KUALA LUMPUR – Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.
Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.
Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.
Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.
Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.
Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.
******
CARA-CARA TOLONG REPORT FACEBOOK ARWAH.
mula-mula tekan link ni : https://www.facebook.com/help/contact/?id=305593649477238
Nama: Khadijah Sheab
Email: Loser.gila96@yahoo.com
PROOF OF DEATH : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
AL-FATIHAH.
7 comments
Cerita tu semua tak betul. cerita yg betul hanya org yang ada di tempat kejadian. KOSMO merepek je semua tu.
nauzubillah.. al-fatihah buat arwah.
nauzunillah..mcm2 budak zaman sekarang ni..
Al-fatihah buat arwah..
husna dah report..=)
Al fatihah..
Owh ni ka ceritanya...
Err pasal BE tu akak x la pandai sgt dik..akak cuma selalu update survey kat blog manager ngan hantar tiket kt nuff pastu byk bw..tu ja..rezeki kot.. Alhamdulillah
Saya pernah alami benda yang sama bila wartawan buat cerita salah.
Kematian arwah cikgu saya betul2 berlaku di sekolah dan semua orang tahu kisah benar. Tapi lain suratkhabat lain informasi (APAKAH?!)Sejak tu, apa yang ada dalam suratkhabar saya memang tak akan ambil bulat-bulat.
Moga mereka yang sering menulis cerita tak betul tu mendapat hidayah dari dia yang satu.