Perempuan Yang baik dan Facebook.




Bila seseorang wanita post gambarnya di Facebook, kemudian ada orang comment, "Cantiknya awak.""Waah.. Comelnya", "isyh keibuannya wajah" atau apa2 yang seertinya dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?. 


Biasanya ramai wanita yang menjawab "Thanks", 
"Terima kasih" atau "Alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa2 aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?

Menurut pendapat saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut daripada Facebooknya, tanpa sebarang komen lagi.

( dikopipes dari fb Ustaz Zaharuddin Abd Rahman )



**********



"All human beings have three lives: 
public, private, and secret."


Akaun blogger secara jujurnya walaupun awal penulisan dahulu adalah untuk saya sendiri, tetapi nampaknya hari ini sudah tidak boleh lagi. Maka setiap tulisan akan ditapis sebelum dipost, agar apa yang ditulis memberi manfaat kepada pembaca iAllah.


saya ada Dua Akaun Facebook .Begitu juga akaun facebook yang semestinya tiada privacy untuk bercerita hal peribadi. Malah ummi akan menegur jika ada apa-apa status mahupun tulisan di blog yang kelihatannya tidak bermanfaat. Teguran itu sangat bagus kerana membantu saya untuk memperbaiki peribadi agar tidak hanya hidup untuk diri sendiri.


Maka atas faktor itulah saya deactivekan akaun facebook saya yang lagi satu dan memprivatekan instagram sebagai wadah untuk saya yang tidak matang ini bersuka ria bercerita itu ini. Lol.


Justeru, saya memohon maaf kepada semua yang saya declinekan request mereka bagi kedua-dua akaun ini. Harap dapat dimaafkan dan menghormati privacy saya. Terima kasih.
lagipun dah tak boleh add dah limit huh!.


-Serius jujurnya saya bersetuju dengan teguran dan pandangan mereka terhadap tabiat bekongsi cerita-cerita yang pelbagai buat tatapan umum. Lantaran ada cerita kategorinya ialah secret tetapi apabila kita menjadikannya public, maka tidak mustahil boleh membuatkan orang lain berasa jengkel dan memandang serong.


Memang kita punya hak untuk diri kita sendiri. Tiada sesiapa yang menafikan. Namun perlulah kita memahami kategori-kategori cerita tersebut dalam kehidupan kita. Jika cerita tersebut merupakan private atau secret, seeloknya ceritakanlah dengan penuh suka ria seorang diri di akaun private yang seakan-akan diari kita. =)


Dan jika suatu hari saya tersilap, tolong ingatkan saya ya!

okbai.nak tidur.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 comments

21 Oktober 2012 pada 12:19 PG

3rd..

21 Oktober 2012 pada 12:21 PG

errr..saya lelaki yg baik..okbai nak tido jugak :p

21 Oktober 2012 pada 1:00 PG

sy lalu -lalang sini ....baca entry ni sgt best..btul tu..:) mmberi pgjran kpd sy juga..kdg2 sy pun ter'emo' dan suka post mcmm..T_T..smoga sy semakin matang dlm penulisan..:)

21 Oktober 2012 pada 1:15 PG

ala nak tido dah ker huhuhu... pada pendapat ana pula, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah dengan tidak upload langsung gambarnya di facebook, so tiada org tengok, tiada org komen... maafkan saya jika salah...

21 Oktober 2012 pada 1:23 PG

@Encik H alhamdulillah kalau begitu.

21 Oktober 2012 pada 1:23 PG

@Cik Lyeen singgah tau.. insya allah.

21 Oktober 2012 pada 1:24 PG

@Prince of Noob sohih jiddan akhy. :)

21 Oktober 2012 pada 1:49 PG

jgn dengki kpd org cantik

KLIK Pakatan diminta menyokong 'Tuntutan Johor'

21 Oktober 2012 pada 1:54 PG

@new hope insyaallah.. alhamdulillah..allah masih tutp aib2 kita.

rupa diantara 4 fitnah akhir zaman pada wanita.

21 Oktober 2012 pada 6:16 PG

terima kasih awk post ni.. ;) banyak benda yg perlu sy perbaiki jugak.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.