UPDATED LAHAD DATU [VIDEO]:SEORANG LAGI KOMANDO VAT 69 DIBAWA PULANG.


Anggota Komando VAT69 Yang Cedera Dibawa Pulang Ke Perak






Video Perkembangan Semasa 2 Orang Anggota Keselamatan Ditembak Di Sabah


ANGGOTA PGA YANG CEDERA STABIL, DIRAWAT DI HOSPITAL DI SANDAKAN

Sandakan, 10 Mac - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang
cedera dalam serangan berselang-seli di Kampung Tanjung Batu, dekat sini malam semalam dilaporkan dalam keadaan stabil.

Anggota Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol yang ditemui selepas melawat anggota terbabit di sebuah hospital di sini berkata kedua-dua mereka kelihatan sihat dan sedang menerima rawatan susulan.

"Kedua-dua anggota itu kelihatan sihat, keadaannya okay dan sedang menerima rawatan daripada doktor. Rakyat Sabah terhutang budi kepada pasukan keselamatan dan mendoakan mereka cepat sembuh," katanya.

Sementara itu ketika ditemui di luar Wad Ortopedik hospital itu, seorang anggota keluarga terdekat Kpl Affendi Rusli, iaitu seorang daripada anggota PGA yang tercedera, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ibunya sebelum bergegas ke hospital.

Beliau, yang enggan identitinya dikenali, bagaimanapun tidak dibenarkan melawat Affendi, namun difahamkan anggota dari Batalion PGA Miri itu dihantar ke hospital pada 8.30 pagi dan menerima rawatan daripada doktor pakar.

"Saya dimaklumkan keadannya stabil, boleh makan dan sedang dirawat oleh pakar," katanya.

Tinjauan Bernama di hospital itu mendapati pasukan keselamatan membuat kawalan ketat dan tiada sesiapa dibenarkan melawat anggota berkenaan, kecuali individu tertentu.

Dalam kejadian berbalas tembakan antara 8 malam semalam hingga 4 pagi ini, dua anggota PGA itu mengalami kecederaan di betis dan paha. - BERNAMA

Isu Lahad Datu sebenarnya medan untuk menyatukan ukhwah rakyat Malaysia. Ke tepikan fahaman partisan sekejap, ayuh berganding bahu selamatkan tanah air tercinta!

Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan keluar kepada musibah ini. Sungguh, kami tidak mampu berbuat apa-apa melain dengan bantuanMu. 

Kepada parajurit: Kami sentiasa mendoakan keselamatan kalian. Teruskan membela keselamatan negara.
Semoga Allah lindungi mereka anggota keselamatan di sana.
Ameen..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

11 Mac 2013 pada 9:35 PG

Kesiannya...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.