salam untuk mu yaa...rasulullah.....
"adakah anda mencintai Rasulullah?"
Jawapannya sudah pasti "Ya, sudah tentu"
tapi sejauh mana kebenaran kata2 mereka?
Itulah yang masih kita tertanya-tanya,
Jadi inilah tema yang ana akan bawa dalam tema post kali ini,
Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
ana mulakan post kali ini insyaALLAH...
ana amat tersentuh dengan sirah Rasulullah
yang telah pergi ke "Taif" untuk berdakwah,ana pasti bahawa pembaca2 mesti pernah mendengar kisah ini,
dan mungkin lebih memahami kisah ini lebih daripada ana sendiri,
Tetapi apa kata kita sama2 kembali menyelami sirah ini,
agar sama-sama dapat renungkan dan mendapat iktibar pada cerita ini.
Peristiwa Taif
Pada awal kerasulan Rasulullah s.a.w. Baginda pernah ke Taif semata-mata untuk menyampaikan risalah dakwah yang telah diamanahkan Rasulullah s.a.w. kepadanya. Baginda dengan penuh ketaqwaan seorang diri telah ke sana tanpa sebarang ketakutan terhadap makhluknya. Cuba antum bayangkan, seorang manusia yang paling mulia disisi ALLAH seorang diri terpaksa telah berjalan seorang diri berbatu-batu tanpa ada sebarang perasaan su3uzzahn (bersangka buruk) kepada ALLAH s.w.t.
Ok, kita teruskan cerita, jadi dalam perjalanan Rasulullah yang berbatu-batu dari Makkah ke Taif itu. Rasulullah s.a.w. telah terserempak dengan sekumpulan penduduk Taif itu dari kalangan kanak-kanak dan orang tua(wallahu a'lam). Kerana mereka telah mengetahui bahawa Rasulullah akan datang ke Taif untuk berdakwah, jadi mereka membuat perancangan untuk menyekat Rasulullah daripada sampai ke Taif.
Mereka telah berkumpul dan melemparkan batu kepada kekasih ALLAH yang amat kita cintai ini hingga berdarah. Diriwayatkan bahawa Darah Rasulullah s.a.w. mengalir terlalu banyak sehingga bertakung dalam sepatu baginda. "MasyaALLAH besarnya pengorbanan baginda". (Bayangkan kita pada hari ini hanya dengan kutukan atau ejekan sahaja, kita sanggup memberhentikan usaha dakwah kita, sejauh manakah kita mencontohi Rasulullah dan sejauh mana juakah cinta kita kepada Rasulullah hingga kita sanggup meninggalkan sunnah baginda ini, sama2lah kita fikirkan).
Baginda dengan sedihnya kemudian bergerak pulang ke Makkah dengan kesedihan yang amat sangat kerana dakwahnya kali ini disekat begitu sahaja oleh penduduk Taif. Dan dalam perjalanan baginda dengan kesedihan yang begitu sekali, Baginda telah terserempak dengan malaikat. Malaikat telah menawarkan untuk menterbalikkan bukit yang ada disitu lalu ditimpakan ke atas mereka.
Rasulullah dengan tegasnya berkata "Tidak, sesungguhnya jika mereka tidak mahu beriman, mungkin anak2 atau cucu-cucu atau keturunan mereka suatu hari akan beriman ".
Peristiwa Selepas Perang Uhud (Cinta Rasulullah)
Kekalahan di Perang Uhud amat memilukan hati setiap muslim pada ketika itu, bahkan sehingga kini kita masih lagi bersedih. Ketika itu, ramai tentera yang telah syahid. Dan ketika ini ada sebuah kisah yang melibatkan seorang wanita yang merupakan isteri, ibu dan juga adik kepada tentera Uhud pada ketika itu.
Selepas mendapat berita kekalahan Islam di medan Uhud, wanita ini telah berlari ke medan pertempuran. Dalam keadaan yang tidak keruan, beliau berlari kearah tentera2 yang masih disana sambil bertanya "Bagaimanakah keadaan Rasulullah?" dan tentera itu menjawab "wa hua bikhair tetapi suamimu telahpun syahid". Beliau mengulang soalan "Tidak, bagaimanakah keadaan Rasulullah?" dan terus berlari kearah tentera yang lain.
Beliau kembali lagi bertanya kepada tentera yang lain, "Bagaimanakah keadaan Rasulullah?"dan tentera itu menjawab "wa hua bikhair tetapi anakmu telahpun syahid" .Beliau kembali mengulang soalan sama "Tidak, aku bertanya bagaimanakah keadaan Rasulullah?".
Sambil berlari kearah tentera lain dalam keadaan yang sangat sedih, Beliau bertanya lagi kepada tentera yang lain "Bagaimanakah keadaan Rasulullah?" dalam keadaan sedih yang amat sangat. Dan tentera itu menjawab "wa hua bikhair tetapi abangmu telahpun syahid". "Tidak, aku mahu melihat Rasululah s.a.w. dalam keadaan yang selamat"
Dan akhirnya Allah telah mentakdirkannya bertemu Rasulullah. "Alhamdulillah akhirnya kau diselamatkan ALLAH ya Rasulullah", wanita itu berkata. "Sesungguhnya keselamatanmu lebih aku risaukan daripada hancurnya dari segala apa yang ada dilangit dan di bumi", wanita itu berkata lagi. Dan Rasulullah s.a.w. menjawab "Sesungguhnya apa yang berlaku selepas ini diatas dunia ini hanyalah perkara kecil bagi mu...."
Demikanlah para pembaca,
serba sedikit sirah yang mampu untuk saya sampaikan untuk penghayatan kita bersama,
Marilah kita sama2 mentajdid iman kita sehingga akhirnya kita mampu setanding dengan para sahabat yang hampir dengan baginda.
Begitu besar cinta Rasulullah kepda kita namun Sejauh mana pula cinta kita kepada Rasulullah? tepuk dada tanyalah iman...
sekian sahaja
yg lemah,,,

ameen ya rabbal alamin....
1 comment
Allahu Rabbi...hebatnya cinta Rasulullah SAW kepada kita :'( tapi sejauh manakah kita mencintai Rasulullah SAW