"Jauhilah doa orang yang dizalimi walaupun dia seorang kafir, kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah." Status hadis ini boleh dibincangkan. Tetapi sebagai seorang Muslim yang melihat Islam sebagai rahmatan lil'alamin dan dari sudut tauhid rububiyyah, hadis ini memberitahu manusia secara amnya, Tuhan mereka adalah Allah yang satu. Sesiapa saja yang dizalimi, baik Muslim atau kafir, Tuhan sentiasa mendengar pengakuan (do'a) mereka, secara tidak langsung mengiktiraf Allah sebagai Tuhan.
Soalan:
Assalamualaikum Warahmatullah,
Minta pandangan panel tentang terjemahan hadis ini,
Ibnu Abbas RA. telah berkata:
Bahawasanya ketika Rasulullah SAW mengutus Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman (Untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: “Hindarilah doa orang yang di zalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doa nya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi”.
H.R. Tirmizi. Di dalam Musnad Imam Ahmad dan Abu Ya’la dan Dhiya AL-Maqdisi.
ada riwayat tambahan daripada hadis yang di sebutkan tadi yg bermaksud: “Jauhilah doa orang yang di zalimi walaupun ia seorang kafir, kerana doa nya tidak terdinding.(Lihat Tuhfatul Ahwazi Juzu’ 6 ms. 155)
mohon pencerahan..
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
Hadis Ibn Abbas r.a. adalah muttafaq alaih, Bukhari (no: 1425), dan Muslim (no: 29).
manakala, hadis ‘Jauhilah doa orang yang dizalimi walaupun dia seorang kafir, kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah.’
ia adalah hadis Anas bin Malik.
Takhrij Hadith:
-Imam Ahmad dalam Musnad (no: 12549).
-Al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah 2/249
Status Hadith:
-Haitami berkata: “Diriwayatkan oleh Ahmad, perawi bernama Abu Abdillah al-Asadi, aku tidak mengenalinya. Perawi-perawi lain adalah perawi kitab Sahih”. Majma’ Zawaid 10/232
-Albani berkata: hadis ini ada syawahid, maka ia adalah HASAN. Silsilah Sahihah 2/407.
Pengajaran Hadith:
-Diharamkan melakukan kezaliman sekalipun terhadap orang kafir.
-Doa orang yang dizalimi sekalipun kafir atau fasiq adalah antara doa yg mudah dimakbulkan Allah. inilah yang dijelaskan oleh para ulama antaranya: Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Hajar al-Asqalani, Ibn Battal dalam syarah masing2 terhadap Sahih Bukhari.
-Maksud ‘tiada hijab antara doanya dengan Allah’ ialah doanya diperkenankan. Sebagaimana hadis lain menafsirkan “Doa orang yg dizalimi diperkenankan’.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net