Apa kisah sebenar yang terjadi? Mangsa Nyaris Dirogol Budak 13 Tahun Harus Didakwa Sekali.






Semalam kami ada menyiarkan berita bagaimana seorang wanita di Melaka memuat naik gambar dan butiran peribadi seorang budak lelaki berumur 13 tahun yang dia dakwa cuba merogolnya, ada sebahagian pembaca yang marah.

Mereka marah kepada budak itu….namun soalnya…kita tahukah apa kisah sebenar yang terjadi?

Setakat ini, rasanya polis pun belum tampil membuat sebarang kenyataan.

Apakah kita benar-benar pasti budak 13 tahun terbabit dalam cubaan merogol?

(BACA: Wanita Dakwa Cuba Dirogol Budak lelaki 13 Tahun)

Atau gambar-gambar yang tersebar itu adalah untuk kes lain…

Kalau tak silap juga, sebelum ini pun ada jugak kenyataan kononnya dari teman lelaki dia yang menyelamatkan dia dari dirogol…tapi kisah terbaru takda pun sebut pasal teman lelaki.

Kalau iye pun, proses keadilan untuk menentukan kesahihan kejadian itu masih panjang…bermula dari laporan polis hingga ke mahkamah.

Diikuti soal-balas antara peguam untuk menentukan siapa benar dan siapa yang salah sebelum hakim membuat keputusan.

Namun kini gambar dan segala butiran peribadi kanak-kanak itu telah tersebar. Bukan hanya kanak-kanak itu yang menjadi mangsa, mungkin ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain yang tidak berdosa menjadi mangsa ejekan dan sindiran serta pemulauan.

Hanya kerana seorang wanita yang tidak kelihatan mukanya dan profile Facebok yang agak misteri membuat kenyataan yang kononnya dia nyaris dirogol, maka kita harus terima 100 peratus?

Dalam Islam pun menyebut keperluan 4 saksi yang boleh dipercayai apabila menuduh seorang wanita melakukan zina.

Bukan satu bukan dua tapi empat, dan contoh ini memperlihatkan bila hendak menegakkan keadilan, prosesnya tidak boleh dilakukan melalui kata-kata beberapa orang tertentu sahaja. Ada garis panduan dan peraturan lain yang perlu dipenuhi.

Dalam kes ini lagi teruk, yang kononnya mengaku dirinya menjadi mangsa mengunakan medium Facebook untuk menceritakan versinya dan sebahagian kita mula menerima dengan penuh semangat.

Apa pula cerita di pihak remaja itu? Mungkin dia ada versi lain. Kita tidak berada di tempat kejadian jadi kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Namun, satu yang pasti, wanita yang mengaku menjadi mangsa itu telah terang-terangan melakukan satu kesalahan lain.

Dia telah mendedahkan semua butiran kanak-kanak itu termasuk wajah, nombor kad pengenalan dan alamat rumahnya sekali.

Sekali lagi…dia boleh mendakwa dirinya menjadi mangsa, tetapi dia tidak ada hak mendedahkan semua perkara itu sehingga kes disiasat dan mahkamah menjatuhkan hukuman.

Malah, kalau ikut undang-undang, lepas putus hukuman pun tidak boleh dedahkan identiti remaja bawah umur.

Undang-undang diciptakan ada sebabnya dan ia perlu dipatuhi demi memastikan masyarakat wujud dan bergerak dalam suasana harmoni dan teratur.

Wanita dalam kes itu boleh dikatakan dengan jelas melanggar peraturan Akta Kanak-kanak 2001 – yang menetapkan bahawa Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan denganya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.

Pelanggaran seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] merupakan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan oleh Mahkamah boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Akta ini adalah untuk menjaga maruah dan kesihatan mental suspek juvenil.

Apa hak wanita itu untuk siarkan gambar kanak-kanak itu sedangkan fakta kejadian belum dapat disahkan sepenuhnya.

Seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dia dibuktikan sebaliknya. Pembuktikan itu pula perlu melalui proses dari peringkat penyiasatan polis kepada keputusan hakim.

Kalau wanita itu rasa dia mangsa pun, dia masih terikat dengan undang-undang lain yang digubal jauh lebih awal daripada dakwaan dia nyaris dirogol seorang remaja 13 tahun.

Memandangkan dengan jelasnya dia telah melanggar Akta Kanak-kanak dan dengan selambanya memalukan aggota keluarga lain kanak-kanak itu, maka wanita berkenaan juga perlu didakwa.

Kes dia dengan kanak-kanak itu satu hal….kes dia melanggar Akta Kanak-kanak satu hal yang lain.

Kalau di akhir siasatan terbukti berlaku salah faham atau wanita itu mereka cerita…apakah yang akan berlau kepada keluarga dan ibu bapa remaja itu dan remaja itu sendiri kerana kemusnahan terhadap imej dan maruah mereka sudah pun berlaku kerana seorang merasakan dirinya terlalu bijak untuk mendedahkan butiran peribadi seorang kanak-kanak bawah umur.

Ada sebabnya Akta Kanak-kanak itu diwujudkan. Bukan untuk wanita itu atau remaja 13 tahun berkenaan, tapi untuk mewujudkan satu sistem dan melindungi kita semua dalam sesuatu keadaan. Jadi hormatilah ia.
Metro

Been raped by a 13 year old malay kid -Dari mana budak mentah seperti ini belajar melakukan benda terkutuk tersebut?








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

3 Januari 2013 pada 11:05 PG

kenapa perempuan tu tutup fb?takut ke apa?adakah kenyataan fitnah semata-mata?

3 Januari 2013 pada 11:17 PG

yep...selalu bermain difikiran ini..kita tak tahu cerita sebenarnyakan..tapi kalau pikir logik, budak tue budak lagi. dan klu tgk faktor fizikal dia, tak logik wanita yang dewasa itu tak melawan. betul tak? budak tue bukannya bodoh nak buat kat org dewasa... tah la..tapi amat kesian kat budak tue, dan family dia..sedih...

3 Januari 2013 pada 11:50 PG

deactive acc fb..mcm ada udang sebalik mee

3 Januari 2013 pada 12:14 PTG

sy tak sure sama ada dia deactivate fb ataupun tingkatkan privacy policy
hanya kawan2 terdekat dia saja buleh sahkan dia dah deactivate fb

satu lagi bab kesalahan yg dia buat
sy sebut ianya sebagai "mistake" utk sebarkan gambar & personal detail budak tu

merogol dan cubaan merogol bukanlah satu "mistake"

rasanya dia dah tau dia dah buat silap (mistake)
mungkin sebab tu dia dah delete photo dan personal details budak tu
tapi segala "mistake" ni takkan buleh cancel kesalahan yang diperlakukan kpd dia

biarkan polis & mahkamah buat kerja
doakan urusan dia dipermudahkan dan semoga dia dibekalkan kesabaran dan hidayah

kalau sy sendiri hampir kena rogol
mungkin sy buat benda yg sama mungkin krn masih dlm keadaan trauma

semoga apa yg kita share dan bincang ni tak menganiaya dia dan juga si pesalah

3 Januari 2013 pada 11:18 PTG

@Taufik

i absolutely 100% agree with tofik in this case..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.