UPDATED (VIDEO) FIZZ FAIRUZ : Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.




Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Photobucket


Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Photobucket
Fizz Fairuz & Azlyn Massiela


Gambar: Majlis Pertunangan Fizz Fairuz & Azlyn Massiela hanya bertahan seminggu.

Majlis pertunangan mereka di’khabarkan telah berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang pada 10 Februari 2013 yang lalu.

sumber 

gambar ustaz don bertunang
kata ustaz Don,
‘Bertunang diam-diamkan, Bernikah perlu dihebah-hebahkan

Mari menyahut seruan itu.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


8 comments

20 Februari 2013 pada 8:27 PG

pulak dah.... macam-macam...

20 Februari 2013 pada 8:42 PG

kesian kat fizz...

20 Februari 2013 pada 8:45 PG

@Ibu Amirul doa orang di zalimi di maqbulkan ALLAH.

20 Februari 2013 pada 8:49 PG

apa nak kata..balasan Allah..

20 Februari 2013 pada 8:51 PG

selama setahun dia berkawan tu..langsung dia tak sedar kan...kesian dia ditipu begini...

20 Februari 2013 pada 9:03 PG

mcm2..

20 Februari 2013 pada 10:56 PG

Astaghfirullah..

20 Februari 2013 pada 12:22 PTG

hukum karma kot :P

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.