Video Dan Gambar Kejadian Hujan Lebat Dan Kilat Di Mekah Semalam.


Di mekah hujan dan banjir kilat semalam.








Allahurabbi.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Nikmatnya Perpisahan Insan ‘Bercouple’


“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”

“Kenapa pulak?”

“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”

“Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..”

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

tumblr_mn6uwsupj71qapk2qo1_500



Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)


“Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”

Marilah sama-sama kita renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Amalan Doa Nabi Daud

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.


“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”

(Hadis riwayat At-Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


sebarkan sebanyak mungkin gambar samseng jalanan ini...








Lelaki ini memandu dalam keadaan berbahaya. Apabila dihon, dia berhenti dan memukul tingkap kereta pemilik gambar ini (wanita). Lelaki tersebut menengking, meludah, merosakkan wiper kereta dan cermin sisi.

Kejadian berlaku di USJ menuju ke Shah Alam.

sumber FB.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


25 Himpunan Mutiara Kata



25 himpunan mutiara kata  seperti juga perkara lain, minda kita memerlukan makanannya juga.

Hidayah tu. macam cinta. cinta tu buta, eh? hidayah pun sama. menyapa siapa sahaja. bila2 masa. bi idznillah.

currently at hospital. tengok sekeliling. ramai orang diuji. Allah. banyak pahala diorang. tiket mati, bukan sakit. tapi hidup.

"dah sampai ajal agaknya." ajal tu kita tak boleh teka. sbb aturan Allah tu unik. even bila kita rasa teruk sgt pun, still Dia bagi masa.

rosak hati, rosak semua. bukan mata yg gatal. bukan mulut yg celupar. tapi hati, yg kritikal.

niat study lillah dah bagus. tapi bila bunyi azan masuk waktu solat "alaa lek ah sikit lg nak kena cover." niat biar seiring dgn amal.

takde orang yg berjaya, duduk goyang kaki je. semua kena usaha. kalau usaha sikit, nak harap dapat tinggi? Allah bagi tengok usaha gak.

even ada orang tu, tak ibadat sangat pun. solat pun kadang tinggal terus. but still dapat result gempak, tu mungkin istidraj Allah bagi.

Ikhtilat. Andai tidak dijaga. Maka setiap hari kamu akan jatuh cinta pada orang yang berbeza.

Pujian itu bagaikan garam dalam masakan, terlebih garam, darah tinggi kita.

Senyap lebih baik daripada cakap benda yang kau tak tahu.Jangan buat kau tahu semua benda sedangkan kau tak tahu apa-apa.

"Doa seorang ibu, tiada hijab."

Kerana cinta, seorang ibu itu sanggup mengandungkan dan melahirkan anak. Jangan pernah cakap yang mak tak sayang kita.

Kita taubat ja. Allah terima ke tak, itu terserah kepada Allah. Jangan berburuk sangka dengan Allah.

Solat itu mencegah kemungkaran.

Jangan ambil kesempatan dengan kelembutan hawa.

Allah tahu apa yang kita pendam walaupun tak pernah kita ungkap.

Ujian datang tanpa diduga. Walau siapa pun kita, walau dimana pun kita. Ia pasti datang kepada hambaNya. Kembalilah kepada Yang Maha Esa.

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang

Diam kalau terasa tak mampu beri manfaat dengan berbicara. Sedang 'diam itu juga memberi manfaat' pada sesetengah ketika.

Katakan yang benar, sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang.

Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...

Di dunia orang yang tak berharta susah hati, di akhirat orang yang tidak beragama lebih sengsara.

Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


BR1M 2015 BORANG ONLINE PERMOHONAN DAN KEMASKINI BR1M 2015


BR1M 2015: Kemaskini Maklumat Pemohon

brim-2015



Borang Permohonan BR1M 4.0 Tahun 2015 Online

http://www.hasil.gov.my/
https://ebr1m.hasil.gov.my/
http://www.treasury.gov.my/

Pengumuman Terkini: Permohonan Online BRIM 4.0 tahun 2015 akan dibuka mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma.


Semakan BR1M 2015 BR1M 4.0 Online Malaysia : Kenaikan Pembayaran?

Pembayaran Untuk Isi Rumah Kurang RM3,000 sebulan : RM950
Pembayaran Untuk Isi Rumah RM3,000 – RM4,000 sebulan : RM750

Permohonan BR1M 2015 akan dibuka mulai 1 Disember 2014 - 31 Disember. Harap maklum.


Borang permohonan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM 4.0 seperti yang diumumkan dalam bajet 2015, kadar bayaran BRIM 2015 telah dipertingkat dan diperluaskan. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari RM650 kepada RM950. Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bayaran ditingkatkan dari RM450 kepada RM750. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Berikut adalah maklumat penting mengenai cara permohonan atau pendaftaran BR1M 4.0 tahun 2015.




Syarat Kelayakan BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Keatas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000 dan Kebawah
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM3,000- RM4,000
  • Individu Bujang 21 tahun keatas yang Bekerja dan Berpendapatan Bulanan RM2,000 dan kebawah
Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

klik sini  CARA-CARA  BAGI MENGEMASKINI DATA BAGI MEREKA YANG PERNAH MENERIMA BR1M 2.0 SEBELUM INI.

Anda perlu membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan maklumat data peribadi terkini merangkumi alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat emel, pekerjaan dan maklumat bank secara atas talian di https://ebr1m.hasil.gov.my/

Kadar Bayaran BRIM 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015

Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
RM950: Bayaran ansuran sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.

Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
RM750: Ansuran RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 juga akan dibayar mulai September.

Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350
RM350: Kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. Bantuan akan dibayar sekali gus pada bulan Januari 2015.


br1m-2015


Kerajaan juga akan menggantikan skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang telah diperkenalkan sebelum ini kepada Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Sebarang persoalan boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki?



Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”



“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


FITNAH VIDEO SEKS : KENAPA UAI TIDAK BUAT LAPORAN POLIS.


Sejarah mengajar kita tentang kehidupan hari ini.

Bagaimana Fitnah telah menyebabkan pembunuhan Saidina Uthman dan membawa kepada rentetan perpecahan.

dan hari ini fitnah telah menjalar dalam kalangan orang-orang Islam.


Kita di zaman fitnah, jangan mudah percaya pada sesuatu berita,
jangan mudah menyebarkan sebarangan berita yang tidak pasti akan kebenarannya.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

“Wahai Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, 
dari azab kubur, 
dari fitnah dajjal dan 
dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.


Lelah dengan dunia?
Letih mendengar gosip aka umpatan manusia?
Sakit di keji, di umpati, di caci maki?

"di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia sia mahupun yang menimbulkan dosa. Tetapi mereka mendengar ucapan sejahtera."

Al Waqiah: 25-26

Luahan Hati Isteri Dan Anak-Anak Ustaz Azhar Idrus

Nampaknya isteri-isteri dan anak Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah memberi respon tentang penyebaran video fitnah Ustaz Azhar Idrus yang menjadi bualan orang ramai.

Isteri pertama, isteri kedua dan juga anak sulung telah membuat status di laman facebook dan ada yang meluah perasaan tentang isu tersebut,

Tentunya mereka sekeluarga sentiasa menyokong Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan terkejut dengan isu video UAI tersebut.
Semoga Ustaz Azhar Idrus dan keluarga sentiasa kuat menghadapi dugaan ini. Memang melampau sungguh penyebaran video tersebut.

Apapun kita doakan semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Sangat tidak boleh diterima akal hanya kerana kewujudan video yang tidak sampai 1 minit dan dirakam dengan kualiti kamera ala potatot itu mampu membuatkan sesiapa sahaja percaya ianya adalah UAI.

Ketika ini merupakan akhir zaman di mana para pelaku maksiat akan diangkat dan para ulama' akan dijatuhkan. Beringatlah saudara semua, usah dengan video tidak sampai seminit itu mampu membenamkan diri anda sebahagian dari mereka yang fasik selagi tiada wujudnya sebarang bukti ke jalan kebenaran.







Cara pandangan manusia tidak pernah sekata.

Ada manusia membenci ulamak.
Padahal bila mati ulamak lah yg di cari.


Ada org membenci ibu ayah. Sedangkan ibu itulah melahirkannya.

Kegusaran hati adalah kerana kebodohan diri.



renungkan..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


20 GAMBAR SEKITAR MAJLIS TUNANG SHARIFAH SAKINAH



Gambar-gambar majlis pertunangan Sharifah Sakinah, 25, dengan pasangannya Aliff Adha Jamil, 26, yang berlangsung semalam di kediaman keluarga Sakinah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek. Sementara Sakinah pula telah membalas dengan tujuh dulang hantaran berupa jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Adat menyarung cincin telah sempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah. 


























Photo kredit: amirnaufalphotography



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


KISAH SEBENAR "ANNABELLE"



Anak patung Annabelle merupakan kes yang paling luar biasa yang menjadi tumpuan oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dengan kes paranormal pada awal tahun 1970 yang direkodkan dalam buku Demonologist.


Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik dari kedai barangan lama. Anak patung itu dibeli untuk dihadiahkan kepada anaknya iaitu Donna bersempena dengan hari lahirnya. Pada masa itu, Donna ialah pelajar di kolej yang bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil bersama kawannya, Angie. Donna gembira semasa mendapat patung itu dan menjadikan perhiasan di dalam biliknya dan diletakkan di atas katilnya dan takda merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian.

Ketika itu, Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan mengenai patung Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh. Kadang-kadang juga, mereka temui, anak patung itu, berdiri dan bersandar di atas kerusi meja makan. Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung di atas sofa, tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, di atas katil dengan pintu yang tertutup rapi.


Pada suatu malam, Donna pulang dari tempat kerja dan mencari patung Annabelle tu dan sekali lagi TIADA! Dan, Donna jumpa patung tu di atas katilnya.


Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika dia memeriksa patung tu. Dan, Donna ternampak kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri di belakang tangan dan dada. Setelah rasa ianya terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar. Tidak lama kemudian, penyiasat itu menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins.




Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu. Sebab tulah, anak patung tu berpuaka sebab roh budak yang mati dibunuh tu melekat kat anak patung tu sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie.

Sehingga sekarang, patung Annabelle telah disimpan rapi dan tidak boleh dikeluarkan atau disentuh oleh sesiapa sekalipun kotak tempat simpanannya.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO seorang anak mendukung ibunya semasa menunaikan haji







man carries mother
Abdullah Ibn ‘Umar (May Allah be pleased with him) saw a Yemeni man going around the the Ka’bah in Makkah while carrying his mother on his back. This man said to Abdullah Ibn ‘Umar, “I am like a tame camel for her! I have carried her more than she carried me. Do you think I have paid her back, oh Ibn ‘Umar?” Abdullah Ibn ‘Umar replied, “No, not even one contraction [during childbirth]!!”

May Allah allow us all to be dutiful to our parents and serve them in their old age...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pendakwah Mesir Keluar Fatwa Pelik: Halal Intai Tunang Mandi Tidak Berpakaian


Tahukah anda fatwa Ilmuan Mesir Usama Al-Qawsi bahawa halal untuk mengintai tunang tidak berpakaian mempunyai dalil?


Seorang pendakwah Mesir mengejutkan Umat Islam selepas dia berkata seorang lelaki harus dibenarkan untuk mengintai bakal isteri atau tunang "semasa dia mandi" sebelum mereka berkahwin.


"Jika anda benar-benar jujur ​​dan mahu berkahwin dengan wanita itu, dan anda mampu untuk menyembunyikan dan menonton beliau dalam rahsia, melihat perkara-perkara yang dia tidak akan biasanya membiarkan anda lihat sebelum berkahwin dengan beliau, maka ia boleh diterima selagi niat anda adalah suci, "kata pendakwah Salamist, Usama al-Qawsi dalam video yang disiarkan di Al Arabiya.


“Jika salah seorang diantara kalian meminang seorang wanita sekiranya ia dapat melihat sesuatu darinya yang mampu menambah keinginan untuk menikahinya, maka hendaklah ia melihatnya kepadanya (HR, Ahmad dan Abu Daud”, (HR, Ahmad dan Abu Daud).

"Salah satu sahabat Rasulullah saw yang melakukannya. Beberapa orang yang tidak bersetuju telah bertanyakan kepadanya. 'Bagaimana anda melakukan itu apabila anda salah seorang daripada sahabat Rasulullah saw?' Nabi menjawab: 'Jika anda dapat melihat sesuatu yang akan membuat anda mahu mengahwininya kemudian teruskanlah dan melakukannya,' "kata Usama al-Qawsi, menurut terjemahan Al Arabiya.


Fatwa tersebut diambil dalilnya daripada Ibn Hazm, seorang bermazhab Zahiri, mazhab yang dipercayai sudah lama pupus.


Fatwah ini (fatwa agama) bertentangan dengan tradisi Islam yang lain yang melarang wanita daripada menunjukkan badan mereka kepada lelaki selain suami dan ahli keluarga terdekat. Menteri Agama Wakaf Mesir, Mohammad Mukhtar menolak fatwa Sesat Usama al-Qawsi dengan berkata "Islam mengajar bahawa kesopanan seharusnya berada di dalam sifat kita dan semua agama bersetuju," kata Mukhtar.


Fatwa yang menghalakkan lelaki mengintai tunang mandi juga mendapat perhatian ilmuan Islam di Malaysia ini. Ramai ulama lain yang nyata tidak bersetuju dengan dalil tersebut yang sudah pun lama pupus malah boleh dilihat menjatuhkan maruah seseorang wanita yang sepatutnya dilindungi daripada pandang mata seorang lelaki yang belum sah menjadi suaminya.


Antaranya, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, menerusi sebuah video ceramahnya memberikan pengertian sebenar bertunang mengikut pemahaman daripada segi hadis yang sah dan Al-Quran.


Menurutnya tempoh bertunang bukanlah lesen untuk pasangan tersebut tidak menjaga batas sebaliknya ianya merupakan tempoh untuk si lelaki dan wanita tersebut saling kenal mengenali pasangan masing-masing secara lebih mendalam.


“Tunang adalah masa untuk kita kenal, untuk buat risikan dan untuk buat kajian.


“Tunang bukan merupakan satu ikatan yang kuat dalam Islam.


“Dia (pertunangan) hanyalah batu loncatan untuk pernikahan (booking/sesi perkenalan dalam tempoh tersebut),” katanya.


Jadi sudah terang lagi bersuluh, memegang gelaran tunang bukanlah lesen bagi seseorang itu untuk bertindak luar daripada batasan selagi tidak mempunyai ikatan yang sah sebagai suami isteri.


Untuk pemahaman lebih lanjut, bolehlah tonton video yang disertakan di bawah ini.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tonton Online Slot Akasia: Maaf Jika Aku Tak Sempurna EPISOD 1




Slot: Slot Akasia
Channel: TV3
Penerbitan: Kaki Novel

Sinopsis:
Melina adalah seorang gadis yang meningkat dewasa. Hidupnya penuh dengan perkara mengasyikkan hingga dia lupa dosa pahala. Sikapnya menimbulkan gundah kepada ibu bapanya.Kerana terpaksa Datuk Zakri meminta Luqman untuk mengawasi Melina. Setiap hari mereka pasti bertengkar. Kehidupan Melina dan luqman berbeza macam langit dan bumi.Wasiat Datuk Zakri kepada bapa Luqman Rashid yang mahu mereka disatukan. (Again kahwin paksa)
Walaubagaimanapun. Luqman terima Melina seadanya sebagai isteri. Dalam benci ada rindu.Mereka hidup bahagia hinggalah badai datang menguji kesabaran kedua hati.Zieta telah merancang sesuatu. Dia marah kerana Melina berjaya merampas Harith darinya. Walaupun Melina dan Luqman telah berkahwin,Harith masih menyimpan perasaan padanya.Zieta juga menyimpan perasaan pada Luqman tapi tidak dilayan.
Luqman ditangkap khalwat.Melina terlalu kecewa. Dapatkah Luqman menyakinkan Melina cintanya hanya Melina?

Senarai pelakon:
Luqman- Fahrin Ahmad
Melina: Sara Ali
Zetty- Tasha Shilla
Haris- Hefny
Datin Maziah: Amy Mastura




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Semakan Penempatan Pelatih PLKN 2014 - Online dan SMS



Semakan Penempatan Pelatih PLKN 2014 - Online dan SMS



Bagi yang terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara kumpulan 1 siri 11/2014 semoga berjaya . Untuk pengetahuan, bermula bulan Disember ini, semakan untuk mengetahui lokasi atau penempatan pelatih PLKN kumpulann 1 siri 11/2014 boleh dibuat. Untuk membuat semakan penempatan, pelatih boleh menyemak dengan dua kaedah iaitu secara online dengan melayari sistem aplikasi semakan pada pautan di bawah:


Semakan Kem Pelatih Kumpulan 1 ( Dibuka) :

SEMAKAN ONLINE PENEMPATAN KEM PELATIH KUMPULAN 1 SIRI 11/2014
Semakan Kem Pelatih Kumpulan 2 siri 11/2014 :

SEMAKAN ONLINE PENEMPATAN KEM PELATIH KUMPULAN 2 SIRI 11/2014

Semakan Kem Pelatih Kumpulan 3 siri 11/2014 :

Belum Dibuka

Semakan Penempatan Pelatih PLKN kumpulan 1 Siri 11/2014 Melalui SMS

Taip: PLKN kem >jarak<No KP anda> hantar ke 15888 atau Telefon 03-40274747


Maklumat lanjut yang berkaitan anda boleh layari laman sesawang rasmi PLKN klik sini
untuk tujuan rayuan atau penangguhan mahupun buku panduan dan lain-lain perkara berkaitan, sila klik SINI.


Semakan Senarai Nama PLKN 2014 - Online dan SMS



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.