Nak baca Surat Cinta saya? Istimewa untuk Lelaki...






Jgnlah kamu nikah dgn lelaki yg belum beriman.Dan jgnlah kamu nikah dgn perempuan yg belum beriman..Sesungguhnya orang2 itu akan menarikmu ke neraka.Sedang orang beriman akan menarikmu ke syurga.. Firman allah dah jelas dlm al-quran 






Baeklah....






Dah selalu sangat.


Ku lewati entri-entri berkenaan wanita,


indahnya wanita,


istimewanya wanita,


hebatnya wanita,


di mana-mana saja,


semua bercerita tentang ana


Eh?


Wanita maksudku.


=.=”



Lelaki.


Ada yang bercerita, tapi jarang yang gemar bercerita.


mungkin kerana keminoritian mereka,


dan mereka tidak seistimewa wanita,


kenapa?


kerana memang dah Allah ciptakan begitu.


Wanita itu perhiasan dunia dan lelaki?


Yang menikmati perhiasan-perhiasan itu.



Hari ini,


ana mahu bercerita tentang lelaki.


Si lelaki yang mendampingi wanita,


Si lelaki yang gersang tanpa wanita,


Si lelaki yang obses dengan wanita.


Erm, begitukah?


Mungkin…





Lelaki.


Kena banyak sabar.


Bukan kena, wajib sabar.


Dugaan lelaki hebat,


sana-sini mereka berdepan dengan maksiat,


di mana-mana lelaki akan berdepan dengan wanita-wanita yang tak menutup aurat,


hebatkan lelaki kalau sabar,


lelaki kena sabar banyak dalam menundukkan pandangan,


bagi yang tak sabar,


pandangan akan menjelajah saja,


menikmati santapan dan juadah mata yang terbuka luas.


Andai rasa koleksi dosa masih belum cukup,


lelaki silalah dongakkan pandangan dan keluarlah dari kepompong sabar.


Pilihlah jalanmu lelaki,


mahu sabar atau mahu sengsara?



Lelaki.


Kena banyak diam.


Ya. Diam beserta kehadiran sabar yang tinggi.


Lelaki, jangan mudah melempar pujian, menabur kata-kata indah,


hanya kerana cantiknya wanita, comelnya perempuan, cutenya girl itu.


Sabar, sabar.


Alah. Baru cantik sikit, dah nak puji berguni-guni,


Eh lelaki, tak perlu tu semua.


Untuk apa?


Pelik benar ana , tatkala melewati laman Facebook, laman Twitter, mahupun blog-blog,


masing-masing puji memuji kecantikan wanita.


Pernah ana terbaca di Fan Page seorang artis wanita yang muslimah, pada ruangan gambar-gambarnya,


huh. Penuh dengan lambakan pujian!


“Ee, awak comel la”


“Awak cantik! Super cantik!”


“Cantiknya awak…” Bla, bla, bla…


Tambah kesal, bila tengok komen-komen itu dari lelaki!




Ah. Hancur luluh perasaan ku.


Eh, ana tidak cemburu. ana hanya kesal yang amat. Bukan sedikit punya kesal. Tapi amat.


Kesal apabila ana lihat sendiri, lelaki yang boleh dikatakan baik dan faham agama, juga sewenang-wenangnya berkata,


“Si Fulana itu sangat cantik.”


Eh. Kalau cantik mana sekalipun, tak perlu lah dizahirkan kata pujian itu. Simpanlah kata-kata itu, balut baik-baik, simpan dalam hati.


Dan yang paling baiknya, pujilah Allah yang mencipta wanita cantik.


Lelaki, sabarlah dalam melihat wanita-wanita cantik, juga ‘mahalkanlah’ pujian kecantikanmu, simpan untuk isterimu.


Pilihlah jalanmu lelaki,


mahu diam atau mahu jadi lelaki murah?



Lelaki.


Kena banyak jalan.


kena banyak mengembara, kena luas pemandangan, kena jauh perjalanan.


Kalau malas merantau dan mengembara,


sila jangan jadi lelaki,


buat malu kaum saja.


Lelaki itu pemimpin, ketua dan khalifah.


Lelaki soleh aset berharga untuk agama, andai kurang pengalaman, kurang perjalanan,


bagaimana mungkin lelaki boleh jadi pemimpin?


Erm, untuk diri sendiri saja mungkin.


Buat malu kali kedua.


Nah lelaki, pilihlah jalanmu.


Mahu berjalan atau sekadar duduk di tepi tangga?



Lelaki.


Selalu ku intai-intai,


masih ada kah lelaki yang setia mengunjungi Rumah Allah?


ada kah lagi lelaki yang tidak jemu-jemu mencintai Rumah Allah?


masih punyakah lelaki begitu?




Duhai lelaki,


Sayang sekali, jika kamu lelaki yang liat untuk menjejak kaki ke Rumah Allah.


Sayang dua kali, jika kamu lelaki yang suka menjauhi Rumah Allah.


Sayang tiga kali, jika seumur hidupmu lelaki, kamu belum pun pernah menjadi imam di mana-mana Rumah Allah.


Ah, berbanyak-banyak rasa sayang,


jika kamu lelaki, tidak menjadikan Rumah Allah rumah kedua bagimu!


Sayang yang teramat sayang, jika kamu lelaki, berasa kekok pabila berada di Rumah Allah.


Sayang!


Jika kamu lelaki, hanya reti solat di dalam rumah.


Lelaki, 


Pilihlah jalan mana yang engkau mahu!


Mahu ana sayang sikit atau mahu ana sayang bertan-tan?



Lelaki.


Kena jadi gentleman.


Gentleman bagi tafsiranku jangan disalah faham,


gentleman yang ana mahukan, apabila si teruna bersabar dalam hubungan lelaki dan perempuan.


Gentlemannya lelaki itu apabila dia tidak menyentuh wanita,


tidak sewenang-wenangnya berdua dengan wanita,


tidak berani mendekati rapat dengan wanita,


juga tidak sebebasnya membawa anak dara ke hulu ke hilir.


Ah. Beranikah lelaki yang membaca tika ini, menjadi gentleman menurut tafsiranku?


Ada berani?


Lelaki itu nampak hensem bila perhubungannya terjaga.


Lelaki itu nampak kacak bila dia menjaga wanita dengan keindahan peribadi akhlaknya.


Lelaki itu memang bergaya bila dia berjaya untuk menjadi gentleman yang penyabar.




Hebat!


Sekarang tinggal kamu pilih,


mahu jadi gentleman atau mahu jadi poyo.





Lelaki.


ana cuma luah apa yang ana rasa berpandu iman dan akal, petunjuk dari Ilahi.


ana cuma rasa, lelaki semacam pilihan di atas kini kian susut.


Kian pupus dari hari ke hari.


Kenapa?


Kerana lelaki silap memilih. Mereka silap perhitungan.


Silap perhitungan pada persimpangan menuju Ilahi.



Allah.


Jiwa ku remuk memikirkan ini, umat akhir zaman.


Sebagaimana ISLAM hadir dalam keadaan asing, juga akan kembali dalam keadaan asing,


begitulah juga lelaki yang soleh, yang bijak dalam memilih,


akan terasa asing dengan norma masyarakat akhir zaman.



Ah. ana lupa, pada hakikatnya,


lelaki soleh itu sukar dicari, kerana wanita yang solehah juga sukar untuk dijejaki.


Jika soleh berkurang, apatah lagi solehah.


Begitulah!



Lelaki.


Bijaklah memilih.


Bijaklah dalam menjadi yang soleh.


Bukan main-main. Bukan saja-saja.



Pesan ku untukmu lelaki,


Jangan tergesa mencari solehah, kalau diri belum soleh!


Pesan ku untukmu wanita,


Kamu wanita, jangan terhegeh mencari soleh, kalau diri belum solehah!


Jadi solehah, jadi soleh, bukan cari solehah dan cari soleh.





Alhamdulillah.


# Salam cinta buat lelaki!


Kerana Allah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

Tanpa Nama
30 April 2012 pada 5:58 PTG

Adakah kamu tahu...kami disini...sedang bekerja dengan baik walau gaji kami sangat kecil(tak dapat menyimpan). kami miskin lagi tak bergaya kerana kami berusaha untuk tidak berhutang. kami disini susah makan kerana kami susah cari makanan halal lagi suci. baju kami nampak buruk tapi ini yang terbaik yang kami ada. tempat kerja kami benar-benar di hadapan masjid. kami jauh dari kesibukan ramai dan percampuran lelaki perempuan. malam kami mencari guru. hidup kami susah disini. tapi kami sebenarnya tak rasa susah malah kami lega kerana setakat ini kami 'selamat' disini. kami juga belajar survival skill dan (sebagai hobi)kerana kami ada keinginan nak ke palestin..kepada kamu, hanya nak bagitahu di zaman FB ni masih ada lagi lelaki yang membuat dan bermain panah...dan kamu tak akan menjumpai kami kerana kami tak dapat dijumpai di tempat orang ramai...kami baca blog kamu dan kami raikan kamu wahai muslimah dengan kesedaran yang baik. kami berasa gembira dan 'berasa cukup' adanya orang seperti kamu. Kami doakan kamu,meskipun kami disekitar kamu, sesungguhnya kami langsung tak dapat melindungi kamu kerana selama ini pertolongan dan lindungan hanya datang dari allah -I.Y.

30 April 2012 pada 9:25 PTG

alhamdulillah... :)

Tanpa Nama
15 Ogos 2012 pada 10:47 PG

Mendalam maksudnya . entri yang bagus . teruskan sahabat muslimahku . :-)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.