tanpa syarat??



sampai syurga..ya?

Apabila saya katakan: "Saya cintakan awak."
Itu maksudnya, saya mahu masuk syurga dengan awak.
Maka jika saya ada buat perkara yang menyebabkan kita masuk neraka,
itu tandanya, telah hilang cinta antara kita.

**********************************************************************************

Aku : saya tidak layak untuk awak.

Kau : Kenapa?

Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.

Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.

Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.

Aku : Awak terlalu sempurna.

Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Aku : Temuilah abi saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

.
**********************************************************************************

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).
.
Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:

“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”

**********************************************************************************

Dan semoga hati-hati kami ini..dengan segala rasa di dalamnya, berada dalam dalam redha dan kasihMU..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.