dulu-dulu, pernah saya berfikir dalam hati,
'bakpelah Allah tak buat aku hidup zaman Rasulullah? kalau hidup zaman tu, boleh aku berjuang dengan Rasulullah, boleh lindungi Rasulullah dengan badan sendiri, boleh ikut perang dengan Rasulullah, sampai dijanjikan syurga'
tapi, tak lama lepas tu, Allah bagi jawapan melalui kata-kata seorang ukhti (saya tak tanya pun),
'kita diciptakan pada waktu ini, dalam masyarakat ini, dengan posisi ini, kerana ada tanggungjawab yang kita perlu tunaikan. Allah berikan kita kedudukan paling sesuai dengan kemampuan kita untuk bantu Islam. dan kalaupun kita dicipta di waktu dan zaman yang lain, belum tentu Allah berikan kita nikmat Iman seperti yang Allah berikan pada kita sekarang'
saya rasa macam Allah cakap direct dengan saya ^^
ingat kita di sini, dalam posisi ini, kerana Allah taklifkan. tak kira sebagai pelajar, ajk persatuan, ahli beit, atau apa sahaja kedudukan kita.
muhasabah diri. kita punya tanggungjawab!!
* Bersyukurlah dengan nikmat Islam dan Iman yang ada sekarang. Kita belum tentu Islam dan beriman andai dihidupkan pada zaman Rasulullah saw.
Abdullah bin Abbas berkata:
"Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah, cahaya di hati, kelapangan dalam rezeki, kekuatan badan dan perasaan cinta di hati."
"Sedangkan dosa itu mendatangkan kesuraman pada wajah, kegelapan di hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan kebencian di hati manusia."
3 comments
^,^
:)