Teman Lelaki Wanita Campak Bayi Juga Dicari Polis.



bayi dibuang dari tingkat tiga..apalah salah bayi tu..hidup kat dunia pun baru berapa minit..terus kena macam tu..


nauzubillah.


SHAH ALAM : Polis sedang mengesan teman lelaki wanita yang disyaki mencampak bayi perempuannya dari tingkat tiga, Blok 1 Flat Desa Mentari Petaling Jaya dekat sini Ahad lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk merakam kenyataan lelaki tersebut bagi membantu siasatan, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, Selasa.

“Setakat ini kita sudah memanggil beberapa individu termasuk jiran suspek bagi tujuan rakaman percakapan,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan kes seorang pekerja kilang yang didakwa mencampak bayi perempuannya sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan.

Wanita yang belum berkahwin dan berusia 20-an itu dilaporkan melahirkan bayinya secara bersendirian ketika semua anggota keluarganya tiada di rumah.

Dia ditahan reman sehingga 23 September ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yangmemperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Adnan juga mengesahkan pihaknya ada menerima dua laporan mengenai bendera kontroversi Sang Saka Malaya yang digantung di negeri itu pada 14 September lepas.

Satu kes masing-masing dilaporkan di Shah Alam dan Banting pada tarikh yang sama dan setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan belum ada tangkapan dilakukan ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tenpatan mengenai bendera itu yang kelihatan dikibarkan di beberapa kawasan di Selangor termasuk di atas Bulatan Megawati, Seksyen 20, di sini baru-baru ini.

Bendera itu mula dikibarkan beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas yang didakwa bakal menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa. -BERNAMA

**Perempuan ini sepatutnya didakwa kerana membunuh tetapi teman lelaki dia yang rajin berzina lepas tu cuci tangan pun harus didakwa di bawah apa-apa kesalahan yang difikirkan sesuai. – MyNewsHub

******

Saya ingin mendapat pandangan para readers yg comel lagi kacak yang budiman sekalian tentang isu ini

ambil contoh jika perkara ini berlaku dalam keluarga anda (nauzubillah..)
apakah tindakan anda semua keatas contoh;adik perempuan yang mengandung
di luar nikah .

andai kata terjadi dalam keluarga sendiri..(nauzubillah jauhkan)...
jangan terus salahkan penzina.. memang betul itu salah mereka..
tapi cuba kita reflect balik kenapa itu semua boleh terjadi..
mungkin sebab kelalaian kita mengabaikan mereka..
dan kelalaian kita dalam tidak memantau aktiviti mereka. Awasilah saudara2 terdekat kita..

moga dijauhkan dari kita..
ameen ya Rabb,,
allahu a'lam.


*Kalaulah Fatimah yang mencuri maka Aku sendiri akan memotong tangannya...(Nabi SAW)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

19 September 2012 pada 7:55 PTG

nauzubillah..
teruknya.. takkan tiada family mereka yg perasan dia mengandung?
:(

19 September 2012 pada 8:02 PTG

@Everything's Everythings mungkin hidup jauh dari keluarga.

19 September 2012 pada 8:22 PTG

betul.. kes ini terjadi kerana mereka takut mereka tiada tempat berlindung selepas ini..

19 September 2012 pada 10:07 PTG

sebenarnya.. hukuman utk mereka yang ditangkap basah dan berkhalwat sepatutnya diberatkan lagi. hukuman sebatan. sekarang ni, dorang berani buat maksiat sebab hukuman bagi mereka sangat2 ringan. denda dan juga penjara sahaja. kalau hukuman berat, ada siapa berani nak buat maksiat?

20 September 2012 pada 2:20 PG

salah mmg salah, tp bila da terjadi. jd ditekan2 dan buat dia tertekan. bagi motivasi. mungkin dia akan berubah. :)

20 September 2012 pada 6:26 PG

tahu malu dengan tutup tudung tu..tapi masa buat maksiat tak tahu malu pulak..sebab tu la anak2 dari kecik lagi kena ade didikan agama..bila besar kalo diorang terfikir nak buat maksiat pun masih dapat beza antara halal dan haram..insha allah, selamat.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.