PENJELASAN IBU KEPADA PELAJAR 5A UPSR ISU PEMBERIAN HADIAH KERETA MINI COOPER.


Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila, murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Zainab 1, tidak menyangka bapanya, Zukila Deraman, 36, benar-benar menunaikan janjinya apabila dia berjaya memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kelmarin. Dia dihadiahkan sebuah kereta Mini Cooper berharga RM210,000 oleh bapa berikutan kejayaannya tersebut.


Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila berkata :-

“Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini Cooper kepada saya. Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut. Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR,” katanya.

Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam. Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31. Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Katanya lagi:
“Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini. Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya.


Tiada niat menunjuk – Hadiah kereta untuk tunai janji


“Suami saya hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik di Facebook saya untuk kenangan keluarga dan tiada niat menunjuk-nunjuk. Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan kepada anak. Suami akan bawa balik kereta lain, tetapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” kata Nor Aishah Mahmud, 31, ibu kepada Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila.

Menurut Nor Aishah, kereta mewah itu hadiah untuk kejayaan anaknya daripada suaminya Zukila Deraman, 36, yang juga peniaga ayam dan tidak bermaksud untuk mempamerkan kemewahan. Katanya, dia tidak sangka gambar dimuat naik di Facebook itu menjadi perhatian.

NOTAKAKI- Alhamdulillah, banyak hikmahnya apabila saya tidak berjaya dapat 5A dalam UPSR 13 tahun lepas, walaupun asalnya tersenarai sebagai pelajar harapan yang ditarget akan skor 5A.. Sampai hari ini saya masih bersyukur dan menghitung 1001 hikmah dari keputusan ini. Alhamdulillah `ala kulli haal wa ni`mah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Inilah Tindakan Bapak Menteri Kita Bila



Kepada seluruh rakyat Malaysia.

Inilah tindakan bapak menteri kita bila diberi kertas usul mengurangi bayaran penasihat-penasihat menteri demi rakyat. Koyak kertasnya lalu lempar. Ketawa.

Kertas itu adalah kita
--------
Yb Kuantan yang mencadangkan agar elaun lantikan politik berjumlah RM1,633,632.00 setahun melibatkan :

Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil
Dato Seri Noh Omar
Dato Wira Mohd Johari Baharom
Yb Hasbi Habibullah
Tan Sri Rais Yatim

Mereka (semua BEKAS menteri) dilantik sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan dibayar dengan sejumlah wang dari rakyat.
--------
Bersabarlah untuk 5 tahun lagi. Entah-entah anak sudah 2 orang waktu itu. Sabarlah juga hai anak..

p/s- Sekiranya peruntukan penasihat-penasihat menteri dipotong, RM1.6j boleh dijimatkan. Sabarlah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Punca Pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik.



Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki semalam. Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Paling memeranjatkan ialah, ada yang mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Menurut sumber polis, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa. Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah.


Analisa awal mengatakan berdasarkan warna pakaian yang digunakan, ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. Malah usaha proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.

Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna lain, kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka. Malah terdapat beberapa kes, di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.

Seterusnya ketika PRK Sungai Limau baru-baru ini, banyak kelihatan bendera Pas yang dikontraskan dengan latar belakang berwarna hitam. Sedangkan kebiasaannya Pas hanya menggunakan warna hijau-putih sebagai bendera rasmi mereka. Bagi mendapatkan kepastian beberapa orang penduduk tempatan yang ditemui mengatakan bendera yang berwarna hitam-putih itu telah dipasang oleh penyokong Pas yang berfahaman Syiah.

Paling menarik, Harakahdaily yang merupakan media rasmi Pas ketika melaporkan pembunuhan ini turut menyatakan Allahyarham Ahmad Raffli dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang. Seolah-olah bersetuju dengan andaian ia mungkin berpunca dari pengikut Syiah. Tidak cukup dengan itu, ruangan komen yang dikirim pembaca di dalam portal tersebut turut merasakan Syiah mungkin dalang di sebalik pembunuhan ini.

JAIP sebelum ini dilaporkan telah menahan seorang imam 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran sesat Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur, Muadzam Shah. Hasil maklumat awam, serbuan yang dijalankan berjaya merampas beberapa buah buku berkaitan Syiah selain tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu turba dan sehelai kain kapan yang digunakan penganut ajaran itu.

Di dalam serbuan tersebut, JAIP turut menangkap seorang peneroka yang berasal dari Kelantan di Felda Selancar 1 kerana dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.

Kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu. Sebelum menyertai Syiah, lelaki tersebut dipercayai telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat, Johor. Kerajaan negeri Pahang pada 12 September yang lalu telah mewartakan pengharaman ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Selain Syiah, Allahyarham Raffli turut dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 2 kes besar yang melibatkan kes TUHAN HARUN dan OPERASI KELAB MALAM. Pada 12 Mei lalu, beliau telah membuat sidang akhbar berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat, HARUN MAT SAAD dan para pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk dibicarakan.

Harun sebelum ini didakwa kerana menyebar ajaran sesat dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013.

Kesimpulannya, sama ada Syiah benar-benar terlibat atau tidak dalam pembunuhan ini, biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.


AL-FATIHAH.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bukti Penahanan Pembunuh Norazita Abu Talib : Gambar terkini wajah suspek tembak mati Pegawai Bank Ambank direman 7 hari,Jadikan Rumah Kosong Lokasi Persembunyian.


SUSPEK yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank AmBank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, di bawa ke Mahkamah Petaling Jaya selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, awal pagi tadi.

Bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada jam 7 pagi tadi, demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Pihak polis percaya dengan penahanan suspek utama ini, kes berkenaan berjaya diselesaikan,” katanya.


PETALING JAYA: Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu tiba di Mahkamah Majistret di sini untuk direman bagi membantu siasatan.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 3.18 petang dengan kawalan ketat pasukan polis yang membawa senjata berat dari Kota Tinggi, Johor, lokasi di mana dia ditahan.

Suspek dikenali sebagai Ardi Hamza direman 7 hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.



TAHNIAH!

KUALA LUMPUR: Suspek yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter Rasmi beliau.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan.



suspekambank2

Suspek Bunuh Pegawai AmBank Jadikan Rumah Kosong Lokasi Persembunyian.

Suspek kes bunuh dan rompak pegawai AmBank di Subang Jaya menjadikan bangunan serta rumah kosong sebagai lokasi persembunyian selama 19 hari ketika dalam buruan polis.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek bersembunyi di beberapa buah rumah serta bangunan kosong sekitar Lembah Klang dan Johor.

“Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk keluar dari Lembah Klang menuju ke Johor sejurus selepas kejadian pada 23 Oktober lepas.

“Ketika berada di sana (Johor), suspek juga cuba mendapatkan bantuan sindiket pemalsuan dokumen pasport bagi melarikan diri ke negara jiran,” katanya.

Suspek ditahan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada kira-kira 7 pagi Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam twitter beliau pada Ahad, memaklumkan bahawa suspek ditahan di Johor serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis.

Dalam kejadian 23 Oktober lepas, pegawai AmBank Subang Jaya Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak suspek ketika membuka peti besi dalam bilik kebal bank berkenaan.

Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek.

Suspek turut melarikan diri dengan hasil rompakan wang tunai RM450,000. - BERNAMA

notakaki- Kami mahu Hudud ...Terlalu banyak jenayah sekarang ..
Setiap hari ada kes bunuh , kes culik , kes rompak , kes rogol , kes tembak , kes tetak
Undang-undang manusia gagal menangani nya ..
Sedar lah semua ..
Murka Allah kini mengatasi Rahmat NYA ..

Allahu Rabbi ...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pelawak Pi Mai Pi Mai Tang Tu Hj Ahmad Busu telah kembali ke rahmatullah.


Photo: Terkini. Pelawak Pi Mai Pi Mai Tang Tu hj ahmad busu telah kmbali ke rahmatullah..

Arwah adalah ahli kariah tmn andalas klang...

al ' fatihah..


Pelawak Pi Mai Pi Mai Tang Tu Hj Ahmad Busu telah kembali ke rahmatullah..

Arwah adalah ahli kariah tmn andalas klang...

Al ' Fatihah..

notahati- “Sebab hidup-mati kami untukMu Ya Rabbi; karuniai kami kehidupan terbaik 
& kematian terindah;
agar kami tak malu 
mempersembahkannya padaMu”
Amiin
-Salim A.Fillah-

Allahurabbi


Allahyarham dikatakan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 7 Petang tadi.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.