Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.
Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.
Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.
Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.
Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.
Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.
Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.
Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.
Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama
Sumber---.http://www.sinarharian.com.my/semasa/mahkamah-kekal-perintah-berkelakuan-baik-ke-atas-noor-afizal-
ADILKAH?
Setiap perbuatan kita dalam hitungan. Moga kita berusaha utk sentiasa bertaqwa kepada Allah dlm setiap masa dan tempat.. Moga Allah ampuni dosa2 kita!
Nauzubillah.
Ampunkan kami Ya Allah.. sukar untuk mendidik diri menjadi wanita solehah di akhir zaman
Kasihkan watan, cintakan keadilan.... sebab kita syg watan, kita duk sibuk2 nak pemimpin yg adil~ erk..
mari 30.8. ada berita ke ngundi buln 9? siapa taw..
4 comments
iman xsetuju la..senang2 nk lepaskan cm2 je
ag 1 yg peliknya lgsg xd sebatan pon if org laen cnfrm kena sebat 2 aat 3.
adakah nh semua sbb status?ag 1 merogol 2 tanpa rela, jdiknya xkn family si magsa x dakwa?senang2 je ko nk bebas ek..ingat ckit kt akhirat kang
Malas nak cakap banyak. Cuma hukuman Allah tu takda sapa yg dapat lari dan tak dak yg boleh sembunyi. Adil seadilnya tak kira la kaya ka miskin, org tu punya masa depan ka atau org tu langsung x berguna. Smua akn dpt setimpal dgn yg dikerjakan.
Semoga pemain ini mendapat pingat emas di Sukan Olimpik di Brazil. Malaysia boleh! Perlu diadakan desakan agar bowling menjadi acara Olimpik.
dunia akhir zaman!