kucing menyerang Buaya




Kucing adalah salah satu haiwan bersifat “manja” kepada manusia yang melayan baik atau memberi makan kepadanya. Rasulullah S.A.W menasihati umatnya untuk melayan kucing sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka, iaitu memberi penjagaan yang baik kepada binatang berkenaan. Bukan sahaja dengan kata-kata, tetapi perbuatan. Rasulullah adalah contoh yang terbaik. Tingkah laku dan teladan ini menjadi begitu popular sehingga menjadi cerita yang berpanjangan sehingga ke hari ini.

Salah satu yang cerita-cerita yang paling terkenal tentang kucing adalah Muezza, kucing kegemaran Rasulullah (S.A.W), menceritakan ketika panggilan azan telah dilaungkan, Rasulullah (S.A.W) pergi untuk mengambil salah satu jubahnya, beliau mendapati kucingnya tidur di salah satu daripada lengan jubahnya.

Tidak mahu mengganggu kucing itu, dia memotong satu lengan jubahnya dan membiarkan kucingnya tidur. Apabila Rasullullah (S.A.W) kembali, Muezza bangun dan sujud kepada Nabi Muhammad dan sebagai balasan dia mengusap Muezza tiga kali. Legenda yang lain berpendapat bahawa tanda ‘M’ pada dahi kucing betina itu (Muezza) telah dicipta oleh nabi sebagai tanda dia mengusapkan tangannya dengan lembut di dahi kucing kesayangannya.

Adab dalam melayani kucing dalam Islam :

- Umat Islam adalah bebas untuk hidup dengan kucing tetapi mereka perlu menjaga kucing dengan baik, menyediakan kucing dengan air dan makanan yang cukup dan memberikan “masa perayauan” (kebebasan untuk bergerak).


- Kucing itu tidak harus dijual untuk wang atau diperdagangkan.

- Air liur kucing tidak berbahaya melainkan jika kucing mempunyai “kekotoran kelihatan” di dalam mulut

Di bawah ini saya kongsikan satu video yang memaparkan keberanian kucing menghadap buaya. Tanpa “kisahkan” badannya yang lebih kecil dibandingkan dengan buaya berkenaan, namun kucing dengan gagah menghadapinya sehingga buaya itu mengalah. Di sini kita boleh mengambil ikhtibar (pengajaran) untuk dijadikan sebagai motivasi di kala kita terasa putus asa.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.