Apa azam enti untuk tahun baru ini ?


Hari ini saya menerima mesej dari seseorang  yang amat - amat saya kasihi. Mesejnya datang jauh dari Iskandariah.Mesir.

"Apa azam enti untuk tahun baru ini ?," tanyanya

Hurm...azam untuk tahun 2013.

"Ana nak belajar lebih bersungguh - sungguh " jawab saya ringkas.

Satu kisah yang ingin sangat saya kongsikan dan ianya cukup membuat saya rasa ter-champak. :)

"Kita semua tahu bahawa air kencing adalah sterile. Suatu masa dahulu, ketikamana para doktor ingin mengesani kehadiran gula dalam air kencing pesakit diabetes (glycosuria), mereka mencelup jari dalam air kencing para pesakit dan merasainya dengan lidah. Jika air kencing itu manis, maka pesakit itu positive glyscosuria. Jika tidak, maka negative glycosuria. Tak ada masalah (medically speaking) untuk merasa air kencing kerana ia adalah sterile," kata doktor.

I was like..GULP !! Is it true ?

Doktor menyambung lagi, "Dan tidak lama selepas itu para doktor menemukan cara yang baru iaitu mereka akan menguji air kencing pesakit diabetes dengan semut. Jika air kencing itu dikerumuni semut, maka pesakit tersebut positive glycosuria"

Kata doktor lagi , "Doktor - doktor zaman dahulu sanggup buat apa sahaja untuk menyelamatkan pesakit. Mereka sangat memahami apa tugas mereka. Mereka tahu apa yang mereka sedang lakukan. Awak semua rasa doktor - doktor zaman sekarang bagaimana ? "

Saya cukup terkesan...kerjaya itu adalah amanah Allah. Jika kita laksanakan sambil lewa, bersedialah untuk menjawabnya di mahkamah Allah kelak.

Notahati- Istiqomah dengan azam 2012.  Buat Jna thanks awak sebab letak nama kita kat entri . Love to read ur blog dear. Membaca dan melihat tidak semudah yang melalui perjalanan kehidupan itu sendiri.

Bitaufiq wannajah semoga dimudahkan semua urusan kalian semua.

~ ya Allah engkau tahu apa yang ter baik untuk kami~

Pic peribadi ni.  :)





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

2 Januari 2013 pada 11:41 PTG

semoga tercapai azamnya :)

3 Januari 2013 pada 6:41 PG

jadilah doktor sebegitu yang sedaya upaya menyelamatkan nyawa manusia dengan ikhlas :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.