DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN (AYAT PENGERAK) -DARUSSYIFA'



Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;



1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

pengkongsian dari Darussyifa' online


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Back to school.


Assalamualaikum adik-adik

tak lama lagi dah nak buka sekolah kan? :)
dah beli kasut dan baju baru?
Alat-alat tulis semua dah ada? ^_^

Terkenang pulak memori zaman muda-muda dulu. zaman sekolah rendah.
tiap-tiap tahun mintak beg baru,semua benda nk baru.

Masa tu tak faham, susahnya mak ayah nak cari duit. tp diorang tetap cuba bg yang terbaik untuk anak-anak.

Tapi pergi sekolah,main main jugak.ish3.

so,adik-adik,sila dengar cakap mak ayah, belajar rajin-rajin.
jgn jadi mcm akak, belajar entah ape2,dah lupa dah.
inilah akibatnya tak belajar krn Allah.

Semua dah baru,niat pun kena refresh tau. ^_^

Selamat menuntut ilmu,jalan ke syurga tu tau. of course banyak halangan.

Yang dah tua-tua pun, kena refresh niat jugak ;)

"Menuntut Ilmu adalah Taqwa.Menyampaikan ilmu adalah Ibadah.Mengulang-ulang ilmu adalah zikir.Mencari Ilmu adalah jihad..."
-Al Ghazali-

post khas utk adik saya :) belajar leklok dik.

Alfun mabrouk Aridz Azmil ! 9A for PMR.

Photo
curik kat fb mu.


Photo: Detik2 manis di genting highlands.. haha
LEAVE A COMMENT..

https://twitter.com/OfficialAridz_ - follow me on twitter..! <3<3

ahaa bukan k-pop.

Dah bersawang blog ni.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tweet pedas Dr. Asri berkenaan buku Rosmah Mansor..


:D

Entah,tersengih bila tengok mende ni.

haih.



ulasan pedas Dr. Asri berkenaan buku Rosmah Mansor

***

Notakaki- Jom Bedah buku (book review)

Fiqh Kenegaraan (dulunya dikenali sebagai Fiqh Daulah tulisan Shiekh Yusuf Qardhawi, terjemahan Ustaz Dr. Juanda Jaya, mutfi Perlis sekarang ini).

1) harus mengundi orang bukan Islam sebagai wakil rakyat
2) harus mengundi wanita sebagai wakil rakyat
3) harus menyertai pilihan-raya dan demokrasi

Sudah tentu keharusan ini mempunyai syarat-syarat tertentu tetapi Malaysia sudah mencukupi syarat-syarat tersebut.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Aurat Dengan Abang Ipar.


 Apa Itu Fiqh?

Dari segi bahasa kalimah, Fiqh bermaksud memahami. Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai;

"Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci".


Dimana sumber asal bagi ilmu Fiqh?

1. Al-Quran

2. As-Sunnah

Kenapa kena belajar hukum fiqh?

Mengetahui hukum hakam syarak tentang setiap kelakuan manusia dan melaksanakan hukum-hakam tersebut dalam segenap ruang dan lapisannya... Ilmu fiqh ini bukanlah untuk para ulama' semata-mata, namun kita sebagai 'orang awam' pun wajiblah belajar supaya hidup kita bertepatan dengan garis panduan yang ditepati syarak...:)

contoh soal jawab fiqh . 


Soal Jawab Fiqh : Aurat Dengan Abang Ipar


klik untuk tumbesaran.

Aurat wanita dengan abang ipar ialah sebagaimana dengan lelaki bukan muhrim. Dalil: Al-Quran, surah an-Nur ayat 31.

Berusahalah untuk jadi soleh/solehah,bukan sekadar untuk pasangan, tapi untuk mereka,

Ibu bapa kita. anak yang soleh/ah, adalah aset yang paling bernilai untuk saham akhirat.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]

Oleh kerana abang ipar itu muhrim sementara, maka diberi sedikit kelonggaran berupa tidak perlu memakai stokin (bagi madzhab jumhur yg menetapkan kaki itu aurat) dan dima'afkan jika terselak lengan ketika melakukan kerja-kerja spt kerja dapur (atas alasan kesulitan).

Jazakallah khair .


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Video Majlis Gilang Gemilang Apek & Leuniey.















Tahniah dan Selamat pegantin baru buat Apek & isteri. semoga Allah memberkati .








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gila Ping – Blog Ping Tool Tergila Di Malaysia Berwajah Baru



Gila Ping – Blog Ping Tool Tergila Di Malaysia

Blog agreggator popular selain Busuk iaitu GilaPing yang dah berwajah baru. Pada bloggers yang otai-otai mesti dah tahu mengenai 2 blog agreggator ni. Mudah dan senang nak ping entri yang terkini korang kat sini.


GilaPing.Com amat mudah dan ringkas digunakan kerana ia hanya memerlukan login menggunakan facebook sahaja.

layout lama.



layout dah BARU!



Gila Ping – Blog Ping Tool Tergila Di Malaysia


Mudah dan ringkas,cara penggunaanya lebih kurang sama dengan laman-laman aggregator blog lain.Jadi,kepada para para bloggers yang teringin untuk mendapatkan trafik yang mantap untuk blog korang.Jangan lupa juga untuk menambah Widget Kongsi Trafik dari GilaPing untuk mendapatkan hasil yang lagi gempak dengan layout yang baru ni.

seperti blog ini

klik untuk tumbesaran

sekadar pengkongsian.

Moga ada redha Allah dalam setiap amal.









Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pengemar Speghetti Hati-hati Bila Guna Jenama ni.



Anda Suka Makan Speghetti??Kena Hati-Hati!!

Orang kita bab makan …….makan dulu tgk kemudian…….


Oleh itu kita yg berugama islam di mestikan menyemak label bahan-bahan yg digunakan pada sesuatu produk yg di hasilkan sekiranya was-was jangan beli.perlu diingatkan makanan mempengaruhi anak2 kita......

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Seorang rakan mengirim e-mail,dan kemudiannya email itu telah di muatkan dalam fb untuk kita share lagi.

Ini ceritanya;

"Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah. Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......

saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.



Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.

.......oo00oo......



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bekas Tunang Apex Berkongsi Kegembiraan Di Blog.



Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (An Nuur:26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah NabiNya. Jadilah lelaki-lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

 
Pastinya perasan Apex kini sedang bahagia dan lega apabila segala-galanya telah selesai.



Bercakap tentang itu, tiba-tiba teringat bekas tunangnya, Aimie Harmelia atau Elia.

Di mana dia sekarang agaknya?

Kesempatan membaca blog Elia mendapati Elia juga sedang bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Syukurlah kerana dia sangat positif dan tidak terbawa-bawa dengan kesan daripada cinta yang tak kesampaian itu.

Oh yea, dalam entry terbarunya, Elia berkongsi kegembiraannya sempena majlis konvokesyen UITM baru-baru ini.

Menurut Elia, dia sudah berjaya mendapat diploma dan kini sedang berusaha untuk mendapatkan ijazah pertama pula.


Tahniah Elia! Sekurang-kurangnya anda mempunyai sesuatu untuk dijadikan harta di dalam hidup dan ianya amat berharga.

Walaupun pernah dikecewakan, tetapi dengan semangat yang ada dan sokongan daripada keluarga, akhirnya Elia berjaya.

Lagipun Elia masih muda. Masih jauh lagi perjalan yang harus ditempuhi.

.

Benarlah, setiap manusia Allah SWT pasti uji dengan pelbagai cabaran…itu tandanya Tuhan sayangkan kita
(Surah An-Nisa’, Ayat 40)

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakan dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar”.











Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Anak belajar di Mesir, jadi ustaz. Tapi emak kerja jadi pelacur.


Pengkongsian dari drama tv Perempuan itu Ibuku.

Puncanya? kemiskinan? kurang tarbiah (didikan agama)? salah kerajaan? salah pembangkang? salah mufti?

Soalan paling utama, apakah tindakan kerajaan sama ada PAS atau UMNO ke atas bapa syaitan

(baca: bapa ayam) macam ini?




 klik sini  untuk menonton  http://cmvid.blogspot.co.nz/2012/12/blog-post_6104.html

sinopsis- ada sebuah keluarga (mak, abah dan seorang anak). abah tu miskin, pinjam duit lalu tak mampu bayar. jadi mak terpaksa kerja jadi pelacur. anak dihantar ke masjid orang mengaji quran. lepas tu mak dengan abah bercerai. mak menyara anak tu sampai besar dan pergi mesir dengan duit dari hasil pelacuran. bila anak tu dah balik, dia masih tak tahu mak tu kerja sebagai pelacur (sebab mak dia kata dia kerja kat saloon). akhir sekali mak tu cuba lari dari bapa ayam dan sama-sama terbunuh semasa bergaduh.


ya rabb..sadisnyaa...pergi belajar guna duit haram ...


pendapat ummi saya bila sama-sama tengok drama tv ni, " Maknanya nanti anak dia akan berdoa untuk ibunya, semoga anaknya jadi anak soleh, walaupun si ibu terpaksa kerja mcm tu, tapi ibu tu ada berasa amanah untuk didik anak ke jalan yg baik... Dia tak abai tanggungjawab dia nak bg ilmu, dunia dan akhirat untuk anak dia".

speechless.

Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta." [Toha 20:124]


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Wajah yang 99 peratus menyerupai Hang Tuah.





Wajah yang 99 peratus menyerupai Hang Tuah?


Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai 99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.

Wallahualam.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jom Melawat Istana Sultan Brunei (26 Gambar)



"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya". 

Terlalu besar nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya. 



Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga amat gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan sehingga kini koleksi kereta beliau melebihi 7000 buah kereta. Tuanku Sultan juga memilki jet peribadi mewah, beberapa istana megah dan banyak lagi. Sangat luar biasa!


Baru-baru ini kita dikhabarkan berita gembira dari Negara Brunei yang Sultan Hasanal Bolkiah akan melaksanakan hukum hudud di negaranya. Allah tidak hanya memberi nikmat kekayaan kepadanya, bahkan Allah mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM. Mudah-mudahan Tuanku Sultan berada di bawah rahmat dan redha Allah s.w.t. Allahuakbar!!!


Subhanallah, andai kata segala kekayaan ini untuk Islam, saya rasa ummat Islam di Palestin, Afrika, Bosnia dan di mana-mana sahaja pasti lebih bermanfaat.

Tanpa memanjangkan kalam, jom kita ziarah Istana Sultan Brunei ini yang diberi nama Istana Nurul Iman yang hampir keseluruhannya bersalut EMAS!





Istana tersebut memiliki 650 'suite room' yang setiap satunya dilengkapi perabot yang bersalut emas dan bertatahkan berlian yang harganya hampir RM 600,000. Layan je lah gambar2 di bawah ni...










Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).


Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.


Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan.

Baginda juga memiliki barangan peribadi dan perabot bersalut emas dan berlian.







Baginda juga memiliki pesawat peribadi yang dilengkapi perabot dari EMAS!









Singki pun bersalut emas!

Kekayaan Sultan Hasanal Bolkiah sangat luar biasa! Mungkin kerana berkat negara yang mengamalkan undang-undang Allah s.w.t. Semoga Allah merahmati Negara Brunei. 

Ada kerja kosong tak kat sana? 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Awie Wings dan kelab Hiburan.



"

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.


INI PULA LAMAN FACEBOOK TENTANG AKTIVITI KELAB YANG DIDAKWA MILIK AWIE.

( Klik sini )


Ini pula adalah sebahagian dari aktiviti yang telah pun berlaku ....Anda boleh lihat sendiri dalam facebook fanpage mereka dengan klik di atas yang lengkap dengan alamat dan no telefon












Adakah benar dan bukan fitnah?? Moga Awie dapat memberikan kita jawapan

via

notahati- Allah itu Maha Kaya dan Dia tidak pernah sesekali meminta. Bahkan Dia yang memberi dan mencukupi keperluan manusia. Tetapi manusia yang kaya raya, menjadi sombong dengan harta mereka. Itulah wahan (cintakan dunia dan takut mati).


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.