Seorang ulama di Tunisia menggesa agar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, Amina yang bergambar bogel dalam Facebook dikuarantin dan direjam dengan batu bagi mengelakkan perbuatan berkenaan menjadi `wabak’.
Ulama Gesa Amina Direjam Sampai Mati
Alami Adel, yang mengetuai Suruhanjaya Mencegah Maksiat berkata, berdasarkan hukum Islam, Amina perlu dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali.
Namun disebabkan kesalahan yang dilakukan adalah serius maka dia perlu direjam sampai mati.
“Dia seperti seseorang yang sakit,’’ katanya.
Amina yang juga anggota kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.
Pada badannya ditulis perkataan Arab bermaksud `Badan saya milik saya’.
Dia sebelum itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke hospital psikiatrik di Tunis.
Menurut media Tunisia, sabit kesalahan, Amina boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan didenda antara $60 hingga $600 dolar.
Tindakan Amina yang tidak bermoral itu telah dikecam banyak pihak malah ada yang mengancam akan membunuhnya.
Dalam pada itu, Khamis lalu, Facebook FEMEN telah digodam dengan gambar-gambar tidak senonoh itu telah digantikan dengan ayat-ayat Al-Quran.
“Syukur pada ALLAH kerana kami berjaya menggodam laman web tidak bermoral ini. Lebih banyak yang akan menyusul,’’ itu mesej yang diletakkan oleh penggodam dikenali sebagai `al-Angour’.
FEMEN merupakan sebuah pertubuhan yang berpengkalan di Ukraine dan ia menghimpunkan wanita untuk melakukan protes dalam keadaan bogel dengan alasan memperjuangkan hak-hak wanita.
- SUMBER
3 comments
giler!~
FEMEN yang salah!..sila banned FEMEN!
sekarang ni macam-macam ancaman akidah!!!