UPDATED LAHAD DATU Ops Daulat 12 Mac 2013[VIDEO]:OPS DAULAT Satu mayat telah dikeluarkan semalam dari Tg Batu menjadikan jumlah 23 orang Disahkan Jeneral yang terkorban adalah Hj Musa.


Satu Mayat Pengganas Dikeluarkan Lagi Di Kampung Tanjung Batu



Seorang lagi pengganas ditembak semalam. Jumlah terkini adalah 54 orang pengganas yang sudah ditumpaskan.


TERKINI Ops Daulat DARI LAHAD DATU 12 MAC 2013

12.40 tgh hari - Gambar-gambar Ops Daulat


TERKINI :

Satu mayat telah dikeluarkan semalam dari Tg Batu menjadikan jumlah 23 orang

Disahkan Jeneral yang terkorban adalah Hj Musa


Inilah Wajah Jeneral Haji Musa yang ditembak mati Tempoh Hari..


LAHAD DATU - Pasukan keselamatan percaya 15 anggota penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanduo 1 Mac lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, sehubungan itu polis akan memeriksa semula kawasan kubur yang ditemui di kampung itu pada 6 Mac, yang turut menyaksikan polis menemui 12 mayat penceroboh.

"Sebelum ini kami jumpa sembilan mayat di dalam sebuah kubur dan berdasarkan maklumat baharu itu, kami percaya terdapat kubur lain di kawasan itu," katanya pada sidang akhbar pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, polis tidak akan mengeluarkan mayat-mayat di dalam kubur itu kerana ia telah mereput.

Sementara itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mengeluarkan satu lagi mayat dari Kampung Tanjung Batu semalam, menjadikan 23 jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan setakat ini.

"Saya juga sahkan satu daripada 23 mayat itu ialah seorang jeneral dikenali sebagai Musa yang mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan dalam tempoh 24 jam lepas.

"Tumpuan Operasi Daulat yang masuk hari kelapan hari ini ialah Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai agar membantu pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat untuk membanteras kumpulan pengganas militan yang berkubu di Kampung Tanduo sejak 12 Februari lepas.

Sejak insiden pencerobohan pengganas itu, lima anggota polis cedera manakala lapan lagi terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac. - Bernama

sumber SINI

Tangkai Kebal Ditemui Pada Mayat Pengganas Kiram





54 Orang di Tembak Mati Bukti Mereka Tidak Kebal dan "Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita,"-Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohammed Yusoff




Kubur yang ditemui sebelum ini yang menemui 9 mayat pengganas, tetapi 15 orang sebenarnya yang terdapat di dalam kubur tersebut.









12.00 tgh hari


- Serbuan dilakukan oleh PDRM di Kg. Bangau-Bangau pada 6 pagi tadi telah menahan 4 suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas


- serbuan itu berdasarkan maklumat penduduk tempatan


- mereka telah dibawa ke IPD Semporna untuk siasatan lanjut


- TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tiba di Felda Sahabat 16, Lahad Datu pagi.

- satu mayat telah dikeluarkan semalam dari Tg Batu menjadikan jumlah terkumpul pengganas yang terbunuh ialah 23 orang

- Disahkan Jeneral yang terkorban adalah Hj Musa

- Dr Marzuki dari unit Forensik dan pasukannya telah kembali ke kubur tersebut di mana didapati bukan 9, tetapi 15 orang sebenarnya yang terdapat di dalam kubur tersebut.

- Dipercayai juga ada kubur bersebelahan dengan kubur pertama yang ditemui sebelum ini

- Mangsa yang terbunuh adalah pada 1 hb Mac yang lalu







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

12 Mac 2013 pada 3:40 PTG

Semoga Lahad Datu kembali aman seperti sediakala

16 Mac 2013 pada 11:51 PTG

tq. Sbnrnya, kasihan semua..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.