Aplikasi ‘Tanyalah Facebook’ Yang Dusta



apakah?


Pada satu ketika ramai pengguna Facebook menggunakan aplikasi ramalan nasib kemudian post di wall masing-masing sebagai satu aktiviti sukaria. Alhamdulillah, sekarang ini kelihatan aplikasi ‘tok nujum’ sudah tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna Muslim, kecuali mereka yang baru sehari dua mengenali facebook, mungkin merasakan ia suatu yang sangat menyeronokkan walaupun ia sudah dianggap aplikasi yang sudah basi. Saya telah menulis dahulu tentang aplikasi ramalan nasib menurut perpsektif Islam. 

Hari ini timbul satu bentuk aplikasi yang semacam dengan aplikasi ramalan nasib. Nak dikatakan sebagai ramalan nasib, ia bukan ramalan nasib. Kerana ia adalah aplikasi yang mana pengguna seolah-olah bertanya Facebook (dibaca: pencipta aplikasi) kemudian ia akan menjawab dan jawapan itu boleh dipost di wall pengguna. Saya suka menggelarkan ia sebagai aplikasi‘Tanyalah Facebook’. Bagaimana aplikasi ini berfungsi?



Sebagai contoh, jika anda like dan guna aplikasi ‘Bila Anda Akan Berkahwin’, ia akan memberikan jawapan sebegini “Anda akan berkahwin pada 13 Jun 2020″.

Jika anda like dan guna aplikasi ‘Berapakah Bilangan Anak Yang Sesuai Untuk Anda’, ia akan memberi jawapan sebegini “Bilangan anak anda ialah 9 orang”.

Jika anda like dan guna aplikasi ‘Rancangan Realiti TV Yang Anda Boleh Menang’, ia akan memberi jawapan sebegini, “Rancangan realiti TV yang anda boleh menang ialah IMAM MUDA”.

Ketahuilah, bahawa aplikasi seumpama ini adalah BOHONG dan DUSTA semata-mata. Jawapan-jawapan yang diberikan hanyalah semata-mata disusun dan diprogram secara rambang oleh pencipta aplikasi. Malahan saya percaya semua pengguna Facebook yang berakal tahu hakikat ini.

Logikkah seorang pengguna Facebook berusia 56 tahun bertanya kepada Facebook apakah rancangan realiti yang sesuai baginya, lantas Facebook menjawab “Imam MUDA”.

SEKADAR SUKA-SUKA

Saya yakin ramai pengguna yang bermain dengan aplikasi-aplikasi demikian hanya sekadar suka-suka dan tidak mengambil serius. Tetapi suatu yang perlu kita sedari bahawa aplikasi-aplikasi demikian adalah satu bentuk BOHONG dan DUSTA.

Penggunaan kita terhadap aplikasi demikian adalah satu aktiviti buang masa dan sia-sia. Dan jawapan yang diberikan adalah dusta semata-mata. Masihkah kita mahu bergurau senda dengan perkara bohong dan dusta? Bahagiakah kita jika wall Facebook kita dicemari dengan jawapan-jawapan karut dan marut?

Dalam bergurau senda dan bersuka ria, batasan syarak wajib dijaga. Syarak telah memberikan garis pandua bergurau yang antara lain ialah tidak berbohong. Sebagaimana Nabi S.A.W ditanya oleh sahabatnya tentang perbuatan baginda bergurau dengan mereka. Lalu baginda menjawab, “Aku tidak berkata kecuali yang BENAR”. (Riwayat Tirmizi).

Diriwayatkan bahawa Ibn mas’ud berkata, “Dusta tidak elok samada dalam situasi serius atau gurauan”.

Justeru, aplikasi-aplikasi ‘Tanyalah Facebook’ yang jelas jawapan-jawapannya adalah bohong semata-mata, hendaklah dihindari. Agar kita tidak dibiasakan dengan pembohongan, dan tidak melayan perkara-perkara bohong yang membuang masa. 


Sekian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

15 Ogos 2012 pada 9:20 PTG

ika selalu jugak main bnda nie dulu . pastu skrg dh lama dah x main. dalam sebulan lebih dh kot. malas dah. huhuhu

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.