sungguh ana tidak dapat melelapkan mata untuk hari yg ketiga .....lepas qiam...ana tidur.....sambil kunci jam..
‘Kringg kringg’. Dengan mata yang masih diulit sisa-sisa mengantuk, ana melihat jam. Pukul 4 pagi. Terngiang-ngiang di telinga..surah al-Israa’ ayat 78,
“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari dan hingga waktu gelap malam, dan sembahyang subuh, sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”
Mengenangkan cintaku kepadaNya, ana bingkas bangun. Mengenepikan selimut seberat 8 kilogram, melawan kedinginan suhu udara...
Dalam surah Ar-ra’d, Allah ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu yang mengubah nasib diri mereka sendiri ”.
seperti diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Allah, sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (HR Bukhari dan Muslim).
Inilah ganjaran yang paling hebat yang mampu diperolehi oleh manusia iaitu mampu untuk melihat tuhan mereka di akhirat kelak. Dan antara caranya adalah dengan mengerjakan solat sebelum terbitnya matahari...
p/s-sengaja bangun awal... fb sekejap..tulis blog.... dan bersedia menemuiNYA.. oke! jom solat....