Ameng Spring Juarai Pertandingan Nasyid Dalam Penjara.


Dihukum penjara bukan alasan untuk berputus asa. Itulah semangat yang ditunjukkan oleh penyanyi, Ameng Spring yang kini sedang menghabiskan hukuman penjara selama 8 tahun 10 sebatan di Penjara Kluang sejak April 2011 akibat kesalahan dadah.



Menurut laporan Kosmo! hari ini, Ameng dan kumpulan nasyidnya, “Voices Of Prison” berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 yang berlangsung di Penjara Pengkalan Chepa.


Ameng ketika ditemubual memberitahu tidak menyangka bahawa mereka mampu menjuarai pertandingan kerana tahun lepas penjara yang dihuninya hanya memegang tempat ketiga.


“Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara. Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid.”


Untuk pengetahuan, tempat kedua pertandingan ini dipegang oleh Penjara Kajang, Selangor. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan nasyid dari Sekolah Henry Gurney, Melaka.

*ok faing,8 tahun dihukum penjara kerana dadah , merogol hanya dengan berkelakuan baik dan bayar denda. oh!malaysiaku.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

25 November 2012 8:18 PG

namanya artis, suaranya sedap.. klu xjuara jd pertikaian.. :P

hukuman dunia mmg xkan pernah seadil hukuman Allah..

25 November 2012 8:41 PG

nice share. itulah dunia. dugaan yang dihapi berbeza dan ditempuh oleh manusia dengan cara yang berbeza

25 November 2012 11:27 PG

sebab itu kena guna pakai hkum yg ALLAH dah buat untuk kita...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.