TaqabbalAllahu minna wa minkum to all!




Menghidupkan Eidul Fitri - Solat Eidul Fitri - Hal-hal yang Dilarang dan Dimakruhkan dalam Eidul Fitri

minna wa miinkum taqabbal yaa kareem...:) 

Menghidupkan Eidul Fitri:

1. Qiyamullail pada malam hari raya Eidul Fitri

Dari Abu Umamah RA Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang melaksanakan qiyamullail pada 2 malam Eid (Eidul Fitri dan Adha), dengan ikhlas kerana Allah SWT, maka hatinya tidak akan pernah mati di hari matinya hati-hati manusia. [HR. Ibnu Majah].



2. Mandi, menggunakan minyak wangi dan berpakaian rapi pada pagi hari raya Eidul Fitri

Dari Fakih bin Sa’d bahwasanya: Rasulullah SAW senantiasa mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Eidul Fitri dan hari Eidul Adha. Dan Fakih (perawi hadis ini) senantiasa memerintahkan keluarganya untuk mandi pada hari-hari tersebut. [HR. Ahmad]



3. Mendatangi tempat-tempat dilaksanakannya solat Eid dengan berjalan kaki dan memakan sesuatu sebelum berangkat.

Dari Ali bin Abi Thalib RA berkata, termasuk sunnah jika kamu keluar mendatangi tempat solat Eid dengan berjalan kaki dan memakan sesuatu sebelum pergi ke tempat solat Eid.” [HR. Turmudzi]



4. Bertakbir mengagungkan Asma’ Allah SWT

Dari Ummu Athiyah RA berkata, kami diperintahkan untuk mendatangi tempat solat, bahkan perawan di pingitannya dan wanita yang haid diperintahkan untuk mendatangi tempat solat Eid. Hanya mereka berposisi di belakang saf kaum muslimin. Mereka bertakbir dengan takbir kaum muslimin, dan berdoa dengan doa kaum muslimin, dengan berharap keberkahan dan kesucian hari tersebut. [HR. Bukhari]



5. Melalui jalan yang berbeza ketika berangkat dan pulang dari tempat dilaksanakannya solat Eid

Dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW apabila pergi (ke tempat solat Eid) pada hari Eid melalui satu jalan, maka beliau kembali dari tempat tersebut melalui jalan yang berbeza.”



6. Saling bermaaf-maafan seraya mendoakan semoga Allah SWT menerima seluruh amal ibadah kita.

Dari Khalid bin Ma’dan RA berkata, aku menemui Watsilah bin al-Asqo’ pada hari Eid, lalu aku mengatakan, ‘TaqabbalAllahu minna wa minka”. Lalu ia menjawab, ‘Iya, TaqabbalAllah minna wa minka,’. Kemudian Watsilah berkata, ‘Aku menemui Rasulullah SAW pada hari Eid lalu aku mengucapkan ‘Taqabbalallah minna wa minka’, kemudian Rasulullah SAW menjawab, ‘Ya, TaqabbalAllah minna wa minka’ [HR. Baihaqi dalam Sunan Kubra]




Solat Eidul Fitri

- Hukumnya sunnah mu’akkadah, kecuali mazhab Abu Hanifah yang mengatakannya fardhu kifayah.

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu ni’mat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” [al-Kautsar: 1-2]

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman). Dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia sembahyang.” [al-A’la: 14-15]



- Tatacara pelaksanaannya:

“Hendaknya kaum muslimin keluar menuju tempat khusus untuk solat Eid sambil takbir, sampai matahari meninggi kira-kira beberapa meter. Ketika itu, hendaklah imam berdiri untuk mengimami solat Eid (tidak diawali azan mahupun iqamat) sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama ia takbir 7 kali, di luar takbiratul ihram dan makmum mengikutinya. Kemudian ia membaca surah al-Fatihah dan surah al-A’la dengan suara keras. Pada rakaat kedua, hendaklah ia takbir 5 kali di luar takbir saat berdiri dari rakaat pertama. Kemudian ia membaca al-Fatihah dan surah al-Ghasyiyah atau adh-Dhuha. Setelah ia salam, hendaknya ia bangkit berdiri untuk menyampaikan khutbah kepada jemaah…” [al-Jaza’iri dalam Minhajul Muslim]



- Hukum orang yang masbuq (terlambat)

‘Siapa yang tidak mengikuti solat Eid berjemaah, hendaklah ia solat 4 rakaat. Adapun bagi orang yang masih dapat mengikuti sebahagian daripadanya bersama imam, sekalipun hanya tasyahud, hendaknya sesudah ia berdiri dan solat 2 rakaat sebagaimana lazimnya solatnya orang yang masbuq dalam solat-solat lain.’ [Ibnu Mas’ud]




Hal-hal yang Dilarang dan Dimakruhkan dalam Eidul Fitri

1. Berlebih-lebihan dalam mengkonsumsi makanan (bazir)

Dan makan dan minumlah kalian, tapi janganlah kalian berlebih-lebihan. Kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan [al-A’raaf:31]



2. Berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berdandan

“Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” [al-Ahzab:33]



3. Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya

“Dari Urwah RA, bahwasanya Aisyah memberitahukannya tentang bai‘at wanita. Aisyah berkata, Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh dengan tangannya seorang wanita sama sekali.” [HR Muslim]



4. Berlebih-lebihan dalam ketawa dan bergurau

Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan. [at-Taubah:82]



5. Boros dalam pengeluaran wang

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. [al-Furqan:67]



-sekadar perkongsian-

~PURITY COMES FROM FAITH~

TaqabbalAllahu minna wa minkum to all!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Keluarga Bahagia.. Ustaz Azhar Idrus



 2 orang wanita yang menjadi suri kepada Ustaz azhar Idrus.
2 Wanita Di Sebalik Populariti Ustaz Azhar Idrus


Untuk makluman korang semua, kedua-dua isteri UIA memakai niqab (rujuk gambar di atas) . Isteri pertama bernama Rogayah Binti sulong (gambar sebelah kiri) berumur 42 tahun. Manakala isteri kedua bernama Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (gambar sebelah kanan) berusia 26 tahun.


Ustaz Azhar Idrus mempunyai 6 orang anak dengan isterinya yang pertama, manakala seorang anak dengan isteri yang kedua. Untuk makluman korang juga, Ustaz azhar Idrus bakal menimbang cahaya mata yang ke-8 ( kiranya anak yang kedua dengan isterinya yang no.2. ) pada penghujung bulan ogos nanti.


Kedua-dua isteri Ustaz ada facebook. Bagi yang nak mengenali isteri ustaz dengan lebih dekat lagi boleh la search FB keduanya iaitu FB Rogayah sulong dan FB Nisya Wan.
Okey la tu saje maklumat berkaitan isteri Ustaz Azhar Idrus yang saya tahu.

Wallahualam…


-sumber dari blog sahabat-



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Subhanallah! Laut Hilang Di Sempadan Uzbekistan Dan Kazakhstan




Subhanallah! 

Laut Aral “menghilang” kerana bencana (perairannya menyusut sehingga 80 peratus sejak. 1960-an)








Then which favors of your Lord would you deny?



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Inilah Budak Paling Cantik di Dunia



Korang kenal dengan Little Lolly, budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia or can say The Most Younger Miss World in the world atau Ratu Dunia Terkecil/Termuda Dunia

Biasanya budak budak akan mempunya wajah comel (baby face yang cute dengan mata besar, bibir yang munggil dan pipi tembam) but this little lolly has a very beautiful face like a little princes dalam movie epik Cinderella.

Kepopularan Little Lolly ini adalah secara tak sengaja. Budak ini berasal dari Sinchuan China. Satu hari, wajahnya diambil gambar oleh seorang pelawat, Mr Lui yang kemudiannya memasukkan gambar budak ini ke dalam internet. Dia mula famous apabila gambar budak ini dipaparkan disalah satu forum popular di China yang kemudiannya menarik perhatian jutaan penduduk di sana, dengan kuasa perlebaran internet dan komunikasi tanpa sepadan, this little beauty face kemudiannya dipaparkan di blog-blog.

Dan sekarang dia sangat famous dan menjadi rebutan pelbagai syarikat pengiklanan di China. Tulakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, Allah yang tentukan.















Comel kan..kan.. Sengaja atau tidak, Little LOLI kini terkenal...!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kalau di Malaysia imam-imam ada ke yang akan doa macam ni?


pengalaman berharga sambut Ramadhan dgn warga Arabians... 


One of the things that makes Ramadhan really meaningful here is the Du'a Qunut :D
: Just wondering, kalau di Malaysia imam-imam ada ke yang akan doa macam ni? mungkin tunggu, tukar pemimpin kot ;)
: Sang imam yg berada beratu-ratus kilometer dari Asia Tenggara ni, pun boleh doakan untuk mereka. Kita di tanah Melayu? Dah doa belum?

Terawih 10 malam terakhir ramadhan di padang bola Faculty of Engineering, Alexandria University malam ini diakhiri dengan doa Qunut dalam rakaat terakhir solat witir.
antara isi doa tersebut adalah :-
- ya Allah, bantulah pemimpin kami selagi mana dia memerintah dalam kebaikan
- ya Allah, bantulah ekonomi negara kami
ya Allah, Engkau kukuhkanlah keamanan negara kami
- ya Allah, Engkau halanglah sesiapa
yang mahu mengganggu keamanan negara kami

- ya Allah, Engkau bantulah saudara-saudara kami di seluruh Dunia
- ya Allah, Engkau bantulah saudara-saudara kami di Suria [ Syria ]
- ya Allah, Engkau bantulah orang-orang Islam dizalimi dan yang sangat lemah di Suria 
[ Syria ]
- ya Allah, Engkau bantulah saudara-saudara kami di Burma [ Myammar ]
- Engkau bantulah mereka-mereka yang dizalimi dan yang sangat lemah di Burma
 [ Myammar ]

Bila mana sang imam membacakan kalimah-kalimah ini, makin kuatlah " Aamiiiin " makcik makcik Arab di sebelah.

Kita, makan lebih dari cukup sampai buang-buang lagi.
Tidur lebih dari cukup bahkan nak tidur lagi.
Rumah selesa dengan aircond, kipas, tilam empuk, internet segala bagai pun kurang bersyukur atau mungkin langsung tak bersyukur?

Mereka,
yg tak diterima negara sendiri malah dihalau keluar bila dah sampai negara jiran.
Sebagai pelarian dipaksa pulang ke tanah air sendiri namun dengan harapan yg mati.
Sehingga saya fikir, adakah hidup mereka hanya akan berakhir terapung-apung di atas perahu itu?
Dan apa yang sudah kita lakukan sehingga ke hari ini??

Yang kata bulan yg Allah makbulkan doa ini, rebutlah!
Doa lah setulus ikhlas hati untuk mereka
Berkongsilah bg mereka yg punya walau sedikit lebihan harta

Kalian, yg sedang membaca ..
Lakukanlah sesuatu!
Jadilah walau hanya seperti burung ciak sewaktu Nabi Ibrahim dimamah api !


p/s : Apabila Allah soal saya tentang apa yg telah saya lakukan untuk mereka. Maka inilah jawapan saya. Apa jawapan kalian?































Thein Sein, the president of Myanmar, told the UN that the solution was either to send millions of Rohingya to another country or to have the UN look after them.

"We will take responsibility for ethnic nationalities but it is not at all po
ssible to recognise the illegal border-crossing Rohingya who are not of our ethnicity," he said.

[ presiden jenis apa tak tau lah dia ni -.-' ]


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


9 FAKTA APABILA LELAKI MULA MEMASAK




 

Memang kebanyakkan chef-chef terkenal di Malaysia mahupun di dunia terdiri dari kaum LELAKI. Tetapi hakikatnya, umumnya kebanyakkan lelaki jarang sekali memasak, kalau ada pun tentunya masakan tersebut lain rasanya. Jom baca Fakta yang terjadi apabila kaum bapa yang memasak di dapur:

1) Menurut kajian, 99.9% LELAKI di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.

3) Apabila LELAKI memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan LELAKI memasak tanpa memakai baju.Yang lebih seksa hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang LELAKI Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit.

9) Kalau LELAKI membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat orang tersayang..

P/S:CUMA GURAUAN SEBENARNYA TIDAK SEMUA LELAKI LEBIH LAGI DI ZAMAN MODEN INI TIDAK TAHU LANGSUNG SELOK BELOK DI DAPUR…




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


[VIDEO TRAGIS] Kanak-kanak Ini Membaca Ayat Al-Quran Untuk Kurangkan Sakit Di Tembak


ALLAH.. Boleh menitiskan air mata melihat video ini. Kanak-kanak kecil ini membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk mengurangkan rasa sakit yang dihadapinya akibat ditembak oleh rejim Basyar Al-Asad. Berdasarkan video, kejadian tersebut berlaku pada 14 Mei 2012 di wilayah Rastan, Syria.
Subhanallah...
mereka mampu kerana mereka pernah merasai kesusahan..kesakitan..kekejaman.. dengan pengorbanan harta, tenaga, jiwa dan masa. Alangkah hebatnya akidah kanak-kanak ini terhadap Allah! Marilah kita doakan semoga kanak-kanak disembuhkan oleh Allah. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Suspek Bakar Muka Kekasihnya Diburu Polis






Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.

Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur : 18 Tahun

Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.



Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa, Nurul Firzanah yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit. 

– MyNewsHub-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Keadaan Tubuh Badan Di Dalam Kubur!





Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melewati beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun selepas itu.

malam Pertama

Di kuburan pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergelut dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan mempunyai satu warna saja.

malam Kedua

Di kuburan, mulailah ahli-ahli badan mayat seperti limpa, hati, paru-paru dan perut.

hari Ketiga

Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluatkan bau busuk tidak sedap.

seminggu Setelah itu

Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua-dua lisan dan pipi.

Setelah 10 hari

Tetap terjadi pembusukan pada kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, perut, limpa ..


Setelah 2 Minggu


Rambut mulai gugur

Setelah 15 Hari

Lalat hijau akan mula boleh mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuhnya

Setelah 6 Bulan

Yang tersisa hanya rangka tulang saja.

Setelah 25 Tahun

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan mencari satu tulang yang sangat kecil disebut ‘ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh badan yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh kerana itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.


Wallahualam..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


HATI-HATI DENGAN AJARAN SESAT MENDAKWA IMAM MAHDI



Dahlah di Malaysia ni banyak ajaran sesat, di bulan Ramadhan ini tiba-tiba muncul lagi fitnah baru di alam siber iaitu kemunculan ajaran sesat yg mendakwa Imam Mahdi. Insya Allah Pendedahan secara ringkas buat mukadimahnya utk semua pembaca supaya berhati-hati dgn segala posting2 yg menyokong fahaman ini, seorang dari Yaman kononnya mendakwa Imam Mahdi namanya Naser Muhammad alYamani, dan pemuda dari Indonesia yg mendakwa dari keturunan bani Tamin yg menyebarkan fahaman sesat ini pada rakyat Malaysia melalui internet dan menyokong org yg mendakwa Imam Mahdi.

 Di sini saya tak berkesempatan lagi utk mendedah secara detail tetapi buat permulaannya ingin memberi peringatan pada terutama pada rakyat Malaysia supaya berhati-hati dgn dua insan yg pelik ini. Kebanyakan ajaran sesat di Malaysia kebiasaannya dibawa masuk dari Indonesia dan kebanyakan mereka mendakwa Imam Mahdi. Kepada rakyat Malaysia yg beragama Islam yg terpengaruh dgn ajaran sesat ini supaya bertaubat kepada Alllah, kita di bulan Ramadhan kene banyak ibadah bukan percaya benda karut marut ini.

Awas!! kemunginan ada unsur-unsur sihir dari luar untuk mecari pengaruh pendakwa Imam Mahdi. Antara yg peliknya org yg mendakwa Imam Mahdi:

1-Pakai baju tentera dan topi tentera moden dan di bajunya ada pangkat.
2-Pakai senapang.
3- Mendakwa mimpi pelik-pelik, kalau macam tu semua org boleh mendakwa mimpi.
4 Mendakwa bintang plenet2 yg pelik macam cerita kartun je.
5- Menolak Mazhab sama macam Wahhabi je
6- Mendakwa Allahmasuk dlm badan
7- Mendakwa para Nabi tidak maksum
8- Mendakwa Yakjuk makjuk dari makhluk asing
9- Mendakwa kononnye jasad nabi Isa ada dlm satu gua di Yaman
10- Mendakwa tugas mereka ialah menyampai risalah imam Mahdi sesiapa tak percaya nnti tunggu jelahh.
11- Menakut-nakutkan org yg tak percaya pada ajarn ini dgn macam2 alasan , menggunakan ayat al-Quraan, kebanyakan org jahil dan org pompuan yg lemah mudah terpengaruh dgn ugutan seumpama ini.
12- Mendakwa sumpah sana sumpah sini, umpma sumpah-sumpah, macam majlis angkat sumpah je.


Dan banyak lagi yg akan didedahkan kemudian, tapi yg pelik ada org melayu yg degil ikut benda macam ni, bertaubatlah kepada Allah, banyak lagi kerja lain boleh buat, jgn sokong fahamn sesat ini, berkemungkinan pemuda yg dari Indonesia itu yg bernama Abdul Aziz Muhammad Nasser akan dibawa masuk senyap2 ke Malaysia utk menyebarkan kesesatannya, sesiapa yg tahu maklumatnya nanti boleh buat aduan pada pihak berkuasa utk diambil tindakan, Hidup Akidah Ahli sunnah wal Jamaah dan hapuskan ajaran sesat seperti ajaran yg di bawa oleh Nasser Muhammad yg mendakwa Imam Mahdi dan kuncu-kuncunya, jgn berhari raya dah fahamn ini.

Org melayu yg terpengaruh dgn fahaman sesat ini kerana jahil dgn ilmu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Insya Allah lepas raya kita akan dedahkan di semua masjid dan surau akan bahayanya fahaman mendakwa Imam Mahdi ini, doakan berjaya, Takbiiir...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Subhanallah, 7 keajaiban Islam




Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka'bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin semua dok bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?

Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur'an, surah An-Naml ayat 82,

"Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida 'Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Makkah, atau yang lain sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu ". [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/49]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,

"Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya'juj & Ma'juj, terbit matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia ". [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Daud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, mengapa sampai pokok ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata,

"Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata:" Adalah dahulu Rasulullah-Shollallahu' alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah - shollallahu 'alaihi wasallam-turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut ". [HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu 'anhu-berkata:
"Dulu Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi-Shollallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) ". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

Batu mengucap salam

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,

Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang". [HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)] .

Pengaduan Seekor unta

Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja'far-radhiyallahu 'anhu-berkata, "Pada suatu hari Rasulullah-Shallallahu' alaihi wasallam-pernah supaya aku membonceng dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?" Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, "unta itu milikku, wahai Rasulullah".

Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda:
"Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar". [HR. Abu Daud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu 'anhu-berkata:
"Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda, "Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun". Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro 'bin Ma'rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-menghantar (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu ". Kemudian Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, "Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus ". [HR. Abu Daud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

Batu yang Berbicara

Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda:
"Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah-berkata, "Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat ". [Lihat Fathul Bari (6/610)]

Semut Memberi Arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita fiktif tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan belaka dan omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, seperti seorang komander pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an,

"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:" Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata ". Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) kata-kata semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh ". (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia" yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gadis Tawau dirogol, dibunuh



KAJANG – Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.

Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.

Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.


Saya balik kerja kerana hendak berbuka puasa bersama-sama tetapi apabila sampai di rumah saya melihat tubuhnya terlentang dan sudah tidak bernyawa.

“Ketika saya jumpa, dia berpakaian lengkap (baju T dan seluar sukan) tetapi ada kesan lebam pada tangan kanan,” kata Samsiah ketika ditemui di tempat kejadian di sini.





MATI…anggota polis membawa mayat Sabturiah yang dipercayai dibunuh dan dirogol dalam kejadian samun.

Polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.

Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya.

Menjelas lanjut, Samsiah memberitahu, dia dan suami yang membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati beberapa barang berharga dan wang tunai sebanyak RM500 miliknya lesap.

“Tiada kesan umpil dan keadaan rumah saya juga tidak berselerak seolah-olah penjenayah terbabit tahu tempat kami menyimpan barang berharga,” katanya dengan memberitahu jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,000.

Kosmo



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ustaz Azhar Idrus-Apa Hukum Anak Dara berinai?


Cute. Tapi wanita Islam boleh pakai tak?




tak silap Ustaz Azhar ckp haram~ 



^__^
h0h0 insyaallah kheirr :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


‘Tolong kak ngah kena bakar’



KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.


Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

*Mudahnya hidup..Allah..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Aplikasi ‘Tanyalah Facebook’ Yang Dusta



apakah?


Pada satu ketika ramai pengguna Facebook menggunakan aplikasi ramalan nasib kemudian post di wall masing-masing sebagai satu aktiviti sukaria. Alhamdulillah, sekarang ini kelihatan aplikasi ‘tok nujum’ sudah tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna Muslim, kecuali mereka yang baru sehari dua mengenali facebook, mungkin merasakan ia suatu yang sangat menyeronokkan walaupun ia sudah dianggap aplikasi yang sudah basi. Saya telah menulis dahulu tentang aplikasi ramalan nasib menurut perpsektif Islam. 

Hari ini timbul satu bentuk aplikasi yang semacam dengan aplikasi ramalan nasib. Nak dikatakan sebagai ramalan nasib, ia bukan ramalan nasib. Kerana ia adalah aplikasi yang mana pengguna seolah-olah bertanya Facebook (dibaca: pencipta aplikasi) kemudian ia akan menjawab dan jawapan itu boleh dipost di wall pengguna. Saya suka menggelarkan ia sebagai aplikasi‘Tanyalah Facebook’. Bagaimana aplikasi ini berfungsi?



Sebagai contoh, jika anda like dan guna aplikasi ‘Bila Anda Akan Berkahwin’, ia akan memberikan jawapan sebegini “Anda akan berkahwin pada 13 Jun 2020″.

Jika anda like dan guna aplikasi ‘Berapakah Bilangan Anak Yang Sesuai Untuk Anda’, ia akan memberi jawapan sebegini “Bilangan anak anda ialah 9 orang”.

Jika anda like dan guna aplikasi ‘Rancangan Realiti TV Yang Anda Boleh Menang’, ia akan memberi jawapan sebegini, “Rancangan realiti TV yang anda boleh menang ialah IMAM MUDA”.

Ketahuilah, bahawa aplikasi seumpama ini adalah BOHONG dan DUSTA semata-mata. Jawapan-jawapan yang diberikan hanyalah semata-mata disusun dan diprogram secara rambang oleh pencipta aplikasi. Malahan saya percaya semua pengguna Facebook yang berakal tahu hakikat ini.

Logikkah seorang pengguna Facebook berusia 56 tahun bertanya kepada Facebook apakah rancangan realiti yang sesuai baginya, lantas Facebook menjawab “Imam MUDA”.

SEKADAR SUKA-SUKA

Saya yakin ramai pengguna yang bermain dengan aplikasi-aplikasi demikian hanya sekadar suka-suka dan tidak mengambil serius. Tetapi suatu yang perlu kita sedari bahawa aplikasi-aplikasi demikian adalah satu bentuk BOHONG dan DUSTA.

Penggunaan kita terhadap aplikasi demikian adalah satu aktiviti buang masa dan sia-sia. Dan jawapan yang diberikan adalah dusta semata-mata. Masihkah kita mahu bergurau senda dengan perkara bohong dan dusta? Bahagiakah kita jika wall Facebook kita dicemari dengan jawapan-jawapan karut dan marut?

Dalam bergurau senda dan bersuka ria, batasan syarak wajib dijaga. Syarak telah memberikan garis pandua bergurau yang antara lain ialah tidak berbohong. Sebagaimana Nabi S.A.W ditanya oleh sahabatnya tentang perbuatan baginda bergurau dengan mereka. Lalu baginda menjawab, “Aku tidak berkata kecuali yang BENAR”. (Riwayat Tirmizi).

Diriwayatkan bahawa Ibn mas’ud berkata, “Dusta tidak elok samada dalam situasi serius atau gurauan”.

Justeru, aplikasi-aplikasi ‘Tanyalah Facebook’ yang jelas jawapan-jawapannya adalah bohong semata-mata, hendaklah dihindari. Agar kita tidak dibiasakan dengan pembohongan, dan tidak melayan perkara-perkara bohong yang membuang masa. 


Sekian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 hari Lahir, Bayi Perempuan Rini Kritikal Kerana Jatuh Katil





KUALA LUMPUR : Perasaan gembira menimang puteri sulung berubah menjadi sedih buat bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini apabila bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Joanna dilaporkan jatuh katil pada 11 Ogos lalu.

Berita ini disahkan Rini yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu.

“Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan.

“Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu,” katanya dalam sedih ketika dihubungi murai.com.my.

Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.

“Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.

“Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.

“Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan,” jelasnya.

semoga Rini sekeluarga bersabar menerima dugaan di bulan ramadan ini...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen: Blogwalking sambil follow






klik banner & join!





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


syoknya kapel?




" Dua CINTA yang TIDAK boleh bersatu dalam satu masa adalah CINTA kepada ALLAH S.W.T dan cinta kepada MAKSIAT.
-
-
" Islam dengan Jahiliyyah ini, ibarat MINYAK dan AIR.
Tidak akan sesekali bercampur
 Satu di SELATAN, satu di UTARA.
Selangkah kita mendekati ALLAH, kita telah selangkah meninggalkan jahiliyyah.
Selangkah kita mendekati jahiliyyah, hakikatnya kita telah selangkah meninggalkan ALLAH "

Cinta kepada DOSA,
itulah yang menghalang jiwa kita daripada menjadi HAMBA yang sebenarnya. Itu yang menghalang kita daripada membersihkan HATI.

|| HilalAsyraf ; Fanzuru - Maka Lihatlah ||

○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°

ツ pesan pada diri,
hati-hati lah menjaga hati ! 


" kalau sikap dan amalan kita SAMA macam sikap dan amalan MUSUH ALLAH yang kita kutuk itu,
jawabnya payah dan mustahillah kita boleh dapat 'lesen'
perlindungan daripada ALLAH.

Takut-takut ALLAH 'berlepas
tangan' dari kita.

ALLAH tidak pandang dan tidak pedulikan kita.

ALLAH biarkan kita ditipu, dihasut dan dimainkan syaitan.

Paling menakutkan kalau pulang ke hadrat ALLAH membawa hati yang gelap.

HILANG cahaya iman.

Mati dalam keadaan syirik dan kufur.

Terpaling dari kebenaran.

Lantas,
pulanglah 'seorang hamba' itu kepada ALLAH persis seperti pulangnya IBLIS dan SYAITAN dalam keadan TERLAKNAT.
wa'iyadzubillah ~ "

|| wordsFromTheBook ; SYAITAN MUSUH KITA - Tak Kenal Maka Tak Benci ! ||

Hidup ni, tak perlu bercita-cita nak jadi hebat. Kita tak mampu pun tembusi gunung-ganang dan langit tapi bercita-citalah nak jadi orang yang bermanfaat. 

Dalam menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain, ada kehebatannya~ 

ila liqa!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Merejam Syaitan di Jamrah?


Beliau menyebut, “Apakah syaitan yang begitu bijak menipu dan menghasut manusia menjadi begitu bodoh sehingga sanggup tunggu di jamrah-jamrah pada waktu haji untuk membiarkan diri mereka dilontar oleh jutaan manusia?”. 

Melontar jamrah adalah salah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dalam ibadah haji. Ia dilakukan bermula dengan lontaran di Jamrah Aqabah pada hari raya Eidul Adha sebagai salah satu amalan tahallul, kemudian diikuti dengan lontaran ketiga-tiga jamrah pada tiga hari berikutnya yang dinamakan Hari-hari Tasyriq.



Namun, tersebar di kalangan orang awam terutama yang mengerjakan haji bahawa ibadah melontar jamrah merupakan simbol kepada merejam dan memusuhi syaitan yang dilaknati Allah. Maka kerap kali kita mendengar kepercayaan ini diselitkan dalam khutbah-khutbah Hari Raya Eidul Adha ataupun dalam siri-siri ceramah haji.

Lebih daripada itu, ada juga kepercayaan kononnya pada hari raya Eidul Adha dan pada Hari-hari Tasyriq, syaitan dan kuncu-kuncunya berada di tiga jamrah tersebut. Oleh itu melontar jamrah bukan setakat simbolik permusuhan dengan syaitan, malahan satu rejaman yang sebenar terhadap makhluk itu. Saya tertarik dengan hujah logik Dr Asri dalam artikel yang bertajuk: Haji, Antara Falsafah, Tokok Tambah dan Nas.

Sebenarnya, fakta yang mesti didedahkan kepada jemaah haji ialah kepercayaan bahawa melontar batu di tiga jamrah yang terletak di Mina, adalah satu ibadah untuk mengingatkan kepada Allah Taala, dan mengikuti sunnah Rasul-Nya Sallallahu Alaihi Wasallam ketika haji. Ia adalah satu bentuk zikir kepada Allah. Sebagaimana sembahyang adalah satu zikir kepada Allah, begitu juga melontar jamrah adalah satu zikir kepada Allah.

Ini disokong oleh kenyataan Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam sendiri, di dalam sabdanya, “Sesungguhnya dijadikan tawaf di Kaabah, saie antara Safa dan Marwah, dan lontaran jamrah-jamrah adalah untuk menegakkan zikir kepada Allah”. Hadis ini direkod oleh Abu Daud dan Tirmizi dan beliau menilainya sebagai ‘hasan sahih’.

Jelas, falsafah yang diajar oleh baginda dalam melakukan ibadah melontar ialah ia sebagai satu bentuk zikir kepada Allah Taala. Kerana itu, antara sunnah yang dianjurkan ketika melontar ialah mengiringi setiap lontaran dengan ungkapan “Allahu Akbar”, sebagaimana termaktub dalam hadis yang sahih.

Malangnya, mereka yang berpegang kepada kepercayaan merejam syaitan tidak merasa cukup dengan zikir “Allahu Akbar” yang diajar oleh baginda. Ditokok tambah pula dengan bacaan-bacaan lain agar selari dengan falsafah merejam syaitan. Akhirnya, tersebarlah satu doa tambahan yang masyhur dibaca ketika melontar iaitu, “Allahumma Rajman Li as-Syaitani Wa Hizbih”. Yang bermaksud, “Wahai Tuhan, (aku melakukannya) sebagai rejaman kepada syaitan dan kuncu-kuncunya”.

Amat menyedihkan, apabila ada jemaah tidak bertakbir semasa melontar, tetapi doa rejaman syaitan tidak pernah dilupakan setiap kali lontaran. Bacaan yang sunnah ditinggalkan, diganti pula dengan bacaan yang direka-reka.

Kepercayaan merejam syaitan di jamrah juga mengakibatkan ibadah ini dilakukan dengan penuh rasa kemarahan dan batu juga dilontar dengan sepenuh kudratnya. Saya sendiri pernah menyaksikan seorang rakan yang bergelar ustaz, melontar anak batu di jamrah dengan cara melompat dan berteriak dengan sekuat hatinya. Entah apa perkataan yang keluar dari mulutnya ketika itu. Padahal, tindakan seperti itu hanya mengganggu ketenangan jemaah lain dan mengundang suasana hingar bingar di tempat ibadah.

Kerana kepercayaan merejam syaitan ini juga, kita saksikan ada jemaah melontar dengan batu-batu yang besar, melampaui saiz anak batu yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Kononnya supaya syaitan lebih merasa terseksa dengan rejaman itu. Tidak cukup dengan rejaman tujuh anak batu di satu-satu jamrah, ditambah pula dengan melontar benda-benda lain seperti selipar, kayu , sampah dan sebagainya.

Inilah natijahnya jika satu-satu ibadah tidak dijelaskan konsep yang sebenar. Ibadah yang sepatutnya dilakukan dalam penuh ketenangan dan khusyuk, bertukar menjadi satu tindakan yang kasar dan keras. Jauh daripada petunjuk Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan melencong daripada maksud yang sebenar.

wallahualam...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Doa Orang Kafir Yang Dizalimi Mustajab?


 


"Jauhilah doa orang yang dizalimi walaupun dia seorang kafir, kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah." Status hadis ini boleh dibincangkan. Tetapi sebagai seorang Muslim yang melihat Islam sebagai rahmatan lil'alamin dan dari sudut tauhid rububiyyah, hadis ini memberitahu manusia secara amnya, Tuhan mereka adalah Allah yang satu. Sesiapa saja yang dizalimi, baik Muslim atau kafir, Tuhan sentiasa mendengar pengakuan (do'a) mereka, secara tidak langsung mengiktiraf Allah sebagai Tuhan.

Soalan:
Assalamualaikum Warahmatullah,

Minta pandangan panel tentang terjemahan hadis ini,

Ibnu Abbas RA. telah berkata:

Bahawasanya ketika Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman (Untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: “Hindarilah doa orang yang di zalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi”.

H.R. Tirmizi. Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Abu Ya’la dan Dhiya AL-Maqdisi.

ada riwayat tambahan daripada hadis yang di sebutkan tadi yg bermaksud: “Jauhilah doa orang yang di zalimi walaupun ia seorang kafir, kerana doa nya tidak terdinding.(Lihat Tuhfatul Ahwazi Juzu’ 6 ms. 155)

mohon pencerahan..

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

Hadis Ibn Abbas r.a. adalah muttafaq alaih, Bukhari (no: 1425), dan Muslim (no: 29).

manakala, hadis ‘Jauhilah doa orang yang dizalimi walaupun dia seorang kafir, kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah.’
ia adalah hadis Anas bin Malik.

Takhrij Hadith:
-Imam Ahmad dalam Musnad (no: 12549).
-Al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah 2/249

Status Hadith:
-Haitami berkata: “Diriwayatkan oleh Ahmad, perawi bernama Abu Abdillah al-Asadi, aku tidak mengenalinya. Perawi-perawi lain adalah perawi kitab Sahih”. Majma’ Zawaid 10/232
-Albani berkata: hadis ini ada syawahid, maka ia adalah HASAN. Silsilah Sahihah 2/407.

Pengajaran Hadith:
-Diharamkan melakukan kezaliman sekalipun terhadap orang kafir.
-Doa orang yang dizalimi sekalipun kafir atau fasiq adalah antara doa yg mudah dimakbulkan Allah. inilah yang dijelaskan oleh para ulama antaranya: Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Hajar al-Asqalani, Ibn Battal dalam syarah masing2 terhadap Sahih Bukhari.
-Maksud ‘tiada hijab antara doanya dengan Allah’ ialah doanya diperkenankan. Sebagaimana hadis lain menafsirkan “Doa orang yg dizalimi diperkenankan’.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Thyroid Disorders!




Owh.. saya sebenarnya sedang 'gigih' study Thyroid Disorders tiba - tiba terjumpa pulak yang ini. Tuhan nak suruh baca kot..heh~

Nice article by the way..


10 Ways to Avoid Marrying the Wrong Person!


KLIK sini

ade point baru yg sgt menarik dlm artikel ni,
"Morality and spirituality are the qualities that truly define someone in addition to beauty, money, and health.
If someone isn’t God-conscience and doesn’t take themselves into account with God then why should you expect them to fulfill their rights owed to you?"

notahati- selamat menghidupkn malam ramadhan .. . *tutup fb *buka buku 

jom TERAWEH dulu!
okbai..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kenapakah Islam mewajibkan zakat fitrah?


Bismillah....


sekadar pengkongsian...



KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT

Firman Allah..

" Dan dirikanlah kamu

akan solat dan tunaikanlah zakat "

Al-Baqarah, ayat 43
...


Firman Allah..

" Ambillah

sebahagian daripada harta mereka

menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya

dapat membersihkan diri mereka

daripada dosa dan menyucikan mereka

dari akhlak yang buruk.."


At-Taubah, ayat 103
...



Ramai umat Islam yang masih keliru tentang kewajipan zakat fitrah, bukan keliru status hukumnya, tetapi bagaimana melaksanakannya. Inilah antara Q&A yang diharap mampu menjelaskan kekeliruan itu. Selamat membaca.

Soalan 1: Apakah makna zakat fitrah dan siapakah yang diwajibkan ke atasnya?

Jawapan: Zakat fitrah bermakna zakat badan atau zakat jiwa. Semua orang Islam diwajibkan, sama ada lelaki, perempuan, orang tua, kanak-kanak, bayi, orang gila, merdeka mahu pun hamba sahaya.

Dalilnya, Abu Hurairah r.a menyatakan: “Rasulullah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan kepada orang yang merdeka, hamba sahaya, lelaki dan perempuan, anak-anak, dewasa, fakir atau kaya – daripada kalangan kaum muslimin,” (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Fuqaha memang berbeza pendapat tentang siapakah yang perlu mengeluarkannya, sama ada diri sendiri ataupun wali nasab, yakni orang yang wajib menanggung nafkah. Amalan di Malaysia, zakat fitrah ini dikeluarkan oleh wali bagi semua tanggungannya. Dalam hal ini ada sebuah hadis: “Bayarlah zakat fitrah daripada semua orang yang menjadi tanggungjawab kalian.” (Hadis riwayat Imam Baihaqi).

2. Bagaimana dengan anak angkat, anak yatim dan anak tiri?

Jawapan: Perkara paling asas, fuqaha menyatakan orang yang wajib menanggung nafkah itulah wajib memberikan zakat fitrah tanggungannya. Di sini, yang wajib ialah mereka yang dinamakan sebagai wali nasab (sedarah daging) atau penanggung nafkah, iaitu bapa, datuk, bapa saudara dan sebagainya lagi.

Jika anak angkat, andai sudah tiada wali nasab yang boleh dihubungi, maka penjaganyalah yang wajib membayarkan zakat fitrahnya. Ada juga pandangan, jika sudah dibuat perjanjian dengan bapa kandungnya bahawa bapa angkat akan menanggungnya, maka terlepaslah kewajipan bapa kandungnya.

Andai anak yatim, sama juga jika sudah tidak berjumpa dengan mana-mana wali nasab, maka penjaganya yang wajib membayarkannya. Jika anak tiri, pun masih kena lihat, andai sudah tiada wali nasabnya, maka bapa tirinyalah yang wajib mengeluarkannya.

Namun, jika kesemua mereka sudah ada kemampuan sendiri, misalnya walau masih belajar namun mendapat biasiswa atau wang hasil kerja sampingan, maka mereka lebih berhak mengeluarkannya sendiri. Tetapi, penjaga yang bukannya wali nasab masih boleh mengeluarkannya dengan syarat memaklumkan dahulu kepada anak-anak jagaannya itu.

3. Adakah anak-anak perempuan yang sudah bekerja dikira masih tanggungan bapanya?

Jawapan: Anak yang sudah bekerja sendiri, sama ada lelaki dan perempuan, maka mereka lebih berhak mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya. Bahkan, jika mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah ibu bapa juga boleh, dan mereka perlu memaklumkannya kepada ibu bapa.

4. Bagaimana pula dengan waktu menunaikan zakat fitrah?

Jawapan: Adalah harus mengeluarkan zakat fitrah sejak bermulanya satu Ramadan. Hadis daripada Umar menyatakan: “Telah mewajibkan Rasulullah saw zakat fitrah pada bulan Ramadan.”

Walau bagaimanapun, ulama berbeza pendapat mengenai waktu wajibnya. Imam Syafie dan Malik menyatakan, ia menjadi wajib apabila terbenamnya matahari pada akhir Ramadan. Manakala Abu Hanifah pula menyatakan, ia wajib setelah terbit fajar satu syawal.

Untuk memudahkan kita, ulama fikah telah membahagikan waktunya seperti berikut, iaitu harus sejak awal Ramadan, menjadi wajib atau paling utama sebelum solat Aidilfitri dan makruh setelah menunaikan solat Aidilfitri. Sesiapa yang tidak menunaikan zakat fitrah sehingga terbenam matahari satu syawal, maka dia dianggap berdosa dan wajiblah segera mengeluarkannya dan kala itu ia dianggap qada.

5. Apakah yang perlu dilakukan jika terlupa menunaikannya?

Jawapan: Islam telah menyediakan satu ruang waktu yang amat luas bagi umatnya menunaikan zakat fitrah dan tidak sepatutnya ada orang boleh terlupa. Selalunya orang terlupa bila sengaja menunggu sehingga ke saat akhir. Jadi, jangan bertangguh.

Mungkin ada orang berhujah, mereka mahu menunggu ke saat akhir menunaikan zakat fitrah, demi mendapatkan pahala yang lebih besar. Berkenaan pahala ini, fuqaha tidak pula beranggapan menunaikannya lebih awal akan kurang pahalanya berbanding menunaikannya saat-saat akhir, lagi pun ia adalah tergantung kepada Allah SWT yang menentukannya.

Orang yang terlupa wajib segera mencari mana-mana fakir miskin dan serahkanlah zakat fitrah pada waktu itu juga dan fuqaha menyatakan ia sudah menjadi qada. Iringi juga dengan taubat dan berazam untuk tidak melalaikan lagi zakat fitrah selepas ini.

6. Ada orang berpuasa tetapi tidak menunaikan zakat fitrah, apa hukumnya?

Jawapan: Menunaikan zakat fitrah adalah wajib dan berpuasa juga wajib, maka mengabaikannya adalah berdosa. Ibnu Umar r.a meriwayatkan: “Rasulullah saw telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri,” (Riwayat Bukari dan Muslim).

Ulamak fikah menyatakan, orang yang enggan berzakat kerana kesengajaan dan mengingkari kewajipannya, maka dia boleh jatuh kepada kekufuran, na’uzubillah.

7. Adakah orang miskin juga wajib membayar zakat fitrah?

Jawapan: Zakat fitrah diwajibkan kepada semua orang Islam, tanpa mengira sama ada mereka kaya, miskin, merdeka atau hamba sahaya. Syaratnya, mereka mesti ada makanan yang cukup bermula dari malam satu Syawal hingga tamat satu Syawal. Orang miskin yang memenuhi syarat ini, wajib mengeluarkan zakat. Cuma ada sebahagian fuqaha menyatakan, jika orang miskin itu menjadi mampu disebabkan bantuan zakat, maka mereka tidak dibebani untuk mengeluarkan zakatnya, kerana punca hartanya adalah dari zakat juga.

8. Ada orang mahu membayar zakat fitrah dengan beras bukan wang, apa komen ustaz?

Jawapan: Mengikut ketetapan asal, zakat fitrah memang begitu. Tetapi, sebahagian fuqaha berpendapat adalah harus mengeluarkan zakat fitrah dengan harga (wang). Pada zaman Umar bin Abdul Aziz r.a, baginda berfatwa zakat fitrah boleh dibayar dengan nilai wang. Memandangkan penggunaan wang lebih sesuai pada hari ini, maka ia lebih diraikan demi kemaslahatan ummah seluruhnya.

9. Ada orang berkata, jika tidak keluarkan zakat fitrah maka pahala puasa akan tergantung. Benarkah?

Jawapan: Terdapat sebuah hadis mengenai persoalan ini, iaitu: “(Ibadah) bulan Ramadhan digantungkan antara langit dan bumi dan tidak diangkat kepada Allah kecuali dengan zakat fitrah,” (Riwayat Ibn Asakir). Tetapi, para ulama hadis mempertikaikan kesahihan hadis ini, kerana ada di antara perawinya yang tidak dikenali (majhul) dan ia juga bercanggah dengan mafhum hadis lain mengenai keutamaan beribadah khususnya di bulan Ramadan.

Bagi saya, fokuskan untuk melaksanakan setiap ibadah, sama ada solat, zakat, puasa, haji dan sebagainya. Setelah ia ditunaikan dengan sempurna dan sah, maka serahlah kepada Allah SWT, sama ada mahu menerima atau menolaknya.

10. Adakah zakat fitrah hanya untuk fakir miskin sahaja?

Jawapan: Hal ini adalah khilaf dalam kalangan ahli fikah. Sebahagian menyatakan ia hanya untuk fakir dan miskin dan sebahagian yang lain menyatakan, zakat fitrah juga sama seperti zakat harta dan lapan asnaf masih boleh menikmatinya.

Malahan ada ulama’ yang menyatakan seorang kafir zimmi di dalam Negara Islam juga berhak mendapat zakat fitrah jika mereka adalah golongan fakir. Perbincangan ini boleh dirujuk ke dalam kitab Bidayatul Mujtahid, Juz 1, hal. 584; Fikih Sunnah, Jilid 3, hal. 129, Hukum Zakat, hal. 964 dan Ensaiklopedia Fiqh Wanita, Jilid 2, hal. 190.

11. Apakah majikan wajib membayar zakat fitrah pembantu rumahnya?

Jawapan: Majikan tidak wajib, kerana pembantu itu bukan tanggungan yang wajib dinafkahinya. Pembantu itu ada gajinya sendiri dan dia wajib menjelaskan zakat fitrahnya sendiri. Namun, jika majikan mahu menjelaskannya juga, perlu memberitahu kepada pembantunya, sebagai tanda minta izin daripadanya.

12. Apakah anak yang lahir pada waktu Maghrib hari terakhir Ramadan wajib zakat fitrah juga?

Jawapan: Tidak wajib, kerana anak itu hanya hidup pada waktu Syawal sahaja. Bukan sekadar itu, orang yang hidup sepanjang Ramadan dan meninggal dunia sebelum masuknya waktu Syawal, maka tidak wajib juga zakat fitrah. Ini kerana, hanya orang yang hidup pada dua waktu, Ramadan dan Syawal sahaja wajib zakat.

13. Apakah anak yang dikandung sudah cukup bulan tapi belum lahir hingga masuk Syawal wajib zakat juga?

Jawapan: Tidak wajib, Cuma sunat muakkad sahaja. Islam tidak mengambil kira semasa bayi masih berkeadaan janin (dalam rahim ibu) dan inilah pendapat yang kuat sebagaimana yang disebut oleh Dr. Yusuf al- Qaradawi, di dalam kitabnya, Hukum Zakat.

Soalan 14: Adakah seorang muallaf (saudara baru) juga wajib bayar zakat fitrah?

Jawapan: Jika muallaf itu masih kecil (belum akil baligh misalnya), maka orang yang menaunginyalah yang mengeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi, jika sudah dewasa atau remaja, maka jika mereka mampu mereka keluarkan sendiri. Jika tidak mampu, maka tidaklah wajib zakat fitrah ke atasnya.

Soalan 15: Bolehkah ustaz jelaskan hikmah zakat fitrah?

Jawapan: Pertama, zakat fitrah menjamin kegembiraan kepada penerimanya, seperti mana nabi menjanjikan dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa, iaitu waktu berbuka (termasuk berhari raya) dan ketika menatap wajah Allah (hadis Muslim). Maka, bagaimana orang miskin boleh gembira jika tiada bantuan di hari raya.

Kedua, zakat fitrah juga menepati kehendak puasa yang bermaksud mengembalikan manusia kepada fitrah. Apabila zakat fitrah ditunaikan, maka akan terhakislah rasa tamak dan haloba dalam diri dan diganti dengan rasa rendah diri dan saling berkongsi.

Ketiga, membersihkan orang yang berpuasa daripada dosa. Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Keempat, menjadi bukti ketaatan manusia beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, jika mereka berpuasa tetapi enggan berzakat, maka jelaslah kualiti keimanannya di tahap mana?

Kelima, zakat fitrah itu menjadi kemuncak kepada amalan di bulan Ramadan, yakni berkongsi sedikit kekayaan. Andai jumlah RM7 itu masih dipertikaikan, maka bagaimana pula seseorang itu mampu berkongsi sesuatu yang lebih besar dalam hidupnya dengan orang lain.

Soalan 16: Apakah boleh kita menunaikan zakat harta selain fitrah di bulan Ramadan?

Jawapan: Memang boleh bahkan dianjurkan sangat-sangat. Ini kerana, mafhum daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman al-Farisi, bahawa setiap amalan sunat dalam bulan Ramadan diganjari pahala wajib dan satu amalan wajib diganjari 70 kali ganda pahalanya.

Maka, andai kita berzakat RM1 ribu, maka pahalanya seolah-olah kita sudah berzakat RM70 ribu! Orang yang haul zakatnya belum tiba, boleh berniat mendahului haul zakat dan di sisi Islam, ia memang diharuskan.

Soalan 17: Soalan terakhir saya, kenapakah kadar zakat fitrah di Malaysia berbeza-beza antara setiap negeri?

Jawapan: Panjang jawapannya, namun ringkasnya saya boleh katakan, ada dua sebab kenapa berbeza. Pertama, pentadbiran zakat di Malaysia adalah tertakluk kepada bidang kuasa negeri. Maka, setiap negeri mempunyai jawatankuasa fatwanya sendiri yang akan memutuskan harga zakat fitrah yang sesuai di negeri masing-masing. Pengasingan kuasa ini telah digazetkan di dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu di dalam Jadual Kesembilan (Perkara 74, 77) Senarai Perundangan, Senarai II – Senarai Negeri.

Kedua, boleh jadi harga sekilogram beras adalah berbeza antara negeri-negeri. Ada negeri yang agak mahal, ada yang agak murah dan ia adalah sesuai dengan kondisi sosio-ekonomi rakyat negeri berkenaan. Maka, harga zakat fitrah di Selangor adalah sesuai dengan harga beras di Selangor (yakni RM7.00). Manakala di negeri lain, sesuailah dengan negeri mereka pula. Wallahua’lam.

Ustaz Hamizul Abdul Hamid ialah Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

http://www.hamizul.com


Sesungguhnya, Ramadan adalah bulan yang amat dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh kita, bahkan oleh Nabi Muhammad SAW demi melestarikan amal kebajikan. Ibnu Abbas r.a pernah memberitahu:

"Rasulullah SAW

adalah orang yang paling dermawan

dan lebih besar kedermawannya

pada bulan Ramadan."

(Riwayat Bukhari dan Muslim).




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.