VIDEO ZULKIFLI NOORDIN HINA AGAMA HINDU.


PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu.


Naib Presiden PKR N Surendran (kanan) berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube.

"Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran.

Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu bawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.

Perbualan dengan penjual berhala

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di satu surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran Wisma Yakin, Kuala Lumpur.



Kedai berhala itu kata Zulkifli baru sahaja dilanda banjir dan berhala-berhala yang dijual turut rosak.

"(Saya tanya) Sama Tuhan pun kena ke? Tuhan pun kena, dia (penjual berhala) kata.

Apa macam Tuhan boleh kena? Itu Tuhan, patut dia Tuhan tahu (perkara yang berlaku).

"Apa pasal anne(abang) tak atur Tuhan anne (abang) depan kedai, kata 'woo! Air stop!' Pergi itu kedai mamak sana kasi banjir, ini Tuhan punya kedai. Apa pasal tak ada bikin itu macam? Tuhan patut tolong sama kita.

"Kalau Tuhan air pun tak boleh tahan, apa lagi dia nak bagi? Air pun tak boleh tahan ke? Tahanlah itu air.

"Dia kata apa dekat saya? Dia kata, "Heydey thambi (adik)! Mana boleh, itu batulah. Dia pun tahu, dia marah kita pula," kata Zulkifli dalam video itu

sumber

notakaki-Sebuah negara dibina oleh rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap orang memerah keringat dan memeras otak untuk membangunkan negara. Tidak salah jika kita sama-sama bekerjasama dalam menentukan hala tuju negara ini. Jangan ada rasisma atas nama agama.

Di Malaysia, semuanya bergantung kepada budi bicara. Nak jadi menantu, hanya dengan budi bicara. Nak dapatkan projek lembu, hanya dengan budi bicara. Nak selesaikan kes Lahad Datu, hanya dengan budi bicara. Dan terbaru, nak jadi PM Malaysia, hanya dengan 7 kerusi, duduk semeja dan budi bicara. Mudah sungguh hidup. Tak perlu berjihad, berdakwah dan bersusah payah. Semuanya bergantung pada budi bicara dan duduk semeja.

Orang gila takkan mengaku dia gila, orang jahat takkan mengaku dia jahat. Orang baik takkan mengaku dia baik kerana dia tawadhuk. Orang yang berwibawa takkan mengaku dia berwibawa. Ayuh, undilah Pakatan Rakyat untuk dasar negara berkebajikan yang berwibawa.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.