hati dan islam.......


Faham islam dengan HATI


BERGERAK dengan kefahaman.
BERUBAH dengan kefahaman.
BERKATA-KATA dengan kefahaman.
BERTINDAK dengan kefahaman.

Sebab apa?
Semangat itu akan luntur kalau bukan dengan kefahaman..
Suara kencang itu akan hilang kalau bukan dengan kefahaman..
Tindak tanduk itu akan dilupakan kalau bukan dengan kefahaman..
Perubahan itu tidak akan kekal kalau bukan dengan kefahaman..

Nak faham guna apa?



HATI. Ya, faham dengan hati. Kenapa bukan faham dengan otak? Sebab setiap dari kita ada kepandaian yang berbeza. Zalimlah Allah, kalau otak yang digunakan untuk memahami. Mungkin ada di antara kita yang lambat faham disebabkan kurang tahap kepandaian. Tapi Allah anugerahkan kita sekeping hati, yang khasnya untuk diisi dengan cintaNya, supaya kita lebih dekat denganNya, supaya digunakan hati ini untuk memahami ayat-ayatnya juga memahami agamaNya.

“ ...Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya... “ (Al Ahzab, 33:4)


  “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan yang besar baginya di akhirat, maka dia akan diberi faham tentang agama“

Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Buka mata hati untuk kenal islam. Sebab hati itu boleh buta sekiranya tidak dipelihara. Kayu ukurnya ialah ketika kita membuat dosa yang beterusan dan diri sendiri tidak menyedarinya ia adalah dosa. Di saat diri sudah tidak boleh memilih yang mana benar dan yang mana salah, mohonlah petunjuk supaya hati itu dihidupkan kembali.

“ Sesungguhnya seorang mukmin apabila ia melakukan dosa maka terjadilah satu bintik hitam di hatinya. Jika dia bertaubat dan berusaha membuangnya (bintik hitam tersebut) maka akan selamatlah hatinya. Kalau dosanya bertambah maka hatinya akan semakin terkunci “

Dari Umar Al Khattab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Cap penutup hati tergantung di kaki arasy. Bila seseorang melanggar larangan Allah (menghalalkan yang diharamkan oleh Allah) maka Allah akan menutup hati mereka dengan cap penutup hati tersebut."

Bersihkan hati, bersihkan diri, dan kembali pada Dia yang Maha Memiliki. Sekiranya hati itu benar-benar mengenal Allah, benar-benar menjadi hambaNya, benar-benar takut padaNya, maka ia tidak akan pernah berani untuk melakukan dosa.
Semoga hati kita sama-sama dibersihkan sebersih-bersihnya supaya hati ini dapat memandu ke jalan yang sebenarnya.


Akhir kata, untuk faham islam harus guna HATI. Untuk guna HATI harus bersihkan HATI, Untuk bersihkan HATI harus tinggalkan Jahiliah dalam diri. Insya’Allah!


Selamat bermujahadah buat semua~ ^^



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
( Surah Al ‘Araf, 7:179 )




" Ya ALLAH sinarilah HATI-HATI kami dengan cahaya hidayah-Mu sepertimana Engkau menyinari semestaMu..."



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.