Bekas Tunang Apex Berkongsi Kegembiraan Di Blog.



Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (An Nuur:26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah NabiNya. Jadilah lelaki-lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

 
Pastinya perasan Apex kini sedang bahagia dan lega apabila segala-galanya telah selesai.



Bercakap tentang itu, tiba-tiba teringat bekas tunangnya, Aimie Harmelia atau Elia.

Di mana dia sekarang agaknya?

Kesempatan membaca blog Elia mendapati Elia juga sedang bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Syukurlah kerana dia sangat positif dan tidak terbawa-bawa dengan kesan daripada cinta yang tak kesampaian itu.

Oh yea, dalam entry terbarunya, Elia berkongsi kegembiraannya sempena majlis konvokesyen UITM baru-baru ini.

Menurut Elia, dia sudah berjaya mendapat diploma dan kini sedang berusaha untuk mendapatkan ijazah pertama pula.


Tahniah Elia! Sekurang-kurangnya anda mempunyai sesuatu untuk dijadikan harta di dalam hidup dan ianya amat berharga.

Walaupun pernah dikecewakan, tetapi dengan semangat yang ada dan sokongan daripada keluarga, akhirnya Elia berjaya.

Lagipun Elia masih muda. Masih jauh lagi perjalan yang harus ditempuhi.

.

Benarlah, setiap manusia Allah SWT pasti uji dengan pelbagai cabaran…itu tandanya Tuhan sayangkan kita
(Surah An-Nisa’, Ayat 40)

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakan dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar”.











Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Anak belajar di Mesir, jadi ustaz. Tapi emak kerja jadi pelacur.


Pengkongsian dari drama tv Perempuan itu Ibuku.

Puncanya? kemiskinan? kurang tarbiah (didikan agama)? salah kerajaan? salah pembangkang? salah mufti?

Soalan paling utama, apakah tindakan kerajaan sama ada PAS atau UMNO ke atas bapa syaitan

(baca: bapa ayam) macam ini?




 klik sini  untuk menonton  http://cmvid.blogspot.co.nz/2012/12/blog-post_6104.html

sinopsis- ada sebuah keluarga (mak, abah dan seorang anak). abah tu miskin, pinjam duit lalu tak mampu bayar. jadi mak terpaksa kerja jadi pelacur. anak dihantar ke masjid orang mengaji quran. lepas tu mak dengan abah bercerai. mak menyara anak tu sampai besar dan pergi mesir dengan duit dari hasil pelacuran. bila anak tu dah balik, dia masih tak tahu mak tu kerja sebagai pelacur (sebab mak dia kata dia kerja kat saloon). akhir sekali mak tu cuba lari dari bapa ayam dan sama-sama terbunuh semasa bergaduh.


ya rabb..sadisnyaa...pergi belajar guna duit haram ...


pendapat ummi saya bila sama-sama tengok drama tv ni, " Maknanya nanti anak dia akan berdoa untuk ibunya, semoga anaknya jadi anak soleh, walaupun si ibu terpaksa kerja mcm tu, tapi ibu tu ada berasa amanah untuk didik anak ke jalan yg baik... Dia tak abai tanggungjawab dia nak bg ilmu, dunia dan akhirat untuk anak dia".

speechless.

Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta." [Toha 20:124]


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Wajah yang 99 peratus menyerupai Hang Tuah.





Wajah yang 99 peratus menyerupai Hang Tuah?


Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai 99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.

Wallahualam.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jom Melawat Istana Sultan Brunei (26 Gambar)



"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya". 

Terlalu besar nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya. 



Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga amat gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan sehingga kini koleksi kereta beliau melebihi 7000 buah kereta. Tuanku Sultan juga memilki jet peribadi mewah, beberapa istana megah dan banyak lagi. Sangat luar biasa!


Baru-baru ini kita dikhabarkan berita gembira dari Negara Brunei yang Sultan Hasanal Bolkiah akan melaksanakan hukum hudud di negaranya. Allah tidak hanya memberi nikmat kekayaan kepadanya, bahkan Allah mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM. Mudah-mudahan Tuanku Sultan berada di bawah rahmat dan redha Allah s.w.t. Allahuakbar!!!


Subhanallah, andai kata segala kekayaan ini untuk Islam, saya rasa ummat Islam di Palestin, Afrika, Bosnia dan di mana-mana sahaja pasti lebih bermanfaat.

Tanpa memanjangkan kalam, jom kita ziarah Istana Sultan Brunei ini yang diberi nama Istana Nurul Iman yang hampir keseluruhannya bersalut EMAS!





Istana tersebut memiliki 650 'suite room' yang setiap satunya dilengkapi perabot yang bersalut emas dan bertatahkan berlian yang harganya hampir RM 600,000. Layan je lah gambar2 di bawah ni...










Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).


Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.


Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

Baginda juga memiliki barangan peribadi dan perabot bersalut emas dan berlian.







Baginda juga memiliki pesawat peribadi yang dilengkapi perabot dari EMAS!









Singki pun bersalut emas!

Kekayaan Sultan Hasanal Bolkiah sangat luar biasa! Mungkin kerana berkat negara yang mengamalkan undang-undang Allah s.w.t. Semoga Allah merahmati Negara Brunei. 

Ada kerja kosong tak kat sana? 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Awie Wings dan kelab Hiburan.



"

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.


INI PULA LAMAN FACEBOOK TENTANG AKTIVITI KELAB YANG DIDAKWA MILIK AWIE.

( Klik sini )


Ini pula adalah sebahagian dari aktiviti yang telah pun berlaku ....Anda boleh lihat sendiri dalam facebook fanpage mereka dengan klik di atas yang lengkap dengan alamat dan no telefon












Adakah benar dan bukan fitnah?? Moga Awie dapat memberikan kita jawapan

via

notahati- Allah itu Maha Kaya dan Dia tidak pernah sesekali meminta. Bahkan Dia yang memberi dan mencukupi keperluan manusia. Tetapi manusia yang kaya raya, menjadi sombong dengan harta mereka. Itulah wahan (cintakan dunia dan takut mati).


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sejarah Sebenar Wong Fei Hung merupakan seorang ulamak Hebat



Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.


Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.


Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch'in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch'in ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch'in.


Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.


Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.

Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. .. Aamiin ..


notakaki- Tidak mghairankan jika Wong Fei Hong itu muslim kerana Cheng Ho juga seorang muslim.. pasukan elit tentera China sekarang juga mempunyai instructor beladiri Cina muslim. Cuma biasala perkara yg baik dan hebat berkaitan dgn Islam tidak dihighlightkan oleh musuh Islam.Cheng Ho adalah suku Hui, di mana suku Hui adalah beragama Islam. Jadi, Cheng Ho dilahirkan di dalam keluarga Islam di China dan setelah dilahirkan, beliau mmg sudah beragama Islam.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS TERHADAP PENGHINA AYAT AL QURAN



klik untuk tumbesaran.

mengapa Allah beri akal utk berfikir?
sebab... Allah tak jadikan sesuatu itu untuk disia2kan...  ikut nafsu lesu, ikut akal berakal... 


Hari ini hari Jumaat
Semalaman ramai yang beribadat
Tinggalkan yg haram atau yg subahat.
Agar iman Dan Amal bertambah padat

Hari jumaat penghulu hari,
Bertebaranlah makhluk di muka bumi, 
Tingkatkan taqwa pada Ilahi, 
Untuk kesejahteraan diri sendiri.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Nur Amalina kini selepas lapan tahun melanjutkan pelajaran di luar negara.






Nur Amalina, pelajar cemerlang 17A1 serta penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 pernah menjadi kontroversi sebelum ini ekoran dari beberapa keping gambar kurang sopan yang dianggapnya sebagai fitnah.

Kini pelajar tahun akhir jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland pertama kali tampil bersama rambur ‘kaler’ dan meluangkan masa kira-kira dua jam berkongsi pengalaman serta tips belajar bersama pelajar Kolej Perubatan Di Raja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) 25 Disember lalu.

“InsyaALLAH pada satu hari saya akan pulang ke Malaysia dan berkongsi ilmu kepada anak tempatan yang bercita-cita untuk menjadi doktor,” kata Nur Amalina kepada Sinar Harian.

“Ini merupakan kali pertama saya adakan sesi interaksi bersama mahasiswa di negara ini selepas lapan tahun melanjurkan pelajaran di luar negara.

“Tujuan utama saya pulang ke Malaysia adalah untuk memperbaharui visa pelajar. Kebetulan, Pengerusi UniKL RMCP, Datuk Dr Adham Baba tawarkan saya mengadakan sesi ini,” katanya.

Gambar Nur Amalina dan ibunya, Sabariah Hassan bersama pelajar dan pensyarah UniKL RCMP.

***
Notadiri

Allah taala memilih kita melalui wasilah manusia, 
Bila Allah lukiskan sesuatu takdir untuk kita, tiada siapa yang memadamkannya,

Tawakallah dalam setiap perkara,
dalam setiap saat kehidupan.

Doa yang terbaik.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Luahan seseorang di laman maya.


Luahan seseorang di laman maya. Sangat menarik untuk di baca. 

Semoga Allah perkenankan hasrat hatinya. :)

"Sabtu.
Saya selalu akan teringatkan dia.
Kerana setiap sabtu.
Saya akan nampak dia.

Dia bagaimanapun.
Takkan perasan saya selalu tengok dan nampak dia.
Kerana dia sangat menjaga pandangannya.

Ini kisah Tuhan campakkan sesuatu dalam hati manusia.
Dan sesuatu itu buat kita mahu berubah.
Walaupun dia tak pernah tahu dan kenal kita siapa.
Saya kagum.

Dia yang menjadi tukang goreng ayam rempah.
Bayangkan kuali panas, minyak panas, dan perlu menggoreng dalam jumlah yang banyak.
Dia pakai purdah, stokin lengan, jubah dan tudung labuh!

Kadang-kadang saya risau.
Selalu saya suruh sesiapa saja yang ada dengan saya untuk beli nasi lemak ayam goreng rempah yang diusahakan keluarganya.
Walaupun jarak saya dan gerai itu hanyalah 50 meter.

Saya malu.
Dan di rumah, saya akan makan nasik itu dengan penuh tertib.
Sedap.
Lebih sedap ayamnya.
Sebab dia yang sediakan.

Kata adiknya (tak pasti adiknya, sepupunya, atau abangnya) yang merupakan kenalan saya, sepanjang bekerja itu gadis itu akan berzikir.
Patutlah ayam itu sedap.
Saya mahu jadi baik.
Kalau tak dapat baik macam dia pun, baik macam orang yang baik jadilah.
Sebab nanti bila saya tegur dia, saya mahu cakap perkara yang baik-baik sahaja.

Oh saya kenal dia.
Sejak zaman sekolah.
Dia ada senyum manis.
Dan senyumnya mahal.
Dia cuma senyum pada ahli keluarga, cikgu, teman perempuan.
Dia jarang senyum pada lelaki.
Bukan sombong.

Adiknya yang kenalan saya itu kata, dia malu.
Nanti dia akan dituduh bukan-bukan sebab senyum sama lelaki.
Saya jadi terharu.
Dia tak tahu.
Saya kagum."

via





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sudahkah berjumpa jalan pulang?



Jalan masuk banyak, jalan keluar yang selamat 1 aje... 



"The challenge is to find an exit in the right direction without getting lost."
jumpa atau tak jumpa,kena pulang juga.


Ceritera Umat Muhammad.

A: Bila penat berhenti. Dah cukup rehat, sambung perjalanan semula. 
B: tak coba tak tau
A: jangan pernah putus asa...
B: Jangan putus dengan yang Esa cukup lah
A: ya. begitulah.
B: Lorong apa tu..
A : Lorong gelap.. Hehe. Nasib bawa torchlight.
B : Jgn sesat sudaa.. Huhu
A : memang patut sesat dulu. Baru tahu, sesat tu apa?
B: tak jumpa jalan balik
A : tak jumpa jalan balik, sama macam berpatah balik. Terus sahaja tempat yang dituju. 
B : patah balik pon dah tersesat
A : hehe...
B : Nak kemana tu??
A : nak ke tempat yang ada cahaya.
B : Ooo..nanti jgn silau mata ye
A : Macam permata berlian ye,Pastikan masuk pintu yg betul tau,..Kata kunci mesti betul..Nak mudah dapatkan master key tau.


B : hehe. Tau-tau aje. =p ya, amin..
A : Ye la,..kalau dapat master key,..boleh buka semua pintu..masuk semua pintu..Kota cahaya tu ada 70ribu pintu..Ikut mana pun semua boleh keluar

B :wah... Teruja saya dgr. Meh sini 1 master key. Pinjam sat.
A : Tu la masalahnya,..master key takda pendua,..hanya satu...huhuhu..
B :  Kat alam tu takde tukang buat kunci ya? 

A : Ada,tapi garang sangat,..Nampak bayang pun dah rasa nk cabut,...Pengawal-pengawalnya semua macam singa,...Nama pun baru dengar pun dah rasa nak tanggal kepala lutut,...Pengawal yg takda nama lagi la,...nak melorong pun cam tak lepas,..sebab bersusun-susun.....itu kira ikut budi bicara la,..Rasuah-rasuah tak main tau...


notahati-Tahukah kita, bukan mudah menjadi umat muhammad. Perlulah tahan diuji. Barulah dapat mengecapi kemanisan iman. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


(12 gambar) Apa Yang Terjadi Bila Telur Direndam Dalam Cuka!















nak cuba? kalau dah cuba share kat komen ye.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.