sengaja atau tak sedar...??





Ketika solat jemaah sedang berlangsung:

Makmum A:Cantiknya baju imam.

Makmum B:Syhh kita tengah solat la.

Makmum C:Weh,batal la solat korang.


Kesimpulannya, sama je semua. Solat mereka batal kerana sengaja bercakap dalam solat.

Ibarat seorang sahabat kita tengah buat dosa, mungkin dia tinggal solat, mungkin dia dedah aurat, tapi kita di belakang dia, mengumpat dia, mengumpat orang ni, mengumpat orang tu. Keji dia di belakang, baik di depan dia. Sebenarnya sape lagi teruk, kita atau dia?

Kebanyakan kita nampak kesalahan orang, tapi tak sedar diri sendiri juga sedang berbuat kesalahan, dan tidak mahu akuinya.

Allah beri azab dengan kita rasa panasnya rumah ni, kita anggap sebab sahabat serumah kita ni yang buat dosa, tapi kita tak sedar, kita pun ada buat dosa.

Sama-sama muhasabah diri. Jangan anggap kita suci dari dosa, hinggakan kita sanggup makan darah daging saudara seIslam kita sendiri. Na'udzubillahi min dzaalik.


"Ya Allah, jauhilah kami dari dosa mengumpat, tetapkanlah iman kami. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Berikanlah hidayah-Mu, petunjuk-Mu pada kami serta sahabat-sahabat kami yang tinggalkan suruhan-Mu."

"Ya Allah, janganlah Engkau azab kami, bantulah kami, peliharalah kami. Ampunilah segala dosa-dosa kami. Perkenankanlah doa ini ya Allah. Amin ya Rabbal 'alamin."

^^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.