Semakan Penempatan Pelatih PLKN 2014 - Online dan SMS



Semakan Penempatan Pelatih PLKN 2014 - Online dan SMS



Bagi yang terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara kumpulan 1 siri 11/2014 semoga berjaya . Untuk pengetahuan, bermula bulan Disember ini, semakan untuk mengetahui lokasi atau penempatan pelatih PLKN kumpulann 1 siri 11/2014 boleh dibuat. Untuk membuat semakan penempatan, pelatih boleh menyemak dengan dua kaedah iaitu secara online dengan melayari sistem aplikasi semakan pada pautan di bawah:


Semakan Kem Pelatih Kumpulan 1 ( Dibuka) :

SEMAKAN ONLINE PENEMPATAN KEM PELATIH KUMPULAN 1 SIRI 11/2014
Semakan Kem Pelatih Kumpulan 2 siri 11/2014 :

SEMAKAN ONLINE PENEMPATAN KEM PELATIH KUMPULAN 2 SIRI 11/2014

Semakan Kem Pelatih Kumpulan 3 siri 11/2014 :

Belum Dibuka

Semakan Penempatan Pelatih PLKN kumpulan 1 Siri 11/2014 Melalui SMS

Taip: PLKN kem >jarak<No KP anda> hantar ke 15888 atau Telefon 03-40274747


Maklumat lanjut yang berkaitan anda boleh layari laman sesawang rasmi PLKN klik sini
untuk tujuan rayuan atau penangguhan mahupun buku panduan dan lain-lain perkara berkaitan, sila klik SINI.


Semakan Senarai Nama PLKN 2014 - Online dan SMS



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Video Perkahwinan ini, Ditonton 12 Juta.


Kisah perkahwinan ini berjaya meruntunkan hati ramai setelah menonton video wedding ini. ini kisah benar perkahwinan Rowden and Leizl.

Pasangan berasal dari Filipina ini pada asalnya ingin berkahwin pada hari lahir Rowden yang ke 30. Namun takdir menentukan segalanya, Rowden disahkan menghidap penyakit cancer atau baraj tahap 4 iaitu paling kritikal.





Melihat keadaan yang semakin teruk dan tidak bermaya, Rowden memberi hasrat dan impian terakhirnya sebelum dia pergi untuk selama-lamanya. Rowden ingin berkahwin dengan Leizl dan berharap perkahwinan dipercepatkan.

Keadaan Rowden yang lemah, membuatkan family dan sahabat mengatur perkahwinan mereka dengan segera.

Rowden dan Leizl akhirnya disatukan dan berkahwin dengan keadaan yang agak meriah. Keadaan menjadi hiba apabila keluarga dan sahabat handai menangis hiba namun tetap gembira kerana perkahwinan itu menunaikan impian terakhir Rowden.

Rowden meninggal dunia 10 jam selepas berkahwin dengan Leizl.


Banyak orang melihat, perkahwinan itu indah kerana 'bahagia'.

Tetapi yang sebenarnya, alam rumahtangga itu indah kerana saling berusaha membahagiakan. Rumahtangga itu adalah alam berusaha memberi semaksima, berusaha sabar semaksima, berusaha mencari semaksima persamaan dalam perbezaan, dan berusaha mencari segala asbab untuk mencintai orang yang sama semaksima tanpa jemu, berulang-ulang. setiap hari dan setiap saat.

Rumahtangga adalah alam yang berat, maka janganlah berbual dan melihatnya dalam kegedikan, wahai anak muda beriman.

notasiku : sebenarnya share berkenaan perkahwinan ni, sebab akhir2 ni sedih tengok sahabat2 dan junior2 punya caption, status dan komen berkenaan perkahwinan.

sedih bila jiwa-jiwa pemuda berkomen, "nak kawwiiinn!". "bestnyaa kawin..", "tulang rusuk-imam-makmum". bagai. apatah lagi dalam kalangan mahasiswa deeniah.

semoga Allah pelihara kita bersama iAllah..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Video Sedih: Mesej Dari Banduan Akhir Wanita.



Memang menusuk kalbu…

Itulah yang dapat dirungkaikan selepas penulis menonton video Banduan Akhir, Mesej Dari Penjara yang ditayangkan oleh program Wanita Hari Ini (WHI), baru-baru ini.

Sofia, yang merupakan banduan akhir bakal menjalani hukuman gantung sampai mati di atas kesalahan membunuh ahli keluarga sendiri.

Kehadiran Sofia di studio WHI ternyata memberikan satu suasana yang suram dan kelam apabila mendengar rintihannya sepanjang menjalani kehidupan di penjara.

Malah, tetamu VIP pada hari itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut terharu ketika melihat Sofia dipertemukan dengan ibu bapanya dan juga anak saudara yang paling rapat dengan dirinya.

Memang sedih..

Tapi, seperti kata Ustaz Abd. Rasyid Ahmad yang turut menjadi tetamu pada hari itu, cara kematian tidak penting, yang penting adalah mati dalam keadaan beriman atau Husnul Khatimah.

Sekurang-kurangnya dengan mengetahui waktu dan tiba hari kematiannya, Sofia mungkin sudah melengkapkan dirinya dengan bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak..

Apa-apa pun kita doakan sahaja yang terbaik buat Sofia..-Sumber mynewshub.my



nota hati : Satu benda yang kita mesti semat dalam hati adalah,
setiap langkah hidup kita tak mudah.
(sebab dunia bukan syurga)

Pasti selepas susah, ada senang, dan selepas senang itu pastinya ada cabaran.

Dalam kita menghadapi sesak cabaran, sempit kesusahan, kita saling berkongsi rasa, saling mengingatkan, perkara yang kita semua ma'ruf (tahu), tapi saat kita sesak dan terhimpit, perlunya ada insan yang mengingatkan.

Supaya kalau kita terjatuh, ada yang tolong angkatkan. Kalau kita terluka, ada yang akan merawat.

Allah taala tak akan bebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu,
Kerja buat kita ialah usaha sehabis daya, tawakal setinggi-tingginya. Yakin sepenuh-penuhnya nya pada Allah.

Istighfar. Doa. Moga Allah bimbing selalu.
Tawakal. Perbaikilah segala urusan kami Ya Rabb.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jom sertai JobandCash.com.


Mari.mari...jom buat duit santai-santai...register free...modal tak perlu...tak rugi apa-apa pun kalau cuba..sila klik kt link baca dulu bagi paham baru register..

baru nak cuba... jom kongsi sama-sama..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Atas dosa apa mereka dibunuh?


Gaza diserang lagi.

Dan Gaza tidak pernah bersendirian. Rohingya belum terbela, Syria belum merdeka, Afrika apa cerita?, Xinjiang penuh rahsia dan banyak lagi ummat yang belum sejahtera.

Dalam pulun berdoa untuk maghfirah, rahmah, syurga dan kejauhan dari neraka, jangan pernah lupakan mereka. ='(

Isu palestin yang jelas. Musuh yang jelas: zionist. Mangsa yang jelas: rakyat palestin. Sejarah yang jelas. Kesannya media lekas berperanan.

Selagi pejuang syria digelar pemberontak oleh kerajaan malaysia, selagi itu banyak masyarakat berlepas tangan dengan alasan,"isu syria ni susah..kita tak tahu kisah benar..". Dan selagi itu darah akan terus mengalir. Tanpa henti.

Bila manusia jahil tapi berlagak ada ilmu,

Maka,berkatalah mereka,

"Kenapa susah-susah nak tolong orang-orang palestin nih?dah la jauh...rakyat kita pun ramai lagi yang susah."

Mereka masih buta,

Antara tanggungjawab negara dan tanggungjawab individu manusia...

Palestin,
Amanah pada bahu semua.

Minggu ini digambarkan sebagai minggu "paling berdarah" di Syria sejak revolusi bermula pada 2011. 1,700 orang telah terkorban sepanjang MINGGU INI SAHAJA di Syria. Sebahagian besar dari jumlah ini adalah orang awam, dan angka teramai terdiri dari wanita dan kanak-kanak. Akan tetapi anda tidak akan mendengar berita mengenai mereka di mana-mana media perdana, walaupun di akaun FB mereka sendiri kecuali jika mereka mempunyai rakan di Syria yang akan mengemaskini keadaan mereka dari masa ke semasa.









Atas dosa apa mereka dibunuh??!!!!

Anak-anak  ini bila besar jadi pejuang Islam. Sebab tu dorang dibunuh. Nak matikan pewaris jihad.
Pahala bagi orang Islam kan dosa pada pandangan zionist..maka begitulah terserlah ketakutan dorang sampai ngan budak kecik pon dorang takut.

YAHUDI LAKNATULLAH WA LAKNATU MALAAIKAH.




Notakaki : bahawasanya saya risau dgn boikot orang Malaysia terutama Melayu yang terkenal dengan emosi melampau.

Jumpa pencuri tabung masjid - belasah hingga mati
Kereta kena langgar sikit - menjerit ketuk kereta orang
Marah dgn McD - bakar premis! (ini yg saya duk risau)

Kita boikot dan bantah pemberian dana, bukan boikot sebab makanan itu haram. Baling MAKANAN itu atau pijak, adalah sesuatu yg diluar etika; akhlak.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.