INSIDEN LAHAD DATU Peguam Negara- Lebih Ramai Akan Didakwa Berhubung Pencerobohan Pengganas Sulu Di Lahad Datu




PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan lebih ramai akan didakwa berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah suspek terbabit atas alasankeselamatan.

“Sudah tentu ada lagi yang akan didakwa,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini, sambil menambah siasatan berhubung kes itu harus dijalankan secara ketat dan teliti kerana pihak berkuasa tidak mahu melakukan pendakwaan terhadap mereka yang tidak bersalah.

Mengulas penahanan komander kumpulan pengganas Sulu Datu Amir Bahar HushinKiram di Semporna pada Sabtu, Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara akanmeneliti perkara itu.

Beliau juga berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan untukmengekstradisi pemimpin kumpulan bersenjata pengganas Sulu itu, Jamalul Kiram,kepada kerajaan Filipina.

“Ya, saya akan mengemukakan permohonan ekstradisi… Sudah tentu kami akanmemburu dia… terutama bagi kesalahan dalam kes seperti ini,” katanya ketikadisoal sama ada kerajaan akan mengemuka permohonan itu terhadap Jamalul Kiramyang memegang kewarganegaraan Malaysia.

Abdul Gani juga berkata lapan suspek yang didakwa di Mahkamah Tinggi Tawauatas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong danmenganggotai kumpulan pengganas, bukan rakyat Malaysia.

Mengulas dakwaan beberapa nama dalam kertas pertuduhan sebenarnya milik individu yang sudah mati, Abdul Gani berkata jika perkara itu benar, “sudah tentu tertuduh tidak akan menyahut ketika namanya dipanggil semasa mahkamah bersidang.”

“Sebagai contoh, seorang tertuduh yang bernama Hooland, saya boleh ingatnamanya kerana ia agak pelik, dikatakan sudah meninggal dunia namun dia menyahutketika mahkamah memanggil nama itu,” katanya.

Abdul Gani berkata beliau juga memohon agar mahkamah tidak merekod pengakuan tertuduh kerana beliau akan mendapatkan nasihat daripada Kedutaan Filipina berhubung bantuan perundangan.

Katanya, beliau juga sudah menghubungi Persatuan Undang-Undang Sabah danMajlis Peguam dalam usaha menyediakan bantuan perundangan kepada tertuduh.

“Jika kita ada muslihat, kita boleh ambil sahaja pengakuan mereka. Malah, ketika prosiding mahkamah, seorang daripada mereka berkata dia diupah untuk melakukan perkara itu. Kenyataan itu boleh diambil sebagai pengakuan bersalah dan dia boleh dihukum penjara, namun saya enggan menerima pengakuan itu,” katanya.

Peguam Negara berkata pendakwaan ingin berlaku adil ketika melaksanakantugasan mereka.

Meskipun di pihak pendakwaan, Abdul Gani berkata beliau percaya hak tertuduhsebagai seorang individu harus dipelihara.

Menyentuh sama ada peguam dari Majlis Peguam Malaya boleh mewakili tertuduh,Abdul Gani berkata mereka boleh memberi bantuan serta nasihat perundangan selainmendapatkan kemasukan secara ad-hoc ke majlis itu untuk kes tertentu.

Beliau berkata bilangan peguam dari Persatuan Undang-Undang Sabah yangmengendali kes jenayah adalah terhad.

“Jadi, saya meminta bantuan Majlis Peguam dan mereka (Majlis Peguam dan Persatuan Undang-Undang Sabah) sudah berbincang berkaitan perkara ini,” katanya. -BERNAMA


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

26 Mac 2013 1:45 PTG

biler la nak selesai...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.