Bila Kena Senggugut.






Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar ‘primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian. 

KLIK SINI

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.






Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.Ini menyebabkan sakit seperti sengugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa


ENDOMETRIOSIS DAN ADENOMYOSIS










pada yang  mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon ‘ 'Norethisterone’.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


11 comments

27 November 2012 pada 1:59 PTG

tapi kan...baru2 ni ade kes die senggugut even pas kawen pun. bile cek, rupa-rupanya ade kuman yg hidup n darah senggugut 2 sebagai makanan kuman tu. so doktor bg ubat spy die xleh period, untuk lemahkan kuman tu spy x dapat makanan..

27 November 2012 pada 3:09 PTG

klu time senggugut dpt bergulung mcm tue mmg sgt terbaik kan. kmi mai senggugut teruk lepas jatuh kt plkn dlu

27 November 2012 pada 5:38 PTG

betullah. ada bbrp org risau sengugut menyebabkan kemandulan. mcm sorg kwn ni, dia sengugut teruk. tp lepas nikah je boleh bunting pelamin. kuasa Allah :)

err, kalau saya sengugut saya x makan pain killer or panadol. sbb takut blh effect buah pinggang?

27 November 2012 pada 9:43 PTG

saya pernah tgk sorang perempuan ni bila datang senggugut lain macam jadinya.. suka marah2.. pendiam dan sebagainya..mungkin sebab sakit agaknya

27 November 2012 pada 10:24 PTG

sy pun ade mslh sengugut ni :(

27 November 2012 pada 10:38 PTG

dulu xambik tau pun pasal benda ni...ingatkan tak sakit...lagi pulak..org laki..mane nak ambik tau semua ni...skg dah belajar sket2...tq tuan tanah..

28 November 2012 pada 2:13 PG

MM sampai skang dah kawen ni pun still senggugut lagi.. Mungkin betullah kot akan alami masalah kesuburan.. That's why la sampai skang still belum merasa nak bergelar ibu.. Ada tips tak utk galakkan kesuburan ?

28 November 2012 pada 9:28 PG

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

28 November 2012 pada 11:55 PG

Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
nice post :)
ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

28 November 2012 pada 12:41 PTG

MM, saya pulak jarang kena senggugut. kalau senggugut pun, tak berapa teruk then tak berapa lama. tapi sama mcm case MM, still belum merasa nak bergelar ibu. so agak2 tuan rumah ada tips2 tak nak galakkan kesuburan? hehe

29 November 2012 pada 1:12 PG

Masa anak dara dulu mmg teruk akak senggugut..tapi Alhamdulillah lepas dah lahirkan anak semua masalah tu dah x dak..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.