Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan;
“Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).
Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan;
“Temanku (yakni Rasulullah SAW) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;
1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.
2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.
3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Hari Khamis boleh puasa sunat hari khamis pulak
Tanda cinta kita pada Rasulullah saw.
Oh, nak belanja makan orang berpuasa pun dapat pahala yang sama,
sila-sila, jemput hantar makanan ke rumah.
Jangan lupa sebarkan kasih sayang.
Pagi tadi Allah izinkan untuk bersua bersama adik beradik.
Dalam keheningan Subuh, kami berkongsi
Bersama tadabbur ayat-ayat Allah taala.
Jangan rasa lemah, jangan rasa sedih,
Sesungguhnya kamu orang yang tertinggi kalau kamu beriman,
Kalau kamu luka dalam perang Uhud, mereka juga luka dalam perang Badar.
Allah gilirkan antara manusia saat jatuh dan bangun
untuk apa?
*Supaya jadi pengajaran
*Supaya nyata orang beriman atau tidak
*dan jadikan sebahagian dari kamu syahid.
Saat sahabat berkongsi ayat ini, rasa sebak dalam hati.entah kenapa.
Moga kita kuat hadapi cabaran dan mehnah kehidupan.
InsyaAllah minggu depan kita recharge Iman kita lagi.
---------------------------------------------------------------------------
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers.
إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ
الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ
مِنكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
If a wound should touch you - there has already touched the [opposing] people a wound similar to it. And these days [of varying conditions] We alternate among the people so that Allah may make evident those who believe and [may] take to Himself from among you martyrs - and Allah does not like the wrongdoers -
Jangan lupa taklifat ;)
Dulu disekolah, kita diseru untuk sentiasa memberi salam kepada orang yang kita temui.
Kepada tukang bersih sekolah, tukang masak, sahabat-sahabat, senior junior (sejantina),cikgu-cikgu sehinggalah kepada pelawat yang datang ke sekolah.
tapi budaya tu makin pupus di alam universiti, (disini)
Pernah satu ketika saya memberi salam kepada mak cik yang sedang membuang sampah,mak cik tukang bersih universiti .
dan ternyata riak wajah mak cik itu menampakkan dia sangat teruja dan terharu dan mendoakan saya dengan banyaknya.
"Moga Allah kurniakan kamu kejayaan pada kamu, moga Allah memelihara kamu..."
Hanya satu salam, mungkin dah cukup buat dia gembira.
Buatlah kebaikan walaupun kecil, kerana kita tak tahu mana yang diterima.
Doa mak cik mungkin lebih diterima, yang amanah dalam menunaikan tugasnya,
seawal pagi pun sudah mula menjalankan tugas, kita tak tahu,
sedang kita pelajar ijazah, bakal masuk bidang professional kononya,
tapi sayang, kita masih lagi tak menjaga waktu dan amanah.
Belajarlah dari orang sekeliling kita, bukan sekadar orang, tapi setiap perkara yang ada disekeliling kita.
Jom, sebarkan salam :)

notahati- Dulu bila malam-malam panas,
ummi selalu cakap
"Ni panas-panas ni, nak hujan ni"..
ummi selalu cakap
"Ni panas-panas ni, nak hujan ni"..
andai hujan malam ni nak doa banyak-banyak..