Lagi dipecat kerana dengar ceramah Pakatan


Rejim diktator akan memusnahkan hidup rakyat yang tidak menyokong mereka. Perangai macam Israel terkutuk. Manusia yang mempunyai akal yang waras dan hati nurani yang suci tidak akan mengundi langsung UMNO/BN pada pilihanraya akan datang.


LABUAN: Kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Qatrun Nada Latfi (gambar), yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September 2012.

Qatrun Nada telah disiasat dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa pada 1 Disember ini.

Walau bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat UMNO Labuan pada 9 Oktober 2012.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat JAWI Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober 2012.

Sehubungan itu, NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan.

Sebagai sebuah agensi awam, JAWI sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan, kata Koordinatornya, Mohd Faris Abdullah.

Bagi beliau, campur tangan ini hanya mencemarkan imej JAWI sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

Katanya, kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa JAWI telah dipengaruhi oleh kepentingan Politik UMNO sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi JAWI sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam, tambah beliau.

"INSAN juga mengecam tindakan UMNO yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

"UMNO sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sehubungan dengan itu, INSAN akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Hj Che Mat Bin Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan JAWI daripada sebarang campur tangan politik sempit.

INSAN juga akan mengadakan sidang media bagi mendedahkan penglibatan UMNO dalam isu ini.

"INSAN memiliki bukti kukuh yang akan menunjukkan penglibatan UMNO sebagai dalang yang menzalimi rakyat hanya kerana kepentingan politik," katanya.

Qatrun Nada binti Mohd Latfi merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.




Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut Air bersih di UMS Labuan pada tahun 2009.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

1 Disember 2012 pada 4:02 PG

ada kisah lain tu sebenarnya.erm..

1 Disember 2012 pada 7:17 PG

saya juga percaya, kisah ini ada banyak perkara yg orang lain tidak tahu...sekadar membacanya di media massa/blog/fb/tweeter...mendoakan yg terbaik buat Qatrun Nada Latfi>

2 Disember 2012 pada 2:42 PG

kita x tau kisah sebenarnya. tp apa yg jadi pd abg saudara saya yg merupakan slh seorang kakitangan PPD melaka. dia, kereta dia, dilarang berada di mana2 program Pakatan Rakyat. Kalau dijumpai, mmg kena tindakan.

Malaysia mmg pelik. Mana pergi hak berpolitik rakyat malaysia?

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.