*kata hati itu benar, berhatilah*







Alhamdulillah.. Allah permudahkan..
~ terhenti nafas buat seketika,gara-gara oppsss..bialah rahsia..~ ^^





Allah bagi lagi nafas selepas ketika itu....




Belaian ingatan dari Allah ♥


Komunikasi dengan manusia memang memerlukan kaedah tersendiri tapi yang paling penting adalah menyediakan hati yang lapang. Tiada sangkaan buruk pada awal pertemuan. Tiada kepentingan tertentu. Jujurlah, lapangkanlah, berdoalah. Kerana..

..Allah yang pegang hati kita dan dia~ ♥

AKHLAK itu merupakan suatu naluri asli dalam jiwa sesorang manusia yang dapat melahirkan suatu tindakan dan kelakuan dengan senang dan mudah tanpa rekaan fikiran - Kitab Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali.

AKHLAK yang mulia itu lahirnya dari iman. IMAN itu dibentuk hasil dari Hubungan kita dengan Allah~

Bagaimana ye kelakuan spontan kita sehari-hari? ;-)

Jangan letak harapan yang menggunung tinggi pada diri saudara kita..
bila dia gemilang, kita akan agungkan, puji berlebihan.
namun bila dia jatuh tersungkur, kita akan tinggalkan, mencemuh tanpa bukti.

*kita bukan manusia yang sempurna*

Tapi sandarkan pengharapan buat saudara2 kepada Allah..
bila dia gemilang, kita ucapkan syukur kpd Ilahi dikurniakan saudara yg baik, mendoakan supaya Allah istiqomahkan.
dan bila dia rebah tersungkur, kita pimpinnya kembali, kata2 semangat menemani, mendoakan supaya Allah kuatkan hati dan langkahnya ~♥

*kita bukan manusia yg sempurna. Doa dari saudara semuslim amatlah berharga. Mulakan dengan diri kita yang sentiasa mendoakan orang lain* ^^

Tanpa disedari~ bersangka bahawa sahabat kita bersangka buruk pada kita. Hakikatnya itu juga adalah su'u zhon. ~ Masih ada lagi ukhwah di sebalik calitan lumpur itu?

InsyaAllah kita adalah insan yang sedang berusaha dalam semua lapangan... semata menuju Allah~ betul kan? ^^ tapi bagaimana usaha kita...?!
*Mohon doa dari semua*


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

17 Januari 2012 pada 2:28 PG

(:

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.