Perlu Arif Tabiat Lelaki


gambar bukan saja-saja.. 

Aku menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua. Seronok mengisi masa dengan membaca. Buku Islam dan Cinta, karangan Abdullah Nasih Ulwan menemani petang aku pada hari itu.

Tiba-tiba, ada sebuah SMS masuk.

Saudari,

Awak kelihatan sangat solehah. Sudikah awak membimbing diri saya yang jahil ini. Saya mahu berubah. Saya ikhlas dahagakan petunjuk. dari Classmate.

(surat cinta skematipcal sangat!)



“Membimbing atau mengajak bercinta?” hati saya mempersoal.



Jika ikhlas mencari petunjuk, dia sepatutnya berjumpa ustaz, bukan berjumpa saya. Berjumpa saya hanya menyebabkan ruang maksiat terbuka luas.



Sekalipun dia mengajak saya bernikah agar saya dapat mengubahnya, saya tidak boleh jahil tabiat lelaki. Lelaki lazimnya tidak suka sekiranya seorang isteri mengubah dirinya. Sekiranya peluang membuat perubahan itu ada tapi tidak boleh terlalu dipercaya. Peluangnya tipis sahaja.



Tatkala lelaki memegang darjat suami, keegoan mudah merasuk diri. Sukar mengikut kehendak orang lain apatah lagi kehendak isteri. Mengubah tabiat lelaki sangatlah payah. Apatah lagi, sekiranya cara hidupnya terbiasa dengan alpa dan dosa sejak muda.



Perlukah aku memperjudikan masa depan dengan menikahi lelaki yang tidak mampu membimbing diri sendiri? Adakah dia mempunyai modal untuk membimbing keluarganya nanti?



“Orang minta bimbingan saja. Kenapa fikir jauh sampai soal nikah?” syaitan mengejek.



“Jika aku berani memulakan, kena fikir kesudahan. Nikah dengan lelaki sebegini atau membiarkan anggota badan berzina. Baik abaikan sahaja.” Saya patahkan hujah syaitan.



Seorang rakan menuju ke arah saya kemudian duduk di sebelah.

“Ramai kawan-kawan kita suka gandingkan nama awak dengan Presiden. Boleh saya tahu hal sebenarnya?” dia mengorek rahsia.



“Itu gosip sahaja. Kami tiada apa-apa,” jawab saya.



Aku menyembunyikan rahsia bahawa memang benar Presiden pernah menghantar surat  kepada ku Cuma, istikharah dan musyawarah aku dengan ibubapa belum mengatakan dialah orangnya. First thing first.



“Alhamdulillah. Saya sebenarnya sudah lama minat pada Presiden,” dia meluahkan.



Aku tidak pelik mendengarnya. Wanita yang baik mudah tertarik kepada lelaki yang baik. Itu fitrah. Wanita yang jahat mudah tertarik kepada lelaki yang jahat. Begitulah sebaliknya. Aku tadahkan telinga mendengar bicara hatinya.



Katanya, yang ini lain. Rasa tertarik itu pada kesolehannya. Pada akhlaknya. Pada kesamaan visi dan misi dalam dakwah. Masing-masing tahu ada batasan. Dilemanya, hati mendesak untuk memberi perhatian. Hati mendesak untuk menunjukkan sikap memahami. Hati mendesak untuk saling berpesan-pesan atas kebenaran dan kesabaran.



“Awak ikut desakan hati?” aku bertanya.

“Saya meminta dia menjaga, memperhatikan atau menasihati saya agar istiqamah,” katanya.

“Lalu, apa yang terjadi?”aku menyoal

Dia meluahkan lagi,



Setiap hari…


Kalau tidak bertemu, rasa ada suatu yang hilang. Perlu segera diintai-intaikan.

Ada kerisauan tentang dirinya. Ada keinginan kuat untuk tahu keadaannya.

Andai bertemu, berpandangan, atau SMS muncul pula rasa bersalah, gelisah, menyesal dan takut membuat Allah murka. Kenapa ya?



“Kerana hati awak masih hidup mengenal mana dosa dan mana pahala,” jawab saya.

“Lepas saya mengungkap cinta kerana Allah, dia seakan menjauhkan diri. Salahkah saya?” dia bertanya.

“Tanyalah hati. Bimbang, ungkapan cinta Yang Esa tapi pengisian leka dari-Nya,” jawab saya.



Aku berkongsi pendapat dengannya. Dalam hubungan yang tidak halal, cinta yang fitrah amatlah senang bertukar menjadi fitnah. Sukar mengenali mana cinta dan mana nafsu kerana topengnya handal, sukar dikenali. Orang yang biasa mendidik hati mampu mengenalinya.



Aku tidak mahu terlalu mudah mengungkap cinta. Siapa yang bakal menerima ungkapan cinta mestilah lelaki high class bukan lelaki sembarangan. Perlu ada matlamat. Perlu lihat kesudahan. Menghampiri syurga atau menghampiri neraka?



Aku berpesan supaya tidak perlu bertindak bodoh mengucapkan “Good bye” kepada dunia andai kehilangan cinta manusia. Patah tumbuh hilang berganti. Yang penting, Allah setia mencintai.



Selepas rakan aku itu beredar, aku jadi tertanya-tanya. Kenapa wanita kaya, cantik, bijak, menarik dan solehah sepertinya tidak mendapat tempat di hati Presiden? Kenapa Presiden lebih sanggup cuba mendapatkan diri aku?Aku cuma seorang gadis yang sangat sederhana,tapi dia lebih bijak.

Asmah pelajar cemerlang tahun 3.

tapi aku biasa-biasa saja. cukup-cukup makan orang kata.


Aku semakin arif tabiat lelaki. Secara semulajadinya, lelaki sukakan cabaran. Yang mudah menyerah diri, mudah pula disakiti. Yang sukar didapati, semakin bersungguh dia mencari. Maka, aku perlu terus menghunus duri. Agar cinta ini terpelihara untuk seorang suami yang diredhai Ilahi.



Aku mesti terus belajar tabiat lelaki. Bukan untuk menyaingi atau mengalahkan mereka. Aku cuma tidak mahu diperdaya.Aku melihat betapa ramai wanita telah dipermainkan. Mereka gagal mempertahankan diri. Mereka gagal keluar dari kebergantungan kepada permainan cinta sandiwara lelaki.



Aku tahu aku tidak mampu mengubah tabiat lelaki. Tapi aku mampu membantunya menjadi lelaki sejati. Bukan dengan cara melayan dan membimbingnya menjadi model lelaki idaman. Lelaki pasti mengambil kesempatan di atas sebuah kelembutan.


Caranya,aku mesti menghunus duri. Awas, jangan dekat! Jika mahu, dapatkan secara terhormat. Biar lelaki tahu, wanita itu untuk diselamat bukan diperalat untuk keseronokan sekejap.



Malah, setelah nanti aku telahpun bergelar isteri, aku tidak boleh berhenti untuk belajar tabiat lelaki. Lelaki suka berjanji dan cepat berubah hati.Aku melihat realiti masyarakat. Biar betapa baguspun seorang isteri melayani suaminya, masih ada lelaki yang gagal setia malah sesuka-hati memperdaya isterinya. Apatah lagi jika isterinya banyak kelemahan, ramai lelaki lebih suka menghukum daripada mendidik sehikmahnya.



Aku yakin, ada suatu rahsia yang menggerakkan tindakan lelaki. Aku mesti arif rahsia ini. What you see is what you get. Aku mesti bijak menyelaraskan ‘sudut pandang’ terhadap sesuatu isu sensitif yang melingkari alam rumah tangga sejak mula. Perlu juga ada jaminan undang-undang untuk mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan.

 Bukan kerana tidak percaya tapi kerana tabiat lelaki cepat berubah.

p/s- Hey girls out there, through all the broken hearts, pains, misread signals and blunders, we should never ever give up hope. Personally, I still believe that the best relationship grows out from a friendship. ;)

*sorry mood sekarang asik cinta sahajaa.tgh membesarlah katakan.haha






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


CONTEST AIDILFITRI: BLOG SAYA BIASA-BIASA JE TAPI COOL!


-TAMAT-

* entri ini adalah sticky post sehingga 
28 sep 2012.. tepat pukul 11:59 pm

 mohon/sila ke arkib blog untuk entri baru* (ayat skema)

Syarat penyertaan

1. Mestilah menjadi follower Belog cik si pipi merah
2. Buat satu entry bertajuk "Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!"
3. Dalam entry tu anda wajib letak 1 entry korang yang terbaik (letak link je)
4. Letak banner Belog Cik si pipi merah dalam entry tersebut dan linkkan ke Belog Cik si pipi merah
5. Tag SEORANG rakan blogger dan pastikan dia tahu dirinya ditag
6. Letak link entry tu dekat sini




letak banner nie ..




klik untuk copy banner SINI

Senang kan? Macam tak biasa pulak.
Hadiah? Wang tunai /duit raya sebanyak RM50. Pemenang hanya seorang sahaja! Tapi 5 blog akan dipilih untuk Blog Review!

ada hadiah MISTERI untuk TOP REFERRAL.. untuk korang terus kan promote ye!


Tarikh tutup : 28 sep 2012.. tepat pukul 11:59 pm

senarai peserta

NOTIS.
alhamdulillah segmen ni dah TAMAT.. keputusannya akan diberitahu  PADA 5 OCTOBER 2012 syukran jazilan semua kerana join. jangan lupa ya  untuk semak siapa pemenangnya dan top referall!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Cabaran 200 LIKES



klik banner pink ni dan join!

kenapa cabaran 200 LIKES?

Jom Bloggers kita support blog ni.
tuan tanah blog ni namanya kak yati
nak tahu serba sedikit tentang kak yati
jom terjah blog beliau.

klik sini

fanpage beliau.

jom like fanpage beliau.

selamat bersegmen!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pinangan Lelaki Teragung Ditolak





Ummu Hani’ adalah wanita Quraisy yang bijak memberi ­pendapat dan berakhlak mulia. Pada zaman jahiliyah, Rasulul­lah pernah meminangnya, tapi ayahnya telah menjanjikannya untuk Hubarah bin Abi Wahbin.
Pada awal perkembangan Islam, Ummu Hani’ turut masuk Islam bersama kaum wanita yang lain. Rasulullah memisahkan Ummu Hani’ dengan suaminya yang masih kafir, sesuai dengan hukum Islam yang berlaku mes­kipun ia sudah dikurniai empat orang anak.

Setelah Ummu Hani’ disahkan menjadi janda dengan empat orang anak, Rasulullah lalu meminangnya untuk kali yang kedua. Ummu Hani’ menjawab atas pinangan itu, “Ya Rasulallah, sungguh dirimu lebih saya cintai daripada pendengaran dan penglihatan saya. Namun, saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Ya Rasulullah, saya tahu bahawa hak suami sangatlah besar dan harus dijun­jung tinggi. Saya khuatir jika mengurusi seorang suami, lalu saya terpaksa mengabaikan sebahagian hak anak-anak saya. Jika saya mengurusi anak-anak, saya khuatir akan mengabaikan hak suami.”

Rasulullah menghormati pandangannya. Kemudian Rasulullah memberikan pandangan, “Sesungguhnya sebaik-baik wanita yang naik unta adalah wanita Quraisy. Mereka paling sayang kepada anak-anaknya di waktu kecil, dan paling memperhatikan urusan suami.”

********

Moga setiap taklifan itu,
menjadi tiket ke syurga.

Bukan menjadi sebab ke neraka.

Astaghfirullah

"Tidak beriman orang yang tidak amanah"

Kadang-kadang apa yang kita nampak buruk tu, itulah yang terbaik untuk kita dan mereka

Alhamdulillah ala kulli hal.

Moga Allah permudahkan dan berkati setiap detik hidup kita.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen Eraz Fadli :Blogwalking



klik banner dan join!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GiveAway dari Kakak DegiL.



klik banner & join!


Pemenang akan di pilih melalui cara lucky draw. Saper lucky, dia dapat hadiah. Senang kan…

Hadiah :
1- Produk Ephyra bernilai lebih RM70 + hadiah sampingan
2- Produk Ephyra bernilai lebih RM35 + hadiah sampingan

So, cuma ada dua pemenang je la.

gud luck uols!

tarikh tutup-akan diberitahu kelak.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


StitchNknot September Pillow Giveaway


Join our pillow giveaway!

klik banner dan join!

tamat segmen 11.59pm, 30th September 2012



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pemenang Segmen: Saya nak hadiah Misteri dari si Pipi Merah


oh ha! Segmen: Saya nak hadiah Misteri dari si Pipi Merah dah tamat.Syukran jazilan sebab ramai yang join. Pada yang tak berjaya ,jangan kecil hati.insya allah nanti lynn adakan segmen lagi.Hadiah kecik je, yang paling utama adalah sebagai penghargaan buat teman bloggers lynn.


curious nak tahu hadiahnya...


klik pic untuk tumbesaran.

oh haa nilah hadiahnya..

3 lampu bilik tidur untuk dimiliki setiap pemenang.
awas! kelopak bunga tu boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing.
lynn gunakan khidmat enche random.org

pemenang ialah.







TAHNIAH!

hantarkan detail anda dan link penyertaan anda ke facebook saya atau fanpage saya  untuk penghantaran.

fb

ATAU

fanpage



P/S- TEMPOH 2 MINGGU DARI SEKARANG. IF TAKDE HADIAH BERTUKAR TANGAN YE.

untuk semak klik sini



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Saiz kasut anda berapa?



Saiz kasut saya 7, Umi saiz 3, awak mungkin 5,6 atau 10
jadi, mana boleh kita nak bandingkan kasut kita dengan orang lain.
saya selesa dengan kasut saya,
awak mungkin bila pakai kasut saya, awak rasa ketat, atau mungkin longgar.
atau mungkin keras,

so, setiap orang adalah berbeza.
contoh:
bagi saya, nasi lemak tu biasa-biasa je (sebab dah biasa jumpe)
tapi bagi orang lain, "fuyyo!Nasi lemak kott".
kesimpulannya, kita bukan orang lain, dan orang lain bukan kita :)

Ambil yang baik, buang yang buruk ~

Beri mereka ruang untuk berkenalan, beri mereka ruang untuk menilai, beri mereka ruang untuk memahami, beri mereka ruang untuk mengetahui dan yang penting beri mereka ruang seluas-luasnya untuk melihat betapa indah dan banyaknya jalan yang boleh mereka pilih. Jangan sempitkan hanya kepada satu ruang dan pemikiran.
Saya juga pernah jadi seperti mereka. Kadangkala letih, kadangkala pening dan sera
but. Bungkam. Namun saya tetap memilih sekalipun bukan didatangi dgn love n care tetapi dgn realiti sebenar perjuangan dan perubahan yang dicari dan dinanti.
U didnt harm anyone. U did great. U love n u care....but u also shud know... Tak semua org tahu apa yg kamu pernah tahu, tak semua org mahu apa yg kamu pernah mahu dan tak semua org suka apa yg kamu pernah suka...
Amar makruf nahi mungkar adalah tuntutan semua! Peace!!!
ya Allah permudahkanlah jangan Kau susahkan. Amin.

 Babai. Take care! ^_^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Dia cucu Hasan Al Banna.


 


What I am saying to Muslims is that the power of the Others is coming from our own weaknesses. They are strong out of our weaknesses, so let us work on our weaknesses to see how we can reform that. ~ Tariq Ramadan.


Muslims must continue to build on their strengths in whatever forms they are....n special focus shld b the strength of relationship w Allah Swt n brotherhood among themselves.....n concurrently work on their weaknesses n improvise them....mudah2an ummah ini mampu bangkit kembali n memimpin semula dunia dgn rahmah n keadilan Islam...

Rasa macam cuak juga nak buat post pasal Tariq Ramadan ini sebab takut macam kalau ada tersalah tafsir apa dia cakap.Prof Tariq Ramadan ini sah sah penggunaan bahasa and taraf pemikiran dia high level, lepas itu dia cakap laju jugak. So, adalah certain things yang dia cakap macam berlaku 'indigestion' dalam diri sebab apekan daya, ilmu di dada tang politik, economic segala macam seriously cetek. Tapi takpelah. Post ini sekadar short summary apa yang macam boleh tangkaplah.


Stop bebel ok.


Cuit! Before that, tahu tak Prof Tariq Ramadan ini siapa? Usha sini: Tariq Ramadan


Okay, here are some points that I learned on that day. The title was Islam and The West.


Introduction
Prof Tariq Ramadan was proposing political,economic and cultural management to respond to contemporary challenges without betraying Muslims identity. Here are some the issues:


Political
Basically there are two problems.
a) New salafi trends in Egypt and Tunisia which Saudi Arabia and Qatar organization are supporting this religious party organization by funding them 80 millions dollars.
b) Tension between Syiah and Sunni. In their history, they have managed to find common ground and understanding. The situation in Iraq is speficic and the Western interference has something to do with this new fracture.
So. we need to find ways to reconcile Muslims but these are much more a political issue than a religious one.


Economics
It is soo important Arabic countries to have sub-sub relationship but because of them being too nationalistic, they are divided, they are too focus only about their country. No perpaduan.


Cultural
Turkish Mosque. Syiah Mosque. Pakistan Mosque. Muslim shared common principles but there is cultural segregation.


Others:
Issue about revolution in Arabic countries such as in Egypt were also mentioned. Revolution does not mean only expelling the leader but the question is, what exactly they want? Also outsiders like us, only by reading newspaper, not knowing what is really happening inside the countries, we are so naive and emotional to support revolutions.STOP IT.


Conclusion
Islamic principles (such as rule of law, equality, accountability, majority decision process, etc.) are universal, and the Muslims should find new models according to their new environment and the new era by tackling these issues.


Self Reflection
Talk seperti ini sangat bagus kerana berjaya membuka minda sendiri untuk memikirkan mengenai Islam secara global. Before this, biasa dengar talk mengenai pembinaan individu Islam. Terasa macam katak di bawah tempurung, tak tahu perkembangan dunia Islam especially in Middle East. Tak apa tak apa. Life is a learning process. Mari banyakkan membaca lepas ini. insyaAllah. Also, we were amazed with Prof Tariq Ramadan. He is indeed intelligent person by the way he gave the talk and how he answered all the questions. And dia sangat sporting and pandai buat kelakar!


Wallahualam.Sorylah kalau content macam tak best. Ini yang termampu. Tapi at least dapatlah rough ideakan talk ini pasal apakan? :)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Contest Entry Terbaik 2012 By Cik Emma



klik banner dan join!

entry yang paling guwa rasa bajet paling hangat.



sekian..

cuiit tarikh tutup segmen 31 /10/2012

tag dia.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Give Away : Wangi & Happy Macam Akiff"



klik banner & joiin!


::Contest ini ditaja oleh Sephora Dubai Perfumes::


3 jenis Perfume pilihan saya ialah..

Photo: Marry Me by Lanvin

Malaysian Buyer:
RM48 + RM10 (Peninsular) + RM15 (East Malaysia)
Payment through Bank Transfer - Maybank/CIMB Bank/HSBC Bank ONLY
Payment through Paypal - Please email me first.
Marry Me by Lanvin

Photo: Someday by Justin Bieber to all Belieber out there. RM50 only. Get it fast from Fragrance Cottage.
Someday by Justin Bieber
Photo: Clinique Happy, RM48 - 100ml.
Clinique Happy

ANDA AKAN MENERIMA SALAH SATU PERFUME PILIHAN ANDA. 
TIGA (3) ORANG BERTUAH DICARI (Mungkin ditambah oleh pihak penganjur jika sambutan menggalakkan) 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kalau dh cinta, nikahilah aku, jgn biarkn aku dilempar kdalam neraka krana cinta yg tidak halal ni Such an interesting conversation between the ustaz and his student about Zina.





Photo: AURAT WANITA

: 1 . Bulu kening
: : Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur ( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "

: : Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

: : 2 . Kaki ( tumit kaki )
: : " Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau
mengangkatny ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
: : An-Nur : 31

: : a ) menampakkan kaki
: : b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

: : 3 . Wangian
: : " Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
: : Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

: : 4 . Dada
: : " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
: : An-Nur : 31

: : 5 . Gigi
: : " Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supayam dikikirkan giginya "
: : Riwayat At-Thabrani

: : " Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,
yang merubah ciptaan Allah "
: : Riwayat Bukhari dan Muslim

: : 6 . Muka dan leher
: : " Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu "
: : a ) bersolek tebal ( make-up )
: : b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

: : 7 . Muka dan Tangan
: : " Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
: : Riwayat Muslim dan Bukhari

: : 8 . Tangan
: : " Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
: : Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

: : 9 . Mata
: : " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya "
: : An Nur : 31

: : " Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu
hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
: : Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

: : 10 . Mulut ( suara )
: : " Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
: : Al Ahzab : 32

: : " Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik)
dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi"
: : Riwayat Ibn Majah

: : 11 . Kemaluan
: : " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) "
: : An Nur : 31

: : " Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan
: : Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya ,
maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "
: : Riwayat Al Bazzar

: : " Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah
suaminyammelainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "
: : Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah

: : 12 . Pakaian
: : " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "
: : Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

: : " Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "
: : Riwayat Bukhari dan Muslim

: : a ) Berpakaian tipis / jarang
: : b ) Berpakaian ketat / membentuk
: : c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

: : " Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu
dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju
: : labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .
: : Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha
: : penyayang "
: : Al Ahzab : 59

: : 13 . Rambut
: : " Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu didunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya "
: : Riwayat Bukhari dan Muslim

firman allah!

dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:


“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


pelajar: Kami tidak berzina!


Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.


pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?


Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.


Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.


Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.


Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.


Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?


Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?
Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud).Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.


Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!


Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?


Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.


Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.


Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.


Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.


Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?


Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.


Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.


Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?


Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!


Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.


Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.


Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?


Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.


Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.


Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.


Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?


Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.


Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.


Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?


Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.


Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?


Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.


Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?


Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.


Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.


Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?


Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).


Pelajar: Bagaimana kami?


Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.


Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.


Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.


Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.


Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.


Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.


Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.


banyak keistemewwan janji allah untuk pernikahan agar kita tidak terjemus dengan zina..


Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)


Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.


Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:


“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus


Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.


Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".


Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)




Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)




Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"


Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:


Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"


Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;


"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami ""Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu" (Hadith riwayat Muslim)


tinggalkanlah perkara2 yang dibenci allah..kalau cinta kan kekasih kamu nikahilah dia jangan biarkan dilemparkan api neraka kerna cinta yg haram disisi allah..
Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,


”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah " HARAM ".


may allah grant us more hidayah!

copypaste dr fb.

p/s-want to go far away, very very far from here. To heaven.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Itu hal dia dengan Tuhan.


Ya, benar.
Ada masa kita jahat, kita mencarut, mengumpat tetapi jangan sesekali kita memfitnah dan menzalimi orang lain. Hal kejahatan sendiri adalah antara kita dengan Tuhan, dan Tuhan itu Maha Pengampun. Tetapi jika kita menzalimi orang jahat, doa dia yang dizalimi tetap akan dimakbulkan Tuhan. Manusia itu beremosi, dan mudah pula mencari Tuhan di saat dizalimi. 

Aiman tak kisah, tapi Tuhan kisah.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kenapa Blog Guwa Lambat loading?



Loading.....
Loading................
Loaaadingggg...........

Perasaan sedih dah mula dah. Haha. Warm up lah kononnya. Supaya the day itself tak rasa sedih sangat.
Okay siapa yang terbaca post ini tolong lah bagitahu apa yang tak kena dengan blog guwa  ni.nak kata banyak widget tak jugak.oh haa! dah mamai fikir punya fikir. sis M syukran jiddan sebab selalu amik berat pasal blog lynn ni. sayang SIS lillahfillah.



Guwa nak tulis panjang-panjang tapi macam malas? huuu.Oh ha ni dah guwa perinsekerinkan! sekarang guwa amatlah memerlukan kasih sayang lu semua untuk melihat-lihat sambil ngorat-ngorat blog guwa ni. takpe guwa izinkan Alamak nak kene babai dah,Okay babai. mintak maap kalau ade salah pape.

:) jumpe lagi okay? klik untuk tumbesaran yo..babai Wassalam! :)

maghrib dah! cepat tutup laptop.







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Dua orang gila ini, sudah banyak mengajarku tentang hidup


Kita ke syurga bukan sendiri-sendiri.



Malam tadi melayan video demi mencambah senyum dan ketawa. (Sebab itu di FB semalam kukeluarkan video Sesame Street, dan menonton watak Ernie yang paling kusayang).

Begitulah caranya memujuk diri sendiri, demi melupakan betapa sakitnya hati dek ditikam sahabat karib sendiri. Namun, ternyata Maha Benarlah pesanan yang diutus Nabi, bahawa ketawa itu pembunuh hati. Tiada dapat sekelumit hasil dengki dan khianat berambus pergi. Kian melekat, bergayutan di kepala.

Dalam cuba-cuba khusyuk, namun airmata tetap tidak henti melecun pipi. Lalu, malam itu adalah malam terpanjang dalam hidupku. Demi muhasabah yang resah, renung yang dalam, kuselongkar segala hadiah pemberian Tuhan. Kadang-kala, amat kotor dan hina diri ini dirasakan, saat berdoa supaya ditarik segala nikmat ini.

Tuhan, apalah yang ada pada diriku untuk dicemburui. Mohon kau tarik segalanya, andai ia menambah penghuni neraka. Aku rela menjadi orang gila, yang disuap makan minumnya di dunia, yang dijamu Kamu di alam bahagia, kerana berjaya mengheret para waras berbondong-bondong merebut syurga.

Lebih diriku disimbah dosa, saat bercita-cita menjadi gila. Gigil yang tidak berdegil, kian menggegar seluruh anggota. Sendu. Tiba-tiba, terlintas di kepala, alangkah seronoknya menjadi orang yang kurang siuman. Tersiar sebatang demi sebatang sosok sang gila, yang mencanai diriku kebelakangan ini.



***********Orang Gila 1***********

 Di kampungku dulu, ada seorang gila yang kuat berjalan yang jauh. Dari satu pekan ke satu pekan. Dikhabarkan oleh arwah Tok Aki kepadaku, bahawa si dia ini pernah menuntut di luar negara, gila akibat disihir jirannya yang cemburu.

Lama kuperhatikan dia. Wuduknya amat sempurna, tidak setitik terbazir air pili yang ditarik cilik. Solatnya cukup rukun dan ranum, walau tiada satu lafaznya diterima Tuhan. Satu per satu kata-kata Maha Pencipta, diucap dia dengan sebutan sempurna. Lazat.

Hobinya ada dua. Satu, senyum. Dua, berjalan dari pekan ke pekan bagi melawat masjid dan surau. Mungkin dimakbul Dia akan doa ibunya, moga-moga ketidak siuman anaknya itu, mendorong para waras lain sama-sama kmerebut syurga.

Satu hari, tatkala menemani arwah Tok Aki ke kebunnya, demi menengok-nengok ladang diselesai pekerja Indonesia. Sewaktu berbual, azan mengajak kami ke rumah-Nya.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar...”

Mereka bagai si tuli yang bertelinga, dengan parang masih berayun ke sana sini. Tidak mereka sedar nyawanya bila-bila bisa ditarik pergi.

Arwah Tok Aki melangkah beberapa tapak ke arah mereka. Membawa kopiah. Barangkali memberi isyarat supaya berehat ke musolla.

Namun, langkahnya cukup sedepa dua. Terhenti. Sosok sang gila tadi berlarian bahagia, dengan senyum gembira, tangan yang bersepahan terbuai-buai. Melalui lorong ke rumah Dia.

Seorang dari pekerja Tok Aki menghempas parang ke tanah, menjerit,

“SUDDAH... SUDDAH...”

Seorang lagi memandang pada temannya tadi. Dijungkit kepalanya tanda bertanya, kenapa. Dibalas oleh temannya dengan muncung mulut, mengunjuk pada si gila yang berlarian anak.

Tidak semena-mena, bagai ditekan suis, kesemua mereka serentak menyeluk parang pada sarung di pinggang. Ada antara mereka menuju ke motor bersalin pakaian. Ada juga antara mereka mengikat kepala dengan sapu tangan merah yang digelar key, bergaya Awie. Semuanya menuju ke tempat yang satu. Demi kiblat yang dikongsi sejak dulu-dulu.

Sedari itu, waktu kualpakan nikmat Tuhan yang cukup segala, saat kupekakkan telinga pada seru bilal menjemput kita, muncul bayang si gila di depan mata, seolah-olah menampar ke muka.



Tuhan...

Sungguh,

kuidolakan hamba-Mu yang istimewa itu.

Apatah langsung tidak terucap oleh lidahku,

segala pintaku bersalut syahdu,

agar dikurnia ini dan itu.

Kerana...

Betapa malu yang membelenggu.

Cukup kukepinginkan iman sekeras dia,

walau tidak layak kubanding dengannya.



***********Orang Gila 2***********

Asif, bersambung kisah Orang Gila 2 di lain masa.

Terima kasih meluangkan masa, pada tulisan yang tidak seberapa ini. Moga tidak dinikmati sendiri-sendiri.

Kita ke syurga pun bukan sendiri-sendiri.


SUMBER -Orang Gila yang Mendorong Para Waras Merebut Syurga

Oleh: Irfan SangPelangi, SangPelangi.com



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


I Saw That - GOD


saranghamnida.. OTSUKARESAMA DESHITA!



Diantara 5 peringatan Rasulullah. 

1.Kerap menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

orang wat baek aku puji melangit, tapi nikmat yang terlalu byk allah bg lansung aku tak ingat.wuu.sedehnye.
aku senang sgt kagum ngan orang."waa.cantik,pandai kayanye diee.ape lagi tak cukup."sedangkan Allah yang limpahkan sume tuh.sebaik-baiknye lidah kite puji allah setiap mase.lynn KENE BUAT.


2.Kerap menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

banyak-banyak ckp pasal akhirat nanti aku akan lebih semagat utk fighting wat amal ibadat dan kebajikan serta berakhlak mulie.

*ini tak abes2 ckp pasal makan jek, wayang, artis2. boyfren2 jek.Lynn Oii.tolongla insaf >.<
"tuntutlah kurniaan allah di dunia dan akhirat.Tuntutlah kurniaan allah daripada dunia untuk akhirat, iaitu syurga"
-Imam al Qurtubi-


3.Kerap menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan.

aku selalu pikir bekalan ntuk hari tua; DUiT, anak-anak etc walhal bekalan untuk akhirat tak pernah fikir pon.
Saidina Ali kan dah konfem masuk syurga, yet saidina Ali maseh mengeluh mengenai kekurangan amalan bakal dibawa untuk akhirat.

*aku ni cmne.dahla tak konpem masuk lagi amalan konpem kurang.so watla banyak-banyak!


InsyaAllah
FIGHTING!


4.Jangan selalu sebut kebaikan diri dan keluarga.

Lynn oii, berhati-hati untuk hindari diri drpd mengingati kebaikan yang dibuat untuk org lain. Lagipun semua itu datang drpd Allah. bukan diri aku yang baek.Allah yang suruh wat baek. Ini duk bajet diri tuh baek. TAK boleh mcm tu tau tau tau .

Rasulullah berpesan
" Yang amat kutakuti ke atas kamu adalah syirik yang paling kecil iaitu riak."


5.Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain

Biasakan diri kamu lynn lihat keburukan diri sendiri daripada kekurangan orang lain.umo-umo camnie.mmg banyak HOT gossip.its a fact.sume org tau.
eh org ni ngan sape? 
dia watper ? 
dia da berubah ?

aku riso.aku cite kat org.aaaaaaaaa.bukan same jek ke lynn oiii ! kenape tak dpt nak bezakan yang haq dan batil.nape nak ckp kat org len gak.kenape kenape dan kenape.. ! emonya kau..

*tau hati tuh berkate, "eh, ni ngumpat nie.tapi still gagahkan diri ngumpat."
tak nak kawan diri sendirik =((

please LYNN tolongla lihat orang melalui satu kebaikan pada diri orang tuh meskipun ada banyak kejahatan pada dirinya.OK?

jom jadi baek.jom-jom.nak pick jalan mane ni...diri awak yg tentukan

nah amek nie sayam-sayam sekalian.

"sesungguhnye zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya."
Imam Ibnu Qayyim

*pastikan amalan itu bukan hanye dilidah tapi menyerap ke lubuk hati.

Insyaallah 

mende2 mcm ni biasa,sebab tu kna sentiasa tajdid(perbaharui) niat

setiap kali bangun pagi
ingt aku hidup sbg hamba,khalifah
setiap kali nk blaja
ingtkn diri,beljar untuk ape.
setiap kali buat kerja
knp aku buat semua nu
insyaAllah,dgn cara ni,ikhlas tu dpt kita cipta dan pelihara

bila kembalikan smua kpd Allah,itu satu zikir sbb kita ingat Allah, dan sebab tu kita akan tenang.
dan tabah nak lalui semua onak badai

cool.cool :P

Ya Allah,bagi kekuatan utk aku jadi org yang beriman,iaitu org yang amanah. Amiin

Saat orang memandang tinggi pada kita,dgn segala pujian dan sanjungan, moga Allah tundukkan hati kita dari pnyakit hati.
Dan moga kita ingat untuk bersyukur kerana Allah menutup aib kita dari manusia
Segala puji,segala kebaikan,segala2ny dari Allah. siapa kita untuk berbangga dan lupa akan Allah taala?

Allah.Allah.Allah.
Ingatkan kami untuk mengingatiMu
setiap detik dan waktu.

Seronoknye husnuzon
tak perlu nak bersakit-sakitan dalam hati
sakit hati tu lebih sakit dari sakit fizikal.
Ouch!

Moga Allah sembuhkan hati-hati kita yang selalu tercalit dengan dosa.

Pandanglah insan disekeliling kita dgn pandangan kebaikan.

:) 
amiin...

IKHLAS: HAK CIPTA TERPELIHARA 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ni tanda bekas 'ahli neraka'. Nak ke?



A: Weh! Macam mana dahi kau boleh hitam hah? Aku pergi umrah 5 kali pun tak hitam-hitam lagi. Kau ambil batu ketuk dahi ke?

B: Erk! Kau nak ke dahi hitam ni? Ni tanda bekas 'ahli neraka'. Nak ke?

A: Errrr...


Kadang-kadang orang dahi lebam ni bukannya semuanya orang alim dan baik. Tapi sebab dia tunduk hina bersujud menangis di depan penciptanya mengenangkan dosa-dosanya yang banyak di masa lampau.


notakaki- Ilmu kalau tak diamal, jadi sekadar info.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Isu Hina Allah & Rasulullah,ada org hack FB saya. GOPINATH JAYARATNAM Mohon Maaf






kenyataan “panas”! beberapa jam selepas itu beliau tampil mebuat pengakuan di Facebook


Al-Islamu ya'lu wa la yu'la alaih.(Islam itu tinggi dan tiada apapun yang lebih tinggi dari islam)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kenapa Saya Biadap? – Ustaz Ahar Idrus




\"Kenapa

pernah dengar tak kisah Syeikh Hasnain pernah menampar seorang ulama yg tunduk memberi hormat kepada Perdana Menteri Mesir, Riyadh Basya. Syeikh Hanain naik radang dan berkata, ‘Berdiri tegaklah engkau! Tidak dibenarkan ruku’ dalam Islam melainkan di hadapan Allah S.W.T. Janganlah engkau mencemar Islam dan ilmu yg ada padamu, nanti kelak Allah akan mencemarmu.’ Perdana Menteri Riyadh Basya dan ulama tadi pun terpegun. Tidak seorang pun yang berani mengambil tindakan terhadap Syeikh Hasnain.

COOL!
 
*****

Namun biasalah, sudah tentu ada harga yang perlu dibayar.

Apatah lagi bukan semua yang melihat sesuatu perkara dari kaca mata yang sama.

Ada yang suka penceramah yang pandai buat lawak, ada yang suka penceramah yang serius, ada yang suka itu, ada yang suka ini.

Ada juga berpendapat penceramah yang baik bukan saja penceramah yang berjaya menarik khalayak, tetapi juga penceramah yang berjaya meninggalkan kesan mendalam terhadap pemikiran dan keperibadian khalayaknya.

Malah ada juga yang langsung taknak seseorang penceramah itu buat lawak, baginya agama bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan ketawa walau apa pun matlamat dan tujuan si penceramah itu.

Dalam hal ini, ada pihak yang beranggapan Ustaz Azhar biadap bila memperkatakan sesuatu perkara.

Benarkah Ustaz Azhar biadap? Kalau benar, kenapa dia biadap?

Mungkin klip ini boleh menjawab persoalan tersebut. Wallahualam 

– MyNewsHub




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kita menulis, dan malaikat juga menulis.


Kita menghormati dan menghargai mereka yang berdakwah secara ikhlas, tetapi ikhlas itu perlu benar. Kalimah ahsan (al Mulk 67:2) merujuk kepada amal soleh yang benar dan ikhlas. Tidak boleh ikhlas untuk solat Zohor 3 raka'at, kerana yang benar ialah 4 raka'at. Keikhlasan itu tiada makna jika tidak benar. Jika tidak mampu berdakwah dengan ilmu, maka berdakwahlah dengan akhlak. Ilmu, amal, akhlak saling melengkapi.

*Hendaklah kamu berilmu sebelum memimpin. 


Bila datang hal agama, kenapa kita jadi jumud dan tidak kritikal? Adakah kerana sami' na wa ato' na (kami dengar dan kami taat) Tetapi untuk masalah lain, ekonomi, sains, makanan, pekerjaan, sempat pula kita jadi kritikal.

dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya. 
[Yunus 10:100]

Menurut Tariq Ramadan didalam bukunya, In The Footsteps of The Prophet, 
ketika turunnya ayat, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal," [ali Imran 3:190], Rasulullah SAW menangis sepanjang malam. Apabila Bilal bertanya kenapa baginda Rasulullah SAW menangis, baginda SAW menjawab, 'celakalah mereka yang mendengar ayat ini, tetapi tidak berfikir dan bertadabbur mengenainya.' 

Rakyat Malaysia mempunyai satu mazhab baru, iaitu mazhab aku-tidak-peduli. Mazhab ini tidak ada kenapa mengena dengan wahabi atau wasati. Ia lahir akibat ketidak-pedulian masyarakat terhadap negara, alam sekitar, ajaran agama. Kata Muhammad Asad, manusia perlu diajar/belajar untuk mengenal dosa agar mereka mempunyai sensitiviti terhadap dan mampu mengelakkan dosa serta bertaubat.


Kita menulis, dan malaikat juga menulis. Berhati-hati dengan apa yang kita tulis.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMEN "MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA"


Bicara Mak Dara

KLIK HEADER CUN MAK DARA DAN JOIN!


kreatif betul mak dara buat segmen lain dari yang lain kan.


6 ucapan dari lynn

1- fighting!!insyaallahh
2-SALAM UKHWAH MAHABBAH FILLAH
3-smiling when get stressed..
4-laughing when heart start crying..
5-loving without ask for the respond back..

ucapan buat MD ~> sayang MAK DARA LILLAHFILLAH!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 Makanan Paling Jijik Gilerlah !


SILA MUNTAH DULU!


Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah ular, kucing dan katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara luar lebih dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar makanan eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu membuatkan mereka kecur liur.


Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.



1. Burger “Cindil” – China.




Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.

2. Otak Monyet Hidup – China.



Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.

3. Daging Tikus Goreng – China.






Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di negara China. Daging tikus yang telah disembelih dan diperap akan digoreng dan dijadikan santapan. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang baik untuk kesihatan.



4. Ulat Rebus – Botswana.






Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap ulat-ulat Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi.



5. Soya Busuk – China.






Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan kering akan diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya terdapat di negara China sahaja.



6. Telur Rebus Mengandungi Janin Itik – Filipina.






Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus lalu dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.



7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.




Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan di restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang sangat mahal.


8. Sos dari Sperma Ikan Emas – Hungaria.




Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.



9. Steak Daging Buaya di – Singapura.




Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak buaya akan diproses menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama bahagian paha tangan dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama seperti steak daging lembu yang kita biasa lihat. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.



10. Bola Mata Ikan Tuna – Jepun.




Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedak melakukan aktiviti lasak lebih kurang seperti minuman isotonik.
Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


wanita solehah tidak dipandang?





"Solehah = Tidak Dipandang, Tidak Memandang".
 [The Pure Woman = Doesn't Look, Doesn't Get Looked At (by men)] 


Nevertheless, I have some problems with the 'tidak dipandang' bit. 

Statement tu is not even a hadith, it is an atsar from Lady Aishah r.a. Do correct me if I am wrong.
With all due respect to Lady Aishah r.a, Mother of the Believers, I still took it as something that should not be interpreted literally.
So where do we put the female leaders/asatizah/public figures then?
Does it mean that women should only speak from behind curtains? Must never appear in public?

...ini adalah respons saya kepada perbincangan dalam nota saya yang lepas, "wanita solehah tidak dipandang?"...
Saya selalu berasa keliru dengan pemaparan imej 'wanita solehah' dalam media popular.


 Media popular = novel, blog, majalah

Ada yang begitu longgar, asal bertudung litup sudah cukup (tanpa menyebut tentang kepentingan ilmu dan amalan Islami...). Ditambah pula dengan kemunculan dua atau tiga orang 'lelaki soleh' yang menggilai si wanita untuk memeriahkan cerita. Ada pula yang begitu ketat, sehingga masyarakat menganggap 'wanita solehah' ini sebagai satu ideal yang seronok dikhayal-khayalkan, diangan-angankan, tetapi mustahil untuk ditemui, apatah lagi untuk menjadi sepertinya.

Saya teringat kisah (konon) pertemuan ayah dan ibu Syeikh Abdul Qadir al-Jailani - yang sarat dengan perkara2 yang tidak mengikut sunnah mahupun ajaran Islam (hukuman yang berlebih-lebihan, tidak melihat isteri sebelum berkahwin). Cerita inilah yang dicanang-canang sebagai gambaran ideal seorang lelaki yang soleh dan pertemuannya dengan calon isterinya. Aduhai.
saya pun tidak ketemu rujukan yang 'paling sahih' yang mensabitkan kata-kata tersebut kepada Saiyidatina Aishah r.a. Banyak 'rujukan popular' saja... semoga Allah ampunkan saya kalau tanpa sengaja mengaitkan pernyataan yang palsu... kepada Ummul Mukminin yang mulia. Dan betullah kata akak, statement itu, erm, tak logik. Tapi banyak benar pula yang suka memetik kata2 itu... even Ustaz Pahrol sendiri. Mungkin Ustaz Pahrol memaksudkannya secara metafora/kiasan, tapi banyak yang memahaminya secara literal/langsung.

Muslimat dalam gerakan Islam seringkali menghadapi pelbagai dilema. Seperti yang Prof sebutkan tu. Piawai yang bermacam-macam - adakalanya 'bukan-bukan' diletakkan ke atas mereka - kami - yang tidak benar-benar didasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah, atau logik aqli yang bersesuaian dengan suasana, bahkan bergantung kepada terjemahan orang-orang tertentu yang punya 'autoriti'.

Keseimbangan dalam anjuran mengawal pergaulan dan meletakkan hijab juga boleh diperbincangkan - seperti kata Prof, fokus yang begitu besar diberikan kepada 'the unmarried, young women', sedangkan golongan yang sudah berkahwin baik lelaki mahupun wanita, serta kaum lelaki keseluruhannya juga perlu menjaga hijab masing-masing, pada batas yang ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah serta ditafsirkan oleh akal yang sihat.

***
Manusia cenderung terlampau bermudah-mudah atau berlebih-lebihan dalam beragama, atau meletakkan piawai yang 'pelik-pelik' untuk mencapai kesempurnaan.

Nabi Muhammad SAW itu manusia biasa. Ada sebabnya Allah menulis riwayat hidup baginda se...demikian rupa - anak yatim, penggembala, suami kepada isteri2 baginda, ayah kepada anak2 baginda, ada marahnya, ada sedihnya, manusia biasa namun biasa yang paling sempurna.

Benar, syurga Allah SWT itu mahal, tetapi menggapainya tidak mustahil.

Rujukan orang-orang Islam dalam mengatur hidup adalah al-Quran dan as-Sunnah. Ini lebih-lebih lagi mustahak dalam perkara hukum, baik yang berkait dengan muamalat mahupun hal-hal lain. Bukan cara kita untuk 'beriman' dengan pernyataan yang tidak jelas sumbernya atau 'pendapat ana'/'ana rasa'/'ana fikir'....semata-mata. Walau betapa popular, romantis dan sentimentalnya pernyataan tersebut.

Jika akal yang tepercaya sihat dan terdidik merasakan sesuatu yang disampaikan itu 'sukar diterima', maka selidiklah sumbernya, carilah guru yang tepercaya juga untuk menjelaskan atau membimbing kita ke arah kebenaran.

Ibnu thimiyah pun pernah cakap... (aku dgr dr Maza quote)
'syaitan menyesatkan manusia melalui 2 cara.. satu ia menjadikan manusia itu lalai dalam agama.. dgn kata lain,, tak ambil kisah pun dalam agama.. cari yang lain ialah ia membuatkan manusia melampau dalam agama..'

"Ingatlah! Mudah-mudahan binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan itu." (3 kali). (Riwayat Muslim dan lain-lain)

Islam itu logik, praktikal, realistik, dan cantik.

Allah, berikan kami semua taufiq dan hidayah.

saya hadiahkan 2 link sempoi ni buat para pembaca setia blog saya . (eheh ada ke?)

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Gaul1.html
http://luk.staff.ugm.ac.id/kmi/islam/Qardhawi/Halal/index.html



Kita bersyukur untuk beritahu yg kita ini lemah (hamba) & Dia kuat (Tuhan)

"Egokah Tuhan?"

Pada saya, Tuhan tidak ada masalah dengan ego. Kalau anda boleh mengalih gunung, memutarkan matahari & menghidupkan rumput, anda tak perlulah bersyukur!

"Egonya kita"


ALLAH..

Kita di sini bukan untuk dihukum, kita di sini untuk dididik. Setiap peristiwa ada potensi untuk mengubah diri kita. Bertindaklah dengan anggapan setiap ujian itu ada tujuan, maka hidup kita akan mempunyai tujuan.

Inilah kehidupan!





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.