belajar untuk sayang..



dari hari ke hari ana belajar untuk sayang..,
ianya bukannya diperolehi dgn mudah.... semudah abc?? tidak..
 *****************
Waktu kecil
dahulu kita ni pantang dimarah ummi.

Kalau dimarah sahaja, berjalan kita ke bilik sambil dihentak-hentak kaki ke bumi. Mahu saja bumi terkoyak memuntahkan isi tanahnya kerana hentakan yang terlalu kuat...
*mulalah ummi nak menjeling dan abi...urmm ta sempat nk tengok reaksi dia... :)
Laceration dalam bahasa forensiknya.

Di bilik, katil double decker pula ditendang-tendang dari bawah. Biar meletup-letup bilik... *ana ke nie..buwok betul pangai...
Tak cukup, maka diambil buku kanak-kanak, atau baju ke yg boleh diconteng2. Dihiasi pula dengan kata kesat.
masya allah....Sungguh luar biasa pemikiran anak ini... *tewoknye...huhuhu...

************************************************
Asrama Harian

 Tidak lagi dikawal ibu mahupun abi dan ummi just senang menghabiskan masa disini.

Apapun, waktu melawat adalah heaven bagi ana. Rasa seronok setiap kali dilawat. Entah mengapa, semangat yang luntur bagai dicas semula...sebabnya ummi bawak bekal yg sedap2... alhamdulillah....

Tetapi, budak kurang matang macam kita ini tetap buat hal. Pantang ditegur, muka selenga dijaja.

Hal yang begini memang amat mendukacitakan ummi. Manakan tidak, perjalanan ke madrasah ini bukan dekat. 2 marhalah kiranya jika pergi dan balik.

Maka di malam hari, berendam air matalah kita....
Mengenang fe'el sendiri yang entah apa-apa...... *oh maafkan anakanda!!


***************************************************
Asrama penuh

Mujur, keputusan kita baik. Maka kita berhijrah ke madrasah lain. Madrasah ini lebih hebat kurungannya.

Jika hampir musim imtihan, boleh jadi sebulan setengah kita tidak menjenguk rumah.

Tetapi abi dan ummi masih menziarah. Tidak pun alah pada jarak yang jauh.
Pada masa inilah kita belajar mencium pipi ayah dan bonda, melepas rindu..... * tis one is the tacing part siyesly...

Amalan yang tidak kita lupakan sehingga kini....
 **************************************************************

bulan jan 2010/11....
Lain orang lain jawapannya.

Jarak beribu batu, maka ana lebih kerap menggunakan sms untuk berhubung.
Di sinilah ana belajar menggunakan perkataan 'sayang'.
Perkataan yang ditulis untuk menggambarkan kerinduan.

Pelikkan. Dulunya lain.
Tiada lagi kata-kata kesat yang diconteng pada kertas.

Ana mula belajar adab dalam kata-kata dan muamalat dengan orang sekeliling.

Ana belajar untuk sayang. Ia tidak hadir dengan sendiri.
Sesuatu yang mengambil masa.

Moga rasa ini tidak terhenti bahkan makin bertambah hendaknya.....

seterusnya... 2012... 

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

Tanpa Nama
7 Februari 2012 pada 2:27 PG

belajar utk kasih..:)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.