal terasa

kepedasan tulisan kali ini.
ana ta mahu dia sahabat ana selamanya begitu.

Carilah jalan untuk menyelesaikannya...

Semoga celik dunia, celik juga akhirat..

Sebab hidup di dunia ini adalah untuk kebahagiaan Akhirat....
Ana juga sedang berusaha....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


jiwa yang tenang~


ASSALAMMUALAIKUM.....



'' Wahai Allah, Dzat yang menguasai hati, Dzat yang membolak-balikan hati, peliharalah hati ini, tenangkanlah jiwa ini Ya Allah.. ''




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


bahasa jiwa......





Tidak semua manusia mengerti s'gala perasaan yang ada di hati kita
Tidak pula dapat selalu memahami gejolak jiwa yang ada di dalam diri kita

Janganlah selalu mengharapkan orang lain harus mengerti akan perasaanmu walaupun ia adalah sahabat karibmu sendiri.....

Krn perasaan adalah bahasa hati yang dapat berubah di setiap waktu..
Hari ini ia adalah orang yang sangat mengerti akan perasaan hatimu
Mungkin esok ia adalah orang yang paling tidak memahamimu
Janganlah memaksa kar'na saudaramu juga hanyalah seorang manusia biasa..
Cukuplah hanya Allah tempat mencurahkan segala isi yang ada di hati kita dan menumpahkan segala perasaan yang ada di jiwa.....

amin yarabbal lamin........
.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


BOSANNYA HIDUP!!!




BORING! BOSAN!

Mungkin ada suara yang mengungkapkan,

“Bosan la hidup ni!”

"Ya Allah, tak tau nak buat apa lagi nie. tido dah sudah. makan dah sudah. main game dah sudah. bosannyeee!!! "

Kalimah ‘bosan’ dilontarkan jauh-jauh sekuat hati dengan harapan ia tidak akan wujud lagi dalam kamus hidup.

Hakikatnya, itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang masih kabur dan sifar akan matlamat hidupnya. Dan jiwa itulah nanti akan berpegang dengan budaya hedonism demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Bak kata seorang sister saya, ‘hati manusia ni kalau tak diisi dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri padaNya sudah tentu akan diisi dengan perkara-perkara jahilliyah’.

So, hati-hati! Sebab jahiliah tu sentiasa pantas bergerak. Pantang kita duduk termenung sekejap, pasti syaitan akan mengambil tempat membisikkan kepada perkara melakukan perkara mengikut hawa nafsu.

Seorang mukmin yang cemerlang akan sentiasa berkejar-kejaran dan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah sebaik mungkin sementara masih hidup dan pada masa yang sama juga sibuk mengumpul syer-syer akhirat sebagai bekalan nanti. 
Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa kita sebagai hambaNya punya dua misi setelah dilahirkan di dunia. 

Kitalah HAMBA dan kita jugalah KHALIFAH.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)


Dua misi inilah yag akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia hingga tidak punya waktu untuk membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Sebagai seorang muslim kita seharunya punya rasa tanggungjawab dengan amanah yang telah Allah pikulkan kepada kita. Insya'Allah, semoga perjalanan kita mencari redhaNya dipermudahkan.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.